Wednesday, December 15, 2021

G/Eng RM44,375 sebulan. 'barua' dapat apa? Papa kedana dunia akhirat..

 

Guan Eng terima gaji RM44,375 sebulan sebagai ketua menteri – saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Lim Guan Eng menerima gaji dan elaun berjumlah RM44,375 sebulan semasa memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Mac 2008 hingga Mei 2018.

Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan bagi bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohd Farulizam Che Meh, 43, berkata semasa Lim memegang jawatan itu antara 11 Mac 2008 dan 14 Mei 2018, beliau menerima gaji hakiki RM14,175 manakala elaun yang diperoleh adalah sebanyak RM30,200 sebulan.

“Lim Guan Eng juga ada mengisytiharkan harta dan pendapatan sampingan beliau di dalam portal web Pulau Pinang,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Francine Cheryl Rajendram.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata demikian pada perbicaraan kes rasuah Lim, yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Mohd Farulizam berkata Lim telah dipilih sebagai ADUN Air Puteh atas tiket DAP selama tiga penggal dan Ketua Menteri bagi dua penggal.

Sementara itu, peguam Haijan Omar yang mewakili Lim memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dan akan menghadiri perbicaraan esok.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi didengar tanpa kehadiran Lim selama dua hari berturut-turut kerana tertuduh dimasukkan ke IJN sejak Ahad lepas bagi menjalani satu prosedur perubatan pada Isnin.

Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim dituduh meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek yang didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian 'barua'nya, jual maruah diri, jual bangsa, jual negara, teruk lagi jual agama.. Papa kedana dunia akhirat..

Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah


 Bersambung..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails