Tuesday, December 07, 2021

Pengganas Israel serang pelabuhan Syria

 

DAMSYIK: Tentera udara Israel telah menyerang terhadap  pelabuhan Latakia di Syria pada awal pagi Selasa (7 Dis), dalam serangan yang jarang menyasarkan kemudahan utama di negara yang pernah beberapa kali diserang Israel itu.

“Kira-kira jam 1.23 pagi hari ini, musuh Israel melakukan pencerobohan udara dengan beberapa peluru berpandu. Pertahanan udara kami menangkis pencerohan Israel di Latakia,” lapor agensi berita Syria, SANA memetik sumber tentera.

“Serangan itu menyasarkan limbungan kontena pelabuhan, menyebabkan beberapa kontena terbakar tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa,” tambah laporan SANA.

Gambar-gambar yang diterbitkan oleh SANA  menunjukkan kebakaran di halaman rumah tetapi televisyen kerajaan Syria kemudian berkata bahawa anggota bomba telah mengawal kebakaran itu.

Israel telah berulang kali berkata ia tidak akan membenarkan negara jirannya itu menjadi landasan pelancaran serangan udara bagi musuhnya, Iran.

Israel sudah banyak kali melakukan serangan terhadap Syria yang merupakan negara jirannya.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria, menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah. 

Pada 24 Nov lalu, peluru berpandu Israel menyerang di barat wilayah Homs membunuh lima orang, menurut Syrian Observatory for Human Rights.

Dalam dua serangan berasingan Israel pada Okt  lepas, lima anggota militia pro-Iran terbunuh berhampiran ibu negara Syria,  Damsyik manakala sembilan pejuang pro-kerajaan terbunuh berhampiran pangkalan udara T4 di timur Palmyra di tengah Syria. – HARAKAHDAILY 7/12/2021

Lihat sebelum ini..
Lim Guan Eng dimahkamah

 Bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

Harap pagar, pagar makan padi bila kegiatan AMLA Gabnor Bank Nrgara Zety terbongkar Najib buat laporan polis, minta siasat jika wujud persembunyian bukti kes 1MDB dan SRC

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi selepas membuat laporan jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1MDB dan SRC International.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-buat-laporan-polis-minta-siasat-jika-wujud-persembunyian-bukti-kes-1mdb-dan-src-333165

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu turut memohon PDRM menjalankan siasatan terperinci berkaitan beberapa pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa beliau, sengaja menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB

Najib turut mengakui kekecewaannya harap kan pagar, pagar makan padi apabila beliau dan pasukan guamannya tidak dimaklumkan mengenai hubung kait atau urus niaga antara ahli keluarga terdekat seorang bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zety dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Tangkap dan siasat gang kartel Kerala dalam kes 1MDB...!! Barua DAP@LeeKwanYew beramboss..!!

#LingkupBoboiMelingkupTun&PejWang

Anonymous said...

Kat sini kita punya ektremist chinese yg keluarkan statement Islam adalah primitif. Eng guan punya darak komunis di mana bapanya salah seorg pencetus mei 13. Hari ni eng guan masih bersikap ektremist dgn terus menerus ganggu urusan org Islam termasuk hal ruu355, yg langsung tiada berkait dgn keturunannya. Eng guan menimbulkan ketegangan kaum dgn isu sensitif org Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails