HALALAM HIBURAN
Konsert dan hiburan bukan ubat penenang rakyat
DEWAN Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) ingin melahirkan rasa kesal dan terkejut kami dengan penganjuran konsert ‘Live In Kuantan’ yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021 di Stadium Darul Makmur di saat wabak pandemik masih belum reda sepenuhnya.
Dalam hal ini, kami berpandangan penganjuran konsert atau apa-apa aktiviti hiburan bukanlah keutamaan perlu dalam situasi semasa yang masih kritikal pada fasa pasca PKP ini. Aktiviti sebegini juga tidak wajar dijadikan sebagai ubat untuk menenangkan emosi dan tekanan rakyat yang sedang terdesak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan selepas pasca PKP yang sangat menekan dalam semua aspek kehidupan.
Kami juga ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Pahang untuk lebih teliti dan sensitif dalam merancang dan memberi kebenaran dalam hal penganjuran aktiviti hiburan sebegini. Sedangkan aktiviti kerohanian dan imarah masjid atau surau masih lagi terikat dengan SOP yang ketat sehingga solat masih lagi dikerjakan dalam keadaan berjarak, kanak-kanak (bawah 7 tahun) masih tidak dibenarkan untuk hadir ke masjid, aktiviti kuliah dan majlis ilmu masih terikat dengan jangka waktu tertentu dan pelbagai kekangan yang lain seperti yang terkandung dalam SOP yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti.
Tetapi aktiviti hiburan terus mendapat kemudahan dan ruang yang luas untuk dianjurkan sama ada di dalam media sosial, media massa mahupun secara fizikal yang sudah tentu akan menimbulkan kegusaran kepada pihak-pihak terlibat atas ketidakadilan penguatkuasaan dan keputusan yang diputuskan oleh kerajaan negeri.
Penganjuran konsert dan aktiviti hiburan seperti ini juga menimbulkan kegusaran di pihak kami memandangkan pihak penganjur seolah-olah cuba memberi candu kepada rakyat negeri ini agar terus berkhayal seterusnya melupakan tekanan dan himpitan realiti kehidupan semasa. Kerana situasi tekanan hidup semakin memuncak disebabkan aliran tunai dan kuasa beli semakin berkurang ditambah pula dengan kenaikan mendadak harga barangan makanan asas.
Kerajaan seharusnya memikirkan jalan bagaimana boleh meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan program-program dan insentif yang boleh membangunkan modal insan dan kemahiran survival kehidupan yang lebih bermanfaat dan efektif bukan dengan aktiviti hiburan untuk sekadar meredakan tekanan pada jangka masa sekejap sahaja.
Maka kerana itu, Dewan Pemuda PAS Pahang bersedia untuk membuka ruang seluas mungkin untuk sesi dialog mahupun kerjasama dengan semua pihak khusus bagi membincangkan dan melaksanakan program mahupun aktiviti hiburan dan ilmiah yang bersifat mendidik dan membangun modal insan di Negeri Pahang ini seiring dengan matlamat perjuangan kami untuk memastikan masyarakat dan negeri ini dijalankan dan dibangunkan nilai-nilai kehidupan yang lebih baik sesuai dengan syariat Islam.
Kami mendoakan semoga kesejahteraan bumi Pahang ini terus berpanjangan di bawah dengan panduan dan suluhan wahyu daripada Ilahi. DPPNP juga menyatakan tekad untuk terus bersama mempertahankan kerajaan ini bagi memastikan agenda perpaduan ummah terus diperkasa bagi memberi manfaat buat semua rakyat di negara ini khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur ini selagi mana kepimpinan negeri ini terus patuh dan tunduk kepada syariat Allah S.W.T.
“Islam Menyatukan Ummah”
“Memacu Perpaduan”
USTAZ AIRIEROSHAIRI ROSLAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP)
Ketua Penerangan
Pemuda Perikatan Nasional Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 30/11/2021
1 comment:
Kerja atok dedah bocor fitnah jijik dan gadoh lah sampai mati... rulez of law Kerala..
Mahathir jawab sewa tanah telah dinaikkan berkali ganda. Sebab itu dia serah balik.
Pada ketika tahun 2017 itu, dia sudah letak jawatan penasihat LADA pada tahun 2016. Anak dia juga hilang jawatan MB Kedah buat kali pertama pada tahun 2016.
Tapi dalam posting hari ini, dia tidak pula sebut tanah balak yang diberi pada anak dia seperti yang saya turut dedahkan.
Konsesi balak serta tanah 1,000 hektar (2,471 ekar) diberi pada anak dia pada tahun 1994 masa dia PM.
Takde juga Tun Mahathir jawab tanah Putrajaya yang dia kata dia beli dari kerajaan. Berapa luasnya dan berapa harganya yang kamu bayar?
Bagus juga Atok mengaku minggu lepas bahawa dia lah yang pinda akta tersebut bagi saya minta kediaman dari kerajaan.
Saya minta bawah akta yang kamu pindah pada tahun 2018. Saya minta masa saya bukan lagi jadi PM ataupun kerajaan di bawah BN dan anak saya bukan pun Ketua Menteri atau MB di mana-mana negeri.
Takde akta pun yang pernah kata ayah boleh ditawarkan tanah kerajaan dengan harga murah giler oleh kerajaan anak dia seperti dalam kes tanah Langkawi atok.
Takde akta juga yang kata anak boleh ditawarkan konsesi balak dan tanah beribu ekar semasa ayah dia PM.
Office saya cuma minta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU14 seperti hak bawah akta yang kamu pinda itu. Tak langgar apa-apa undang-undang.
Saya diberi pilihan rumah milik kerajaan di 3 lokasi dan saya pilih satu.
Takde pulak saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya ataupun saya diberitahu nilai.
Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
Dan suruh kerajaan jual tanah tersebut dan sekiranya benar-benar bernilai RM100 juta, sila masukkan dalam tabung untuk disalur sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.
Apa yang saya dapat sekarang selepas 9 tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800b ke RM2 trilion?
Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat. Saya tak guna untuk peribadi saya pun.
Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan.
Jika saya atau keluarga saya pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan, sila Atok dedahkan.
Sila dedahkan. Sila bocorkan.
NAJIB RAZAK
Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?
Post a Comment