Saturday, January 30, 2021

Delegasi WHO Siasat Covic-19, &China Islam di Wuhan..

 

1. Delegasi WHO di Wuhan Memulakan Penyiasatan Covid-19

Delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang pergi ke Wuhan, China untuk menyiasat asal usul jenis baru coronavirus (Covid-19), memulakan kerjanya.

Delegasi WHO melawat Hospital Daerah Bersepadu Hubei China dan Perubatan Barat, di mana pesakit dirawat pada hari pertama wabak ini, untuk pemeriksaan pertama mereka di lapangan.

Sebelum lawatan, rombongan bertemu dengan delegasi Suruhanjaya Kesihatan Nasional yang diketuai oleh Liang Vannian.

Pakar WHO merancang untuk melakukan pemeriksaan di Pasar Makanan Laut Huanan, di mana kes pertama muncul, dan Institut Virologi Wuhan, di mana kajian dilakukan pada coronavirus sebelum wabak Covid-19.

Rombongan yang dianggotai oleh pakar dan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jerman, Jepun, England, Rusia, Belanda, Qatar dan Vietnam itu pergi ke bandar pada 14 Januari dengan pesawat  khas.

Delegasi itu, yang dikuarantin selama 14 hari setelah tiba di bandar, bertukar maklumat dengan pegawai China semasa pertemuan dalam talian.

Dunia pertama kali diberitahu mengenai wabak Covid-19 ketika China melaporkan kepada WHO bahawa "penyakit pernafasan misteri yang tidak diketahui asal" muncul di bandar Wuhan, wilayah Hubei pada 31 Disember 2019.


2. Pakar WHO kunjungi hospital Wuhan terima kes pertama COVID-19

Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul COVID-19 meninggalkan Hospital Jinyintan di Wuhan. - Foto AFP

WUHAN, CHINA: Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal-usul COVID-19 hari ini bertemu dengan kakitangan hospital Wuhan yang menerima kes pertama pandemik itu, pada hari kedua mereka di lapangan.

Kumpulan pakar itu dibawa ke Hospital Jinyintan, hospital pertama yang menerima pesakit COVID-19 yang didiagnosis secara rasmi pada akhir 2019, ketika virus itu muncul di tengah bandar China.

Menerusi Twitter, ahli pasukan WHO, Peter Daszak menyambut baik lawatan ke hospital sebagai "peluang penting untuk bercakap secara langsung dengan pakar perubatan yang berada di lapangan pada masa kritikal melawan COVID!"

Misi ini disertakan dengan beban politik yang berat. Ia sentiasa tertangguh apabila China menolak akses kepada kumpulan pakar berkenaan sehingga pertengahan bulan ini.

Minggu lalu, China memberi amaran kepada Amerika Syarikat terhadap "campur tangan politik" dalam perjalanan itu, selepas Rumah Putih menuntut penyelidikan "tegas dan jelas".

WHO menegaskan siasatan akan berpegang teguh pada sains di sebalik bagaimana virus itu boleh dijangkiti daripada haiwan - dipercayai kelawar kepada manusia.

Pasukan pakar dijangka mengunjungi pasar Huanan yang dipercayai menjadi kluster utama yang pertama, Institut Virologi Wuhan dan makmal lain, dalam apa yang digambarkan oleh pemimpin WHO sebagai "jadual yang sangat sibuk dan sibuk."

Beijing sangat terdesak untuk menangkis kritikan berhubung kaedah negara itu menguruskan wabak pada peringkat awal.

Pandemik kini merebak ke seluruh dunia dengan mengorbankan lebih dua juta orang dan meruntuhkan ekonomi.

China, dengan jumlah kematian yang dilaporkan rendah iaitu 4,636 orang, bangkit semula dengan melaksanakan perintah berkurung di wilayah yang dikesan ada jangkitan COVID-19.

Pertumbuhan ekonomi China tahun lalu dilaporkan pada kadar 2.3 peratus walaupun penularan wabak COVID-19.

Jurucakap Kementerian Luar China semalam menggambarkan lawatan pakar WHO sebagai sebahagian daripada penyelidikan global mengenai wabak berkenaan.

"Ini bukan penyiasatan," kata Zhao Lijian kepada wartawan. - AFP


3. Video: Muslim China di Wuhan

Video ini menceritakan bagaimana keadaan di perkampungan Muslim di Qiyi Street Wuchang, China. Ada sedikit gambaran ...
CC
Video ini menceritakan keadaan ummat Muslim di Wuhan China, Desember 2018. Instagram ...
CC
Suasana Idul Fitri di China tidak berbeda dengan hari-hari biasanya. Namun akan tampak sangat meriah di Masjid pada waktu ...

Video ini adalah real, aku shoot tanggal 21 & 22 Des 2018 di Wuhan. Dan berdasarkan pengalamanku di China dalam ...
CC
(IH)

Perkenal Islam, Walau dalam terdesak, darurat &wabak.. -Duta Khas PM A/Barat.

 

Abdul Hadi mahu pendakwah lebih proaktif berdakwah ketika tempoh wabak dan darurat bagi menarik minat orang ramai terhadap Islam.-/Foto NSTP

Dakwah boleh dilakukan ketika darurat, wabak - Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Pendakwah perlu lebih proaktif memperkenalkan Islam walaupun dalam keadaan situasi terdesak seperti darurat dan wabak, kata Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, di dalam Islam, dakwah boleh dilakukan dalam apa juga suasana sama ada ketika waktu aman, darurat mahu pun dilanda wabak, tetapi pendakwah perlu kreatif dengan menggunakan amal kebajikan untuk menarik orang kepada Islam.

"Berdakwahlah menggunakan amal kebajikan kerana ia boleh menarik orang kepada Islam.

"Inilah masa kita memperkenalkan Islam kerana dakwah itu bukan sekadar bersyarah saja, tetapi memberikan khidmat kepada masyarakat seperti bantuan perubatan, khidmat sosial, memberi nasihat dan sebagainya," katanya berucap menutup webinar 'Memahami Isu Darurat dan Masa Depan Gerakan Dakwah' anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), yang diadakan secara dalam talian, di sini, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, darurat dan wabak yang berlaku kini adalah ujian Allah untuk menguji serta mendidik kesabaran manusia.

Katanya, pada masa sama, ia mendidik manusia menggunakan akal fikiran bagi mengkaji dan menyelidik cara untuk melepaskan diri daripada wabak.

"Darurat dan wabak ini mendidik diri untuk menolong orang lain, membuat kebajikan bagi menolong mereka yang menghadapi wabak dan kesusahan," katanya.

Beliau berkata, khidmat kepada orang lain bukan hanya mendapat pahala, tetapi mendidik diri bersyukur dan bersabar selalu.

"Ilmu dan hasil kajian bukan hanya memberi pahala dan manfaat kepada masyarakat, tetapi juga melaksanakan dan mengembangkan lagi ajaran Islam," katanya.

Abdul Hadi berkata, pendakwah dinasihat tidak jumud dan duduk saja dalam suasana wabak serta darurat, sebaliknya perlu terus berusaha menyebarkan ajaran Islam.

Beliau berkata, YADIM sebagai organisasi dakwah juga berperanan besar memberi kefahaman mengenai darurat yang masih tidak difahami ramai.

"Pelaksanaan darurat perlu untuk memerangi wabak dengan menggembleng usaha dan tenaga pelbagai pihak termasuk pakar undang-undang, perubatan, motivasi serta sebagainya.

"Kita perlu bekerja secara berjemaah sebagai satu pasukan mengikut kebolehan masing-masing dan ini satu fardu kifayah," katanya. (BH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails