Wednesday, December 29, 2021

Kerana khatib ''mempertahankan jihad' Perancis tutup masjid.. gila!

Masjid di Beauvais, sebuah bandar berpenduduk 50,000 orang kira-kira 100 kilometer di utara Paris, akan tetap ditutup selama enam bulan. - Foto AFP

Perancis arah sebuah masjid di negara itu ditutup

PARIS: Perancis mengarahkan sebuah masjid di utara negara itu ditutup kerana pihaknya mengesan seorang imam yang mengamalkan fahaman radikal, menurut pihak berkuasa wilayah kepada AFP hari ini.

Masjid di Beauvais, sebuah bandar dengan populasi penduduk seramai 50,000 orang dan terletak 100 kilometer (km) di utara Paris, ditutup selama enam bulan, kata pihak pentadbir wilayah Oise di mana Beauvais terletak.

Katanya khutbah yang disampaikan menimbulkan kebencian, keganasan dan mempertahankan jihad.

Pengumuman penutupan rumah ibadat itu dibuat dua minggu selepas Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, mendapati intipati khutbah disampaikan imam berkenaan menyasarkan penganut Kristian, homoseksual dan Yahudi.

Justeru, beliau mendapati tindakan imam itu sesuatu yang tidak boleh diterima.

Pihak berkuasa melancarkan operasi secara sah untuk memperoleh maklumat selama 10 hari sebelum tindakan diambil, tetapi berdasarkan apa yang diberitahu kepada AFP hari ini, masjid berkenaan sekarang ditutup dua hari.

Memetik laporan akhbar tempatan Courrier Picard pada bulan ini, iman masjid berkenaan baru saja menganuti agama Islam.

Akhbar itu memetik seorang peguam persatuan yang menguruskan masjid itu berkata bahawa kenyataan diambil di luar konteks dan sehubungan itu, imam terbabit digantung tugas susulan surat diterima dari pihak pentadbir wilayah.

Awal tahun ini, kerajaan Perancis ada mengumumkan pihaknya akan menjalankan pemeriksaan terhadap rumah ibadat dan majlis disyaki menyebarkan propaganda Islam radikal.

Ia susulan pembunuhan seorang guru bernama Samuel Paty pada Oktober tahun lalu, yang disasarkan menerusi kempen dalam talian terhadapnya kerana memaparkan kartun kontroversi mirip Nabi Muhammad SAW dalam majalah satira, Charlie Hebdo sewaktu kelas sivik.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, pada bulan ini saja, sekitar 100 masjid dan lebih 2,600 tempat solat penganut Islam disiasat kerana disyaki menyebarkan ideologi 'pemisah'.

Katanya, enam tempat sedang disiasat untuk ditutup berdasarkan undang-undang Perancis yang menentang ekstremisme dan pemisahan Islam. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Faham perkauman agama disemarakkan di Perancis diteruskan dengan pemaparan kartun kontroversi Nabi Muhammad SAW dalam majalah satira, Charlie Hebdo sebelumnya.

Bahkan menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis, pada bulan ini saja, sekitar 100 masjid dan lebih 2,600 tempat solat penganut Islam disiasat dengan berbagai tuduhan ciptaan.

Adakah berlaku di Malaysia orang bukan Islam mengamal ajaran agamanya sendiri, rumah ibadatnya ditutup? Itulah indahnya Islam di negaraku..

Selain Gereja terbesar di Asia Tenggara, Malaysia juga punya lambang Salib Terbesar di Asia?.. Lihatlah!

1 comment:

Anonymous said...

Kat malaysia, parti ekstreme kecinaan punya semangat benci terhadap org Islam. Mencampuri urusan tulisan asal negara ini, tulisan jawi. Mencampuri urusan syariah org Islam. Bantah ruu355 yg langsung tiada kaitan dgn mereka. Punya cita cita menyebarkan kristian, walau pun dlm perlembagaan menyebut org melayu tdk boleh didakwahkan dgn agama lain selain Islam. Guna melayu utk skrew melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails