SERDANG: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan model pertanian pintar yang boleh dilaksanakan dalam skala kecil, sederhana atau besar sebagai strategi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dalam negara, bermula tahun depan.
Model pertanian secara tertutup menggunakan sistem rumah perlindungan hujan, mengguna pakai sistem pengairan dan pembajaan secara automasi melalui kawalan berkomputer atau aplikasi internet kebendaan (IoT), pencahayaan LED, penghawa dingin dan hidroponik bertingkat.
MARDI menyifatkan inisiatif itu sebagai strategi untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dalam negara, sekali gus menangani isu kekurangan bekalan sayur disebabkan peningkatan permintaan, perubahan iklim dan bencana alam, sekali gus membantu menstabilkan harga dalam pasaran.
Kaedah itu juga dapat mengatasi masalah sisa kimia pada produk tanaman, menangani isu pencemaran air dan tanah hasil dari aktiviti perindustrian dan pertanian konvensional, selain meningkatkan jaminan bekalan dan keselamatan makanan.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, berkata model berkenaan boleh memberi hasil lima hingga 10 kali ganda berbanding kaedah tanaman secara konvensional, dan mesra alam.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani. - NSTP/Asyraf Hamzah"Ia memberikan hasil tinggi, berkualiti dan jangkaan hasil lebih tepat dari segi pengeluaran sepanjang tahun tanpa gangguan disebabkan perubahan cuaca, ancaman perosak atau penyakit. Ia sudah dibentang dan diluluskan Lembaga Pengelola MARDI dan akan diperkenalkan pada tahun depan," katanya kepada BH.
MARDI melabel projek berskala kecil sebagai model B40, skala sederhana (B40) dan skala besar (T20).
Mohamad Zabawi menjelaskan model B40 membabitkan penggunaan rumah perlindungan hujan berskala kecil yang boleh diusahakan di sekitar rumah.
Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Hamdan Mohd Noor memeriksa sayur yang menggunakan sistem penanaman hidroponik di MARDI Serdang. - NSTP/Asyraf HamzahBagi model berskala sederhana atau M40 pula, beliau berkata, ia merangkumi penggunaan kontena, manakala bagi model berskala besar (T20) membabitkan struktur bangunan bersaiz besar atau kilang untuk 'bercucuk tanam'.
Katanya, ketiga-tiga model itu akan mengguna pakai sistem pencahayaan lampu LED untuk menghasilkan formulasi cahaya buatan bagi membekalkan nutrien dan vitamin diperlukan tanaman serta penggunaan sistem tanaman hidroponik bertingkat.
Sistem penanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik di MARDI Serdang. - NSTP/Asyraf Hamzah
Model pertanian menggunakan rumah perlindungan hujan dilihat penyelesaian jangka panjang kerajaan untuk mengatasi isu kenaikan harga barangan keperluan asas, termasuk sayur-sayuran disebabkan perubahan cuaca, khususnya setiap hujung tahun akibat hujan lebat, selain ancaman serangga perosak dan penyakit.
Sejak Oktober lalu, harga kebanyakan barangan makanan asas seperti sayur-sayuran dan ayam meningkat mendadak sehingga membebankan rakyat.
Persatuan pengguna mendakwa harga beberapa jenis sayur-sayuran meningkat sehingga 200 peratus. Antaranya kubis bunga daripada RM7 sekilogram kepada RM16, sawi pendek (RM3 kepada RM9), brokoli (RM8 hingga RM20), selain kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau.
Mohamad Zabawi yakin pengenalan konsep plant factory (kilang tanaman) oleh MARDI akan mengatasi isu pengguna mengeluh mengenai harga sayuran dan kekurangan bekalan.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani (kanan) melihat tanaman menggunakan Green Kit di MARDI, Serdang. - NSTP/Asyraf Hamzah
Difahamkan modal diperlukan untuk menyediakan model berskala kecil yang dilengkapi dengan sistem asas serendah RM10,000, bergantung saiz kawasan dan rumah perlindungan hujan.
Model bersaiz sederhana, kosnya kira-kira RM200,000, lengkap dengan sistem pencahayaan lampu LED, hidroponik, pendingin hawa dan tenaga solar.
Kos model bersaiz besar pula boleh mencecah sekitar RM1.5 juta bergantung pada keluasan bangunan atau kilang dan dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan secara automasi menggunakan pendekatan kawalan berkomputer atau aplikasi internet kebendaan (IoT), pencahayaan LED, penghawa dingin dan integrasi sistem kawalan hidroponik bertingkat.
"Kaedah ini mudah kerana tidak perlu dipantau setiap hari, sebab sistemnya berjalan sendiri. Tak perlu selalu siram sebab sudah ada sistemnya. Tak perlu juga sembur racun kerana tanaman berada di dalam rumah perlindungan hujan yang tertutup. Tiada perosak. Hasil lebih cepat tumbuh sebab tiada isu cuaca panas atau hujan," katanya.
Beliau berkata, walaupun kosnya agak tinggi tetapi manfaatnya besar untuk tempoh masa panjang.
Bagi memastikan model diketengahkan MARDI sampai kepada golongan sasar, beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Memandangkan NGO banyak bekerjasama dengan majlis agama negeri, kita berharap dapat menggunakan fasiliti atau bangunan terbiar milik majlis agama supaya golongan asnaf boleh menceburinya sebagai petani menerusi inovasi ini.
"Majlis agama ini ada banyak bangunan terbiar dan kita akan bekerjasama dengan mereka untuk memperkenalkan kilang tanaman, konsep tanaman dalam kontena. Kita nak bantu asnaf," katanya. (BH)
1 comment:
Rules Of Law Kerala Part 6 : Kes 1MDB Buktikan Najib palsu dokumen - Shafee (BM - Eng)
Tan Seri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan dalam perbicaraan skandal 1MDB.
Link dibawah blogger barua Tun Mahathir Jessy Reggey tuduh Zety berkonspirasi aniaya Bossku
https://youtu.be/o5kIGIfDgSk
Ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahu pasukan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram untuk membuktikan bahawa anak guamnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memalsukan dokumen sepertimana penyataan pembukaan pendakwaan itu.
Ujarnya, jika benar pendakwaan mengatakan bekas perdana menteri itu memalsukan dokumen, ia perlu dibuktikan bahawa Najib mengetahui perkara itu.
Link bawah bossku buat laporan polis kegiatan Zety dan Jho Low menganiaya Najib sejak 2017 lagi.
https://youtu.be/fwKXq4QnKJ4
Bekas Perdana Menteri itu turut memohon PDRM menjalankan siasatan terperinci berkaitan beberapa pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa beliau, sengaja menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB
Harap kan pagar, pagar makan padi apabila beliau dan pasukan guamannya tidak dimaklumkan mengenai hubung kait atau urus niaga antara ahli keluarga terdekat seorang bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zety dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.
Link persoalkan bossku dianiaya oleh Zety dan Jho Low.Siapa dibelakang kedua mereka ini..!
https://youtu.be/9wxhS0NhVYE
Malah jelasnya, lebih penting dalam kes ini sama ada anak guamnya tahu bahawa wang disalurkan ke akaunnya berasal dari syarikat 1MDB. "Jadi sama ada dokumen palsu atau tak, anda (pendakwaan) buktikannya. Malah jika anda dapat buktikannya, anda perlu buktikan Najib tahu ia dipalsukan.
https://youtu.be/K6Tqopl_00g
Saya tidak peduli sama ada Low Taek Jho tahu. Adakah Najib tahu? Hanya selepas itu anda boleh hukumnya," kata Shafee.
Post a Comment