Sunday, December 05, 2021

Turunkan harga barang, jihad lawan orang tengah.. -Pemuda PAS.

 

1. Jihad melawan orang tengah untuk turunkan harga barang

RENTETAN isu kenaikan harga barang asas makanan yang melanda negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan supaya membanteras ‘orang tengah’ dalam segala rantaian pengeluaran barang makanan.

‘Orang tengah’ sebenarnya memainkan peranan besar dalam turun naik harga barang, dengan mewujudkan kartel mereka serta mengawal dan menyimpan stok dan pengeluaran barang kepada peniaga sehingga dilihat bekalan seperti kurang, kemudian menaikkan harga dengan alasan susah untuk dapatkan barang dari petani dan penternak. Orang tengah juga telah menindas para petani dan penternak, mengambil sayur dan haiwan ternakan dengan harga murah kemudian menjual semula dengan harga mahal. 

Pemuda PAS menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meningkatkan penguatkuasaan untuk menghalang ‘orang tengah’ dari mengawal dan memonopoli harga barang asas sesuka hati. Penguatkuasa KPDNHEP digesa bekerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran. Pemantauan secara lebih kerap dan berterusan mesti dilakukan di pasar-pasar yang mempunyai aduan peniaga menjual harga barang keperluan asas dengan terlalu mahal.

Selain itu, Pemuda PAS menggesa Kerajaan, terutamanya MAFI supaya memberi sokongan penuh kepada petani dan penternak tempatan. Agensi-agensi di bawah MAFI mesti memainkan peranan mengutip dan mengedar barangan pertanian dan penternakan dengan lebih telus, supaya kartel dan ‘orang tengah’ tidak  dapat memonopoli harga barangan keperluan asas di pasaran. 

Kenaikan harga barang asas sesungguhnya memberikan kesan yang besar buat semua rakyat Malaysia. Makanan adalah hak asasi rakyat, dan amat sukar untuk meneruskan kehidupan sekiranya kita terpaksa membayar makanan dengan harga yang mahal demi meneruskan hidup. Peranan ‘orang tengah’ yang memonopoli dan menyebabkan kenaikan harga barang ini harus dibanteras demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 4/12/2021

2. Harga barang naik: Iktibar umum surah Yusuf

MASALAH kenaikan harga barangan yang tidak pernah berkesudahan adalah hakikat dari sistem ekonomi tidak berteraskan hidayah serta panduan Allah S.W.T. Terbukti ia telah menimbulkan banyak akibat buruk kepada negara-negara dunia dan memberi tekanan ke atas kehidupan manusia seluruhnya.

Selain muslihat penipuan, manipulasi dan monopoli begitu banyak, sistem ekonomi ciptaan manusia yang diamalkan kini juga penuh dengan penindasan dan kezaliman. Paling ketara, ia tidak mempunyai daya tahan yang ampuh untuk menghadapi cabaran sebagaimana ujian global pandemik COVID-19.

Bencana kesihatan ini sudah cukup menyebabkan ekonomi sedunia seperti dibadai taufan yang meruntuhkan kemampuan bukan sahaja pengguna awam, tetapi semua pihak di dalam kitaran pasaran. Baik peniaga, peruncit, pengedar, pemborong, pembekal mahupun pengeluar, kini sedang dihimpit sengsara.

Bahkan turut menggugat kemampuan institusi-institusi kewangan, termasuk juga kerajaan atau pemerintahan untuk kekal berfungsi atau bertahan. Iktibar ini harus menjentik akal fikiran semua pihak untuk berpaksi kepada sistem ekonomi yang penuh keadilan dan dapat memberdayakan secara seimbang.

Antara wajib dijadikan pedoman lebih-lebih lagi kepada Muslim dan Mukmin serta kerajaan yang menjadikan Islam sebagai tonggaknya adalah panduan al-Quran, antaranya dari surah Yusuf. Ianya antara kaedah Islam yang dapat menjadi penyelesaian kepada semua faktor dan akibat kenaikan harga barangan.

Semua barangan kegunaan harian yang menjadi keperluan asas kehidupan mestilah menjadi portfolio difokuskan kerajaan untuk dipastikan sentiasa mencukupi pada setiap masa. Contohnya makanan yang hampir semuanya bersumberkan dari hasil atau pengeluaran pertanian.

Kerajaan perlu terlibat dalam seluruh aliran dari usaha asas hingga keperluan tersebut sampai kepada rakyat selaku pengguna. Baik perundangan, insentif kepakaran dan kewangan, penyampaian serta kawalan penguatkuasaan dan juga simpanan perbekalan, mestilah diadakan.

Bermakna juga, ia dimiliknegarakan dan ditadbir urus secara terjamin atau stabil untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau risiko yang boleh terjadi. Ketika ini, banyak barangan tersebut bukan sahaja tidak mencukupi di mana terpaksa diimport, tetapi juga wujud pelbagai spekulasi yang menimbulkan isu harga barang.

Pihak-pihak lain dalam kalangan individu, syarikat, NGO, agensi dan institusi yang tidak berkepentingan keuntungan juga boleh dilibatkan dalam menjayakan inisiatif atau program berkaitan. Begitu juga pengagihan kekayaan dari pihak berada kepada golongan memerlukan serta menunaikan hak atau perjanjian yang termaktub.

Kerajaan juga di atas dasar mencari keberkatan dan meninggikan ketakwaan, mesti membersihkan ekonomi negara dari setiap sumber yang haram seperti arak dan judi serta lain-lain. Segala ruang membiaknya virus ekonomi gelap dan jenayah mestilah ditutup serapatnya.

MOHAMAD RAZIS ABDUL RAHMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau – HARAKAHDAILY 4/12/2021

https://www.facebook.com/535107723252698/posts/4542540039176093/

7 comments:

Anonymous said...

Org tengah ni biasanya tak punya apa2. Beli barang dan jual barang. Dlm politik pun bangsa ini jadi org tengah. Lagakan satu kumpulan spy pecah dua kumpulan. Yg satu tu mereka beri nafkah supaya ada kekuatan melawan kumpulan yg ori. Bukan beri nafkah jer, bahkan tawar kerusi pm. Wpun dpt kerusi pm, tapi sekadar boneka jer. Yg pegang tali tu, tetap juga org tengah tadi. Ini akibat bila nafkah tadi tidak dipandang sebagai rasuah.

Anonymous said...

cari punca dan kenal pasti punca.. di mana titik masalah itu perlu dikenal pastikan... dan bila dah kenal pasti maks solusi mesti mudah dan pantas...

Anonymous said...

Apa jadi pada BMF???

Anonymous said...

Liberal ni jenis bebas. Bmf second. Dap utama. With muslim no way.

Anonymous said...

Hannah yeoh pun dah pandai bertudung. Tunggang agama Islam utk tarik sokongan muslim.

Anonymous said...

Bukankah sebilangan besar orang tengah terdiri dari puak ultra kiasu yang menyokong abang besar roket ?

Bukankah mereka sengaja menaikkan harga barang keperluan supaya rakyat membenci kerajaan kerana kerajaan gagal mengawal harga barang keperluan ?

Bukankah ini memberi peluang kepada abang besar roket dan barua-barua ternakannya menyerang kerajaan dengan isu kenaikan harga barang keperluan dll ?

Jika kerajaan gagal bertindak tegas mengawal kenaikan harga barang keperluan rakyat, maka parti politik dalam kerajaan perlulah bersedia untuk menjadi pembangkang semula selepas PRU yang akan datang.

Kerajaan ada beranikah ?

Cukuplah rakyat dikencing selama 22 bulan oleh puak ultra kiasu dan khadam-khadam liberal mereka.

Talk To Iconic said...

This is very nice post thanks for updating this information. And thanks for your attention to us. Hair Salons In Kolkata

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails