Saturday, April 24, 2021

Awas pemain mata wang kripto M'sia, adalah haram tidak sah.

 

Turki keluar waran tangkap pengasas mata wang kripto

ISTANBUL: Turki semalam mengeluarkan waran penahanan antarabangsa terhadap pengasas pelaburan mata wang kripto yang melarikan diri bersama aset pelabur bernilai AS$2 bilion (RM8.2 bilion).

Polis dalam satu serbuan turut menahan 62 individu yang didakwa berkait dengan Thodex, syarikat yang diketuai ahli perniagaan dalam buruan itu, Faruk Fatih Ozer berusia 27 tahun.

Lelaki itu didakwa terhadap kesalahan 'penipuan menggunakan sistem maklumat, perbankan atau institusi kredit dan mengasaskan organisasi jenayah', lapor agensi berita Anadolu.

Kelmarin, pihak berkuasa Turki menunjukkan gambar Ozer melepasi bahagian kawalan pasport di lapangan terbang Istanbul untuk menuju ke lokasi yang tidak didedahkan, namun sumber agensi keselamatan kemudian mengesahkan Ozer berada di Albania sejak Selasa lalu.

Kementerian Kehakiman Turki sudah memulakan prosiding perundangan untuk menahan dan mengekstradisi lelaki itu dari ibu negara Albania, Tirana, lapor Anadolu.

Agensi itu melaporkan, Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu sudah berhubung melalui telefon dengan rakan sejawatnya di Albania berhubung kes berkenaan.

Rabu lalu, Thodex menggantung urusan perniagaan selepas memuat naik mesej misteri memaklumkan pihaknya memerlukan lima hari untuk berurusan dengan pelaburan luar yang tidak diperincikan.

Media melaporkan, pertukaran mata wang kripto itu ditutup ketika memegang AS$2 bilion (RM8.2 bilion) daripada 391,000 pelabur.

Semua 62 suspek ditahan dalam beberapa serbuan di lapan bandar, termasuk Istanbul, lapor Anadolu, selain polis turut menyerbu ibu pejabat syarikat berkenaan dan menyita komputer dan bahan digital lain.

Pihak berkuasa turut menyita wang milik Ozer di dalam bank yang berjumlah 31 juta lira (RM15 juta), kata Suleyman, yang memaklumkan skala kewangan penipuan itu masih belum diketahui.

Polis turut mengeluarkan waran penahanan terhadap 16 individu lain, namun tidak memberi perincian, lapor Anadolu. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimAwas pemain mata wang kripto, waran tangkap pengasasnya. Jadi, skim pelaburan mata wang kripto yang ada di Malaysia merupakan satu skim haram dan tidak sah.

Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook dilaporkan berkata, kesemua jenis pertukaran mata wang digital tempatan tersebut tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia. Lihat artikel penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/134801/BERITA/Nasional/Semua-skim-pelaburan-kripto-di-Malaysia-tidak-sah.

Ini, benteng ampuh, K'jaan DAP P/Pinang ketepikan suara nelayan..

 

PSR hanya mewakili hasrat bangsa DAP

TIMBALAN Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman terus menjadi benteng ampuh kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mempertahankan isu projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR). Walhal berkaitan PSR, secara berfokus beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Taskforce Nelayan.

Tetapi kini seolah-olah beliau menjadi jurucakap utama untuk memastikan PSR direalisasikan. Sedangkan suara para nelayan yang membantah telah diketepikan dan ditinggalkannya dengan tetap mahu meneruskan projek ini. Rundingan dengan para pemegang taruh dalam kalangan persatuan nelayan bagaikan sudah dibakulsampahkan.

Dato’ Ir Zakiyuddin tidak perlu merendahkan intelek rakyat negeri ini dengan keterangan dangkal bahawa anak-anak para nelayan sendiri mahu memilih sektor lain. Sebenarnya itulah cita-cita masa depan, mahu lebih berjaya dan cemerlang. Tapi apakah kerajaan sendiri menyediakan mereka untuk mencapai impian tersebut? Yang pasti tindakan kerajaan kini sedang memusnahkan apa yang mereka ada.

Apatah lagi jaminan untuk masa depan yang hanya nampaknya satu janji bakal dikhianati lagi. Ini setelah cara layanan dan sikap ditunjukkan kini pun nyata bahawa pihak kerajaan tidak menyenangi bantahan pihak Persatuan Nelayan sebagai badan suara mewakili mereka. Malah, usaha kebajikan dan bantuan kepada mereka ketika ini pun tidak bersungguh dan hanya bersifat gula-gula semata.

Jangan cuba memperbodohkan rakyat dan untuk syok sendiri dengan bukti siaran media terhadap prospek ekonomi PSR, sesungguhnya muka surat di akhbar boleh dibayar beli. Tidak malukah untuk tetap mempertahankan PSR dengan berhujah sedemikian? Kenapa tidak sahaja dibawa kepada satu wacana kritikal iaitu kepada persoalan asal isu masalah cuba diatasi?

PSR tidak wujud dalam rancangan asal untuk menyelesaikan penyuraian trafik seperti dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang juga kemudian telah diubahsuai. Perhatian pihak kerajaan tidak tertumpu secara kritikal pun kepada PTMP sebaliknya lebih ghairah kepada PSR. Benar, ia boleh menjana peluang pekerjaan jika diwujudkan. Tetapi pastinya rakyat negeri ini sebagai kuli sahaja.

Jika dilihat tambakan ‘pulau puaka’ itu akan menjadi pembangunan super mewah. Berapa kerat rakyat Pulau Pinang mampu mendiami di situ atau kerajaan sedia memandang gelandangan di sana sini di pulau itu nanti? Sedangkan rakyat sedia ada pun terusir bila mana kediaman mewah dibangunkan ketika ini hanya menjadi ‘Rumah Mampu Tengok’.

Bahkan, begitu banyak khazanah penting negeri seperti kampung-kampung tradisi telah ‘dipupuskan’ oleh dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang galak membangunkan kediaman mahal. Akhirnya yang menghuni di sini adalah orang asing dan para korporat di mana menjadi kepentingan kerajaan hanya untuk mengaut kekayaan dan berlegar agihannya sesama sendiri juga.

PSR juga adalah projek politik untuk DAP mengekalkan kuasa dengan memungkinkan pertambahan penduduk secara strategik dikuasai dan memihak kepada mereka. Juga mewujudkan pertambahan DUN-DUN dan Parlimen yang tentunya mempengaruhi landskap politik negara. Walaupun itu hak demokrasi, tetapi ia dijalankan untuk memenuhi agenda kapitalis, cauvinis dan Evangelis DAP.

Oleh itu, PSR ini adalah projek yang mesti dibatalkan sama sekali dan PAS tidak akan berhenti bersuara biarpun diremehkan oleh pihak kerajaan termasuk perisai seperti Dato’ Ir Zakiyuddin. Kepentingan rakyat, sejarah, budaya, keharmonian dan keseimbangan hidup di negeri ini akan terus dipertahankan oleh kami, insya-Allah.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Timbalan Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang
ADUN Penaga – HARAKAHDAILY 21/4/2021

Ini, Madu Termahal di Dunia dari Turki...

 

Di Turki, jauh dari penempatan manusia dan koloni lebah lain, Madu Centaury diekstrak dari gua pada ketinggian 2.500 meter dari permukaan laut, dengan 10 ribu euro sekilo, ia memasuki Guinness Book of Records sebagai madu termahal di dunia.


Bunga St. John's Wort yang tumbuh di kawasan Mediterranean dan Aegean dengan ricih tinggi di Turki, adalah sumber madu termahal ini di dunia. Dalam amalan pemeliharaan lebah lain, madu dituai 2-3 kali setahun, sementara madu Centauri dikumpulkan hanya sekali setahun. 


Madu ini, yang mempunyai warna yang sangat berbeza, warna gelap dan rasa pahit daripada madu tradisional, mempunyai khasiat perubatan yang tinggi magnesium, kalium, fenol, flavonoid dan antioksidan. Untuk mengesahkan nilai dan kualiti campuran, dengan sampel yang dihantar kepada Jawatan Kuasa Ilmiah Turki, hanya produk berkualiti terbaik yang dituai. 

(IH)

Madu Kelulut

Nama saintifik    : Stingless bee

Nama tempatan : Madu Kelulut

Nama lain           : Meliponini

Famili                  : Apidae

Asal                     : Kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, kawasan tropika Amerika, dan Malaysia.

Friday, April 23, 2021

Hebatnya PAS K'tan, orang miskin dapat rumah percuma.

 

Penduduk miskin miliki rumah ‘banglo’ percuma

PASIR PUTEH: Impian penduduk miskin untuk memiliki rumah sendiri tentunya sukar kerana masalah kewangan. Lebih-lebih lagi harga rumah sekarang di luar kemampuan mereka.

Namun bagi penduduk miskin yang memiliki tapak milik keluarga di Kelantan berpeluang untuk memiliki rumah ‘banglo’ tiga bilik.

Di bawah program berkebajikan kerajaan Kelantan melaksanakan program rumah dhuafat sejak 15 tahun lepas bagi membantu penduduk miskin memiliki rumah lebih selesa.

Di Dun Gaal turut dilaksanakan projek rumah berkenaan yang diberi percuma kepada penduduk miskin yang layak.

Adun Gaal Ustaz Mohd Rodzi Jaafar berkata, Pusat Khidmat Dun (PKD) Gaal membelanjakan RM520,000 membina rumah dhuafat dan membaik pulih rumah penduduk di Dun berkenaan.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak lapan rumah dhuafat disiapkan pada 2020 dan 14 lagi rumah dibaik pulih.

“Daripada peruntukan RM520,000 sebanyak RM120,000 untuk pembinaan tiga rumah dhuafat yang dilaksanakan setiap tahun.

“Kerajaan negeri bermurah hati menambah RM400,000 lagi kepada setiap Dun, jadi kita menambah lima lagi rumah kepada mereka yang layak.

“Baki peruntukan itu kita membaik pulih 14 rumah penduduk yang melibatkan kos antara RM10,000 hingga RM12,000,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan replika kunci rumah dhuafat di Kampung Mengkelih, dekat sini semalam.

Rumah itu diserah kepada pemiliknya Zali Yusof. Turut hadir Penghulu Mukim Gong Mengkelih, Abu Bakar Ramli.

Mohd Rodzi juga berkata, kesemua lapan rumah yang dibina tahun lalu telah diserahkan kepada pemilik masing-masing tahun ini.

Sementara itu Zali melahirkan perasaan gembiranya kerana mendapat rumah dhuafat yang diidamkannya sejak 12 tahun lalu.

Beliau akan berpindah ke rumah baharu tersebut bersama isteri dan lima anaknya tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 23/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, begitu hebatnya pentadbiran PAS Kelantan, bila berlandaskan peruntukan Islam. Penduduk miskin boleh miliki rumah ‘banglo’ percuma, itu hak kamu. Negara komunis dan sosialis pun tak mampu buat begitu. 

Insya Allah, sokonglah PAS secara berterusan, keadilan sosial akan berkembang merata-rata. Al-hamdulillah!

Artis Alvin Chong tahan lapar, dahaga, walaupun belum Islam...

 

Bukan hanya belajar berpuasa, malah Alvin Chong menitip pesan kepada pengikutnya dalam laman sosial supaya tidak meninggalkan solat. - Foto IG Alvin Chong

Tahan lapar, dahaga hormat kawan

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Sekalipun tidak berpuasa penuh sepanjang Ramadan, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong tetap berusaha menjadikan berpuasa amalannya, setiap tahun.

Paling banyak, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Suri Hati Mr Pilot dan Takdir Yang Tertulis itu mampu berpuasa selama seminggu.

Akuinya, soal berpuasa penuh atau sebaliknya bukan isu besar buatnya.

"Paling utama untuk saya yang bukan beragama Islam menghormati mereka yang diwajibkan berpuasa sepanjang Ramadan.

Amalan berpuasa secara tak langsung mengajar saya merasai yang apa dilalui orang Islam, menahan lapar dahaga sepanjang hari. Jujurnya, saya tak pernah dapat berpuasa penuh selama sebulan.

"Ada masanya saya berpuasa separuh hari. Pernah juga saya tidak mengambil sebarang makanan, cukup hanya minum air.

Jika ada komitmen kerja, saya memang tidak larat dan mampu berpuasa penuh.

"Bagaimanapun, saya pun sudah terbiasa cara begini, lagi pun, saya mempunyai ramai kawan yang berpuasa, jadi saya menghormati mereka," katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Alvin mencuri perhatian menerusi perkongsian video berdurasi 2.53 minit dalam Instagram (IG) apabila bersahur pada awal Ramadan.

"Secara kebetulan, rakan saya, Puteri Zarith dan suaminya mengajak saya bersahur. Saya tidak sembarangan nak keluar berbuka puasa dan bersahur kerana sedar ada rakan yang sukakan privasi.

"Jika ada mengajak, saya okay sama ada mahu berbuka puasa atau bersahur," katanya.

Amalan berpuasa secara tak langsung mengajar Alvin Chong merasai yang apa dilalui orang Islam, menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. - Foto IG Alvin Chong

Malah, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut menitipkan pesan kepada pengikut IG yang beragama Islam supaya jangan meninggalkan solat.

"Saya bekerja dengan banyak produksi Melayu, jadi sudah terbiasa melihat artis dan kru produksi menunaikan solat di lokasi penggambaran.

"Jika ada kawan di kalangan artis lupa pun saya akan ingatkan. Rakan beragama lain pun saya cuba ingatkan. Ia lebih kepada refleksi diri untuk saya agar tidak lalai dengan tanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu, Alvin tidak menidakkan dirinya kerap kali diajukan pertanyaan mengenai memeluk agama Islam.

Katanya, isu agama amat sensitif untuk dibahaskan.

"Jika ada yang bertanya dan saya ada ruang menjawabnya, saya akan cakap tiada ke arah itu. Tetapi, saya berharap jawapan diberikan tidak menyinggung hati sesiapa.

"Cuma, apa saya boleh katakan, saya pernah cuba mendalami ajaran Islam. Apabila ambil tahu bererti saya sudah ada niat. Namun, niat saya lebih untuk memahami," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Aku Pilih Bahagia untuk siaran RTM.

Orang Asli teruja kali pertama berpuasa...

Artis Janna Nick, "Saya tidak mempunyai keluarga yang sempurna..."?

 

Janna Nick kini mengambil ubat anti kemurungan untuk meredakan tekanan. - Foto IG Janna Nick

Janna dedah dua kali cuba bunuh diri

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Artis versatil, Janna Nick mengesahkan dirinya mempunyai gangguan bipolar menerusi laman Instagram (IG), petang ini.

Menerusi entri IG, pengacara Melodi itu turut mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri kali sepanjang hidupnya.

"Pengalaman pertama ketika berusia 14 tahun. Saya menelan segenggam panadol yang dicampurkan dengan ubat lain.

"Saya tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Dahulu saya duduk sekolah berasrama penuh, jauh. Setiap hujung minggu, saya tengok ibu bapa rakan mengunjungi mereka, bawa makanan. Saya pula hanya tengok di balik tingkap.

"Percubaan bunuh diri kedua setahun selepas itu ketika mahu mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya memotong pergelangan tangan sendiri di hadapan adik perempuan saya," katanya.

Dalam pada itu, Janna memberitahu, dia sudah seminggu mengambil ubat anti kemurungan, Escitalopram dan Carbamazepine (CBZ).

"Saya cuba untuk tidak fokus pada media sosial ketika ini," katanya.

Janna Nick bersama ibu dan adik beradik yang menjadi penguat semangatnya. - Foto IG Janna Nick

Janna berkata, dia sering mendengar tiga hingga empat suara dalam kepalanya dan merasakan ia adalah sesuatu yang biasa.

"Selama ini, saya fikir otak saya berfungsi dengan normal, sama seperti orang lain. Saya memang ingat biasa apabila suara dalaman kita terus bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan kumpulan.

"Saya sedar ketika mula mengambil ubat. Baru saya tahu apa yang dialami tidak normal. Saya tidak tahu apakah faktor genetik atau disebabkan masa lampau," katanya.

Menerusi entri itu, ramai teman artis memberi sokongan buat Janna untuk terus kuat.