Thursday, December 30, 2021

Bintang pop China Antarabangsa nyanyi lagu orang Melayu M'sia..

 

G.E.M menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong serta penyanyi Mandopop wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik. - Foto IG G.E.M

HALAMAN HIBURAN

Bintang pop China rakam semula lagu ciptaan Faizal

KUALA LUMPUR: Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You ciptaan Faizal Tahir, Ja'a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii dirakamkan semula dalam versi bahasa Mandarin dinyanyikan oleh bintang pop sensasi dari China dan Hong Kong, G.E.M dengan judul I'll Be Missing You.

Kolaborasi antara Faithful Publishing selaku penerbit dengan G.E.M sekali gus membuktikan lagu dendangan asal Faizal bersama Dayang Nurfaizah, Tuju dan Yonnyboii mempunyai kualiti tersendiri.

Dalam masa sama, kerjasama Faithful Publishing dan G.E.M dilihat sebagai pembuka jalan karya tempatan meningkatkan eksport lagu ke luar negara, seterusnya memperkenalkan identiti penciptaan karya Malaysia.

Penyanyi dan komposer lagu, Faizal berkata, dia tidak pernah menjangkakan lagu ciptaannya dinyanyikan semula bintang antarabangsa.

"Alhamdulillah, sebagai komposer dan penerbit sudah semestinya saya mahu pendengar menerima karya dengan baik. Tetapi, untuk dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa bukan sesuatu yang dijangkakan. Jadi, saya menerima tawaran dengan penuh teruja ketika diberitahu.

"Lebih lagi, jika mampu membuka pintu dan ruang untuk pengkarya tempatan seperti saya dapat berkongsi idea serta bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa, sekali gus menaikkan peluang komposer atau penerbit lain di Malaysia untuk turut mengikut jejak sama," katanya kepada BH Online.

Berkongsi keunikan lagu X Missing U sehingga berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa, Faizal berkata, ia terletak pada gabungan empat vokal dan karakter berbeza dalam lagu ini.

"Menerusi nyanyian Dayang, Yonnyboi, Tuju dan saya sendiri, ini adalah kekuatan dan keunikan lagu ini. Setiap penyanyi membawa karakter tersendiri dengan penyampaian yang baik.

"Saya berpendapat itulah yang menjadi nadi kepada lagu ini sehingga ada penyanyi antarabangsa berminat menyanyikannya semula dalam versi bahasa Mandarin," katanya.

Sementara itu, Pengarah Penerbitan Faithful Publishing, Karim Karam berkata, adaptasi lagu X Missing You kepada I'll Be Missing You nyanyian G.E.M adalah satu penghargaan buat karya dan pencipta lagu tempatan.

"Proses rundingan ini mengambil masa lima bulan. Apabila ia berhasil, perkara ini dilihat mampu meningkatkan nilai eksport lagu tempatan ke peringkat antarabangsa.

"Ini adalah langkah kecil pertama dalam usaha Faithful Publishing meningkatkan eksport lagu tempatan ke pasaran antarabangsa. Dalam dunia digital hari ini, pencipta lagu dan syarikat penerbitan harus mempunyai pandangan lebih luas dan karya ciptaan mampu untuk bersaing di peringkat global," katanya.

Untuk rekod, lagu I'll Be Missing You nyanyian G.E.M yang baru sahaja dilancarkan sudah berada di kedudukan ketiga lagu baharu di China, tersenarai dalam playlist Music 163 China yang mempunyai 2.4 billion penstriman dan berada kedudukan ketiga carta trending YouTube di Taiwan dan tangga 18 di Hong Kong.

G.E.M atau nama sebenarnya, Gloria Tang Tsz-kei, menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong. Dia juga penyanyi Mandopop wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik.

G.E.M juga satu-satunya bintang pop China dalam senarai BBC 100 Women dan Forbes 30 Under 30.

Faizal tidak pernah menjangka lagu ciptaannya, X Missing You dinyanyikan semula bintang antarabangsa terkenal, G.E.M

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ia suatu pencapaian yang membanggakan orang Melayu di peringkat globalisasi? Apa faedah dan manfaatnya untuk kebahagiaan dunia dan hari akhrat bagi orang Islam?


5 comments:

Anonymous said...

Sejarah baru. Tahniah TITM. Berucap dlm bahasa melayu di pentas antarabangsa. Lebih ramai lagi menteri2 disaran supaya berucap dlm bahasa melayu. Bahasa Melayu pernah jadi bahasa lingua franca zaman kesultanan melayu.

Anonymous said...

tp kesudahan tiada siapa yg faham.....

Anonymous said...

Mana wakil rakyat parti liberal yg tawar rm 1000, utk beri maklumat 4 menteri yg hilang. Dia dah tunaikan tawaran nya itu atau belum. Wartawan dah siarkan bahawa TITM dikuarantin kerana jangkitan kovid. Atau wakil rakyat tu masih mengamalkan siri mengencing rakyat. Hodohnyer.

Anonymous said...

Jangan bimbang, mesej sampai sampai. Ada penterjemah.

Anonymous said...

Bila dah jadi khadam, berucap dlm bm ppun jadi masalah. Ikut telunjuk dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails