Saturday, March 06, 2021

Peluang bumiputera ceburi perlombongan, termasuk emas

 

Beri peluang bumiputera ceburi perlombongan emas

KOTA BHARU: Kerajaan disaran memberi sokongan kepada golongan bumiputera yang ingin menjalankan aktiviti perlombongan termasuk emas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mengambil contoh penduduk Kampung Kechau, Lipis, Pahang, kerajaan akan berusaha membantu khususnya dari segi keusahawanan mereka.

Menurutnya, sekiranya kerajaan negeri telah mengeluarkan lesen dan individu tersebut memenuhi syarat yang diperlukan untuk kegiatan berkenaan, kementeriannya akan menyokong.

“Kita juga sedia bantu mereka dalam melakukan perjanjian menerusi bank SME dan Bank Rakyat.

“Dua bank ini diwujudkan bagi membantu golongan usahawan termasuk penduduk di kawasan kegiatan melombong emas,” ujarnya.

Katanya, bagaimanapun permohonan mereka akan diteliti terlebih dahulu.

“Kita juga berharap institusi bank dapat memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kilang Pertukangan Emas Koperasi Makmur Malaysia Berhad, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Suriani Ahmad, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh dan Pengerusi Lembaga Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Hishamuddin Abdullah.

Beliau seterusnya berkata, pelombong emas juga perlu mengambil langkah sewajarnya supaya kegiatan mereka tidak menjejaskan banyak pihak.

Pada masa yang sama, keselamatan juga perlu dijaga sebaik mungkin bukan hanya melombong tanpa strategi yang sebaiknya.

Junaidi memberitahu, antara yang menjadi kebimbangan kerajaan juga keadaan alam sekitar sekiranya aktiviti melombong diteruskan tanpa kawalan.

“Saya harapkan penduduk yang terlibat dengan kegiatan melombong emas supaya berhati-hati agar tidak membinasakan alam sekitar dan keselamatan diri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Tindakan berkenaan juga bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semua kegiatan perlombongan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Beliau seterusnya memberitahu, mereka yang berhasrat melakukan aktiviti itu perlu membuat permohonan kepada agensi berkaitan. – HARAKAHDAILY 6/3/2021

IHtv
IHtv
21 subscribers

Bagaimana Sabitkan Rasuah? -Dr Mahfooz Mohamed

 


Cara-cara mensabit kesalahan rasuah

OLEH kerana kesalahan rasuah termasuk dalam kesalahan yang berkait dengan harta benda, maka ia disabitkan dengan apa-apa yang berkaitan dengan harta benda melalui kesaksian, pengakuan tertuduh dan qarinah.

Cara pertama rasuah disabitkan dengan kesaksian

1) Dua orang saksi lelaki
2) Seorang saksi lelaki dan dua saksi wanita
3) Seorang saksi dan bersumpah

Disabitkan kesalahan rasuah oleh dua orang saksi lelaki berdasarkan kepada Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu..,” (Al-Baqarah: 282)

Ayat di atas menetapkan bahawa kesabitan hutang melalui kesaksian dua orang saksi lelaki. Hutang pemiutang adalah termasuk dalam hal harta benda maka begitu juga rasuah adalah kesalahan berkaitan dengan kewangan. Maka sabitkan hutang pemiutang dengan dua orang saksi lelaki kerana ia termasuk dalam bab harta benda.

Disabitkan dengan seorang saksi lelaki dan dua saksi wanita berdasarkan Firman Allah yang bermaksud: 

“…Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi…” (Al-Baqarah: 282)

Dalam ayat di atas Allah menganggap bahawa seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan dalam kes-kes harta benda adalah satu cara untuk menghukum penjenayah tersebut dan kesalahan rasuah adalah sebahagian daripadanya maka sabitlah kesalahan rasuah dengan adanya saksi seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Kesalahan rasuah boleh disabitkan dengan seorang saksi dan bersumpah berdasarkan kepada hadis riwayat daripada Imam Ahmad dan At-Tarmidzi bahawa Rasululllah s.a.w telah menjatuhkan hukuman yang disabitkan dengan bersumpah dengan seorang saksi.

Maka hukuman Nabi s.a.w dengan disabitkan melalui sumpah dan kesaksian menunjukkan sabitnya hak tersebut.

Penghakiman Nabi s.a.w berasaskan kepada sumpah dan saksi itu telah diriwayatkan oleh para sahabat iaitu Saidina Ali, Ibnu Abas, Abu Hurairah Jabir dan Abdullah Ibnu Umar dan lain-lain.

Juga orang yang bersumpah itu disampaikan oleh seorang saksi membuktikan kekuatan sumpah oleh orang yang mengingkari perbuatan tersebut.

Cara yang kedua untuk mensabitkan kesalahan rasuah ialah dengan pengakuan oleh yang dituduh.

Sabit kesalahan rasuah apabila yang tertuduh sendiri mengakui kesalahan rasuah yang dilakukannya. Pengakuan itu diberikan oleh seorang yang mukalaf, baligh, waras akalnya, dengan kehendaknya sendiri tanpa adanya paksaan daripada orang lain.

Cara yang ketiga kesalahan rasuah boleh disabitkan dengan qarinah atau circumstances @ Pertalian yang kuat.

Kesalahan rasuah boleh disabitkan dengan Qarinah atau perkara-perkara yang ada kaitan yang kuat, yang mana disabitkan dalam firman Allah berkaitan dengan saudara-saudara kepada Nabi Yusof a.s yang bermaksud: “Mereka menjawab balasannya, siapa yang didapati benda itu di kenderaannya maka dialah sendiri yang menjadi balasannya. ” (Surah Yusof: 75)

Ertinya orang yang mencuri itu balasannya ditahan sebagai orang tawanan oleh tuan punya harta benda yang dicuri itu.

Dengan kisah yang disabitkan dalam al-Quran itu menjadi dalil yang tidak boleh dinafikan bahawa qarinah atau perkaitan yang kuat boleh dijadikan asbab untuk mensabitkan suatu kesalahan.

Begitu juga sabda Nabi s.a.w kepada Jabir ketika beliau hendak pergi Khaibar. Jika kamu jumpa wakil aku, ambil daripadanya sebanyak 15 wasak (gantang) dan jika dia minta daripada kamu satu ayat letakkan tanganmu di atas tulang selaka. (Riwayat Abu Daud)

Sebagai contoh jika seorang itu memberi sejumlah wang kepada seorang yang dapat dipastikan nombornya atau diletakkan tanda yang tertentu berbeza dengan wang ringgit yang lain, tiba-tiba lepas itu penerima rasuah itu ditangkap polis maka wang ringgit boleh dijadikan bukti sebagai qarinah atau kaitan antara pemberi dan penerima rasuah.

Satu lain contoh qarinah atau perkara-perkara yang ada kaitan seperti seorang biasa daripada segi pangkat dan jawatan, tiba-tiba mempunyai kekayaan yang luar biasa, mempunyai kereta mewah, kediaman mewah dan rumah sewa yang banyak. Apabila disyaki dia boleh disiasat.

Maka hubungan dia sebagai seorang biasa tetapi mempunyai kekayaan yang luar biasa boleh disabitkan dengan qarinah yang kuat, bahawa kekayaan itu hasil daripada pendapatan rasuah dan sebagainya. Wallahualam. – HARAKAHDAILY 4/3/2021

Dr Mahfooz Mohamed: Penulis merupakan Pengerusi Assabiqun PAS Pusat

Bekas PM Malaysia terlibat rasuah (atas). (Bawah) Bekas Menteri Kewangan Malaysia masih dalam tuduhan rasuah.

9 projek, siap Mac-Mei, Tapi ingat, Ini projek PN bukan janji PH...

 

Sembilan projek tingkat bekalan air di Kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak sembilan projek meningkatkan bekalan air dilaksanakan di Kelantan yang dijangka siap dalam tempoh Mac hingga Mei tahun ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek itu akan dilaksanakan di jajahan Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan beberapa jajahan lain.

“Insya-Allah kita ikhtiar sebaik mungkin supaya bekalan air diterima rakyat Kelantan dalam tempoh yang ditetapkan tersebut,” katanya pada kenyataan hari ini.

Projek terbabit termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Mini di Teluk Mesira Bachok yang melibatkan peruntukan RM2.75 juta yang membabitkan agihan air di Tawang dijangka siap pada April hadapan.

Selain itu pembaikan paip air terawat di Jambatan Tanjung Hilir Bachok melibatkan kos RM338,431 juga dijangka siap pada April 2021.

Di Kota Baru pula melibatkan projek pembinaan LRA Kampung Telok dengan kapasiti 30 juta liter sehari membabitkan kos RM48 juta.

Projek tersebut melibatkan agihan di Demit, Chempaka dan Panchor juga dijangka siap pada April.

Penggantian paip lama pula melibatkan kos RM23.3 juta melibatkan agihan air di Kota Lama dan Tanjong Mas.

Turut dinaik taraf dengan membina telaga A di LRA Chicha degan kos RM350,300 yang melibatkan agihan air di Pasir Tumboh, Melor, Demit, Panchor, Tawang, Jelawat dan Perupok dan dijangka siap pada akhir bulan ini.

Tuan Ibrahim juga berkata, projek pembinaan Telaga B di LRA Chicha dengan kos RM370,300 siap pada 1 Mac lalu. – HARAKAHDAILY 5/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekali lagi maaf cik PH, kita terpaksa cakap benar. Kalau dengar janji kepada rakyat, bila dikaitkan dengan PH, orang ramai sudah muak, nak muntah mendengarnya. Tak percaya lagi.

Siapa yang tak kenal janji PH? Sebelum menang janji tol percuma. Macam-macam lagi janji dalam manifestonya. Lepas menang kutip duit, konon duit tak cukup nak bayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion.. Bila dah perintah 22 bulan, merudum jatuh tergolek, lingkup, maka naik kerajaan PN.

Rupanya Era PH pandai kutip wang dari rakyat, tapi era PN boleh agih bantuan kepada rakyat. Mengapa ada pulak duit?

Kenapa PH 'tak cerdik' cari duit untuk rakyat tertindas? PN mengatur langkah dengan mengumumkan pelbagai inisiatif bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI).

Tidak cukup dengan itu, PN juga memberi bantuan kepada golongan petani, nelayan dan pekebun getah, dan banyak lagi. Kelantan pun sudah tidak didera royalti minyak dan pembangunan lagi.

Cukup, kita dengar 'hamba pecacai' DAP dan bukan Islam jawab dulu... Insya Allah akan bersambung. Wassalam.

IHtv
IHtv
21 subscribers

Siasat Rasuah: Deloitte bayar 80 Juta Dolar kepada M'sia.

 

MENTERI Kewangan Malaysia Zafrul Abdul Aziz bulan lalu mengumumkan bahawa pegawai Deloitte bersedia membayar yuran kompromi, mengakui kecuaian dan kesalahan dalam pemeriksaan dana Tabung Pembangunan Awam (1MDB).


Dengan menyatakan bahawa syarikat itu akan membayar $ 80 juta kepada kerajaan Malaysia dalam konteks ini, Menteri Zafrul menyatakan bahawa Malaysia akan terus mencari dana 1MDB yang hilang.


Dana 1MDB, yang ditubuhkan pada tahun 2009, menugaskan Deloitte pada tahun 2013 untuk mengaudit akaunnya.


Pada tahun 2016, setelah pihak berkuasa AS melancarkan penyiasatan terhadap penyeludupan dana 1MDB dari Malaysia, dinyatakan bahawa Deloitte tidak melaporkan penyelewengan beberapa urus niaga saham di bawah 1MDB, dan kelalaian ini memberi kesan negatif kewangan kepada para pemegang saham.


Pada Januari 2019, kerajaan Malaysia mendenda syarikat itu sebanyak 2.2 juta ringgit Malaysia (4 juta TL) kerana kecuaian audit.


Dianggarkan antara 4.5 hingga 7 bilion dolar diselundupkan dari dana 1MDB, yang ditubuhkan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009 dan muncul pada tahun 2015 dengan tuduhan rasuah.


Bekas Perdana Menteri Najib, yang terlibat dalam rasuah, dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda 210 juta ringgit Malaysia (kira-kira $ 52 juta), sementara Malaysia terus mencari wang yang hilang di 12 negara.

(TRT-Turki)

IHtv
IHtv
21 subscribers

Teknologi HBN jaminan bekalan makanan halal dunia

 

CYBERJAYA: Inisiatif Malakat Ekosistem membangunkan teknologi Halal Blockchain Network (HBN) adalah untuk menjejak info dan data rantaian bekalan makanan halal.

Ia bagi memastikan bekalan makanan halal yang diterima oleh pengguna adalah suci dan terjamin.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata teknologi pertama seumpama dapat melenyapkan kebimbangan umat Islam di Malaysia mengenai sumber-sumber makanan harian seperti daging import sama ada ia benar-benar halal atau tidak.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Malakat Ekosistem yang telah berjaya membangunkan satu sistem yang saya yakin sangat berguna di samping sistem yang sedia ada telah digunakan oleh pihak kementerian.

“Ia (HBN) dapat membantu untuk memastikan bahawa bekalan makanan yang sampai kepada kita (pengguna) lebih terjamin dan diyakini apabila pengeluarannya dapat dijejak sehingga kepada pusat penyembelihan dan sebagainya.

“Jadi, dengan ini dapat menghilangkan keraguan rakyat dalam membeli atau menggunakan daging import,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Halal Blockchain Network (HBN), di Malakat Mall, di sini hari ini.

Che Abdullah berkata kementeriannya sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin membantu untuk memastikan perkara yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhannya.

Katanya lagi, sistem ini juga lebih mudah untuk digunakan yang mana pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada bungkusan makanan menggunakan QR Scanner di telefon bimbit untuk mengetahui maklumat makanan yang ingin dibeli dari sudut pengeluarannya, tempat penyembelihan termasuk pengesahan dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat, Mohd Fadzil Hashim, HBN dibangunkan untuk menyelesaikan konflik daging tidak sah halal yang membelenggu pengguna Islam di negara ini.

Sistem ini juga dibangunkan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.

“Pada peringkat awal, HBN digunakan untuk Malakat dahulu. Kita juga ada niat untuk digunakan oleh semua pemain industri halal global.

“Kami menjangkakan ini projek blockchain terpenting dunia kerana melibatkan makanan halal kepada lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia.

“Kita sasarkan daging import dari India akan mula diterima menjelang bulan Ramadhan yang akan menggunakan aplikasi HBN,” katanya.

Tambahnya, bekalan tempatan turut dilengkapi aplikasi yang sama.

Jelasnya, penggunaaan teknologi terkini blockchain menjadikan rangkaian jenama pasaraya Halal Blockchain Network itu pasaraya pertama di dunia yang menjual sumber bekalan makanan yang benar-benar halal, tanpa dimanipulasi pihak ketiga yang menggunakan logo halal palsu. – HARAKAHDAILY 5/3/2021

IHtv
IHtv
21 subscribers

Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandangan dekati al-Quran

 

Laman Ngaji memberi peluang golongan gelandangan kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat lain. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Apabila disebut gelandangan, pasti kotak fikiran kita tidak dapat lari daripada membayangkan kelompok masyarakat yang hidup merempat dan tersisih di kaki-kaki lima dek pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak terutamanya yang hidup di bandar besar.

Namun, jauh di sudut hati golongan yang disisih kerana kemiskinan, masalah dadah dan sosial ini, mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.

Mujurlah di sebalik hiruk-pikuk kota ini, masih ada insan yang prihatin tentang nasib golongan ini dengan menyediakan 'Laman Ngaji' di sebuah premis dikenali sebagai Warung Makan Sahabat di Chow Kit di sini, yang bukan saja menjadi tumpuan untuk mendapatkan makanan secara percuma, tetapi juga tempat untuk mendalami asas agama khususnya pengajian al-Quran dan fardu ain.

Menerusi program yang diadakan dua kali seminggu setiap Rabu dan Khamis, golongan yang sebelum ini dianggap tercicir dan hilang harapan itu diberi peluang untuk kembali pulih supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat lain.

Pengurus Warung Makan Sahabat Wan Kamariah Daud, 69, atau lebih mesra dipanggil Mak Wan, berkata idea untuk mewujudkan kelas mengaji tercetus pada 2017 semasa dia bersama Ustaz Muhamad Syafiq Husni Zain, 36, melakukan aktiviti solat berjemaah bersama gelandangan di ruang letak kereta selepas agihan makanan percuma diadakan.

"Apabila kita tanya apa lagi keperluan diperlukan, mereka memaklumkan hendak belajar al-Quran dan fardu ain. Mereka malu hendak ke masjid kerana sudah tua dan pakaian pula kotor, tetapi hati mereka sebenarnya dahagakan ilmu agama dan mahu mendekatkan diri dengan tuhan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bertitik tolak daripada detik itu, Mak Wan pada mulanya menjadikan rumahnya sebagai tempat kelas mengaji, namun apabila semakin mendapat sambutan, mereka mewujudkan Warung Makan Sahabat di sebuah premis di Chow Kit November tahun lalu, yang disewa untuk mengagihkan makanan secara percuma selain dijadikan tempat belajar al-Quran yang lebih selesa.

Mak Wan yang pernah beberapa kali masuk ke pusat pemulihan dadah berkata, sehingga kini Warung Makan Sahabat miliknya itu tidak menang tangan dalam menguruskan program Laman Ngaji itu walaupun ia hanya diadakan dua kali seminggu.

Walaupun pada mulanya program itu difokuskan kepada gelandangan, namun ia juga mendapat sambutan daripada keluarga fakir miskin dan mualaf termasuk kanak-kanak dari kawasan sekitar untuk mendalami ilmu agama.

"Selepas waktu Maghrib, kita bentangkan tikar dan sejadah untuk memberi peluang kepada mereka datang solat berjemaah dan pelajari bacaan al-Quran. Walaupun kehadiran tidak ramai dan ada yang tidak konsisten, namun perubahan dapat dilihat.

"Daripada tidak tahu baca al-Fatihah, mereka sudah boleh membaca dengan betul, daripada tidak kenal huruf al-Quran, mereka sudah mula boleh baca Iqra," katanya yang lebih lima dekad bermastautin di ibu kota selepas berpindah dari Kelantan pada tahun 1967.

Sementara itu, bagi Muhamad Syafiq yang bertugas sebagai tenaga pengajarnya, tugas itu dilakukan secara percuma kerana mengambil tanggungjawab berdakwah untuk mengajak golongan dipinggirkan itu melakukan amal soleh.

Antara yang dilakukannya ialah menyemak bacaan al-Quran setiap peserta, membaiki aspek bersolat dan juga perkara asas lain dalam agama seperti mandi hadas, puasa yang dilakukan secara praktikal dan teori.

"Dulu kita mengajak mereka solat tepi jalan dengan tempat berubah-ubah dan orangnya (gelandangan) pun bertukar-tukar, jadi kita tak dapat bina 'trust' dengan mereka sebab mereka juga jarang berjumpa.

"Jadi apabila kita mempunyai satu premis tetap, mereka pun dah kenal, dah mula bersembang dengan kita, dari situlah ada keyakinan dan memudahkan kita menarik mereka mendekati al-Quran dan agama," katanya.

Sementara itu, bagi seorang peserta Laman Ngaji, Mohd Farizz Shah Mohd Zulfakar, 36, dia bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi membimbing bagi membuktikan mereka boleh kembali ke pangkal jalan.

"Saya tiada rasa segan kerana aktiviti seperti ini dapat menyatukan komuniti Islam seperti kami dan diharap ia dapat memberi keyakinan dan semangat kembali kepada kami untuk tidak melakukan kesilapan sama yang berulang," katanya yang masih dalam proses pemulihan penagihan dadah.

Seorang mualaf Mohamad Keong, 66, pula berkata Laman Ngaji yang diadakan itu memberi pilihan lain kepada dirinya selain menerima bimbingan agama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Jalan Ipoh, di sini.

"Dekat sini kami diajar dalam kumpulan kecil dan itu sudah banyak membantu untuk saya lebih cepat mengenali dan melancarkan bacaan al-Quran saya," katanya yang baru setahun memeluk agama Islam.

Dalam pada itu, pencetus kepada program itu, Datuk Budiman Mohd Zuhdi berkata, beliau bercadang untuk menambah jumlah tenaga pengajar pada masa akan datang bergantung kepada pertambahan jumlah peserta.

"Modul Laman Ngaji di Chow Kit ini sama dengan apa yang pernah saya usahakan di Sungai Besar, Selangor ketika saya menjadi ahli Parlimen di kawasan itu. Jadi dalam melaksanakan program ini ia membabitkan kos operasi, utiliti dan bahan bacaan kepada peserta.

"Jadi untuk menampung perbelanjaan itu, saya amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk sama-sama membantu dari sudut kewangan bagi meneruskan kelangsungan program ini," katanya. - BERNAMA

Johor bakal jadi pengeluar utama tenaga solar. PH?

 

Foto daripada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mengumumkan Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam, dengan pembukaan taman tenaga solar di Pengerang.

Menurut baginda, ‘Taman Solar Sultan Ibrahim’, projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450 MW (megawatt).

Baginda menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.

Titah baginda, projek berkenaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Sultan Ibrahim bertitah, projek berkenaan akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

“Projek ini bukan sahaja berupa meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharui secara mesra alam di peringkat antarabangsa,” titah Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Sultan Johor berkenan untuk menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini, di tapak projek di Pengerang.

Baginda bertitah, keupayaan pengoperasian projek berkenaan, secara tidak langsung akan menjadikan Johor sebagai pengeluar utama tenaga solar berskala besar di samping menitikberatkan kelestarian serta persekitaraan hijau yang lebih bersih.

“Kita bersyukur kerana Johor antara negeri diberkati dengan waktu pancaran matahari yang tinggi. Sudah sampai masanya, kita meneroka sumber ini untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa serta menyumbang kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharui,” titah baginda lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin PH mana ada idea macam tu? Idea penuh tembolok sendiri banyak.. Serpih, baru dapat balacinya.. Balaci pecacainya patut sedar, dia bekerja untuk siapa, untuk musuh Islam. Padankah dengan upah serpih tahi gigi itu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails