Monday, December 13, 2021

PAS kini tidak lagi seperti pungguk rindukan bulan

 

KUALA TERENGGANU: PAS kini tidak lagi seperti pungguk rindukan bulan apabila parti itu kini telah berjaya ke ‘bulan’, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Katanya, perumpamaan berkenaan sebagai simbolik parti itu kini telah menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mentadbir negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mewakili negeri Kelantan pada acara kemuncak sempena Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-70, di Dewan Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Menurutnya, jika sebelum ini ada yang menyindir PAS tidak ubah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana parti itu tidak akan berjaya berada di tampuk pentadbiran negara.

Namun katanya, kini parti itu sudah berjaya berada di ‘bulan’ dengan izin Allah.

Beliau bagaimanapun berkata, kejayaan itu dilalui dengan pelbagai keperitan ketika meniti ujian dalam perjuangan sejak sekian lamanya bermula daripada pejuang yang terdahulu.

Sambungnya, dengan istiqamah dalam perjuangan akhirnya ia telah berada pada kedudukan yang membanggakan. 

“Walaupun jumlah kita kecil dalam kerajaan, tetapi ianya begitu signifiken sehingga boleh jadi kuat dan gagah dalam kerajaan bersama sokongan parti-parti yang lain,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Kelantan, Kedah dan Terengganu dapat dijaga dengan baik pada masa akan datang.

“Sama-sama kita mendoakan supaya kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan dan memberi kemenangan setiap perjuangan yang kita lalui,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/12/2021


Hibur Hibur Sikit.

John Seme - Pungguk Merindukan Bulan (Official Lyric Video)


ZAINORIN MOHD DOM Pak Ngah Balik (Ghazal)


Di Wajahmu Kulihat Bulan 

4 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya Tun bergumbira tapi kau dah kenapa Tun..! Cemas gelabah macam orang tak siuman..!? Esok PRN Sarawak, rakyat Sarawak mengundi..

Baru saja di pagi hari hukuman dijatuhkan Tun Mahathir tengah hari selepas hukuman dibacakan Tun terus menyerang DSNR dengan menyatakan 'Banduan’ ini masih boleh jadi PM, kata Mahathir. Terdesak cemas gelabah sungguh Tun Mahathir sekarang ini. Kau dah kenapa Tun..?

Bossku masih relex seperti biashe biashe boleh main FB, Tun pulak yang terdesak gelabah dan cemas. Kau dah kenapa Tun..!?

Bossku kena buktikan sokongan solid dan kemenangan total di PRN Sarawak. Jika PRN Sarawak full swing pada komponen BN melalui kempen Bossku ini akan mencemaskan dan mengerikan lagi gang Kartel Kerala Tun Mahathir dan boboinya.

Dr Mahathir Mohamad berpendapat Najib Razak masih boleh membuat kemunculan semula ke tampuk pemerintahan negara.

Tempoh jangkaan satu tahun macam macam boleh jadi. PRN Melaka petunjuk awal kemenangan bergaya BN. Jika PRN Sarawak parti komponen Bossku boleh buat 'full swing' kemenangan kompomen BN di Sarawak maka PRU 15 akan mimpi ngeri buat Tun Mahathir dan boboinya.

"Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan," kata Tun

Najib Razak hari ini berkata skandal pertukaran asing (forex) yang dikaitkan dengan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad “jauh lebih memalukan negara.”

Bossku sentiasa mempromosikan kepentingan negara semasa menjadi perdana menteri yang menyaksikan aset negara berkembang daripada RM800 juta kepada RM2 trilion.

Dr Mahathir Mohamad seperti masih tidak senang duduk dengan keputusan mahkamah yang menimpa Najib. Tun nampak sangat terdesak gelabah dan cemas tak keruan kemungkinan Bossku akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi.

Di suruhnya Anip Katari minta penjelasan kenapa pengantungan hukuman bossku. Terdesak sungguh nampak orang tua tu... mungkin demi masa depan boboi dan PejWang belum terjamin.

“Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi perdana menteri juga.

“Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh,” kata Tun lagi.

Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu? Kenapa statement Tun jadi macam itu..!? Adakah nasib boboi masih tidak selamat..!? Apa lagi yang Tun Mahathir tidak puas hati lagi..!?

Jangka masa satu tahun dari rayuan rakyat memerhati apakah polis akan menyiapkan kertas siasatan terhadap suami Zeti dan keturunan berkenaan kes AMLA yang ada hubung kait dengan Jho Low yang lesap entah ke mana.

Kalau Jho Low lesap, Justo pun lesap depan hidung Tun adakah Zeti dan keturunan nya lesap juga dlm jangka masa 1 tahun sebelum Mahkamah Persekutuan bersidang atau kes kertas siasatan keturunan Zety ini bersidai jadi kertas bungkus nasi lemak..!?

Bila PDRM lengkapkan kertas siasatan Zety yang kononnya hampir lengkap itu.? Kenapa lembab sangat siasag dalam kes Zety..!?

Satu-satunya pilihan yang Najib ada ialah mendapatkan pengamunan atau pembatalan hukuman tersebut dari Yang di-Pertuan Agong, tentu ada jasa PM sekarang pada DSNR berasal dari Pahang, Agong pun dari Pahang serba kemungkinan boleh berlaku sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

Pahang boleh..!! Wallahualam.

Anonymous said...

Mantan Menteri Wilayah tetap juga nak jadi belukang jual tanah di Kg Baru. Ubah lah mindset tuhh..!!

Seorang bergelaran Datuk memiliki ciri ciri seorang pemaju Melayu tuiin di Kg Baru dan projek pembangunan nya yg berjaya dilakukan semasa era Najib sebagai perdana menteri.

Ex menteri Wilayah Persekutuan Kalit Samat baru nak bercerita pasal GDV. Masa jadi Menteri Wilayah tak sebut pun pasal GDV per Acre. Nnpk gaya apa aku tulis dolu dolu pasal perkataan GDV, melingkup sampai jadi, geli geli, acah acah power jadi viral dan tranding rupanya di media sosial..!!

Ex Menteri Wilayah baru nak goreng pasal GDV dan Plot Ratio, baru nak cerita secara teknikal bila nak menggoreng hujah, nnpk sikit kemajuan bila nak goreng tapi tujuan tetap ex Menteri Wilayah tetap sama jadi belukang dan broker nak beli tanah orang Kg Baru.!! Alahai..!!

3 Projek kondo dan servis apartment diusahakan Datuk ini 100% sudah pun terjual pembeli bumiputra sahaja. Sbb syarat jualan khas untuk Melayu bumiputra sahaja dan rupanya orang Melayu mampu membeli hampir keseluruhan unit unit kondo dan pangsapuri tersebut di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur..!!

Hanya kurang 1 ekar dengan bilangan unit unit kondo dan servis apartment yang sudah terjual hampir RM400 jota..!! Nilai GDV bagi keluasan tanah kurang 1 ekar saja mencecah RM400 juta untuk satu projek.

Bayangkan nilai GDV bagi 3 projek yang sudah pun tegak siap, terjual dan diduduki dengan keluasan setiap projek itu kurang dari 1 ekar... Pemaju Melayu Bumiputra ini sudah memiliki GDV bagi keseluruhan 3 projek dng jumlah keluasan lebih kurang 3 ekar sahaja nilai GDV hampir RM 1 billion..!!!

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/woiiiwalauncai-tak-mau-pi-jihad-bantu.html?m=1

Apa lah sangat kalau kerajaan kalau ambil 200 ekar tanah Kg Batu GDV dinilai 40 billion walau Plot Ratio 1 : 14 skli pun tetap sikit sangat tu nilai GDV tu wahai mantan Menteri Wilayah..!! Kalau trillion baru masuk akal GDV dng luas 200 ekar... alahaii..!!

So pada ex Menteri Wilayah Kalit Samat ini elok biar kan saja orang Kg Baru yang tentukan tanah milik mereka. Milik mereka tentu solely hak mereka nak tentukan tanah itu. Dah tentu tak digadai pada kerajaan dikhuatiri belakang nya proksi kaum lain.

Tak perlu menyibuk sangat nak acah acah power nak majukan seluruh Kg Baru oleh proksi kerajaan ini. Kerajaan perlu sediakan pasarana kemudahan yang canggih dan moden. MRT dah lalu di Kg Baru stesen LRT dan ujud lama.

Kerajaan perlu lebarkan jalan di Kg Baru supaya nampak bersih dan teratur. Ambil tindakan pada peniaga tepi jalan di urus belukang dalam MAS asal pacak payung masyukk strategi lapuk otak bangang.

Pacak payung berniaga tepi jalan dah lapuk dan ketinggalan zaman. Infrastrukur dan pembetungan kena upgrade seperti di Kepong Metropolitan.

Dulu Jinjang tempat orang buang mayat dalam lombong dan tempat buang sampah, sekarang tengok sendiri Jinjang jadi moden dan teratur..!! Sebab nya wakil rakyat tak jadi broker dan belukang jual tanah Kg Baru Cina di sana..!

Sebab nya mudah Ahli Parlimen dan wakil rakyat mereka kaum Cina tak jadi broker dan jadi belukang jual tanah. Wakil rakyat mereka bawak otak bukan pisau pada pengundi di Kepong dan Jinjang.

Wakil rakyat mereka guna otak bawa kemajuan dan manipulasi agensi kerajaan untuk majukan kawasan mereka. Bodoh sangat ke orang Melayu berniaga.

Bodoh sangat ke orang Melayu berniaga dan wujudkan 'supply chain' sesama Melayu dari huluan sampai hiliran supply chain orang Melayu. Kalau tak wujud supply chain sesama Melayu elok diujudkan dari sekarang.

Wakil rakyat Kg Baru sekadar jadi Ratu Cantik Andartu tak laku dan Menteri Wilayah pula tak ada vision yg koherent nak majukan infrastruktur yg moden dan canggih di Kg Baru.

Anonymous said...

Menteri Wilayah dinasihat kena guna cara Najib Projek Kerinci Residensi untuk selesaikan masalah Sg Baru Kg Baru.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru.

“Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum…

Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

Jika dahulu penduduk flat berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971.

Kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbezaan suasana kehidupan penduduk Kerinci Redidensi dahulu dan sekarang umpama siang dan malam.

Kisah Residensi Kerinchi: Bertuah kerana tidak termakan hasutan dan fitnah pembangkang. Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Padan muko kelian Nurul terkinja kinja di Istana Bukit Segambut yg terhasut ditinggal terkontang kanting.

https://ismaweb.net/2021/12/13/tanah-di-sungai-baru-kampung-baru-akan-diambil-secara-adil/

Seramai 472 keluarga menarik nafas lega apabila kediaman usang yang dihuni mereka sejak 1971 bertukar wajah dengan apartmen moden “Residensi Kerinchi”.

“Kami sangat bimbang sekiranya projek pemaju terbengkalai, jika rumah tidak siap hancurlah harapan kami.”

Ia antara luahan penduduk Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi ketika cadangan projek pembangunan semula atas tapak mereka seluas 2.8 hektar itu berada di kemuncak pada 2010.

Berbanding kediaman sebuah atau tiada bilik di Flat Empat Tingkat sebelum ini yang harganya RM50,000 sahaja, Residensi Kerinchi menampilkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi setiap unitnya yang berkeluasan 83.61 meter persegi bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul yang dibawa Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkaitan isu Sungai Baru, Kampung Baru.

Sahidan Kassim jangan malu malu gunakan kaedah dan idea Bossku selesaikan masalah penduduk Kerinci Residensi itu. Buat lah benda yg beti faedah Sg Baru jangan asyik berpolitik dan tinggalkan fitnah jijik lidah bercabang itu.

Anonymous said...

Laporan separuh penggal SUHAKAM ke PBB ancam akidah umat, fitnah negara

Dalam laporan ini (2.3, muka surat 7-9), SUHAKAM menyatakan bahawa undang-undang syariah yang menghalang umat Islam daripada murtad adalah satu bentuk diskriminasi dan mencabul hak kebebasan beragama. Bagi kami, ini adalah suatu kenyataan yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kerana terdapat unsur-unsur menggugat sistem perundangan syariah yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri.

“In absence of any lawful exception and rational classification, SUHAKAM finds that the State apostasy laws in Malaysia are discriminatory and more likely to interfere with freedom of religion of Muslims.”

Sumber:

https://ismaweb.net/2021/10/18/1laporan-separuh-penggal-suhakam-ke-pbb-ancam-akidah-umat-fitnah-negara/

Persoalan:

1. Bagaimana kerajaan boleh menubuhkan suatu agensi yang mungkin bersikap anti-Islam ?

2. Bukankah Perlembagaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama bagi Malaysia ? Bukankah sepatutnya kerajaan dan SUHAKAM menghormati kedudukan Islam di negara ini ?

3. Apakah peranan fungsi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya muslim dalam SUHAKAM sehinggakan SUHAKAM boleh membuat kenyataan yang mungkin bersifat anti-Islam ?

4. Bukankah selama ini SUHAKAM lebih cenderung menjaga kepentingan dan hak asasi puak kafir berbanding dengan kepentingan dan hak asasi umat Islam ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails