Friday, December 31, 2021

Perlindungan pelarian: Indonesia contoh terbaik kepada negara lain -PBB

 

Antara pelarian Rohingya yang terkandas dalam bot usang di perairan Indonesia da di bawa ke Pelabuhan Krueng Geukueh di Lhokseumawe, Aceh. -Foto AFP

Indonesia tunda bot Rohingya ke pelabuhan terdekat

LHOKSEUMAWE: Indonesia membenarkan bot membawa lebih 100 pelarian Rohingya berlabuh di Pelabuhan Kruengkeukuh, Kota Lhokseumawe, dekat Aceh.

Semalam, kapal tentera laut Indonesia menunda bot usang yang membawa mereka ke Pelabuhan Kruengkeukuh di Kota Lhokseumawe, dekat wilayah Aceh, selepas tekanan daripada penduduk setempat supaya mereka diselamatkan.

Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.

Bot usang dan sesak itu hanyut selama beberapa hari selepas enjinnya rosak dan air mula memasuki bot di kedudukan kira-kira 85 kilometer (km) di luar pantai Bireuen.

Misi menunda bot itu bermula pada jam 6 pagi waktu tempatan dan dijangka selesai pada pukul 6.30 petang di tengah-tengah keadaan laut yang bergelora, kata jurucakap tentera laut, Laksamana Pertama Julius Widjojono dalam satu kenyataan.

Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 

Pada Selasa lalu, Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), menggesa kumpulan pelarian yang berada dalam keadaan genting di atas bot itu segera diselamatkan.

"Bagi mengelakkan kehilangan nyawa, kami menggesa kerajaan Indonesia membenarkan pendaratan selamat dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lagi, Indonesia menjadi contoh kepada negara lain di rantau ini dalam menyediakan perlindungan pelarian pada masa depan.

Petugas UNHCR kini berada di lapangan, bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam bersiap bagi membantu kerajaan dan masyarakat setempat menyelamatkan kumpulan pelarian itu.

Mereka juga sedang menyelaraskan usaha dengan rakan kongsi kemanusiaan untuk menyediakan bantuan menyeluruh, termasuk proses kuarantin yang selaras dengan piawaian antarabangsa dan protokol kesihatan awam. - BERNAMA

105 Rohingya yang terdampar di perairan Bireuen kini telah dievakuasi melalui Pelabuhan Asean, Krueng Geukuh, Kecamatan Dewantara, Kabupaten Aceh Utara, pada Jumat (31/12/2021) sekitar pukul 00.00 WIB. 

"Pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), Mitra Salima, mengucapkan terima kasih atas izin pendaratan bagi kapal berpenumpang pengungsi Rohinya di Aceh.

Badan PBB untuk urusan pengungsi, memuji pemerintah Indonesia atas izin pendaratan kemarin malam, yang diberikan kepada 105 orang (8 pria, 50 wanita, 47 anak-anak)." -Serambinews.


Komen Weblog Ibnu HasyimSemalam, kapal tentera laut Indonesia menunda bot usang yang membawa mereka ke Pelabuhan Kruengkeukuh di Kota Lhokseumawe, dekat wilayah Aceh. Hal ini berlaku selepas tekanan daripada penduduk setempat supaya mereka diselamatkan.

Al-hamdulillah, semuanya berlaku atas dasar Islam dan ukhuwah Islamiah. Allahu 'akbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails