Tuesday, December 14, 2021

Guan Eng masuk IJN pula, bicara diteruskan

 

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - FAIL NSTP/MIKAIL ONG

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diteruskan tanpa kehadiran bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani prosedur berkaitan jantung, semalam.

Terdahulu, Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memaklumkan anak guamnya dimasukkan ke IJN sejak Ahad lalu.

Gobind, berkata anak guamnya diberi cuti sakit selama tiga hari sehingga esok.

"Sehubungan itu, sekiranya perbicaraan ingin diteruskan, mahkamah boleh mendengar keterangan tiga saksi formal tanpa kehadiran Guan Eng.

"Pembelaan akan menyerahkan surat sakit rasmi kerana IJN hanya akan mengeluarkan surat itu selepas pesakit dibenarkan keluar," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon mahkamah merekodkan kekesalan pihaknya memandangkan terdapat tiga saksi formal yang hadir dari Pulau Pinang.

Katanya, Guan Eng berjumpa dengan doktor pada 7 Disember lalu dan doktor menetapkan tarikh untuk prosedur semalam.

"Apa yang menjadi kekesalan adalah kes sudah ditetapkan pada hari ini, namun memilih untuk dimasukkan pada 12 Disember (Ahad).

"Kita semua sakit dan akan sakit… kami tidak mahu menjadikan perkara ini isu besar tetapi mohon tertuduh lebih bertanggungjawab untuk tetapkan tarikh rawatan," katanya.

Hakim Azura Alwi kemudian memerintahkan perbicaraan diteruskan tanpa kehadiran Guan Eng dengan mengguna pakai Seksyen 264 Kanun Acara Jenayah (CPC).

Pada prosiding hari ini, tiga saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan iaitu Datuk Ng Wee Kok, M Maheswari dan S Vijayalakchimi yang masing-masing adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan Lim serta bekas Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pulau Pinang.

Saksi ke-17 hinga 19 pendakwaan itu juga mengesahkan beberapa minit dan butir-butir mesyuarat berkaitan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.

Selain itu, saksi-saksi itu turut mengesahkan peranan mereka sebagai setiausaha untuk mencatat segala minit mesyuarat yang dibincangkan.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 pagi hingga 2 pagi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura bersambung esok.

Bersambung..


Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah


 Bersambung..

3 comments:

Anonymous said...

Ini eng guan pun kuat sembang kari. Jawablah kat court jika komfirm tak bersalah. Buat per time masuk kourt, masa tu pulak dtg sakit. Be gentlewoman. Kalu salah, masuk jail. Kalau x salah boleh carry on berpolitik.

Anonymous said...

Eng guan kata kerajaan kedah adalah ekstrimis. Apa punya sewel. Buat apa paksa kerajaan tarik larangan tu. Yg suka buat kerja iblis tu hanya segelintir bangsa dap. Ini bangkangan yg sangat ekstrimis. Eng guan sangat ekstrimis. Hanya fikir hal untuk bangsa dap jer, tanpa fikir ada ramai org lain kat sini.

mualaf tua said...

Senang cakap...kalau tak suka duduk sini, kita alu-alukan lu orang pindah negara lain le!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails