1. Mengawal pakaian kaum wanita Islam itu ekstrem dan primitif?
KALAU kita sebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ini anti-Islam dan sering memomokkan masyarakat dengan ‘Islamphobia’ sehingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat, ada yang mungkin menganggap kita keterlaluan. Tetapi salahkah kita menganggap begitu sebenarnya?
Secara jujur cuba kita lihat dan teliti kenyataan beliau sendiri. Terbaru ketika beliau menyinggung seorang pemimpin DAP di Johor dalam isu pemakaian tudung oleh seorang MP Wanita DAP yang bukan-Islam beliau dilaporkan menyebut:
“I find Boo’s remarks no different to those made before by extremist and primitive PAS leaders who want to control what women can or cannot wear.”
(Saya dapati pandangan Dr Boo tiada beza dengan pandangan pimpinan PAS yang ekstremis dan primitif yang mahu mengawal apa yang boleh atau tidak boleh dipakai oleh kaum wanita.)
Jika pun PAS konsisten dalam isu pakaian wanita khasnya yang beragama Islam, ia bukannya isu politik atau populis, ia sebenarnya tanggungjawab setiap Muslim iaitu dalam perkara ingat mengingati kepada sesama Muslim dari hal perintah dan larangan Allah S.W.T.
Adakah mengingatkan sesama Muslim dari hal perintah dan larangan Allah S.W.T itu menjadikan PAS ekstrem dan kuno atau kolot? Adakah Guan Eng menuduh atau melihat begitu? PAS yang ekstrem dan primitif atau Islam?
Puluhan tahun menjadi Ahli Parlimen di Malaysia namun beliau rupanya masih belum dapat memahami dan menerima hakikat keadaan hidup masyarakat di Malaysia khasnya umat Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara. Beliau masih mahu campuri malah mempertikaikan hak umat Islam mengendali dan menguruskan agamanya.
Ini bukan urusan PAS, ini urusan umat Islam. Biar rakyat Malaysia khasnya umat Melayu Islam sedar dan kenal akan sikap dan pendirian pimpinan DAP ini. Jangan lagi mudah terpedaya dan tergiur mahu memangkah mereka.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2021
Sumber Asal: https://m.facebook.com/100009880363600/posts/1656153941390602/
2. Isu pakaian: DAP cuba tuduh Islam ekstrem?
DEWAN Pemuda PAS Negeri Johor merasa terpanggil untuk menyambut baik akan kecaman Ketua Penerangan PAS terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaksudkan bahawa PAS merupakan parti ekstremis dan primitif yang menghalang pilihan para wanita untuk bebas memilih gaya pemakaian dan keterampilan. (merujuk kepada pautan)
https://www.themalaysianinsight.com/index.php/s/354765
Lebih dikesalkan, serangan terhadap PAS yang dibuat merujuk kepada pemakaian MP Segambut berbaju kurung dan berselendang dalam lawatan kerjanya ke beberapa komuniti termasuk sebuah masjid, dilihat sangat tidak relevan.
Ini kerana isu tersebut dibangkitkan oleh Guan Eng sendiri dalam keadaan PAS secara rasminya menyambut baik sebarang usaha untuk mewujudkan keharmonian dan penghormatan antara kaum, malah tidak membangkitkan langsung soal gimik politik yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nilai demokrasi sosial melalui sistem Parlimen Berperlembagaan, Guan Eng sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada beberapa pimpinan DAP beragama Islam kerana perintah melindungi aurat (etika berpakaian) dan maruah diri adalah wajib menurut panduan suci umat Islam iaitu al-Quran, antaranya melalui surah an-Nur ayat ke 31:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Katakanlah kepada para wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
Usaha mengekstremkan PAS melalui isu pemakaian ini hanya menggambarkan DAP sebagai parti haluan kiri yang membenarkan bahawa Islam itu agama ekstrem, seterusnya menafikan kesucian al-Quran sebagai sumber syariat bagi majoriti rakyat beragama Islam di Malaysia, malah membelakangi Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan negara.
Tidak lupa, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyeru kepada para pimpinan DAP beragama Islam agar meyakini bahawa penyelesaian Islam merangkumi setiap aspek hidup manusia tanpa memisahkan sebahagiannya mengikut selera manusia, yang akhirnya menjerumus ke arah Sekularisme, usaha membangunkan tamadun insan tanpa batas pedoman.
Usahlah cetuskan api kebencian di tengah damainya integrasi dan perpaduan. Berpolitiklah dengan penuh integriti tanpa memangsakan rakyat. Apa pun serangan yang dihadapkan, PAS tetap konsisten dengan Islam memperkukuh kemenangan dalam siri pilihan raya akan datang tanpa gimik picisan. Inilah pendirian kami!
MOHAMAD NAQIB MOHD BAKHUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 6/12/2021
Sumber Asal: https://m.facebook.com/100050445191740/posts/455513996140103/
Rules Of Law Kerala Part 5 : Mana pergi pejuang kleptokrasi bila kes keluarga Zety terbongkar..!?
ReplyDeleteMaka siapa merosakkan reputasi sistem keadilan di Malaysia? Tun M lantik Zeti jadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Muhyiddin mengekalkannya kerana Zeti bersara pada bulan April 2021.
Nama baik Bank Negara terjejas apabila maklumat Singapura kepada BNM tahun 2015 disorokkan.
“Apa Mahathir buat setelah mengetahuinya?”
Beliau berkata, Mahathir sering memainkan modal menentang kleptokrasi, namun hanya membisu dalam kes membabitkan Zeti itu.
Pilihan Raya Negeri Melaka, rakyat menolak momokan ‘kleptoktasi’. Mereka lebih nampak perkataan lain seperti bohong, dendam dan fitnah. Masih membisu juga? Memang hipokrit”
Mengapa Mahathir dan pejuang kleptokrasi jadi setan bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
Apa masalah eng guan ni. Selalu masuk campur hal agama Islam. Yg bersifat primitif dan cara fikir kuno ialah eng guan. Tidak pernah buat kajian mendalam dan detail ttg Islam, hanya menilai Islam kerana sifatnya yg dangkal dan kenyataan melulu. Kerana suka arak dan judi, waras sudah kurang lalu campur urusan agama yg bukan agama anutan. Ini cara budak2 sekolah rendah mengejek org lain. Usia dah enam siries, masih style lama dan kuno.
ReplyDeleteMalanglah puak ultra kiasu kerana mereka memilih untuk dipimpin oleh pemimpin-pemimpin roket rasis lidah biawak bodoh berlapis-lapis.
ReplyDeleteSikap rasis mereka dibenci oleh rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian masyarakat. Akibatnya puak roket dan khadam liberal @ lembu mereka telah kalah teruk dalam PRN terbaharu.
Jika abang besar roket tak basuh berak mahu wanita mendedahkan aurat sehingga separuh bogel atau bogel, sebenarnya abang besar roket mahu membawa kaum wanita kembali ke zaman purba di mana wanita dilayan seperti hamba seks untuk memenuhi keperluan nafsu serakah jantan keparat sahaja.
Ini bererti abang besar roket tak basuh berak bernafsu kuda sedang menghina kaum wanita dengan mengembalikan mereka ke zaman purba di negara kafir di mana hak kaum wanita dinafikan oleh puak jantan keparat yang memandang wanita sebagai objek seks sahaja.
Maka muncullah puak feminis liberal di negara kafir di barat yang menjerit konon mahukan persamaan hak di negara kafir. Malangnya puak feminis yang bodoh berlapis-lapis ini diperalatkan oleh puak Yahudi Zionis untuk meruntuhkan institusi keluarga dan memusnahkan masyarakat di negara-negara kafir di barat.
Dan terdapat juga lembu-lembu liberal di negara kita rela menjadi lembu @ barua puak feminis barat untuk meruntuhkan institusi keluarga dan memusnahkan moral masyarakat.
Sebenarnya tiada kaitan antara pendedahan aurat dengan kemajuan sesebuah negara kerana pendedahan aurat tidak pernah memberi sumbangan kepada kemajuan sains dan teknologi.
Bahkan pendedahan aurat membawa kepada rogol, zina @ seks bebas, keruntuhan keluarga dan masyarakat dan penyebaran penyakit berbahaya seperti HIV, AIDs, siplis, gonorrhea dll yang boleh memusnahkan keluarga dan masyarakat.
Sebaliknya, hanya Islam agama yang merupakan satu-satunya agama yang benar dan diredhai oleh Allah dan menjaga dan membela kehormatan dan hak wanita, memberi keadilan kepada wanita dan melindungi wanita dari eksploitasi dan penindasan oleh jantan keparat mata keranjang.
Firman Allah bermaksud “Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki dan perempuan, sedang dia beriman, kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik. Sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Nahl (16): 97).
Kedudukan wanita sebagai ibu juga amat dimuliakan oleh Islam berdasarkan sebuah hadis oleh Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab: Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. (Riwayat Muslim (2548).
Golongan wanita dipelihara kehormatannya melalui syariat menutup aurat.
Keputusan kerajaan Kuwait menghalang kemasukan kapal komersial yang membawa barangan ke dan dari negara Israel memasuki wilayah perairannya harus dipuji.
ReplyDeleteDuta Besar Palestin ke Kuwait, Rami Tahboub percaya itu antara tindakan sokongan terhadap rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka.
Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Kuwait berikutan keputusan mengharamkan kemasukan kapal kargo rejim Zionis ke negara itu