Saturday, April 10, 2021

Afghan sambut baik cadang import lebih m/sawit M'sia. PH X pernah fikir begitu?

 

Minyak sawit: Buka ‘gerbang emas’ pasaran Asia Tengah

KUALA LUMPUR: Afghanistan menyambut baik cadangan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Selain itu, katanya kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka potensi dalam usaha mengembangkan eksport minyak sawit Malaysia secara langsung ke Afghanistan yang pada masa ini sebanyak 75,000 tan setahun kepada 150,000 tan setahun.

Katanya, persefahaman itu sekali gus membuka lembaran baharu kepada sawit Malaysia untuk dipasarkan ke Asia Tengah dengan Afghanistan sebagai laluan pintu masuk atau ‘gerbang emas’ ke negara-negara lain di rantau berkenaan melibatkan Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan sehingga ke Kazakhstan.

Ia juga, ujarnya melibatkan lain-lain negara melalui Pelabuhan Chabahar di Iran seperti yang dihasratkan beliau iaitu untuk meneroka pasaran baharu sawit ke rantau berkenaan.

Menurutnya, perkembangan itu susulan beliau menerima kunjungan hormat daripada Duta Republik Islam Afghanistan ke Malaysia, Dr. Mohib Rahman Spingar pada 8 April lalu.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Ravi Muthayah; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir. Mengiringi Dr Mohib ialah Ketua Kanselor, Abdul Mueen Shahid dan Penasihat Kedutaan, Naseem Khanam.

Tambahnya, dalam pertemuan tersebut juga, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi untuk menjadi Afghanistan sebagai pintu masuk eksport agrikomoditi Malaysia yang lain iaitu seperti getah, lada, koko dan kayu-kayan.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi tujuan tersebut tidak lama lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, KPPK percaya persefahaman ini dicapai kerana dunia yakin dengan kualiti minyak sawit Malaysia yang premium dan sekali gus menunjukkan tindakan Sri Lanka yang menyekat import bahan mentah komoditi itu baru-baru ini tidak akan menjejaskan pasaran sawit negara malah akan membuka lebih banyak pasaran baharu di rantau yang lain. – HARAKAHDAILY 10/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Afghanistan sambut baik cadangan import lebih banyak minyak sawit Malaysia. Mungkin menteri PH sebelum ini tidak pernah berfikir ke arah itu, itu sebab menterinya pernah cadang tebang sawit gantikan dengan buluh. Otak letak di kepala lutut?

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

PSR: Rakyat perlu bangkit, jatuhkan DAP!

 



KUALA LUMPUR: Hanya satu cara untuk menghentikan kerajaan DAP Pulau Pinang daripada meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan Tambakan Laut Di Perairan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah, satu-satunya cara ialah dengan menjatuhkan kerajaan DAP Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), nanti.

Beliau berkata demikian ketika sebagai respons berhubung tekad kerajaan negeri itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kedua-dua projek berkenaan.

Katanya, tidak ada cara lain kecuali rakyat sendiri yang sedar dan bangkit menggunakan kuasa mereka untuk menjatuhkan DAP Pulau Pinang.

“Macam mana cara tidak mahu bagi projek ini berjalan, semua perlu main peranan, rakyat perlu bangkit.

“Jadi kalau hendak pastikan program ini tidak berjalan, rakyat Pulau Pinang perlu sedar, bermakna pada PRU15, kita kena jatuhkan kerajaan DAP,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga menegaskan, PAS negeri sentiasa berpendirian membantah PTMP dan PSR yang tidak memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.

Hal ini kerana, beliau yakin sekiranya projek tersebut diluluskan dan berjalan seperti yang dikehendaki DAP, mereka tidak akan mampu untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab.

Malah, apa yang lebih dibimbangi, projek-projek sedemikian hanya akan menguntungkan kroni-kroni dan kapitalis luar sedangkan keadaan sebaliknya kepada rakyat Pulau Pinang.

“Nelayan pun selepas ini hilang punca pendapatan, tempat mereka cari rezeki diganggu, dijadikan pulau. Kemudian habis rosak semua ekosistem tempat pembiakan ikan dan masa depan rakyat dipertaruhkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

Jerung mula terjerut -SU Politik PAS Perak.

 

SEHARI dua ini nampaknya pasukan Polis dan SPRM bersungguh menangani masalah kerosakan sistem nilai dalam negara. Dari tangkapan dan pembongkaran yang didedahkan ternyata rasuah adalah isu dan punca segala perkara.

Kita mungkin biasa melihat filem India berkaitan penguasaan gangster malah mafia di negara Amerika Selatan. Penguasaan mereka hingga menentukan siapa pemimpin negara. Budaya ini sebenarnya telah membarah dan merebak serata dunia. Bezanya di negara mundur, ia dikuasai mafia dan gangster, sebaliknya di negara maju dan membangun ia dikuasai oleh syarikat gergasi.

Perkembangan dan tumpuan yang diberikan oleh SPRM dan Polis di negara kita sangat membanggakan. Isu kartel yang membarah hingga belasan malah puluhan tahun berjaya dibongkar. Ia petanda baik untuk masa depan negara.

Sebelum ini kita sering mendengar pendedahan penyelewengan di kalangan ahli politik. Saya masih ingat di era akhir Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri (PM). Isu Perwaja dan beberapa kes berprofil tinggi menjadi perhatian. Malah menjelang pilihan raya disebut angka ‘12 nama berprofil tinggi’ akan didedahkan. Namun selepas PRU nama itu lenyap bersama kemenangan bergaya BN.

Negara pernah digegarkan dengan tangkapan dan hukuman penjara bekas Pengerusi MCA. Beliau sempat menang dalam PRU 1986 di Parlimen Gopeng namun kemudiannya PRK terpaksa diadakan. Namun kes itu bukan di Malaysia. Ia dihukum dan dipenjara oleh mahkamah Singapura.

Satu-satunya kerajaan yang bersih dari rasuah ialah Kerajaan PAS Kelantan. Hingga kini sejak 1990 Kerajaan PAS itu bebas dari rasuah. Walaupun ada cubaan dan usaha dibuat untuk memerangkap pimpinan Kerajaan PAS Kelantan namun gagal. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) cuba dipalitkan dengan rasuah umrah dan kek namun sia sia.

Apa yang lebih utama bukanlah tidak terlibat dengan rasuah tetapi kesediaan kerajaan memberi kuasa dan kerjasama terhadap siasatan rasuah. Tidak campur tangan terhadap siasatan kes rasuah. Isu Terowong Pulau Pinang dan rumah agam Bekas Ketua Menteri PP masih menjadi tanda tanya. Ia tidak diteruskan setelah berbagai persoalan timbul di tengah masyarakat.

Dengan melihat dan meneliti beberapa kes, tertuduh biasanya hanya akan disabitkan atau didakwa setelah tiada kuasa dalam kerajaan. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Damaikah hati menerima alasan ‘tiada kes dapat disabitkan’ sedangkan sebelum itu sudah dibongkar dan jelas. Mengapa tidak mahkamah diberi hak menilainya?

Rakyat perlu dididik bahawa setiap orang terdedah kepada gejala salah guna kuasa dan rasuah. Apabila seorang pemimpin dituduh di mahkamah atas salah guna kuasa, parti yang diwakilinya tidak boleh diheret sama. Ia kesalahan individu. Namun sekiranya ahli dan parti diwakilinya mengambil sikap membela dan mempertahankan pemimpin mereka, inilah yang salah. Pemimpin dan parti sebegitu sewajarnya ditolak untuk membersihkan negara dari barah rasuah.

Rakyat sedang mengikuti secara dekat dengan harapan yang tinggi kepada kerajaan dalam memberi kuasa dan kepercayaan kepada badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan. Ketelusan Kerajaan PN hari ini dinilai dari masa ke semasa untuk menentukan undi dalam PRU15.

Saya percaya,  ada harapan sinar cahaya ketelusan jika keadaan ini terus berlaku. Kita nantikan sehingga seluruh paksi kejahatan rasuah diheret ke muka pengadilan tanpa pilih kasih. Kerajaan PN baru berusia setahun lebih dengan pelbagai kemelut khususnya COVID-19.

Jika dalam keadaan ini, kerajaan mampu menunjukkan prestasi baik di mata rakyat, ia wajar diberi mandat lebih besar bagi meneruskan usaha besar ini. Negara kita kaya dengan sumber dan hasilnya. Kita berhak untuk menikmatinya tanpa penyelewengan dan salah guna kuasa. Jerung mula terjerut. Semoga jaring mampu bertahan hingga jerung tewas ke pelabuhan.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 8/4/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails