Thursday, December 30, 2021

Pencuri wanita diarak berbogel, berduaan X bermoral mandi longkang.

 

Empat orang wanita dibogelkan dan diarak di sebatang jalan selepas didapati mencuri dari sebuah kedai tempatan di Faisalabad, Pakistan. - Jam Press

1. Wanita pencuri diarak sambil berbogel

ISLAMABAD – Satu rakaman video menunjukkan empat wanita dibogelkan dan diarak di sepanjang jalan selepas didakwa mencuri daripada sebuah kedai di Pakistan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kumpulan wanita  itu dituduh mencuri di Faisalabad, dalam wilayah Punjab dan dikatakan telah diserang oleh penduduk tempatan.

Dalam video itu, keempat-empat  wanita tersebut dilihat memasuki  sebuah kedai ketika seorang pekerja berada di premis tersebut. Mereka dirakam mengambil beberapa barang dari rak kedai sama. 

Pekerja tersebut kemudiannya meninggalkan premis itu, manakala wanita-wanita terbabit turut beredar.

Dalam satu klip video lain, salah seorang daripada wanita tersebut dilihat menangis sambil membongkok di atas lantai dengan kamera difokuskan kepadanya.

Seorang lagi wanita diseret oleh tiga lelaki sebelum dicampakkan ke lantai berhampiran wanita pertama itu.

Sementara itu, wanita ketiga pula berbogel daripada paras pinggang ke bawah, manakala wanita keempat  juga berbogel dan dipukul dengan senjata yang kelihatan seperti kayu.

Kesemua mereka dilaporkan ‘diarak’ di jalanan dalam keadaan bogel selama satu jam sebelum polis Punjab dimaklumkan tentang kejadian itu dan campur tangan. 

Seramai lima individu ditahan dalam kejadian itu. – AGENSI 

2. Pasangan kekasih dihukum ‘mandi’ dalam longkang kerana berdua-duaan

Dua remaja itu dibiarkan merangkak di dalam longkang berlumpur hitam. – Instagram

JAKARTA – Dua remaja di Indonesia tular di media sosial apabila dihukum ‘mandi’ di dalam longkang selepas ditangkap berdua-duaan dan melakukan perbuatan tidak bermoral, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @penajam_terkini. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki sedang merangkak di dalam longkang dengan wajahnya dipenuhi lumpur hitam.

Seorang remaja perempuan dilihat mengekorinya dari belakang lalu turut merangkak memasuki longkang tersebut. Tidak lama selepas itu itu, seorang penduduk dilihat menendang remaja lelaki berkenaan supaya dia merangkak dalam keadaan lebih rendah di dalam longkang. 

Seorang remaja perempuan dilihat mengekorinya dari belakang pada video tersebut, kedua-dua remaja tersebut dihukum selepas penduduk menangkap mereka duduk berdua-duan dan melakukan perbuatan tidak bermoral. Video itu menjadi tular dengan ramai netizen membanjiri ruangan komen.

“Lebih baik bawa jumpa ibu bapa mereka. Ataupun kahwinkan terus,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kedua-dua hukuman tersebut belum dapat dipastikan adakah ianya mengikut syariat Islam atau tidak. Tetapi naluri manusia menuntut supaya yang bersalah tetap dihukum sewajarnya.

No comments:

Post a Comment