Sunday, December 26, 2021

Dadah Ketamin, rampasan terbesar 1.3 tan oleh polis Hong Kong

 

Polis Hong Kong melakukan rampasan ketamin terbesar dalam sejarah seberat 1.3 tan bernilai lebih AS$100 juta (RM419 juta) yang cuba diseludup melalui perairan di negara itu. - Foto FACEBOOK Polis Hong Kong

HONG KONG: Polis hari ini mengesahkan berjaya melakukan rampasan ketamin terbesar dalam sejarah seberat 1.3 tan bernilai lebih RM419 juta AS$100 juta (RM419 juta) yang cuba diseludup melalui perairan di negara itu.

Ketua Polis, Ip Sau-lan, berkata rampasan dilakukan semalam apabila pihak berkuasa itu berjaya merampas dadah itu ketika cuba dibawa keluar dari sebuah bot laju di kawasan persisiran laut di Lei Yue Mun.

Katanya, susulan itu tiga lelaki warga tempatan dan seorang warga India berusia antara 32 hingga 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Sindiket pengedaran dadah kebiasaannya menggunakan bot nelayan atau kapal laut untuk menyeludup dadah ke laut lepas berhampiran perairan Hong Kong.

"Siasatan sedang dijalankan dan kami menjangkakan lebih ramai suspek akan ditahan," katanya pada sidang media.

Pada masa sama, Sau-lan berkata, sekatan perjalanan yang dilaksanakan bagi mengekang COVID-19 memaksa penyeludup membawa dadah dalam jumlah yang lebih besar dengan kaedah lebih berisiko iaitu menggunakan keldai dadah.

"Pengedar mungkin akan terus menyeludup dadah secara pukal jika Hong Kong mengekalkan sekatan perjalanan akibat pandemik," katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimPenggunaan dadah masih menjadi masalah besar pada waktu ini. Dalam Islam, beberapa dalil dengan terang merujuk dadah itu dilarang keras kerana ia akan membinasakan hidup dan masa depan.

Imbasan, dadah, Islam dan orang Melayu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat hal yang memudaratkan." (Riwayat Imam Ahmad)

Secara amnya, kemudaratan tidak patut dilakukan kepada diri sendiri atau orang lain dan jangan pula melakukan sesuatu yang berguna kepada diri sendiri, tetapi mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Jelas sekali Allah SWT serta Rasul-Nya menginginkan manusia menjauhi perkara boleh membinasakan diri.

Ini termasuklah menjauhkan diri daripada penggunaan dadah. Meskipun ada larangan yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis, namun penggunaan dadah masih menjadi masalah besar yang perlu ditangani bersama.

Terdapat permintaan yang cukup besar daripada penagih dadah menyebabkan banyak percubaan untuk menyeludup bahan itu ke dalam negara sedangkan penyeludup berhadapan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Contohnya, pada akhir tahun 2014, pihak polis berjaya melakukan beberapa serbuan dan melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dianggarkan berjumlah RM8.5 juta. Dari segi penagih pula, 77 peratus daripada lebih 20,00 penagih yang direkodkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 2013 adalah orang Melayu.

Manakala 60 peratus daripada mereka dalam kategori remaja dan belia dari umur 13 hingga 39 tahun. Angka-angka ini menunjukkan penagihan dadah masalah besar umat Islam yang perlu dicegah sedaya upaya kerana jika tidak, nescaya hancurlah masa hadapan generasi akan datang.

Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk menangani gejala dadah termasuk pembinaan pusat pemulihan bagi membantu memulihkan penagih. Kerugian yang ditanggung akibat hilangnya golongan muda dan belia yang terjebak perangkap dadah sememangnya tidak ternilai.

Wujudkan keluarga harmoni

Oleh itu, kita seharusnya mengambil langkah awal untuk mencegah anak dan ahli keluarga daripada terbabit dengan penagihan dadah. Mulakan dengan ahli keluarga sendiri terlebih dahulu kerana mereka adalah tanggungjawab yang perlu diberikan keutamaan. Apabila berjaya memelihara ahli keluarga, barulah masyarakat secara amnya terlindung daripada masalah dadah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Surah an-Nisa', ayat 29)

Antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah ahli keluarga daripada terbabit penagihan dadah, ibu bapa perlu menjalankan peranan dengan memberikan kasih sayang dan perhatian secukup terutama mereka yang masih kecil dan muda remaja.

Kita perlu mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni, mendidik dengan disiplin, mengawasi gerak geri anak, bekerjasama dengan pihak sekolah, membelai anak dengan sentuhan dan kata-kata mesra, memberi penghargaan, perhatian dan dorongan, serta meluangkan masa menjalankan aktiviti bersama.

Pihak kerajaan mahupun swasta perlu mengadakan program pendidikan berkala dan terancang bagi membangkitkan kesedaran remaja dan belia supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Program pendidikan itu perlu dilaksanakan di peringkat awal perkembangan anak dan di peringkat sekolah.

Kerajaan dan anggota masyarakat perlu berganding bahu membanteras penyalahgunaan dadah. Anggota masyarakat yang mengetahui kegiatan mencurigakan perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera.

Penyalahgunaan dadah hanya akan membawa banyak kemudaratan kepada diri penagih, keluarga, masyarakat dan negara. Penyalahgunaan dadah akan menghancurkan keharmonian sesebuah keluarga. Jika ketua keluarga terjebak kegiatan itu, ia akan menyebabkan isteri serta anak hilang tempat bergantung.

Ia juga akan menimbulkan banyak masalah jenayah dalam masyarakat termasuk mencuri, merompak, memeras ugut, mahupun membunuh. Penagih dadah sebenarnya telah menempah maut dan secara perlahan-lahan membunuh diri mereka sendiri.

Marilah kita jalankan peranan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga supaya tiada satu pun daripada ahli keluarga kita terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Harap maklum.

2 comments:

Anonymous said...

JHO LOW DAN KAUMNYA DAN DAP@LEEKWANYEW JOANNA SEDANG KETAWA RIANG SAMBIL TEPUK TANGAN SAKSIKAN KEBODOHAN PEMIMPIN MELAYU BERANTAKAN SESAMA SENDIRI

Sudah terdedah secara tidak langsung mengenai hampir keseluruhan komplot 1MDB, SRC dan lain-lain penipuan berskala mega.

Dua individu bernama Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd iaitu Nik Faisal Ariff Kamil lesap bebas malangnya PDRM tak buat apa apa, walaupun perbicaraan melibatkan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak masih belum berakhir sepenuhnya.

Persoalan utama, mengapa pihak terbabit seperti Jho Low, Nik Faisal dan Zety dibiarkan terlepas dari perundangan sedangkan mereka adalah paling WATAK UTAMA dalam kes berkenaan.

Malah melalui fitnah ini juga telah mengorbankan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull yang telah mengakui mempunyai bukti kukuh sejak tahun 2015 namun gagal dan akhirnya terpaksa diundurkan dan dipermalukan meninggalkan jawatan tersebut.

Hal ini juga menjadi satu persoalan penting. Dalam kes SRC, meskipun tanpa saksi penting seperti Jho Low dan Nik Faisal serta watak penting apakah mahkamah mempunyai cukup bukti untuk menjatuhkan hukum terhadap pihak yang dituduh?

Saksi pendakwaan Joanna Yu mengaku bahawa Nik Faisal & Jho Low arahan dia untuk sembunyikan keadaan akaun bank daripada Najib Razak.

Suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti telah berkerjasama (melibatkan berjuta-juta ringgit) dengan Jho Low sejak 2017 jauh sebelum semua ini berlaku, dan cara Bank Negara mengendalikan transaksi ini adalah curiga.

Pertalian Jho Low , Joanna Yu dan suami Zety Gabenor memang mencurigakan, bahawa golongan ini menyembunyikan sesuatu daripada Najib.

Jho Low dan kaum nya ketawa terbahak tengok Melayu bercakaran bro..AMIN

Jho Low seko punya pasal Melayu betcakaran broo.. AMIN

Jho Low Lesap enjoy setiap saat bro AMIN..

Bank Negara pusat penyamun rompak duit Bro.. AMIN

Pulau Batu Putih Milik Singapura Bro AMINN

Melayu bangga jadi Barua DAP@ LeeKwanYew Bro.. AMINN

Pagi KL cerah Bangau Cari Ikan Kolam Taik Bro..AMIN

Mangsa Banjir Melayu hulur bantuan Pemimpin DAP dan kaum Jho Low buat bodoh kan diri, bangga kan diri jadi barua

KHALAS

kah kah kah..

Anonymous said...

Marah sangat dap sebab kedah sekat premis arak. Apa kata parti liberal. Kebebasan jangan disekat. Nak jadi jahat, itu hak peribadi. Islam anjur lain. Amar makruf nahi mungkar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails