Gambar fail menunjukkan protes membantah Islamofobia di Paris, Perancis pada 21 Mac lalu. - Foto AFP
1. Polis Perancis siasat guru cetuskan Islamofobia
LONDON: Seorang guru sekolah di Perancis digantung kerja dan disiasat oleh polis selepas tuduhan oleh pelajar Islam yang mengatakan dia taksub dengan agamanya.
Daily Mail melaporkan, pelajar di Sekolah Katolik Joseph-Wresinski d'Angers di bandar Angers membuat aduan rasmi itu kepada polis tempatan.
Pelajar itu mendakwa guru berkenaan berkata, pelajar Islam menjadi masalah jika belajar di sekolah Katolik dan mengesyorkannya 'menukar agama' ketika perbincangan mengenai sejarah Perancis.
Pendakwa raya tempatan berkata, polis juga melancarkan siasatan terhadap aduan berkenaan.
Guru terbabit, yang masih belum dikenal pasti, turut membuat aduan sehari selepas itu, mendakwa berlaku 'kekerasan fizikal dan lisan'.
Menurut pelajar itu, perbezaan pendapat bermula apabila guru itu menyimpang daripada perbincangan mengenai sekolah Katolik pada masa lalu.
Dia didakwa menyebut 'sekolah Katolik sepatutnya terus menerima pelajar Katolik saja', kemudian seorang pelajar menunjuk kepada rakan sekelasnya yang beragama Islam dan berkata 'sekolah Katolik bukan hanya dikhaskan untuk Katolik saja'.
Menurut keterangan pelajar itu lagi, guru berkenaan kemudian berkata: "Itulah masalahnya... Dia sentiasa boleh menukar agamanya".
Pelajar itu, yang marah dengan maklum terbabit, terus merempuh guru itu lalu keluar dari bilik sambil menjerit 'perkauman' dan perbuatan pelajar itu menjadi asas laporan polis oleh guru berkenaan.
Guru itu bagaimanapun mengaku 'menjemput Islam untuk menyertai mereka dan menjadi Katolik' tetapi berkata, ia disebut sebagai gurauan tetapi 'tidak diterima dengan baik dalam kelas'.
Pengarah sekolah, Anthony Bélangé, berkata 20 peratus pelajarnya beragama Islam dan biasanya mereka berada dalam suasana 'sangat aman'.
"Konflik antara kakitangan dan pelajar boleh berlaku tetapi aduan itu sudah dibawa ke peringkat seterusnya dan kini di luar bidang kuasa pentadbiran sekolah.
"Ia adalah keadaan yang beremosi dan saya sudah meminta pelajar di dalam kelas untuk menulis keterangan fakta mengenai apa yang berlaku dan ia akan dihantar kepada pasukan penyiasat," katanya.
Perancis turut didiami sekitar lima juta penduduk Islam, jumlah terbesar dalam kalangan penduduk mana-mana negara Kesatuan Eropah lain. - AGENSI
2. Polis Perancis gagalkan rancangan serangan ketika Krismas
PARIS: Anggota perkhidmatan perisikan Perancis menahan dua lelaki yang disyaki merancang untuk melakukan serangan menggunakan pisau ketika perayaan Krismas.
Menurut laporan yang disiarkan akhbar Perancis, Le Parisien, ketika pemeriksaan rambang pada 29 November lalu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an mengaku mereka merancang untuk melakukan serangan itu di beberapa lokasi awam.
Difahamkan, mereka merancang menggunakan pisau bagi menikam sebanyak mana mangsa yang mungkin termasuklah di pusat membeli belah, universiti dan tempat tumpuan awam lain.
Memetik sumber keselamatan, akhbar itu mendedahkan, salah seorang daripada suspek diketahui mempunyai pemikiran radikal dan mengakui melakukan rancangan itu.
Pihak berkuasa Perancis juga menemui bahan propaganda dan buku berkaitan fahaman Daesh di kediamannya.
Dua lelaki itu dilaporkan bertemu di forum dalam talian yang sering dikunjungi kumpulan pengganas, malah turut mengakui matlamat mereka adalah untuk dibunuh dalam serangan itu dan seterusnya diangkat sebagai 'syahid'.
Ogos lalu, kerajaan Perancis meluluskan undang-undang untuk menentang kumpulan pemisah dalam kalangan masyarakat Perancis dan memerangi sebarang bentuk radikalisme.
Perancis sebelum ini pernah berdepan beberapa serangan pengganas dan pengeboman manakala kes tembakan tambang yang terbesar berlaku di Paris pada November 2015, di mana 130 orang maut dan lebih 400 lagi cedera.
16 Oktober tahun lalu, seorang guru sejarah dipenggal kepala di luar sekolah menengah di pinggir bandar Paris kerana menunjukkan kepada pelajar kartun Nabi Muhammad ketika mengajar subjek kebebasan bersuara.
Serangan pengganas terbaru di Perancis berlaku pada April tahun ini, menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islamofobia, dari London ke Paris ini adalah sebagai bukti tanda perkauman dan kegagalan pentadbiran pihak berkuasa di Eropah dalam membentangkan keadilan terhadap rakyat dan hak asasi manusia.
2 comments:
Puak hak asasi barat dan pemimpin politik barat adalah puak hipokrit lidah biawak kerana mereka berpura-pura berjuang untuk membela hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama tetapi mereka jugalah yang membiarkan hak umat Islam dinafikan dan ditindas di seluruh dunia termasuklah Palestin, Eropah, Amerika, Myanmar, China Komunis, Bosnia dll.
Mereka berdiam diri membutakan mata dan menutup telinga setiap kali rejim pengganas Israhell menyamun, menindas, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam di Palestin.
Mereka dan mahkamah jenayah antarabangsa enggan mendakwa dan menghukum rejim pengganas Israhell. Mereka hanya sibuk memusnahkan negara umat Islam dan merompak, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam sahaja.
Mereka menghalalkan pembunuhsn ke atas umat Islam yang tidak bersalah dengan pelbagai alasan karut seperti pengganas Islam, menegakkan demokrasi dll.
Sister in Islam x ramai pengikutnya. Cuma SIS bijak gunakan media seolah2 mereka mewakili ramai wanita. Bilangan mereka cuma plus minus 50 jer. Sama mcm parti liberal. Yg kuat bersuara hanya beberapa kerat jer. Pengikut dah hampir pupus. Yg pemimpin hanya beberapa kerat ni yg jahat. Pandai berdailog tapi menjurus kesesatan. Liberal dan sedikit kekomunisan.
Post a Comment