Penguatkuasaan ketat sepatutnya di setiap rantaian bekalan
KUALA TERENGGANU: Kebergantungan kepada orang tengah yang mendominasi pasaran sering menjadi punca kenaikan harga barangan yang ada kalanya ‘tidak masuk akal’ di Malaysia.
Sehubungan itu Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Roshaiza Taha menyarankan agar penguatkuasaan yang ketat dibuat pada setiap rantaian bermula daripada pengeluar hingga ke peringkat peniaga akhir bagi mengatasi masalah itu.
Beliau berkata golongan peniaga kecil terutamanya di pasar terpaksa menanggung kesukaran berhadapan dengan rungutan pelanggan berhubung kenaikan harga yang tidak menentu.
“Tidak sekadar itu, agensi penguatkuasaan pula sentiasa memantau harga barangan di pasar basah sedangkan untung yang mereka peroleh tidaklah setinggi mana.
“Seeloknya, penguatkuasaan turut dibuat pada orang tengah yang mendominasi pasaran agar dapat diketahui punca sebenar kenaikan harga barangan yang terlalu mendadak dan melampau,” katanya ketika dihubungi Bernama berkaitan kenaikan harga barangan keperluan asas makanan seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam sejak pertengahan November lepas.
Roshaiza berkata beberapa faktor kenaikan adalah signifikan dengan peningkatan permintaan untuk sebahagian barangan berikutan fasa peralihan ekonomi seiring dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Kita faham kenaikan ini juga susulan kelonggaran aktiviti rentas negeri yang menyaksikan aktiviti pelancongan kembali meriah seterusnya meningkatkan permintaan barangan asas ini. Rakyat dilihat kembali memenuhi kedai makan dan hotel kembali penuh.
“Permintaan yang meningkat tidak selari dengan kemampuan penawaran khususnya pada tempoh hujung tahun yang menyaksikan peralihan kepada Monsun Timur Laut yang membataskan pergerakan nelayan,” katanya.
Faktor tersebut menyebabkan kekurangan sumber bekalan tempatan dan kebergantungan yang tinggi kepada produk import. Oleh itu rakyat perlu bersedia lagi dengan kenaikan harga barangan kerana banjir yang akan berlaku menyebabkan hasil pertanian turut musnah dan sekali lagi menyaksikan kekurangan stok bekalan sayur-sayuran.
Tambahnya, peningkatan harga barangan turut dipengaruhi oleh peningkatan kos operasi bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan Covid-19.
“Kos pelitup muka, sanitasi dan kos ujian saringan adalah antara kos tambahan yang perlu ditanggung oleh perniagaan dan kebiasaannya ia diserap dan beban tentunya ditanggung oleh pengguna.
“Ketidakstabilan harga minyak dunia dan kadar inflasi yang tinggi turut memainkan peranan dalam peningkatan harga barangan ini.
“Namun, berdasarkan laporan berita baru-baru ini mendakwa petani dan pekebun sayur masih menjual harga yang sama kepada pemborong… sebab itu saya tekankan pentingnya penguatkuasaan di setiap rantaian barangan tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata nasihat kerajaan untuk rakyat mencari produk pengganti tidak lagi relevan pada masa kini.
“Kalau 10 atau 20 tahun lepas kita sering bergantung kepada sardin atau telur pada musim tengkujuh namun harga kedua-dua produk ini turut meningkat sekarang,” katanya. – BERNAMA
Jho Low tepuk tangan bergumbira dan Sepatutnya Tun juga bergumbira dengan hukuman yamg dijatuhkan tapi kenapa masih Tun cemas.?
ReplyDeleteSepatutnya Atok bergumira malam ini sambil yaaammm senggg..!! bersama tuan nya DAP@LeeKwanYew semasa PH berkuasa dolu sambil diraikan dengan acara seksuality merdeka lgbt COMANGO Marina Gereja bersama anak cucu dan tok wan mereka.
Beratus ribu nama Jho Low disebut sepanjang perbicaraan, bayang dan bau Jho Low lepas makan sup babi lansung tak kelihatan di mahkamah.
Sah sudah Jho Low tepuk tangan ketawa terbahak angkara seko Jho Low barua Melayu DAP@LeeKwanYew begitu mudah dibodoh bangangkan dan disuruh tuannya supaya bercakaran sesama Melayu.
Itu lah fakta bila Melayu jadi barua DAP@LeeKwanYew semasa PH berkuasa. Kaum Jho Low tumpang tepuk tangan bila keputusan hukumanmahkamah diumumkan.
Kami tak perlu terguling gulung di atas jalanraya cukup lah kami membalas fitnah jijik ini dengan fakta fakta untuk kami lawan.
Generasi muda hauskan keadilan yg tuntas dng mind set anak muda skg mereka tidak mudah disogokkan dengan cerita fitnah jijik tak berkesudahan.. Anak anak muda tidak mudah dibeli dengan wang ringgit sogokan dan rasuah demi fitnah jijik..
Dr Mahathir Mohamad seperti masih tidak senang dengan keputusan mahkamah dan menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu? Kenapa statement Tun jadi macam itu..!? Adakah nasib boboi masih tidak selamat..!?
Biarpun Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd, namun bekas Perdana Menteri ke-6 berkenaan boleh menarik nafas lega kerana masih layak menjadi calon jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.
Ini berikutan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara, memutuskan untuk ‘menggantung’ sabitan semua kesalahan Ahli Parlimen Pekan terbabit, sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nanti
"Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan di anugerah jawatan Perdana Menteri," kata Tun.. kenapa jawapan nampak masih cemas gelabah dan terdesak sepatutnya Tun dan boboi dah boleh bergumbira sakan..!!
Apakah beliau mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih bebas lepas ke sana ke sini dan berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin amat mengerunkan kartel Kerala Tun Mahathir , ia memberi gambaran Najib akan lepas?
Sekiranya Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai dulu..
Pelik hukuman pada Bossku sudah dijatuhkan tapi tak puas hati dng hukuman itu. Seperti masih ada dendam yang tidak puas untuk dibalas. Masih tak puas dengan apa yang menimpa musuhnya Tun masih menyalak ketakutan seperti hantu jembalang masih menghantui nya.
Bergumbira lah Tun selagi hayat ada untuk fitnah jijik konon nasib boboi terjamin..!! Cukuplah dengan lingkupkan boboi maka melingkuplah PejWang dan legasi kau..!!