Saturday, February 20, 2021

Ahli Parlimen DAP melampau, calar wibawa mahkamah -Dr Kamarul Zaman

 

SELAIN peguam Wan Zainuddin, peguam Lukman Sheriff juga bersetuju dengan komentar saya semalam bahawa dakwaan Steven Gan yang Mahkamah Persekutuan mungkin tidak hanya mahu menghukum Malaysiakini tetapi mahu menutup Malaysiakini serta bahawa Malaysiakini tidak melakukan apa-apa jenayah yang memerlukan ia dihukum sebegitu berpotensi untuk menghakis keyakinan orang ramai terhadap mahkamah serta mencalar integriti dan wibawa institusi kehakiman.

Tulis peguam Lukman Sheriff: ‘Dakwaan Steven Gan melampau dan bukan fair comment lagi. Malaysiakini yang didapati membenarkannya. Perbuatan ini boleh dilihat menghina mahkamah sekali lagi dan boleh diambil tindakan. Dia boleh mengkritik tetapi bukan ini caranya.’

Dalam nada sama, hari ini saya terbaca satu kenyataan hampir sama yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago, yang menyebut: ;Denda ini bukan menghukum (punitive) tetapi membalas dendam (vindictive). Ia menimbulkan pelbagai soalan mengenai kebebasan kehakiman dan juga merupakan satu pemberian amaran kepada kita supaya jangan bersuara. Penghakiman ini amat mengejutkan dan merupakan satu pukulan ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara. Setiap pembaca mempunyai hak untuk mengeluarkan pandangan mereka tanpa perlu dihukum kerananya.’

Sama seperti dakwaan Steven Gan, dakwaan Charles Santiago ini juga adalah melampau kerana tidak sepatutnya beliau menyatakan bahawa denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan adalah cubaan untuk membalas dendam oleh hakim-hakim yang kebebasannya adalah diragui kerana dakwaan ini juga berpotensi untuk menghakis keyakinan orang ramai terhadap mahkamah serta mencalar integriti dan wibawa institusi kehakiman.

Suara Ahli-ahli Parlimen DAP seperti Charles Santiago, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Dr Ong Kian Ming dan Kasthuriraani A/P Patto ini amat mengejutkan sekali kerana ia jelas tidak selari dengan pendirian mereka sewaktu mereka menjadi kerajaan dahulu.

Sewaktu menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sendiri telah mengumumkan pada 11 Mac 2019, sewaktu mengulas titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen mengenainya, mengumumkan kementeriannya sedang mempertimbang untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pengendali portal berita dan media sosial yang membiarkan pandangan berbaur hasutan dan sensitif di ruangan komen masing-masing.

Setelah dikritik, beliau pada keesokan harinya mengeluarkan pada 12 Mac 2019 kenyataan media panjang lebar bagi mempertahankan keputusannya dengan antara lainnya menyebut ‘kita harus memastikan media sosial tidak disalahgunakan sehingga melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman awam atau menjejaskan keselamatan negara’, ‘segala kebebasan mestilah digunakan dengan hormat dan bertanggungjawab’ dan ‘walaupun kita menghormati kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, kita harus ingat bahawa kebebasan ini tidak mutlak tetapi tertakluk kepada undang-undang yang diperlukan untuk mengekalkan ketenteraman awam di negara kita.’

Penegasan ini Gobind Singh Deo ulangi lagi sewaktu menggulung perbahasan ke atas titah Yang di-Pertuan Agong untuk kementeriannya pada 27 Mac 2019 dalam mana beliau berkata: ‘Kementerian berpendapat, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kebebasan untuk membincangkan perkara-perkara ataupun berita-berita secara terbuka dan telus di media sosial perlu kita hormati. Akan tetapi, dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, ianya harus dibuat dengan cara yang berhemah dan cara yang tidak mencetuskan sebarang masalah sosial ataupun dalam cara yang menjejaskan keselamatan negara. Usaha ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sama sekali bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi Tuan Yang di-Pertua, untuk mengekalkan kesopanan dan mengelakkan pandangan berbaur hasutan serta sensitif yang boleh membawa kepada kesan yang negatif terhadap keselamatan negara dan juga perpaduan antara kaum di negara kita.’

Sekarang ini, bila Mahkamah Persekutuan bertindak ke atas Malaysiakini di dalam cara yang sama seperti yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin DAP sewaktu mereka menjadi kerajaan dahulu, mengapa mereka boleh pula mengkritik secara berlebihan tindakan Mahkamah Persekutuan ini?

Tidakkah jika Pakatan Harapan masih berkuasa tindakan sama juga akan dikenakan oleh mereka ke atas portal-portal berita yang menyiarkan komen-komen pembaca yang melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman awam atau menjejaskan keselamatan negara?

Mengapa sewaktu Pakatan Harapan berkuasa nada yang mereka dendangkan dahulu adalah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar tidak mutlak tetapi kini setelah mereka bertukar menjadi pembangkang maka nada sebaliknya pula yang mereka dendangkan sekarang?

Sukar untuk dihadam mengapa masih ramai yang bersungguh-sungguh membela Malaysiakini tatkala tertera jelas dalam dokumen rasmi mahkamah pengakuannya bahawa komen-komen yang menjadi pertikaian itu ‘are indeed offensive, inappropriate, disrespectful and contemptuous’.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/2/2021

Muslimat cungkil bakat nyanyian dan video

 


HALAMAN HIBURAN

“Ia juga menggalakkan semua anak muda untuk menggunakan platform media sosial untuk mengisi masa lapang pada musim pandemik ini selari dengan tuntutan Islam itu sendiri,”

INDERA MAHKOTA: Ameerah Negeri Pahang sedang menganjurkan pertandingan Lagu Dakwah Inspirasi Evergreen sebagai mempromosikan Ameerah Fan Club (AFC) Pahang kepada masyarakat.
Pengarah Ameerah Pahang, Solehah Shah berkata, pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan AFC dikenal oleh anak muda di seluruh negeri ini di samping menyuburkan hiburan Islam.
“Ia juga menggalakkan semua anak muda untuk menggunakan platform media sosial untuk mengisi masa lapang pada musim pandemik ini selari dengan tuntutan Islam itu sendiri,” ujarnya.

Hadiah pemenang bagi penyertaan ini adalah wang tunai sebanyak RM500 akan diberikan kepada para pemenang dengan hadiah diumumkan di akhir program ini 28 Februari depan.
“Hadiah tempat pertama adalah sebanyak RM200 dan diikuti RM150 kepada naib juara dan RM100 bagi tempat ketiga. Hadiah saguhati pula berupa wang tunai RM50,” katanya lagi. 
Menurut beliau lagi, pertandingan yang diadakan menggunakan platform media sosial Facebook dan Instagram ini menggunakan subtema ‘Inspirasi Evergreen’. 
Para peserta boleh memilih daripada lima (5 ) jenis lagu yang disediakan iaitu lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ dendangan Newboys, lagu ‘Wajah Kekasih’ dendangan Dato’ Siti Nurhaliza.
Atau lagu ‘Rahsia Di Pohon Cemara’ dendangan Exist, lagu ‘Bunga Wakawali’ dendangan Elly Mazlin dan lagu ‘Isabella’ dendangan Amy Seach.
Menurut beliau lagi, lirik lagu hendaklah diubah berunsurkan ketuhanan, dakwah dan perjuangan, persahabatan, keprihatinan dan kemanusiaan atau nasihat yang baik.
Penyertaan ini terbuka kepada wanita berumur 18 tahun sehingga 40 tahun, anak jati kelahiran Pahang atau mereka yang mengundi di Pahang. 
Orang ramai yang melepasi syarat-syarat di atas, sangat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar rakaman suara melalui medium WhatsApp tertera di poster hebahan. 
Sementara itu Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota menerusi Lajnah Dakwah bersama Lajnah Penerangan dan Media Baharu pula telah menganjurkan pertandingan video pendek berkonsep ‘Cinta Rasul’.
Menurut Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Indera Mahkota, Ustazah Zainab Mohamad, pertandingan ini bertujuan menyebarkan keindahan Islam dan kemuliaan budi pekerti Rasulullah S.A.W.
“Video yang dipaparkan adalah dalam bentuk lakonan, lukisan kartun dan penulisan yang dapat menerap dan meningkatkan nilai-nilai terutama dalam hubungan sesama masyarakat.
“Program ini berjaya membuka ruang baharu dalam dakwah bersesuaian norma baharu sekarang. Mahu tidak mahu semua peringkat umur masyarakat terpaksa menerokai bidang teknologi maklumat,” ujarnya.
Beliau menyeru supaya ruang dakwah di alam maya dipergiatkan dan berharap usaha seumpama dapat mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat serta disuburkan lagi di masa depan.
Pemenang pertandingan ini diumumkan milik Farah Shafiqah Shaharul Faizal di tempat pertama, diikuti Rabiatul Adawiyah Idris kedua dan tempat ketiga kepada Nur Hana Syakirah Mohd Nadhir.
Ustazah Zainab hadir berkunjung ke rumah setiap pemenang tersebut menyampaikan hadiah memandangkan situasi pandemik COVID-19 ketika ini. – HARAKAHDAILY 20/2/2021


video

Jenguk Sikit Rasuah Di Indonesia: Tersembunyi di Solo Asabri Corruption Mega?

 


Banyak Aset Tersembunyi di Solo, Sebahagian daripada Kluster Kes Asabri Corruption Mega?

JAKARTA: Kes rasuah mega PT. Insurans Angkatan Bersenjata Indonesia (Asabri) memasuki babak baru.

Berdasarkan penyiasatan oleh Badan Pencegah Rasuah Indonesia (MAKI), kes rasuah yang diduga itu disamar sebagai pelaburan perniagaan dan banyak asetnya disembunyikan.

Perkara ini disampaikan oleh Penyelaras MAKI, Boyamin Saiman dalam siaran yang diterima, Khamis (18/2/2021).

Pada masa ini, Badan Pemeriksa Tertinggi (BPK) sedang menghitung jumlah kerugian kewangan negeri akibat rasuah di PT Asabri. Namun, sementara itu, kerugian negara dianggarkan Rp 23,73 trilion.

Sejumlah aset yang ditemui di Solo Raya juga disyaki mempunyai kaitan dengan korupsi besar dalam pengurusan kewangan dan dana pelaburan oleh Asabri.

Setelah sebelumnya menemui sejumlah aset di Kabupaten Boyolali, MAKI sekali lagi menemui aset di gugus Solo yang melebar di Jogja, Bali dan Jakarta.

Sejumlah aset ditemukan, mulai dari garasi bus, hotel, mobil, rumah, dan kantor dengan nilai total Rp 171 miliar.

"Setelah aset yang disyaki ada kaitan dengan korupsi Asabri di gugusan Boyolali, kami telah melakukan siasatan lebih lanjut di Solo dan menemui tuduhan aset dan perniagaan yang berkaitan dengan rasuah Asabri," kata Boyamin.

Dia menjelaskan bahawa mod perniagaan dan aset suspek rasuah Asabri, inisial SWJ, yang ditahan oleh AGO, disembunyikan di bawah penyamaran kerjasama pelaburan perniagaan.

Selain sejumlah aset, ada aliran dana yang diduga terkait dengan pelaburan dan deposit dengan nilai anggaran ratusan bilion rupiah untuk tujuan perniagaan antara SWJ dan SSJ, termasuk deposit dan koleksi perhiasan.

Untuk melengkapkan pelaporan kepada penyiasat AGO, pihaknya menyerahkan beberapa nombor akaun bank yang disyaki ada kaitan dengan pelaburan dan perniagaan SWJ dan SSJ.

"Kami juga telah mengemukakan saksi kepada penyiasat AGO yang dapat meminta informasi untuk dijelaskan dengan YME (setiausaha) dan EMM (pemegang tunai dan pemegang kewangan) inisial," jelasnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diangkat dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti WP.

Antara kekuatan psikologi, kekangan fisiologi ‘The Pocket Rocketman’

 

Foto daripada Facebook Azizulhasni Awang.

SUKAN

KUALA LUMPUR: Kekuatan dari sudut psikologi membolehkan jaguh berbasikal trek negara dan juara dunia 2017, Mohd Azizulhasni Awang mengatasi kekangan dari aspek fisiologi atau sifat fizikal untuk membuktikan kemampuan diri sebagai atlet elit di persada dunia.

Sikap tidak mudah berputus asa bukan lagi rahsia kejayaan Mohd Azizulhasni, 33, yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman, malah kecekalan dan keazaman tinggi pelumba itu dalam menjalani rutin latihan lebih sedekad lalu telah membantunya mengekalkan prestasi optimum di sebalik usia semakin meningkat.

Bahkan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu sentiasa memastikan dirinya dilengkapi pengetahuan sains sukan terkini dalam usaha menangani setiap cabaran dihadapi bagi mencapai prestasi terbaik dalam setiap perlumbaan.

Perkara itu diakui, Team Lead Sukan Berbasikal Olimpik, Mohd Izham Mohamad yang merupakan antara individu bertanggungjawab memantau perkembangan prestasi Mohd Azizulhasni, menyifatkan keistimewaan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu terletak pada tahap psikologinya.

“Saya pernah menguji dan menganalisis atlet berbasikal Malaysia selain Azizulhasni secara fisiologi, namun apa yang membuatkan beliau istimewa adalah psikologinya. Beliau seorang atlet dengan pakej lengkap sebagai atlet elit terutama dalam aspek psikologi,” katanya kepada Bernama, hari ini.

“Mohd Azizulhasni sentiasa komited dan berdisiplin di dalam dan luar latihan…sentiasa berusaha memperbaiki prestasi dengan mempelajari ilmu pengetahuan kejurulatihan, latihan dan sains sukan terkini. Kami juga sering berdebat berdasarkan fakta semasa berkaitan sains, teknologi, pemakanan, sukan dan lain-lain.

“Beliau boleh memberi maklum balas tepat dan cepat bagi setiap latihan serta ujian dijalankan. Beliau merupakan thinking athlete yang memudahkan lagi kerja kami selaku pasukan sokongan. Itu yang membuatkan beliau istimewa,” jelasnya.

Menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan, Mohd Azizulhasni yang menjadi sandaran merangkul emas Olimpik sulung negara, kini berada di kedudukan pertama acara pecut individu dan kedua keirin berdasarkan ranking terkini dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), baru-baru ini.

Bakal tampil buat kali keempat di temasya Sukan Olimpik selepas Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, Mohd Izham berkata kejayaan membanggakan diraih pelumba itu adalah kombinasi kemahuan diri, latihan bersistematik dan sokongan daripada aplikasi sukan dan teknologi tanpa melanggar ‘hukum sains’.

Beliau yang juga Ketua Pusat Pemakanan Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) berkata, meskipun Mohd Azizulhasni mempunyai saiz tubuh badan yang kecil, namun kelebihan beliau dari aspek teknikal, taktikal dan psikologi banyak mempengaruhi pembangunan prestasinya.

“Keunikan sukan berbasikal ini semuanya boleh dinilai dan dianalisis dari segi masa, kelajuan, kekuatan, tekanan dan sebagainya. Apabila elemen-elemen itu disatukan, kita boleh menjangkakan prestasi atlet melalui kaedah modelling (pemodelan) dan ia banyak membantu dalam mencorakkan latihan,” katanya.

Selain pernah meraih gangsa di Sukan Olimpik dan menjadi juara dunia acara keirin, antara pencapaian membanggakan Mohd Azizulhasni adalah dua pingat emas diraih masing-masing dalam acara keirin dan pecut pada temasya Sukan Asia edisi 2010 dan 2018 serta deretan kejayaan di pentas Kejohanan Asia.

Sementara itu, peranan ISN dalam peningkatan prestasi ikon sukan negara itu tidak dapat dinafikan selepas kepakaran dalam bidang sains sukan berjaya membantu Mohd Azizulhasni menyinar di pentas antarabangsa meskipun sebelum ini kemampuannya dipersoal kerana saiz tubuh badan yang kecil.

Mohd Izham mengakui antara faktor utama boleh mempengaruhi prestasi atlet dalam acara pecut adalah saiz tubuh badan merangkumi aspek fisiologi iaitu komposisi otot yang tinggi diperlukan bagi menghasilkan daya kayuhan tinggi.

Namun, menurut beliau terdapat beberapa faktor lain memainkan peranan penting dalam sukan berbasikal trek seperti aspek teknikal, taktikal, fisiologi serta psikologi yang menyaksikan elemen tersebut dimanfaatkan sepenuhnya Mohd Azizulhasni bersama pasukannya.

“Kami merancang pelan prestasi dengan menekankan aspek teknikal iaitu aerodinamik, posisi kayuhan, peralatan basikal, pemilihan gear dan dari aspek taktikal, kami melihat kepada strategi perlumbaan dan membaca taktik pihak lawan.

“Dari sudut fisiologi pula adalah komposisi tubuh, nisbah kuasa berat atau power to weight ratio, latihan di trek dan gimnasium, pemulihan serta pemakanan selain dari aspek psikologi. Setiap elemen ini memainkan peranan penting dan menyumbang kepada prestasi beliau secara keseluruhan,” jelasnya.

Selepas 14 tahun sejak memperkenalkan diri di pentas antarabangsa pada 2007, Mohd Azizulhasni terus konsisten berada dalam kelompok pelumba berbasikal trek terbaik dunia dengan meraih pingat gangsa acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Dunia 2020.

Beliau yang kini sedang membuat persediaan rapi di Melbourne dalam misi membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara, turut mengakhiri musim 2020 penuh bergaya setelah meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Disember lepas. – BERNAMA

‘Kes saman fitnah, saya belum kalah’ – Dr Kamarul Zaman

 

PADA 28 Julai 2020, saya telah memfailkan saman fitnah terhadap 10 pemimpin atau aktivis DAP, 10 pemimpin atau aktivis PAN, termasuk Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof Rawa, dan dua portal berita, iaitu MalaysiaDateLine dan MalaysiaKini.

Pada 10 Februari 2021, mahkamah telah menolak permohonan seorang pemimpin atau aktivis PAN, iaitu Hussin Bin Jan, untuk membatalkan saman saya di mana hakim mengarahkan beliau membayar kos RM3 ribu kepada saya.

Hari ini pula, mahkamah telah menerima permohonan seorang pemimpin atau aktivis PAN, iaitu Datuk Seri Dr Mujahid, untuk membatalkan saman saya di mana hakim mengarahkan saya membayar kos RM5 ribu kepada beliau.

Saman ke atas Datuk Seri Dr Mujahid dibuat setelah saya memastikan dengan peguam di dalam kes terdahulu saya dengan beliau bahawa tiada sebarang penghakiman persetujuan (consent judgment) yang menghalang saya daripada berbuat demikian.

Begitupun, tanpa kami sedari, pihak peguam Datuk Seri Dr Mujahid telah berjaya mendapatkan penghakiman persetujuan (consent judgment) ini daripada pihak mahkamah setelah saman terbaru saya ke atas beliau difailkan, iaitu pada 2 Oktober 2020.

Walaupun saman saya ke atas Datuk Seri Dr Mujahid berdasarkan satu artikel beliau tidak lagi boleh dibuat ekoran kewujudan penghakiman persetujuan (consent judgment) ini artikel beliau ini masih menjadi bahan saman saya kepada Malaysia Date Line.

Selain artikel Datuk Seri Dr Mujahid, saman saya kepada Malaysia Date Line adalah didasarkan kepada 5 artikel lain, iaitu artikel-artikel Lim Kit Siang, Khalid Bin Abdul Samad, Wan Anwar Bin Wan Ibrahim, Siti Fatihah Binti Salahuddin dan Hussin Bin Jan.

Oleh itu, kebenaran sama ada artikel Datuk Seri Dr Mujahid itu benar-benar memfitnah saya ataupun tidak, yang tidak dapat dibicarakan di dalam kes beliau, masih lagi belum teruji dan masih akan dapat diputuskan di dalam kes Malaysia Date Line.

Saya menerima keputusan di dalam kes Datuk Seri Dr Mujahid ini sebagai sebahagian daripada asam-garam di dalam kes saman-menyaman seperti ini dan saya tetap yakin akan menang di dalam sebahagian besar daripada 21 saman saya yang lain.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 17/2/2021

Negara Lindungi Orang Awam, Roket PKK, M'sia Kecam..

 

1. New York Times: ''Turki Adalah Satu-satunya Negara yang Melindungi Orang Awam''

Akhbar New York Times yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), menulis bahawa Turki adalah satu-satunya negara yang menyediakan peluang kepada berjuta-juta orang Syria yang terjejas penganiayaan rejim Bashar al-Assad.

Di Syria, di kem-kem pelarian di bandar Afrin dan di berhampiran bandar itu, akhbar New York Times melakukan pemerhatian, ia menyampaikan bahawa pelarian yang berlindung dari serangan Bashar al-Assad dan melarikan diri ke sempadan Turki, menunggu bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Akhbar menerbitkan artikel pemerhatian yang luas, yang menceritakan bandar Afrin yang terdedah serangan-serangan bom organisasi pengganas pemisah YPG/PKK baru-baru ini dan kem pelarian di wilayah berhampiran sempadan bandar dengan Turki.

Artikel itu merujuk kepada Operasi Olive Branch yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) pada 20 Januari 2018 untuk membersihkan YPG / PKK dari wilayah tersebut,

"Hari ini, orang-orang Syria yang dilindungi oleh mereka (TSK) berpuas hati kerana orang-orang Turki berada di sana, walaupun menghadapi semua kesulitan." Kata artikel itu.

Artikel yang ditulis oleh Ketua Biro Akhbar di Turki, menyatakan,

''Sementara dunia keliru untuk mengakhiri perang saudara Syria selama 10 tahun, Turki adalah satu-satunya kekuatan antarabangsa di rantau ini yang melindungi sekitar 5 juta orang awam yang terlantar dan rentan.''

''Masalah bekalan elektrik selama bertahun-tahun telah berakhir dengan menghubungkan rangkaian elektrik bandar itu dengan elektrik Turki, Talian telefon bimbit Turki dan mata wang Turki digunakan di wilayah itu, dan 500 syarikat Syria telah didaftarkan untuk perdagangan sempadan." Kata artikel itu.

Wakil Gabenor Hatay, Orhan Aktürk, yang pendapatnya juga dimuat dalam artikel itu, mengatakan;

"Tujuan kami adalah untuk lebih menormalkan kehidupan mereka. Kami memastikan sekolah dan hospital tetap terbuka sehingga orang dapat kembali ke kehidupan mereka." 

Mengenai serangan bom di bandar itu, Aktürk menyatakan bahawa mereka mendapati bahawa kenderaan yang diletupkan itu diambil dari bandar Manbij di bawah pendudukan YPG / PKK dengan trak.

Bercakap kepada surat khabar, ahli majlis tempatan, Said Suleiman, menyatakan bahawa selain bantuan dari Turki, mereka memerlukan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang lebih banyak lagi,

"Namun, Turki adalah satu-satunya negara yang menawarkan peluang untuk beratus-ratus juta." Katanya.


2. Serangan Roket PKK di Syria, Ramai Awam Cedera Termasuk Kanak-kanak


Di Syria, 10 orang awam, 6 daripadanya kanak-kanak, cedera dalam serangan roket yang dianjurkan oleh organisasi pengganas pemisah YPG / PKK, yang meneruskan pendudukannya di daerah Tell Rifaat.

Pengganas YPG / PKK, terus menganjurkan serangan ke pusat bandar Afrin dari Tell Rifaat, yang harus dikosongkan sesuai dengan perjanjian yang dicapai pada 22 Oktober 2019 antara Turki dan Rusia.

Sepuluh orang awam, 6 daripadanya kanak-kanak, cedera dalam 6 serangan roket di pusat bandar Afrin.

Serangan itu juga menyebabkan kerosakan material kerana roket menghantam rumah orang awam.

YPG / PKK, yang dikeluarkan dari Afrin dengan Operasi Olive Branch, meneruskan penjajahannya di wilayah Tell Rifaat di tenggara bandar itu.

Dengan sokongan Tentera Nasional Syria, Turki menganjurkan Operasi Olive Branch pada 20 Januari 2018 bagi menyelamatkan Afrin dari organisasi pengganas pemisah YPG/PKK, pada 18 Mac Afrin telah dibersihkan dari keganasan.


3. Malaysia Kecam Serangan PKK yang Membunuh 13 Warga Turki

Organisasi-organisasi Malaysia juga bertindak balas terhadap organisasi pengganas pemisah PKK, yang membunuh 13 warga Turki di Gara, yang terletak di wilayah Operasi Claw Eagle-2 di utara Iraq.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid mengutuk serangan organisasi pengganas pemisah PKK terhadap orang awam dan tentera Turki.

Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa pembunuhan tebusan orang awam bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, "Siasatan bebas mesti dilancarkan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu ke muka pengadilan." Katanya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz mengecam pembunuhan organisasi pengganas pemisah PKK terhadap orang awam, dengan mengatakan, “Ini adalah salah satu daripada banyak kekejaman yang dilakukan oleh PKK, yang digambarkan sebagai organisasi pengganas di arena antarabangsa, terhadap orang awam Turki. Komuniti antarabangsa tidak boleh tertipu dengan retorik bahawa organisasi pengganas ini memperjuangkan rakyat Kurdi."

(IH)


Kelahiran di China menurun drastik 2020 hingga 15%.

 

China mencatatkan angka kelahiran terendah pada 2019 dan ia adalah penurunan paling drastik sejak 1949. - Foto AGENSI

China pertimbang tarik semula larangan kelahiran anak

BEIJING: China sedang mempertimbangkan untuk menarik semula semua sekatan bagi kelahiran bayi di wilayah timur laut bagi mengatasi penurunan ketara kadar kelahiran dalam kalangan penduduk negara itu yang sebahagian besarnya adalah warga tua.

Ini membolehkan wilayah timur laut melaksanakan 'pelan perintis dasar kelahiran komprehensif', sebagaimana disarankan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan pada Ogos tahun lalu yang dikeluarkan semalam.

China sebelum ini sudah menjalankan dasar baharu itu di beberapa kawasan dan berhasrat melaksanakannya secara menyeluruh di seluruh negara jika inisiatif itu berjaya.

Populasi penduduk di China dikuasai rakyat lebih berusia berikutan republik itu menggalakkan perancangan keluarga sejak beberapa dekad lalu bagi menghentikan kelahiran secara meluas.

Walaupun kelonggaran diberikan sejak beberapa tahun lalu, kadar kelahiran dilaporkan terus menurun.

Pada 2019, angka kelahiran terendah dicatatkan dan ia adalah penurunan paling drastik sejak 1949.

Dalam perkembangan berkaitan, angka kelahiran direkodkan terus menurun pada 2020 apabila jumlah kelahiran bayi yang didaftarkan menurun sekitar 15 peratus.

Wilayah timur laut antara lokasi yang mencatatkan kadar kelahiran terendah dan suruhanjaya memaklumkan, pihaknya akan menjalankan penyelidikan sejauh mana kelonggaran ini akan memberi impak kepada ekonomi setempat dan kestabilan sosial. – BLOOMBERG

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi Muhammad SAW berpesan, berkahwin dan beranaklah, beliau gembira dengan umatnya yang ramai. 

Apalagi di zaman kekuasaan menaik dan menurunkan pemimpin hanya melalui 'peti undi' sahaja. Jumlah pengundi menentukan kemenangan memerintah. Perang melalui peti undi!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails