Wednesday, December 29, 2021

Sangkar ikan patin rosak, Amerul tunggu janji bantuan

 

Amerul mengeluh kerosakan dan kerugian sangkar ikan patin sudah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun, bantuan dihulurkan tidak seperti dijanjikan. - Foto Amerul Affendi

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Bintang utama filem Prebet Sapu, Amerul Affendi, 35, sekali lagi berdepan ujian getir apabila perusahaan sangkar ikan patin diusahakannya di Sungai Pahang, Temerloh terpalit kesan banjir yang melanda, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Amerul menarik nafas lega kerana insiden banjir kali ini tidak membawa kepada kerosakan.

Namun, aktor yang diangkat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 itu berkata, perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi mengalami kerosakan teruk, awal tahun ini akibat musibah banjir.

Katanya, biarpun kerosakan dan kerugian sudah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun, sehingga hari ini, tiada bantuan dihulurkan seperti diharapkan.

"Jaring dan besi sangkar banyak rosak ketika musibah banjir, awal tahun ini. Malah, ada sangkar yang dirempuh kayu balak dan dibawa hanyut arus air.

"Saya sudah membuat laporan polis memaklumkan kerosakan berlaku. Namun, akhirnya bantuan diterima adalah makanan ikan. Sedangkan, ada pihak sudah berjanji mahu menghulurkan bantuan bencana.

"Belum selesai kes terdahulu, kini saya diuji lagi," katanya kepada BH Online.

Akur dengan kerenah birokrasi, pemilik nama penuh Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi itu cuba menelannya tanpa menyimpan perasaan tidak puas hati.

"Saya terkedu apabila diberitahu bantuan yang tiba hanyalah makanan ikan. Pelik juga pihak berkenaan minta macam-macam termasuk anggaran kerugian sangkar ikan patin yang rosak.

"Namun, bantuan yang datang bagaikan tersasar. Kebanyakan penduduk rumah terjejas teruk akibat banjir awal tahun ini sudah menerima bantuan, sebulan lalu.

"Baru sahaja nak bertenang, diuji sekali lagi dengan musibah banjir," katanya dengan reda.

Kerosakan sangkar ikan patin milik Amerul ketika banjir awal tahun ini belum sempat dibaiki dan diganti baharu. - Foto Amerul Affendi

Tambah Amerul lagi, perusahaan sangkar ikan patin diusahakan terletak pada bahagian saliran sungai dari Kuala Lipis.

"Jadi, kawasan ini agak terselamat berbanding sangkar yang terletak di Sungai Semantan yang mengalir dari Bentong dan Karak, sekali gus membawa bersama kayu balak yang hanyut.

"Apa yang berlaku dalam dua kejadian banjir ini tidak seteruk jika mahu dibandingkan banjir sekitar 2014.

"Kami mempunyai 12 sangkar ikan patin. Masa insiden banjir, lima daripada sangkar rosak pada awal tahun ini.

"Kami hanya dapat tuai hasil daripada tiga sangkar sahaja. Jika dihitung semula, memang tidak pulang modal.

"Kerugian dan kerosakan sangkar masa banjir awal tahun ini belum dapat diatasi. Malah, masih ada belum dibaiki dan diganti baharu. Keadaan saya agak bergelut, tetapi apakan daya," katanya.

Tambah pelakon filem Polis EVO itu, kos membaiki sangkar mencecah lebih RM4,000.

"Boleh jadi kos lebih lagi. Itu hanya satu sangkar kosong yang tiada ikan dan makanan yang tidak dicurah ke dalamnya," katanya.

Bagaimanapun, pelakon berbakat besar yang menganggap dunia lakonan sebagai hobi bersyukur kerana perusahaan penternakan kerbau diusahakan terselamat daripada ditelan banjir.

"Mujur kandang penternakan kerbau berada di kawasan tinggi, biarpun masih kawasan sama dengan sangkar ikan patin.

"Kali ini, kawasan Mentakab teruk dilanda banjir. Itulah kali pertama banjir teruk terjadi termasuk Karak, Lanchang dan Bentong selama hidup di Pahang. Lumpur tebal dan banyak kayu balak hanyut dibawa arus.

"Tetapi, saya menarik nafas lega kerana rumah ibu di Taman Pasir Rawa tidak terjejas kerana terletak di kawasan bukit," katanya.

Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

3 comments:

Anonymous said...

Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM..!? Maka tiada lah tindakan pada Zety juga..!?

Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gomez mendakwa ia selepas panel tersebut gagal bertindak terhadap dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam.

Katanya, dia pertama kali membangkitkan perkara itu kepada pengerusi panel, Borhan Dolah pada 12 November lalu, dan menggesanya agar mengadakan mesyuarat untuk membincangkan “isu kritikal berkaitan kepentingan negara”.

Bila nak tangkap dan soal siasat Zety dan keluarga si barua ini.!! Kenapa pejuang pejuang kleptokrasi jadi setan bisu..!?

Mana melesap nya haramjadah ‘pejuang menentang kleptokrat’ tiba tiba telo pejuang pejuang kleptokrasi bedesup masuk dalam perut sunyi sepi senyap jadi setan bisu bila terbongkar nya mengenai penglibatan barua betina pejuang kleptokrasi iaitu Zeti dan suami dalam 1MDB.

Seorang Gebanor Bank yang tidak menjalankan amanah kerja , gagal menjalankan dan melapor dan declare pergerakan berbillion ringgit. Bank jadi penyamun mencuri. Imej Bank Negara layaknya macam sampah banjir di Langat

Kalau rakyat biasa 50 ribu perpindahan dan pergerakkan wang ke sesuatu akaun perlu declare pada Bank Negara..!! Lebih pelik seorang Gabenor Bank Negara sanggup dikudakan dan dibaruakan oleh sesorang berprofile tinggi.

Bank Negara imej haprak bro..AMIN

Bank Negara Pusat Perompak Mencuri Duit Bro.. AMIN

SPRM pusat kumpul Rasuah saham jota jota Bro..AMIN

PDRM tido Jho Low lesap smpi skg Bro..AMIN

Kertas Siasatan Zety tak siap siap lagi Bro.. AMIN

Bossku ucaptama World Economic Forum Chaina Sedoonia WECF di China Bro..AMIN

Ati Tun terbakar bossku berucap di WECF bro.. AMIN

Pulau Batu Putih Tun beri pada anak Lee Kwan Yew bro..AMIN

Cuaca Panas di Jirat Cina KL sambil bangau cari ikan rezeki di kolam taik bro.. AMIN

Banjir beso di Negara pasal sumpah laknat Broo.. AMIN


Klu PRK di Kempas Johor Parti Tun@Pejuang hilang deposit dapat tulur..Bro

KHALAS.

kah kah kah

Anonymous said...

Panel SPRM digesa bertindak sebelum isu Azam Baki dibawa di Parlimen, kata Gomez

BERAT INI BERAT ...AMIN

KETUA LAWAN RASUAH AMBIL RASUAH..KAH KAH KAH

MACAM CIKGU ROGOL MURID KAH KAH KAH

MACAM ABAH ROGOL ANAK..KAH KAH KAH

KHALAS..

Anonymous said...

Dlm kes trowong eng guan, tiba tiba nasri asis dipanggil jadi saksi. Rupanya musuh dlm politik jer. Tapi berganding bahu bab projek. Berat ni. Yg diharap memimpin, rupanya pelahap khazanah. Hodohnyer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails