Ketegangan antara China dan Amerika Syarikat meningkat sejak beberapa tahun ini. - Foto AFP
China melabelkan demokrasi AS sebagai 'senjata pemusnah'
BEIJING: China hari ini menyifatkan demokrasi Amerika Syarikat (AS) sebagai "senjata pemusnah besar-besaran" ekoran Sidang Kemuncak Demokrasi anjuran republik itu, bertujuan menyokong sekutu berfikiran sama dalam menghadapi rejim autokratik.
China, Russia dan Hungary diketepikan daripada menyertai sidang kemuncak maya selama dua hari itu dan bertindak balas dengan mendakwa Presiden AS, Joe Biden mencetuskan era Perang Dingin perpecahan ideologi.
Jurucakap Kementerian Luar dalam kenyataan mendakwa AS menghasut "revolusi warna" di luar negara, selain menjelaskan demokrasi sudah lama menjadi "senjata pemusnah besar-besaran" digunakan republik itu untuk campur tangan di negara lain.
Ia juga mendakwa sidang kemuncak itu dianjurkan AS bagi menggambarkan prejudis ideologi, memperalat, mempersenjatakan demokrasi, menghasut perpecahan serta konfrontasi.
Beijing, sebaliknya berikrar "menghalang dan menentang semua jenis demokrasi pseudo."
Menjelang sidang kemuncak itu, China melancarkan serangan propaganda mengkritik demokrasi AS sebagai rasuah dan kegagalan.
Sebaliknya, ia menggembar-gemburkan versinya mengenai "proses menyeluruh demokrasi rakyat" dalam kertas putih dikeluarkan minggu lalu, bertujuan menyokong kesahihan Parti Komunis memerintah yang menjadi semakin autoritarian di bawah Presiden Xi Jinping.
Walaupun AS berulang kali menafikan akan berlaku satu lagi Perang Dingin dengan China, ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu meningkat sejak beberapa tahun ini, termasuk berhubung isu perdagangan dan persaingan teknologi, hak asasi manusia, Xinjiang dan Taiwan.
Perbendaharaan AS semalam mensabitkan dua pegawai berpangkat tinggi China atas pelanggaran hak asasi manusia di wilayah Xinjiang dan meletakkan firma pengawasan AI China SenseTime dalam senarai hitam bagi teknologi pengecaman mukanya yang menyasarkan minoriti Uyghur.
Taiwan dijemput ke sidang kemuncak AS secara jelas, bagaimanapun Beijing mendapat rangsangan di ketika sidang kemuncak itu apabila Nicaragua menggugurkan pakatan diplomatiknya bersama Taiwan sebelum ini dengan menjelaskan ia hanya mengiktiraf China.
Pengumuman itu menyebabkan Taiwan hanya mempunyai 14 sekutu diplomatik.
Sebagai tindak balas, Jabatan Negara AS menyeru "semua negara menghargai institusi demokrasi" untuk 'memperluas pembabitan' dengan pulau itu. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasym: Kita setuju bahawa demokrasi AS adalah 'senjata pemusnah'. Betul, tetapi sebenarnya 2X5, sama dengan komunis China..
Dan kita juga bersetuju dengan kenyataan Roslan Shahir Mohd Shahir Harakah 9/12/21.'DAP kekal sebagai ancaman terbesar' antaranya menyebutkan..
"Ancaman terbesar buat parti-parti Melayu Islam di tanah air sama ada disedari ataupun tidak sebenarnya adalah DAP. DAP bergerak sebagai sebuah parti Sekular Sosialis yang didominasi masyarakat bukan-Melayu Islam,
...bermatlamat mahu membentuk sebuah masyarakat ‘Malaysian Malaysia’ yang memberikan hak sama-rata buat semua tanpa mengambil kira kontrak sosial yang telah disepakati antara kaum asal Melayu dengan kaum-kaum lain yang telah diberi kewarganegaraan menjelang kemerdekaan negara."
Sedangkan negara China itu sendiri tidak memberi hak yang sama antara rakyatnya dengan pendatang ke negaranya. Apalagi kalau tidak se ideologi dengan kerajaannya, walaupun mereka itu adalah jelas rakyat aslinya. Contohnya, lihat pembunuhan yang dilakukan beramai-ramai ke atas rakyatnya kaum Uighur di negaranya.
DAP di Malaysia sepatutnya sedar hal ini, kebanyakan mereka adalah berketurunan pendatang haram ke negara ini. Nasib baik mereka bukan pendatang haram di China. Tetapi pendatang haram di Tanah Melayu.. boleh ada lagi keturunannya hingga sekarang..
Wallahu 'aklam.
Gambar Ibnu Hasyim bersama kawan-kawan Uighur di bandar Urumqi, China beberapa tahun lalu.
Siapa dalang dibelakang 3 Tan Sri ini.!?
ReplyDeleteNajib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh “tiga Tan Sri” yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet, dakwa bekas pembantunya.
Bagaimanapun, sehari sebelum plot itu dilaksanakan, Najib mengambil beberapa tindakan yang menggagalkan rancangan tiga Tan Sri berkenaan iaitu, bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Mohamed.
Buku Bossku dalam terbitan English. Elok buku diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia
ReplyDelete“Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government.
Persoalan kenapa Zeti dan Nor Mohamed tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan SRC International membabitkan Najib, walaupun hakikatnya kedua-duanya telah membantu siasatDalam buku berjudul “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government,” Bose berkata: “Adakah SPRM benar-benar menyiasat keluarga Zeti dan Nor Mohamed pada 2018?
Susah2 sangat, semua org sokong pas. Mendambakan bersih dan amanah, pilihlah politik yg berlandaskan syariah. Selama ini rakyat ditakut takutkan dgn parti yg patuh syariah dan siasah yg holistik. Ini yg dimainkan oleh dap, primitif, taliban serta ratusan fitnah. Dap masih kerimbaan serta kecinaan. Tidak peduli samada ianya menyakiti muslim atau tidak. Yg penting dap mesti jadi boss kat msia. Jom tolak fahaman kekhadaman yg dianuti oleh parti liberal dan parti kuali. Mereka ni cerdik sedikit bab agama banding dap yg zero knowledge ttg Islam. Dap berada dlm alam sekolah kecinaan dgn menolak sek kebangsaan. Lalu hanya tahu dunia kecinaan dan tak tahu dunia kemalaysiaan.
ReplyDelete