Monday, November 01, 2021

Tuduhan amang seksual sangkut.. Kes rogol b/Pemimpin DAP, bagaimana?

 

Warga emas, Abdul Aziz Mohamed, 62, berkerusi roda didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya berusia 15 tahun di dua lokasi berlakukan di Jelawat, Bachok, pada Mei lalu.

Warga emas hadapi 5 tuduhan amang seksual anak teman wanita

KOTA BHARU: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia 15 tahun, di dua lokasi berlainan di Jelawat, Bachok, pada Mei lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Mohamed, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di dua lokasi berasingan iaitu di kawasan semak dan sebuah rumah di Jelawat, Bachok dari 2 Mei sehingga minggu keempat Mei lalu antara jam 12 tengahari dan 2 pagi.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz memohon tiada jaminan ditawarkan memandangkan perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah keji, selain tertuduh mengenali mangsa.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 7 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah proses mahkamah berjalan lancar. Tetapi kenapa kes rogol pembantu rumah yang dikaitkan dengan bekas ADUN DAP Tronoh Perak masih belum selasai hingga sekarang?

Apakah kerana kes ini ada kaitan dengan bekas pemimpin DAP?

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l. .....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails