DAP kekal sebagai ancaman terbesar
ANCAMAN terbesar buat parti-parti Melayu Islam di tanah air sama ada disedari ataupun tidak sebenarnya adalah DAP.
DAP bergerak sebagai sebuah parti Sekular Sosialis yang didominasi masyarakat bukan-Melayu Islam, bermatlamat mahu membentuk sebuah masyarakat ‘Malaysian Malaysia’ yang memberikan hak sama-rata buat semua tanpa mengambil kira kontrak sosial yang telah disepakati antara kaum asal Melayu dengan kaum-kaum lain yang telah diberi kewarganegaraan menjelang kemerdekaan negara.
Bagi DAP tiada lagi hak istimewa buat mana-mana masyarakat. Semuanya mesti dilihat dan diberi peluang dan perhatian yang sama.
DAP bukan hanya mahu mewakili kaum minoriti bukan-Melayu tetapi cita-cita besar mereka adalah mahu menguasai negara. Dan malah melalui pelan licik mereka, pada PRU 2018 dengan bantuan parti-parti tertentu termasuk yang majoriti Melayu, DAP dan sekutunya berjaya menguasai Putrajaya dan hampir keseluruhan kerajaan negeri-negeri.
Tatkala itu tonggak kuasa didominasi mereka dan buat pertama kali dalam sejarah negara, tiada lagi penguasaan politik Melayu Islam sebagaimana sebelumnya.
Dengan pencapaian besar itu, masuk menyusuplah segala dasar perjuangan DAP ke dalam kerajaan sehingga jadi lesu dan tidak selesa masyarakat majoriti Melayu, yang mula sedar akan kesilapan mereka dalam membuat pemilihan.
Semua menjadi tertekan dan tersepit sepanjang 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP. Yang sedang menjalani hukuman penjara diampun dan dibebaskan, yang sedang menjalani perbicaraan pertuduhan rasuah di mahkamah dibuang kes, yang ditahan atas tuduhan terlibat dengan menyokong perjuangan keganasan juga diarah bebas.
Selain itu perkara dan aktiviti mungkar bermaharajalela, pengiktirafan diberi pada komuniti LGBT, Bahasa Melayu diperlekeh termasuklah Institusi Islam dan Raja-raja. ICERD dan Statut Rom mahu dijulang dan bajet serta perbelanjaan untuk Institusi Islam termasuk istana dipertikai.
Bukan sehari dua DAP merancang untuk menguasai kerajaan, mereka tanpa jemu telah melancarkan pelbagai siri kempen dan gerak kerja, eksperimen politik berani mereka lakukan dari masa ke semasa dan akhirnya setelah mencuba lebih 5 dekad sejak PRU 1969, pada tahun 2018 mereka berjaya.
Satu masalah besar buat mereka semasa mula terlibat aktif dalam politik tanah air adalah untuk menguasai dan memperolehi sokongan masyarakat majoriti Melayu. Memang dari segi sejarah orang-orang Melayu ini sukar menyokong mana-mana perjuangan apatah lagi parti yang dipimpin dan dikuasai bukan-Melayu.
Kalau kita sorot lebih jauh, inilah masalah yang sama yang dihadapi Parti Komunis Malaya atau PKM dahulu semasa mereka bergerak aktif di tanah air sejak sebelum Merdeka lagi.
Pimpinan kanan PKM semuanya berbangsa Cina, namun mereka sedar perjuangan mereka tidak akan berjaya selagi tidak mendapatkan simpati dan sokongan masyarakat Melayu yang merupakan penduduk majoriti dalam negara.
Orang-orang Melayu menolak PKM kerana parti berkenaan dilihat ganas, rasis, menolak agama dan yang lebih utama kerana didominasi masyarakat bukan-Melayu.
PKM tidak berputus asa dan terus menyasarkan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Mereka sanggup mengambil langkah menubuhkan satu regimen yang dianggotai oleh orang-orang Melayu demi mendapatkan sokongan kaum ini.
Tertubuhlah kemudiannya Regimen ke-10 yang kerja utamanya menarik dan memikat sokongan penduduk Melayu. Malangnya mereka hanya dapat segelintir kecil sokongan masyarakat Melayu. Inilah juga perhatian yang diberikan DAP iaitu untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu.
Di zaman awal penubuhannya DAP meletakkan calon-calon Melayu bertanding tetapi itu hanya di kerusi majoriti Cina. Menanglah beberapa calon Melayu di kerusi bukan-Melayu termasuklah di sekitar Teluk Intan dan Ipoh, kemudiannya bekas pemimpin CUEPACS Ahmad Nor menang di Parlimen Bayan Baru yang merupakan kerusi majoriti Cina.
Mereka tidak berpuas-hati, dan terus cuba menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu untuk memberi gambaran bahawa DAP sudah mula diterima masyarakat Melayu. Mereka buat pakatan dengan parti-parti Melayu lain termasuklah PKR dan PAN, tetapi ternyata parti-parti ini tidak berapa boleh membantu dan diharapkan. DAP terpaksa menembusi sendiri kawasan-kawasan Melayu dengan cara menaikkan calon-calon Melayu yang taksub dan termakan dakyah mereka.
Pada PRU 2018 perancangan mereka mula menampakkan hasil, apabila undi Melayu berpecah lantaran parti-parti Melayu bersaing sesama sendiri maka menanglah calon-calon Melayu DAP di kerusi-kerusi majoriti Melayu contohnya di DUN Dusun Tua di Negeri Selangor.
Dalam pada itu DAP terus bergelut untuk membawa imej mesra Melayu dan mesra Islam bagi terus menambat dan menarik sokongan masyarakat Melayu yang mudah terpedaya.
Mereka masuk keluar kampus untuk menarik anak-anak Melayu bagi menyokong mereka, malangnya ada juga yang terpengaruh dan sanggup sehingga menjadi calon dan pemimpin mereka.
Sebagaimana kempen mereka dalam PRN Sarawak dahulu, apabila meletakkan seorang calon Melayu di kerusi DUN Batu Kitang di Sarawak, kepada masyarakat Cina mereka berkempen kita perlu menangkan calon Melayu DAP ini untuk beliau nanti diperlatakkan untuk ‘screw Malays’, maknanya guna Melayu untuk lawan Melayu.
Tidak hairanlah jika DAP sanggup berpakaian sebagai seorang Muslim, masuk keluar masjid dan surau, menghulurkan bantuan ke sekolah-sekolah dan institusi Islam semata-mata kerana mahukan undi dan sokongan masyarakat Melayu.
Jangan orang Melayu lupa pernah seorang Ahli Parlimen DAP dari Sarawak berhujah di Parlimen menentang kemasukan guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di sekolah-sekolah di Sarawak kononnya kerana tidak mahu mengimport Islam ekstrem dari Semenanjung.
Kerana itu masyarakat Melayu khasnya perlu sentiasa diingatkan akan ancaman DAP ini. Jika kita lalai, berpecah dan berbalah kita sesama sendiri, mereka mudah mengambil kesempatan dan akhirnya berjaya lolos menguasai kita sedang mereka langsung tidak prihatin apa lagi perjuangkan isu nasib dan masa depan umat Melayu dan agama Islam.
Bagi mereka isu agama ini adalah isu peribadi, bukannya urusan negara dan sepatutnya terhad di kalangan penganutnya sahaja. Sebarang usaha untuk memartabatkan Islam dilihat sebagai satu ancaman dan lebih jahat lagi mereka label sebagai ekstrem dan mahu melahirkan negara ‘Taliban’.
Mereka pernah menguasai Putrajaya walaupun hanya selama 22 bulan. Ini bermakna jika kita tidak berhati-hati dan meremehkan usaha penyatuan ummah, tidak mustahil mereka dapat kembali berkuasa.
Bukalah mata dan telinga masing-masing jangan sampai bumi dipijak milik orang, ketika itu menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/12/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1657741217898541/
Pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya PKM dan pengikut mereka terdiri dari puak china rasis yang telah menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu Islam seperti petani, ustaz dan ulama, penghulu dll dan merompak atau memusnahkan harta benda kaum Melayu Islam dan menghina agama Islam dan mencemari masjid dll.
ReplyDeleteApabila mereka menyedari mereka tidak boleh menguasai Tanah Melayu tanpa sokongan kaum Melayu Islam, mereka cuba menipu kaum Melayu dengan menubuhkan Regimen PKM ke-10 yang terdiri dari kaum Melayu yang telah ditipu oleh PKM.
Sikap perkauman pemimpin china PKM terdedah apabila pemimpin xhina PKM mengutamakan bekalan senjata, pakaian, ubat, makalan dll kepada unit pengganas china komunis. Rejimen PKM ke-10 yang terdiri dari kaum Melayu hanya menerima sisa sahaja. Persamaan hak adalah janji palsu pemimpin china PKM untuk kencing kaum Melayu.
Pemimpin china PKM juga membunuh ramai anggota china PKM sendiri kerana disyakki membelot. Pemimpin pasukan pengganas PKM makan mewah dalam hutan di waktu pengikut meeeka mati kerana kebuluran atau makanan beracun atau dibunuh kerana sakit atay sangat lemah.
Hari ini kaum kerabat atau keturunan komunis di negara kita termasuklah segelintir orang Melayu yang jahil murakkab dan buta sejarah dan tidak sedar diri berusaha untuk menjadikan pengganas komunis PKN sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Ini jelas menunjukkan puak penyokong komunis termasuk puak ultra kiasu roket adalah puak rasis psikopat yang berbahaya kepada rakyat dan negara.
Fakta ini ditulis oleh seorang bekas LtM.
DeleteDasar Msian Msia yang diperjuangkan oleh puak rasis ultra kiasu roket bertujuan untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak bumiputera termasuk kaum Melayu yang menjadi penduduk asal negara kita. Bukankah ini bererti puak rasis pendatang cuma merampas hak Islam dan hak bumiputera negara ini ?
ReplyDeleteHanya puak pengkhianat sahaja yang rela dikencing hancing oleh puak rasis ultra kiasu roket untuk menyokong dasar Msian Msia.
Puak pengkhianat ini bodoh berlapis-lapis kerana mereka sanggup membiarkan keturunan, bangsa dan agama mereka ditindas oleh puak rasis ultra kiasu roket jika puak rasis ini berkuasa.
Lihatlah bagaimana lee ikan yu memakai songkok dan baju Melayu dan beramah mesra dengan kaum Melayu di Singapura untuk menipu kaum Melayu supaya kaum Melayu menyokong parti rasis PA-Pigs.
Sebaik sahaja puak PA-Pigs memerintah Singapura, mereka memecah-belahkan kaum Melayu supaya kaum Melayu menjadi sangat lemah dan hilang kuasa politik.
Sekarang puak musang roket berbulu ayam pula memakai tudung dan pakaian Melayu untuk menipu dan memancing undi kaum Melayu Islam.
Cukuplah 22 bulan umat Islam dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu oleh puak ultra kiasu roket dan khadam-khadam munafiqun liberal mereka.
Hanya orang bodoh berlapis-lapis yang suka menghulurkan tangan ke dalam lubang ular roket yang sama untuk dipatuk berulang kali.