Beliau akan menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi dan akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Selasa dan Rabu ini.
Perkara itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada Rabu dan dimaklumkan melalui satu kenyataan media Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), hari ini.
“Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global.
“Kedua-dua ikrar dan deklarasi ini telah dilancarkan di UNFCCC COP-26 yang kini sedang berlangsung di Glasgow, Scotland bermula pada 31 Oktober hingga 12 November 2021,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah bertujuan memperkukuhkan komitmen negara-negara terhadap penggunaan tanah, pemuliharaan dan pengurusan hutan serta ekosistem yang lain secara mampan.
Katanya lagi, penyertaan Malaysia bersama 131 negara lain dalam deklarasi ini selaras dengan komitmen negara untuk terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan
pokok.
“Malaysia juga akan menyertai 103 negara lain dalam Ikrar Metana Global. Matlamat ikrar ini adalah bagi mendapatkan komitmen dan persetujuan bersama untuk mengurangkan pelepasan metana global sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding tahapnya pada 2020.
“Negara yang menandatangani ikrar ini akan beralih kepada penggunaan metodologi inventori terbaik untuk mengukur pelepasan metana, dengan memberi tumpuan kepada sumber utama pelepasan metana,” katanya.
Tambahnya, pelepasan gas metana menyumbang sebanyak 17 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah kaca negara, iaitu 316.83 juta tan karbon dioksida setara pada tahun 2016.
Justeru itu, KASA akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan khususnya Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan tindakan yang inklusif dan holistik.
“Malaysia sentiasa komited untuk bersama dengan negara ahli kepada Perjanjian Paris dalam usaha mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah Celcius, meneruskan tindakan mitigasi untuk menghadkan suhu supaya tidak melebihi 1.5 darjah Celcius serta mengurangkan kerentanan terhadap kesan perubahan iklim,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/11/2021
2. Agensi agama agresif turun padang santuni rakyat
KUALA LUMPUR: Lebih 260,000 penduduk menerima sumbangan yang diagih agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, sumbangan itu dalam tempoh dua bulan bermula 1 September hingga 31 Oktober lepas yang berjumlah RM16.71 juta.
Katanya sumbangan terbabit diagihkan melalui lapan agensi Islam iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Tabung Musaadah Covid-19, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Selain itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan TV Al-Hijrah.
“Pengagihan sumbangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tersebut merangkumi Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani Covid-19 (PIAGAM C-19) yang menjadi hala tuju 100 hari agensi-agensi Islam,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya hari ini.
Antara sumbangan yang diberi iaitu wang tunai, bakul makanan, makanan bermasak, peralatan kesihatan, bantuan institusi-institusi pendidikan, peranti elektronik, van dwi-fungsi dan sebagainya.
“Berkat usaha gigih yang dilaksanakan agensi-agensi terbabit, alhamdulillah kita berjaya dan akan terus agresif turun padang melaksanakan tanggungjawab menyantuni Keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/11/2021
Lihat juga..
https://www.thethirdforce.net/ya-saya-mungkin-bertanding-pada-pilihan-raya-umum-ke-15-mahathir/
ReplyDeleteSaya mungkin bertanding PRU 15 di sebabkan najib.. najib.. najib.. bla bla bla najib.. najib dan najib.. ratib si najib najib najib..!!
Mahathir Mohamad berkata, beliau mungkin kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun ia mungkin menjadi “pilihan terakhir”.
Dalam wawancara bersama VICE News disiarkan di YouTube, Mahathir berkata, ramai penyokong dan “pengikutnya” mahu beliau melakukannya walaupun beliau sudah tidak mahu lagi bertanding.
Mahathir turut mendakwa tidak ada kesaksamaan dalam layanan terhadap individu mempunyai status yang berbeza, sambil berkata, bahawa bekas Perdana Menteri Najib Razak masih bebas walaupun didapati bersalah oleh mahkamah.
Katanya, “nampaknya” ada standard yang berbeza memandangkan ada yang dimasukkan ke dalam penjara walaupun belum didakwa di mahkamah manakala Najib telah pun didakwa, dibicarakan dan didapati bersalah namun belum dihukum.
Kalu saya di lantik jadi PM kali ke 3 saya akan penjarakan Najib.