Sunday, November 14, 2021

Selingkoh dengan pembantu rumah. Bagaimana kakaktua membongkar?

 

Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah.

BANDAR RAYA KUWAIT – Seekor burung kakaktua peliharaan di Kuwait mengejutkan majikan wanitanya apabila ia ‘mendedahkan’  hubungan sulit suami wanita berkenaan  dengan pembantu rumah mereka, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kejadian berlaku pada tahun 2016 ketika burung pembongkar rahsia itu kerap berkicau kata-kata manis dan lincah yang tidak pernah diungkap suami kepadanya.

Rupa-rupanya si suami mengungkapkan kata-kata tersebut kepada pembantu rumah mereka dan burung  itu mengajuk kata-kata yang diucapkan sekali gus menimbulkan rasa curiga isterinya, lapor laman berita Arab Times Online.

Wanita yang tidak disebutkan namanya itu berasal dari Hawalli. Dia melaporkan ketidaksetiaan suaminya kepada polis dan menggunakan burung kakaktua itu sebagai bukti.

Isterinya  berminggu-minggu mengesyaki  bahawa si suami menjalinkan hubungan sulit kerana mendapati dia gugup ketika pulang awal dari kerja, lapor akhbar itu.

Ini  bukan kali pertama burung kakaktua mengadukan pemiliknya kerana menjalin hubungan sulit. Pada tahun 2006, seekor burung bernama Ziggy mendedahkan kepada pemiliknya, Chris Taylor bahawa teman wanitanya, Suzy Collins tidak setia.

“Saya sayang awak Gar! kata  burung itu yang mengajuk kata-kata  Suzy mengenai kekasih gelapnya,” demikian menurut BBC. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerja burung kakaktua itu lebih mulia dari kerja pembelot bangsa Melayu kepada agama dan bangsanya sendiri. Sanggup jadi 'barua' kepada puak anti Islam di negara ini. Na 'auzubillahi minzalik.

PRN Melaka, undi PAS untuk kebangkitan Islam sedunia, Insya Allah!!

4 comments:

Anonymous said...

Parti curang bagaimana pula?

Anonymous said...

Tolak parti curang spt pkr dan pan.

Anonymous said...

Sanggup bertuankan dap utk menentang pas. Jom sokong pas, parti yg paling bersih dan sentiasa bawa perubahan positif. Terbaru, ucapan di uk dlm bahasa melayu oleh wakil dari msia.

ازمير شهار ~ azmer said...

Dunia politik ni susah nak percaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails