Pelanggan membeli daun ganja goreng di Bangkok, awal tahun ini. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti membenarkan penyelidik tempatan mengkaji manfaat kanabis, hem dan ketum untuk kegunaan perubatan.
Ahli Parlimen Padang Besar yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata beliau bersama beberapa Ahli Parlimen lain sedang menghimpunkan hasil kajian sedia ada oleh universiti dan syarikat untuk dihantar kepada KKM dan KDN.
Katanya, langkah itu bagi membuktikan manfaat kanabis, hem dan ketum serta menyakinkan KKM dan KDN memberi kelulusan khas kepada penyelidik tempatan, antaranya Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau berkata, kajian industri itu memerlukan kelulusan khas kedua-dua kementerian berkenaan kerana membabitkan penanaman hemp dalam jumlah besar, yang bertentangan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika KKM dan KDN enggan memberi kelulusan itu, Zahidi berkata, beberapa Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan Bebas akan mengusulkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi mendesak kelulusan penggunaan kanabis, hem dan ketum untuk perubatan dan industri.
Kementerian Pertanian Thailand meyediakan model ladang ganja sebagai panduan untuk petani. - Foto AFPKomen Weblog Ibnu Hasyim (sebelum ini): Jangan bazirkan daun ketum, jadikan ketum untuk perubatan. Baik untuk diabetes dan lain-lain?
Afghanistan dan Aceh, adalah negara pengeluar ganja di dunia yang penduduknya beragama Islam. Setakat ini tidak jelas bagaimana pengedarannya, samada dari segi agama atau perundangan negara masing-masing.
Kini Thailand mengumumkan model ladang ganja di tapak semaian milik Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) di Nong Yai yang disahkan sebagai ladang ganja pertama negara, di bawah piawaian GAP, Jabatan Pertanian Thai. Iaitu ladang ganja untuk tujuan perubatan.
Maka ianya memberi laluan kepada negara yang sedang berbisnes ganja secara gelap bertukar kepada berterang-terangan, mengkut peraturan. Maka disinilah peluang jadi pengusaha ganja 'halal' dari sudut agama dan perundangan antarabangsa, seperti negara Afghanistan dan Aceh Indonessia.
Kalau di Malaysia ada bisnes 'daun ketum', bolehkah dipertingkatkan ke arah daun ketum untuk perubatan? Diperkenalkan di peringkat antarabangsa seperti ganja dan lain-lain juga? Jangan sampai negara lain buat dulu, baru nak ikut. Mampulah Malaysia mulakan, sila buat kajian tubuh Insttitiut Ketum Negara?
No comments:
Post a Comment