Monday, December 06, 2021

Panas! Panas! Esok penentu kes ADUN DAP didakwa merogol..

 

Nasib ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, akan ditentukan mahkamah esok. - Fail NSTP

IPOH: Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, akan dilepas atau diperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada jam 10 pagi.

Pada 28 September lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 23 saksi termasuk dua saksi terlindung, untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April lalu.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 16 November lalu.

Yong, 51, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, kes itu disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimPenindasan terhadap umat Islam Uyghur hendaklah dibela.

PADA 5 Julai ini menandakan ulang tahun ke-12 peristiwa berdarah yang kejam berlaku terhadap bangsa Uyghur di Urumqi, Xinjiang yang dilakukan oleh pihak berkuasa Xinjiang dalam beberapa siri demonstarsi dan rusuhan yang berlaku pada tarikh tersebut di Urumqi, Xinjiang, China.


Ianya bermula pada 2 Julai apabila lebih kurang 1,000 warga Uyghur mengadakan demonstrasi bagi menentang penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan China terhadap bangsa Uyghur di Xinjiang namun beberapa hari kemudian dengan lebih ramai yang menyertai demonstarsi tersebut, suasana bertukar menjadi pertempuran sengit di antara penduduk Urumqi yang merupakan bangsa Uyghur dengan polis Kerajaan China.

Dianggarkan lebih 197 orang telah terkorban dan 1,721 orang telah cedera dalam beberapa siri rusuhan yang telah berjadi dengan banyak kemusnahan yang berlaku di bandar tersebut. Menurut laporan Human Right Watch (HRW), beberapa hari kemudian ramai warga Uyghur di bandar tersebut telah dilaporkan hilang berikutan beberapa siri serbuan yang dilakukan oleh polis Kerajaan China berikutan siri rusuhan yang berlaku namun menurut HRW, angka sebenar kehilangan warga Uygur berikutan siri serbuan oleh polis Kerajaan China adalah lebih besar daripada yang dilaporkan oleh media-media di seluruh dunia termasuk dari China.

Peristiwa hitam ini adalah salah satu daripada beberapa siri kekejaman, penganiayaan, kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh China terhadap bangsa Uyghur di Xinjiang atau nama asal wilayah tersebut iaitu Turkistan Timur sejak beberapa dekad lalu. Walaupun saat ini hampir seluruh dunia mengetahui tentang kezaliman dan kekejaman yang berlaku ke atas bangsa Uygur di Xinjiang, masih belum kelihatan tanda-tanda ia akan berakhir walaupun China menghadapi tekanan daripada seluruh dunia termasuk daripada PBB.

Setiap hari, China secara berterusan dan sistematik terus melakukan penganiayaan dan kezaliman dalam pelbagai bentuk baharu terhadap bangsa Uyghur, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya dalam sejarah Turkistan Timur selama berabad-abad lamanya.

Peristiwa rusuhan, kezaliman dan kekejaman di Urumqi, Xinjiang pada 5 Julai 2009 itu bermula pada 26 Jun 2009 apabila telah berlaku pembunuhan dua warga Uyghur di tangan warga China apabila kedua-dua mereka dituduh telah merogol dua wanita China yang kemudiannya terbukti tuduhan rogol tersebut sebagai palsu setelah disiasat oleh pihak berkuasa.

Ia berlaku di sebuah kilang barang permainan dan akibat daripada itu, berlaku pergaduhan besar di kilang tersebut di antara pekerja berbangsa Uyghur dan China di mana akhirnya seperti yang disebutkan awal tadi, dua pekerja kilang tersebut yang berbangsa Uyghur telah terkorban.

Namun menurut pemimpin pejuang pembebasan Uyghur, jumlah korban akibat pergaduhan tersebut adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan dan menurut pihak berkuasa China di Xinjiang, orang yang melakukan fitnah tersebut telah ditangkap namun polis China gagal menangkap pembunuh yang telah melakukan pembunuhan terhadap dua warga Uyghur di kilang tersebut.

Akibat rasa tidak puas hati diperlakukan sedemikian, saudara-mara pekerja Uyghur terbabit telah mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan di Urumqi untuk menuntut keadilan setelah mereka tidak dapat memperolehi maklumat mengenai pembunuhan saudara mereka dan juga tidak dilakukan tangkapan terhadap pembunuh tersebut.

Kemudiannya berlakulah seperti apa yang telah diketahui di seluruh dunia mengenai apa yang terjadi di Urumqi, Xinjiang pada 5 Julai 2009. Ia juga menandakan permulaan baharu siri kekejaman dan kezaliman yang sistematik hingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.

Beberapa hari selepas kejadian pergaduhan dan pembunuhan di kilang tersebut, tunjuk perasaan telah bermula di Urumqi dengan dipimpin oleh pelajar universiti yang menuntut pihak berkuasa untuk tidak mengabaikan apa yang berlaku dan serta mendesak supaya dibentuk jawatankuasa bebas untuk menyiasat kejadian tersebut.

Namun bertentangan dengan yang apa diharapkan dan seolah-olah tidak peka dengan apa yang berlaku, pihak polis bertempur dan melepaskan tembakan terhadap bangsa Uyghur yang menyertai demonstrasi bagi menuntut keadilan dan siasatan terhadap pembunuhan tersebut.

Kerajaan China seperti tidak berpuas hati dengan demonstrasi yang berlaku, begitu juga dengan kekuatan pihak keselamatan seperti polis yang ada di wilayah itu yang kemudiannya telah menghantar 130,000 tentera tambahan dari wilayah yang berjiran dengan Xinjiang ke bandar-bandar utama di Xinjiang dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang amat ketat.

Selepas 5 Julai 2009 menurut sumber yang tidak rasmi, demonstrasi dan rusuhan di Urumqi, Xinjiang telah mengakibatkan lebih daripada 3,000 orang daripada bangsa Uyghur telah terkorban. Setelah keadaan menjadi bertambah buruk dari hari ke hari, pihak berkuasa China telah memantau keadaan dengan lebih ketat untuk mencegah kebocoran maklumat bagi menyembunyikan kekejaman yang telah mereka lakukan dengan memotong talian internet di wilayah tersebut begitu juga perkhidmatan telefon tempatan dan antarabangsa.

Kemudian China menutup wilayah Xinjiang dan mengumumkan keputusan untuk melaksanakan hukuman ke atas semua yang dilihatnya sebagai yang bertanggungjawab ke atas peristiwa demonstrasi dan rusuhan di Urumqi pada 5 Julai 2009 setelah 197 orang dari bangsa Uyghur terkorban dan hampir 1,800 orang cedera akibat keganasan pihak keselamatan China.

Selepas daripada peristiwa itu, pasukan polis, pasukan separa tentera dan tentera China telah menahan lebih daripada 4,000 orang daripada bangsa Uyghur di atas tuduhan merusuh, membunuh dan menjarah di bandar Urumqi, Kashgar, dan Hotan di wilayah Xinjiang.

Menurut laporan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa, umur kebanyakkan daripada tahanan ini adalah di antara 12 hingga 40 tahun. Nasib kebanyakan daripada mereka masih belum diketahui sehingga ke hari ini dengan Kerajaan China tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai hukuman mereka kepada mana-mana ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

Menurut laporan mengenai kehilangan orang awam secara paksa di Xinjiang yang diterbitkan pada tahun 2012 oleh Kongres Uyghur Turkistan Sedunia, maklumat yang diberikan mengenai tahanan termasuk 21 orang Uyghur dan dua orang dari Kazakhstan yang ditangkap pada bulan Jun 2009 masih lagi hilang untuk tiga tahun sehingga 2012. Menurut laporan tersebut, saudara-mara orang yang hilang telah mengajukan permintaan untuk pembebasan mereka kepada pemerintah Xinjiang, tetapi mereka belum menerima maklumat ataupun jawapan daripada pihak berkuasa Xinjiang.

Dan China yang berjaya mengeksploitasi pendapat umum di seluruh dunia dengan kekuasaan politik dan pengaruh ekonominya, mencerminkan bahawa apa yang berlaku di Xinjiang sebagai urusan dalaman China dan tidak memerlukan campurtangan mana-mana pihak.

Memang benar bahawa Xinjiang berada di bawah kekuasaan China dan rakyat Xinjiang sedang dikenakan asimilasi serta penindasan etnik dan agama. Selagi dunia berdiam diri mengenai kezaliman, penindasan dan kekejaman sistematik yang sedang berlaku di Xinjiang, China akan terus sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja sesuka hati mereka tanpa memikirkan nasib dan masa depan rakyat Xinjiang dan bangsa Uyghur.

Wilayah ini akan dirampas secara terbuka dan rakyat Xinjiang akan dibiarkan terdedah kepada kezaliman, penindasan dan kekejaman secara berterusan. Hari ini pada bulan Julai 2009 yang lalu, pada ulang tahun kedua belas peristiwa berdarah yang berlaku di Urumqi, Xinjiang, marilah kita umat Islam di seluruh dunia berdoa dan memberikan sokongan kepada bangsa Uyghur demi untuk mempertahankan tanah air, maruah, agama dan jatidiri mereka demi mengenang kembali mereka yang telah terkorban pada peristiwa tersebut.

Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita semua dan membebaskan bangsa Uyghur mahupun Xinjiang dari kekejaman, penindasan dan kezaliman yang berterusan.

Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 3/7/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

4 comments:

Anonymous said...

Rules Of Law Kerala part 4 : Rules of Law apa yang digunakan Tun Semasa 22 bulan Pakatan Harapan Menjadi Kerajaan.

Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar kata kerajaan tahu kes Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2019. Ketika itu Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pun tahu.

Secara spesifik di sini ialah kes 1MDB yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, suami serta anak-anaknya.

Isu ini kembali menjadi bualan ramai selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerusi satu kenyataan baru-baru ini bahawa RM65 juta wang yang dikaitkan dengan 1MDB telah dikembalikan kepada Malaysia oleh Singapura.

Wang ini dirampas dari sebuah syarikat di Singapura milik “suami kepada bekas Gabenor Bank Negara”.

Disember lalu, suami dan dua anak lelaki Zeti dilaporkan mengaku tahu ada menerima wang dari dana 1MDB.

Pengakuan itu terkandung dalam perakuan bersumpah (SD) yang ditandatangani pada Mac 2019. Mahathir Salah Guna Kedudukan dan seorang Perdana Menteri Pakatan Harapan pasti tahu kegiatan penyamun dan pencuri keluarga Zeti dan Jho Low dengan skandal 1MDB.

Pemuda Umno membuat laporan terhadap Zeti dan keluarganya susulan dakwaan bahawa mereka menerima lebih RM100 juta daripada Low, termasuk dana 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Zainuddin Yaacob, berkata siasatan membabitkan suami Zeti itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)9a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Jho Low mungkin sedang ketawa geli hati sambil tepuk tangan melihat betapa bodoh nya bila 22 bulan berkuasa pemimpin Melayu ini berjaya di jinak dan dijadikan barua mereka oleh DAP@LeeKwanYew sambil orang Melayu berantakan sesama Melayu sedangkan Jho Low lesap menghilangkan diri.

Mana nak letak maruah Polis Diraja Malaysia bila tiada tindakan diambil pada Zety dan Jho Low yang lesap entah ke mana..!?

Selagi kes mengenai mereka tidak dibawa secara rasmi ke muka pengadilan maka selagi itulah ia menjadi bahan percakapan dan spekulasi ramai.

Hinggakan ke tahap ia menjadi bahan ejekan dan bahan ketawa di media sosial kes 1MDB ini bersifat tahap bacol, tidak adil dan membazir wang, tenaga dan masa saja.

avanza5990 said...

Jho Low mungkin sedang ketawa geli hati sambil tepuk tangan melihat betapa bodoh nya bila 22 bulan berkuasa pemimpin Melayu ini berjaya di jinak dan dijadikan barua mereka oleh DAP@LeeKwanYew sambil orang Melayu berantakan sesama Melayu sedangkan Jho Low lesap menghilangkan diri.

sembang kari. bukan lesap hilang ke mana. ada jer kt dunia ni. osama bin laden. ayah pin pun boleh jer di cari. ni takat jho low ada jer kt muka bumi. nak tak nak saja. jho low dah jadi two face.

tak usah sembang kari la brother. mung g cari sendiri la. jho low sedap2 main betina, bani melayu gak yang bodoh sampai kiamat kena main kt bani melayu sendiri. hahaha.

Anonymous said...

Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, akan dilepas atau diperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada jam 10 pagi.

Anonymous said...

mung goyak gapo ni...isu nya gapo cecite sket kiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails