KUALA LUMPUR: Sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian penjualan minuman keras secara runcit di premis daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.
Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, dasar sedia ada menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan di bawah Akta Eksais 1976.
Pada masa sama, katanya pelesenan penjualan minum keras adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik melalui perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah yang diwartakan pada tahun 1977.
“Oleh itu, sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35 Akta Eksais 1976.
“Setakat ini, tiada pindaan telah dibuat bagi perwakilan kuasa tersebut dengan kerajaan negeri diberi kuasa untuk membuat keputusan berkenaan lesen penjualan minuman keras,” katanya menjawab soalan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul mengakui bahawa baru-baru ini, timbul pelbagai kekeliruan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras di peringkat negeri.
Beliau memberi jaminan bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada tahun 1977 masih kekal tanpa sebarang perubahan.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera dan mengemas kini segala dokumen perintah atau garis panduan bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang,” katanya.
Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini. – HARAKAHDAILY 9/12/21
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah dan tauladan, minum arak punca segala kejahatan.
Pilih antara 3, dosa minum minuman memabukkan, berzina atau membunuh.
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak.
Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar.
Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka."
Wallahu'aklam.
Yg parti kuali dan parti liberal sokong jual arak apa hal. Dua parti ni preach bagi pihak parti dapig. Ajar muslim semua agama adalah sama.
ReplyDeletePuak munafiqun liberal dan puak sesat syiah bersekongkol dengan puak rasis ultra kiasu roket menyokong dan membela kemungkaran dan kesesatan dan menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.Maka mereka juga adalah musuh Islam.
ReplyDeleteJika mereka mati, tanamlah bangkai mereka di tanah perkuburan kafir kerana mereka akan mengikut ketua kafir harbi mereka memasuki neraka dan mendengar khutbah iblis yang terakhir dalam neraka.