Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah.
BANDAR RAYA KUWAIT – Seekor burung kakaktua peliharaan di Kuwait mengejutkan majikan wanitanya apabila ia ‘mendedahkan’ hubungan sulit suami wanita berkenaan dengan pembantu rumah mereka, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Kejadian berlaku pada tahun 2016 ketika burung pembongkar rahsia itu kerap berkicau kata-kata manis dan lincah yang tidak pernah diungkap suami kepadanya.
Rupa-rupanya si suami mengungkapkan kata-kata tersebut kepada pembantu rumah mereka dan burung itu mengajuk kata-kata yang diucapkan sekali gus menimbulkan rasa curiga isterinya, lapor laman berita Arab Times Online.
Wanita yang tidak disebutkan namanya itu berasal dari Hawalli. Dia melaporkan ketidaksetiaan suaminya kepada polis dan menggunakan burung kakaktua itu sebagai bukti.
Isterinya berminggu-minggu mengesyaki bahawa si suami menjalinkan hubungan sulit kerana mendapati dia gugup ketika pulang awal dari kerja, lapor akhbar itu.
Ini bukan kali pertama burung kakaktua mengadukan pemiliknya kerana menjalin hubungan sulit. Pada tahun 2006, seekor burung bernama Ziggy mendedahkan kepada pemiliknya, Chris Taylor bahawa teman wanitanya, Suzy Collins tidak setia.
“Saya sayang awak Gar! kata burung itu yang mengajuk kata-kata Suzy mengenai kekasih gelapnya,” demikian menurut BBC. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerja burung kakaktua itu lebih mulia dari kerja pembelot bangsa Melayu kepada agama dan bangsanya sendiri. Sanggup jadi 'barua' kepada puak anti Islam di negara ini. Na 'auzubillahi minzalik.
PRN Melaka, undi PAS untuk kebangkitan Islam sedunia, Insya Allah!!
4 comments:
Parti curang bagaimana pula?
Tolak parti curang spt pkr dan pan.
Sanggup bertuankan dap utk menentang pas. Jom sokong pas, parti yg paling bersih dan sentiasa bawa perubahan positif. Terbaru, ucapan di uk dlm bahasa melayu oleh wakil dari msia.
Dunia politik ni susah nak percaya
Post a Comment