Tiada tentera AS dihukum atas serangan dron di Kabul
WASHINGTON: Tiada mana-mana anggota atau pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) akan dikenakan tindakan tatatertib susulan serangan dron di Kabul pada Ogos lalu yang mengorbankan 10 orang awam Afghanistan, termasuk tujuh kanak-kanak.
Jurucakap Pentagon, John Kirby berkata Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin menerima semakan peringkat tinggi mengenai serangan itu yang tidak membuat syor mengenai akauntabiliti.
"Beliau (Austin) meluluskan cadangan mereka. Setiausaha tidak meminta langkah akauntabiliti tambahan.
"Kes itu tidak cukup kukuh untuk dijadikan akauntabiliti peribadi," katanya.
Serangan dron pada 29 Ogos berlaku pada hari-hari terakhir pemindahan keluar pakatan tentera diketuai AS dari Kabul selepas Taliban merampas kawalan negara itu.
Pegawai AS berkata mereka mempunyai maklumat risikan kemungkinan serangan dilakukan terhadap operasi pemindahan di lapangan terbang Kabul dan melancarkan peluru berpandu dari dron ke sasaran kereta yang dianggap sarat dengan peluru.
Serangan itu juga terkena sebuah keluarga termasuk seorang lelaki Afghanistan yang bekerja dengan kumpulan bantuan AS dan tujuh anak.
Pada awal November, laporan awal yang dijalankan oleh inspektor jeneral Tentera Udara AS, Leftenan Jeneral Sami Said, menyebut serangan itu tragis tetapi "satu kesilapan yang jujur."
Semakan oleh Ketua Pusat Arahan, Jeneral Kenneth McKenzie Jr dan Ketua Operasi Khas, Jeneral Richard Clarke menggunakan laporan Said dan pengesyoran terperinci mengenai prosedur untuk serangan dron pada masa hadapan.
Bagaimanapun semakan itu tidak mengesyorkan mana-mana individu dikenakan hukuman atas kesilapan itu.
"Apa yang kita lihat di sini adalah kerosakan dalam proses, dalam pelaksanaan dan prosedur, bukan akibat kecuaian, bukan akibat salah laku, bukan akibat kepemimpinan yang lemah," kata Kirby.
Jika Austin percaya akauntabiliti itu wajar, beliau pasti akan menyokong usaha seperti itu," tambah Kirby.
Serangan dron itu mengorbankan Zemari Ahmadi, seorang pekerja Nutrition and Education International (NEI) yang berpangkalan di AS, dan sembilan ahli keluarganya.
Bulan lalu, pengasas dan presiden NEI, Steve Kwon menyifatkan siasatan Pentagon terhadap insiden itu "sangat mengecewakan dan tidak mencukupi."
Pentagon berjanji untuk membayar pampasan dan juga membantu menempatkan ahli keluarga dan warga Afghanistan yang bekerja untuk NEI di luar negara. Bagaimanapun sehingga kini masih gagal menentukan siapa yang layak, menurut pegawai.
Kirby berkata mereka masih membincangkan aturan itu dengan dengan Kwon.
"Kami bekerjasama dengan beliau dan organisasinya untuk melaksanakan pemindahan ahli keluarga.
"Kami mahu memastikan kami melakukannya dengan cara yang paling selamat dan bertanggungjawab, supaya kami tahu ia sampai kepada orang yang betul dan hanya kepada orang yang betul," katanya. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu biadapnya kepura-puraan AS, laporan awal Tentera Udara AS, menyebut serangan itu tragis tetapi "satu kesilapan yang jujur.". Kenyataan pengganas kurang ajar!
1 comment:
Rejim Amerika Syarikat dan tentera pengganas AS dan badan perisikan CIA adalah puak pengganas yang sangat kejam dan zalim kerana mereka telah menumbangkan kerajaan yang enggan menjadi barua @ hamba abdi mereka walaupun kerajaan tersebut disokong oleh rakyat.
Mereka juga telaj menyerang dan memusnahkan negara umat Islam dan negara kafir dan menyiksa, merogol dan membunuh berjuta umat Islam dan orang kafir di seluruh dunia.
Tanpa merasa malu atau segan , mereka mencipta pelbagai tuduhan karut dan alasan karut atau fitnah untuk mewajarkan pengggganas Amerika membunuh berjuta manusia yang tidak bersalah.
Penggganas Amerika yang tidak bermoral juga melindungi dan membela rejim zalim yang memjadi boneka Amerika di seluruh dunia. Untuk melindungi rejim penggganas Israel, pengganas Amerika telah menyerang dan memusnahkan negara Iraq, Syria, Libya,, Yaman dll, menduduki Lebanob, dan menumbangkan kerajaan Morsi di Mesir dan kerajaan Sudan kerana negara-negara ini menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan Palestin dari pengganas Yahudi Zionis.
Pejuang-pejuang Somalia hampir berjaya menghapuskan pasukan tentera pengganas Amerika tetapi malangnnya tentera pengganas Amerika telah diselamatkan oleh tentera Malaysia menyebabkan ada tentera Malaysia terkorban, cedera atau ditawan.
Jika tentera Malaysia tidak campurtangan, sudah tentu tentera pengganas Amerika yang dikepung akan berjaya dihapuskan oleh pejuang Somalia.
Movie 'Black Hawk Down' dan rejim Amerika dan tentera pengganas Amerika bodoh sombong tidak memberi sebarang penghargaan kepada peranan tentera Malaysia menyelamatkan tentera pengganas rejim Amerika.
Post a Comment