Tuesday, December 14, 2021

Keganasan di Perancis, ini sebenarnya...

 

Gambar fail menunjukkan Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin (tengah) bersama anggota polis negara itu ketika lawatan ke Ouistreham. - Foto AFP

Perancis sasar tutup masjid laung khutbah 'radikal'

PARIS: Perancis hari mengumumkan arahan penutupan sebuah masjid sehingga enam bulan kerana imamnya didakwa menyampaikan khutbah berunsur radikal.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, memberitahu saluran Cnews TV, berkata beliau mengesyorkan penutupan masjid di di Beauvais, sebuah bandar dengan 50,000 penduduk kira-kira 100 kilometer (km) di utara Paris.

Katanya imam masjid itu dalam khutbahnya menyasarkan 'Kristian, homoseksual serta Yahudi' dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Pihak berkuasa di wilayah Oise, lokasi Beauvais berada, turut mengumumkan mereka sedang mempertimbangkan untuk menutup masjid kerana khutbah didakwa menghasut kebencian, keganasan dan 'mempertahankan jihad'.

Seorang pegawai di wilayah Oise memberitahu AFP bahawa surat itu sudah dihantar minggu lalu, malah berkata tempoh 10 hari pengumpulan maklumat diperlukan secara sah sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

Akhbar tempatan, Courrier Picard pula melaporkan bahawa imam masjid itu adalah seorang yang baru memeluk Islam.

Akhbar itu turut memetik penjelasan seorang peguam bagi persatuan pengurusan masjid, bahawa kenyataannya 'diambil di luar konteks' dan imam itu juga sudah digantung daripada tugasnya.

Darmanin awal tahun ini mengumumkan bahawa Perancis akan meningkatkan pemeriksaan terhadap tempat ibadat dan persatuan yang disyaki menyebarkan propaganda radikal.

Tindakan keras itu dilakukan selepas pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, pada Oktober 2020 kerana menunjukkan kartun kontroversi Nabi Muhammad yang diterbitkan oleh majalah satira Charlie Hebdo ketika kelas sivik.

Menurut kementerian itu lagi, 99 buah masjid dan surau Islam daripada sejumlah 2,623 di seluruh Perancis disiasat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kerana disyaki menyebarkan ideologi pemisah.

Daripada jumlah itu, 21 sedang dalam proses ditutup atas pelbagai sebab dan enam lagi disiasat dengan tujuan untuk menutupnya berdasarkan undang-undang Perancis yang menentang ekstremisme dan pemisahan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebenarnya  'sasar tutup masjid laung khutbah 'radikal', tuduhan-tuduhan fitnah, itulah dasar kerajaan radikal, ekstrem dan ganas. 

Sebenarnya jika suara kebenaran keadilan rakyat itu semakin ditekan, dihimpit dan ditindas, maka semakin kuat ledakan kebangkitan suara itu akan meluap dan meletus!

Sebenarnya, jalan penyelsaiannya, ialah dengan menghentikan keganasan terhadap rakyatmu sendiri, wahai kuasa-kuasa barat durjana!

Sekian.


Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah


 Bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti DAP berkenaan.

Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap 'setia membuta tuli' kepada Mahathir walaupun dia memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana keenganannya menyerahkan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya rasa selepas pertelingkahan antara Tun (Mahathir) dan Tony ini, semua orang DAP yang masih sayangkan Mahathir mungkin mula berfikiran berbeza.

“Selepas melihat bagaimana Mahathir menghentam Tony secara terbuka, mereka kini mungkin sedar apa yang saya katakan tentang Mahathir selama ini adalah benar.
"Mereka ini mungkin mula menjauhkan diri daripada Mahathir. Saya rasa tiada lagi swafoto," kata Liu kepada Malaysiakini.

Liu berkata semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, dia berulang kali bersuara menentang Mahathir kerana mengabaikan janji-janji untuk melakukan perubahan dan mewujudkan permusuhan dalam gabungan parti itu demi kepentingan dirinya sendiri.

"Saya buat bising ketika itu, tapi semuanya sia-sia. Ini takkan berlaku jika sesetengah mereka menyertai saya untuk bersuara.
"Kini sudah terlambat untuk sedar bahawa Mahathir adalah tidak bagus untuk DAP dan tidak bagus untuk PH. Sudah terlambat," keluhnya.

Anonymous said...

Pesan pesan dan nasihat pada orang Melayu pasca PRU 15.

Mukhriz gives 100 days Ismail Sabri’s government an ‘F’... are you ok boboi..!?
Fakta nya Si boboi rupanya 2 kali melingkup dari kerusi MB Kedah..kikiki

Awas kenyataan lidah bercabang sang fitnah jijik ini. Bila Atok boboi dan legasi nya nak mampos dolu dolu dalam Kerajaan BN@UMNO dan 2 kali Boboi diterajang masuk longkang dari kerusi MB Kedah. Kalah pula jawatan naib presiden dalam pemilihan UMNO maka Atok marah marah pada Bossku maka Tun mintak nyawa pada PKR@PH dan menjelekkan Tun kata DAP okeyy..

Fakta si Boboi pecah rekod 2 kali melingkup dari kerusi MB Kedah belum pernah di buat orang lain kecuali si Boboi.. kikiki bodo punya boboi.. kikiki

Bila Atok nak mati sebab tertebuk muka sendiri dalam Pakatan Harapan dolu tuh maka atok mintak nyawa skali lagi. Atok mintak nyawa pada orang Melayu semula dengan jadi acah acah power Melayu Islamik balik dan acah acah power jadi ultra Melayu dan acah acah bermusuh musuhan dengan Parti DAP@LeeKwanYew. Memoir ke 2 atok akan terbit Tun acah acah power kasi hantam sama DAP...!!

Kena ingat cepat cepat yer di mana fakta Tun masa jadi PM ke 7 ultra Melayu ini telah dibaruakan DAP@LeeKwanYew. Hasil jadi barua DAP@LeeKwanYew ialah Pulau Batu Putih yang timbul tenggelam pun Tun sanggup sedekah kan pada Singapura pada anak Lee Kwan Yew.... Sedangkan negara ada fakta untuk di kemukakan ke mahkamah antrabangsa

Fakta semua pemimpin utama dari utara ini ialah kesemua pulau pulau strategik negara depa pi sedekah pada orang asing. Depa juga cuba gadai akidah dng COMANGO Gereja , LGBT, Syiah dan Pluralisme Agama sambil acah acah power jadi ultra Melayu Islamik... puiiiii..!!

Maka akan mintak nyawa lah Tun kembali dan akan cuba tonjolkan diri sebagai PejWang acah acah power ultra Melayu Islamik semula.. puiii..!!

Momentum Acah acah power Melayu Islamik ini akan berterusan hingga lah PRU 15 untuk meraih sempati orang Melayu sambil atok berlakon air mata lagi teresak esak menangis hingga keluar air mata buayanya. Kunun nya demi orang Melayu sedangkan matlamat utama atok adalah utk selamatkan Boboi nya dan PejWang.

Bila dah dapat kuasa balik Tun akan buat buat buat lupa dan janji mula dicapati sambil kencing berdiri. Tak cukup dng janji dicapati amalan Tun selterusnya ialah menghina dan caci maki mengutuk bangsanya semula.

Tun akan maki hamun orang Melayu Pemalas, Melayu tak tahu berniaga (yg bodoh berniaga tu anak anak Tun )sambil bailout dan beri projek jota jota pada kroni Cina Malaysia berkiblat pada DAP@LeeKwanYew.

Dalam masa yg sama atok akan balilout perniagaan anak anak nya yang melingkup rugi sambil mengutuk dan menghina orang Melayu...!! Bila untung Tun kata anak anak nya pandai berniaga, bila rugi suma mintak dibailout.. sebenarnya anak Tun lah yang bodoh bangang berniaga.

Masa itu orang Melayu kena lah ingat balik fakta Tun jadi barua DAP@LeeKwanYew dilantik jadi PM ke 7. Hanya dengan angkara seekor Cina Jho Low yg lesap jadi beruang dakwa ex IGP si Bedul lantikan Tun semua orang Melayu dibatuapi dan di adu domba.

Semua orang Melayu sesama bangsa Melayu berantakan bercakaran, berbunuhan sesama sendiri angkara seorang Cina bernama Jho Low.

Kalau Singaura Lee Kwan Yew lansung tak percaya pada orang Melayu Singapura, di Malaysia apa ke sial nya pemimpin Melayu terhegeh hegeh beri muka berlebih lebihan dalam urusan kerajaan pada kaum Lee Kwan Yew@Jho Low ini...!!?

sambung...


Fakta Boboi 2 kali melingkup dari MB Kedah dan melingkup bertanding jawatan dalam UMNO, makna kata Boboi ini sangat mudah untuk dilingkupkan...!!

Wallahualam bisawapatulmautttt..!

Sekian.

#lingkupkanBoboiMelingkupTun@PejWang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails