Monday, December 13, 2021

Wanita disebat tidak zalim tapi mendidik.

 

SEORANG wanita rebah ketika menjalani hukuman sebat di Aceh. FOTO AFP

Wanita rebah disebat.

Aceh: Akibat tidak dapat menahan kesakitan melampau, seorang wanita Indonesia rebah ketika menjalani hukuman sebat kerana berzina.

Wanita itu dihukum 17 sebatan bersama pasangannya.

Hukuman dikendalikan seorang pegawai atau Algojo, yang memakai jubah coklat dengan memakai topeng muka bagi melindungi identiti mereka.

Wanita memakai pakaian tradisional Islam itu disebat dengan rotan buluh.

Satu gambar menunjukkan dia rebah ke tanah dalam kesakitan ketika hukuman itu dijalankan.

Sementara itu, pasangannya yang sudah disebat hanya melihat ke arah penonton ketika hukuman rotan itu turun naik menyebat pasangannya.

Skuad sebat elit semua wanita dilatih melaksanakan hukuman kepada pesalah wanita.

Ketua Penyiasat Polis Syariah Aceh, Zakwan berkata, lapan wanita dilatih dengan teknik sebatan sesuai dan mengikut panduan dalam meminimumkan kecederaan kekal.

"Kami melatih mereka memastikan dan mengajar cara sebatan yang betul.

"Ia macam doktrin yang diberikan kepada mereka supaya lebih memahami peranan dan tidak rasa belas kasihan kepada mereka yang melanggar hukum Tuhan," katanya dalam portal Daily Star. (13/12/2021)

Komen blog Ibnu Hasyim: Maka ternyata hukuman Islam tidak zalim, bahkan berbentuk mendidik yang ditonton orang ramai. Tidak terbuka aurat yang disebat atau penyebatnya.

Walaupun cuba digambarkan zalim atau tidak bertamadun dengan istilah-istilah ini seperti 'tidak dapat menahan kesakitan melampau', 'pakaian tradisional Islam','panduan dalam meminimumkan kecederaan kekal', 'tidak rasa belas kasihan' dan sebagainya.  

Bahkan pernah berlaku, orang bukan Islam yang dihukum di Aceh, memilih sistem sebat Islam dari hukum sebat biasa yang diberi plihan untuknya. Sila bandingkan dengan hukum sebat yang disembunyikan dalam penjara di Malaysia dengan sebat begini.

Sebat dalam Islam bukan begini..


2 comments:

Anonymous said...

Perbezaan rotan hukuman sekular dan rotab hukuman Islam.

Berdasarkan hukuman sekular yang tidak berperikemanusiaan yang diwarisi dari penjajah British kafir ialah pesalah disebat dengan rotan yang besar dengan sepenuh kekuatan mamusia menyebabkan kecederaan yang sangat memudaratkan pesalah dan pesalah terkencing dan meraung kesakitan dan meninggalkan parut dan kesan seumur hidup. Ini membuktikan hukuman roket mengikut undang-undang sekular adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sebaliknya Islam menghukum pesalah adalah sesuai dengan kesalahan pesalah dan bersifat mencegah. Hukuman Islam adalah berperikemanusiaan dan cenderung kepada keadilan sosial dan menjaga maruah pesalah.

Maka hukuman rotan dalam Islam dilaksanakan secara berperikemanusiaan ke atas pesalah di mana orang yang merotan tidak boleh melampaui syarat ketat Islam dan maruah pesalah dilindungi. Maka kecederaan pesalah yang dihukum dengan rotan adalah pada tahap yang sangat minimum.

Malangnya musuh Islam termasuk puak munafiqun liberal lidah biawak telah menfitnah dan memburuk-burukkan undang-undang Islam konon undang-undang Islam zalim dsn lapuk.

Sebaliknya mereka menerima dan mempertahankan undang-undang sekular walaupun undang-undang sekular hanya menjaga kepentingan pihak berkuasa dan puak VIP yang berpengaruh dan puak kaya dan hak keadilan untuk miskin dinafikan kerana golongan miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela mereka.

Contoh hukuman zalim dam tidak berperikemanusiaan sekular ialah hukuman rotan, hukuman gantung, hukuman mati dengan racun dan kejutan elektrik dll yang menyebabkan pesalah menderita amat sangat selama beberapa minit hingga mereka terkencing dalam seluar sebelum mereka mati.

Bahkan undang-undang di Eropah sebelum zaman adalah sangat zalim di mana 'pesalah' (belum tentu bersalah) disiksa dengan pelbagai cara yang kejam sehingga pesalah mati. Contoh: anggota badan dan oegan pesalah dipotong sedikit demi sedikit sehingga pesalah mati dalam penuh penderitaan di hadapan orang ramai yang bersorak (masyarakat sadis).

Oleh sebab itu, umat Islam perlu melaksanakan undang-undang Islam dan menolak undang-undang sekular.

Surah Al-Maidah ayat 44 menekankan orang Islam yang tidak melaksanakan Undang-Undang Islam dan menentang pelaksanaannya adalah kafir:
"
...... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir."
(Al-Maaidah 5:44) |

Anonymous said...

Pembetulan:

Pembetulan perenggan pertama:

Berdasarkan hukuman sekular yang tidak berperikemanusiaan yang diwarisi dari penjajah British kafir ialah pesalah disebat dengan rotan yang besar dengan sepenuh kekuatan mamusia menyebabkan kecederaan yang sangat memudaratkan pesalah dan pesalah terkencing dan meraung kesakitan dan meninggalkan parut dan kesan seumur hidup. Ini membuktikan hukuman mengikut undang-undang sekular adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perenggan ke-7 :

Bahkan undang-undang di Eropah sebelum zaman moden adalah sangat zalim di mana 'pesalah' (belum tentu bersalah) disiksa dengan pelbagai cara yang kejam sehingga pesalah mati. Contoh: anggota badan dan oegan pesalah dipotong sedikit demi sedikit sehingga pesalah mati dalam penuh penderitaan di hadapan orang ramai yang bersorak (masyarakat sadis).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails