Saturday, July 03, 2021

Atlet wanita 'kuasai' kontinjen negara umat Islam M'sia. Patuh syariah?

 

DARI kiri; Mun Yee, Farah Ann dan Liu Ying antara 18 atlet wanita negara yang akan beraksi di Tokyo.\

KUALA LUMPUR: Penyertaan kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini, mencatat sejarah tersendiri apabila 60 peratus atau 18 daripada 30 atlet yang layak, adalah atlet wanita.

Pada temasya Rio 2016, Malaysia diwakili 15 atlet wanita, iaitu 47 peratus daripada keseluruhan 32 atlet ketika itu, menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini.

Tokyo 2020 juga menyaksikan 13 atlet negara bakal membuat penampilan pertama pada temasya sukan terbesar dunia itu, manakala lebih 50 peratus mempunyai pengalaman sebelum ini.

Penerjun negara, Leong Mun Yee bakal mencatat sejarah penyertaan terbanyak bagi atlet Malaysia di Sukan Olimpik, dengan penyertaan kelima iaitu edisi Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020.

Jaguh berbasikal trek, Mohd Azizulhasni Awang bakal beraksi buat kali keempat berturut-turut selepas Sukan Olimpik Beijing, London dan Rio 2016, manakala ini kali ketiga berturut-turut buat ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang turut bertanding di London dan Rio.

Bagi acara badminton, pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying juga bakal membuat penampilan ketiga berturut-turut pada temasya sukan kali ini, selepas pulang dengan meraih pingat perak pada edisi lepas.

Dalam kenyataan sama, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merakamkan penghargaan, kepada semua yang menjadi tulang belakang dalam persiapan dan persediaan kontinjen negara, selain mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang telah layak, untuk berjuang membawa Jalur Gemilang di pentas Tokyo 2020.

"Ini saat dan detik yang cukup bermakna. Saya tahu para atlet kita telah memberikan komitmen cukup tinggi untuk sampai ke tahap ini, meskipun dihambat dengan penularan pandemik COVID-19.

"Mereka membawa nama negara, berjuang demi negara, demi Malaysia. Kita teruskan sokongan demi Malaysia buat mereka semua, dan kita doakan semoga kesemua atlet kita dipelihara daripada sebarang musibah, lebih-lebih lagi dalam keadaan penularan wabak COVID-19 ini," katanya.

Sementara itu, KBS turut mengumumkan kontinjen negara akan dibarisi 63 orang, terdiri daripada 30 atlet dan 21 jurulatih daripada 10 jenis sukan, serta 12 pegawai, bagi membantu menguruskan kontinjen dalam pelbagai aspek sepanjang temasya tersebut berlangsung.

KBS memaklumkan bagi memastikan pengurusan kontinjen negara berjalan lancar, tiga pegawai sekretariat mewakili Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan harian sekretariat kontinjen.

Dua pegawai sekretariat juga dilantik sebagai 'COVID Liaison Officer' (CLO), bagi menguruskan keperluan prosedur COVID-19 seperti ditetapkan pihak penganjur, sebagai langkah memastikan wabak itu dapat dikekang.

Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen (CMO) Dr Kamarul Hashimy Hussien, akan mengetuai seramai lima kakitangan perkhidmatan sokongan sains dan perubatan sukan, bagi menyediakan perkhidmatan khusus kepada atlet negara.

Pasukan pelayaran yang terdiri daripada empat atlet dan tiga jurulatih akan menjadi skuad pertama berlepas ke Tokyo pada Khamis (8 Julai) bagi persiapan logistik dan latihan, sebelum aksi pelayaran membuka tirai pada 25 Julai di Enoshima Yard Harbour, diikuti oleh sekretariat kontinjen Malaysia pada 10 Julai.

Kelompok kedua 40 atlet dan pegawai daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik, memanah dan menembak akan berlepas ke Tokyo pada 17 Julai, bersama pasukan sokongan sains dan perubatan sukan.

Perkampungan sukan yang akan dibuka secara rasmi pada 13 Julai di Harumi Futo, bakal menempatkan 10,000 atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen dari 206 negara, selain dua lagi perkampungan sukan satelit turut dibuka di Enoshima, bagi sukan pelayaran dan Shuzenji untuk berbasikal. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimAtlet wanita 'kuasai' kontinjen negara umat Islam Malaysia. Adakah ikut arahan Perlembagaan Persekutuan (Perkra 3) patuh syariah seperti di Kelantan?

Politik M'sia-S'pura &Adudomba Melayu?

 


Indokini/S'purakini: Politik M'sia-S'pura &Adudomba Melayu?

Post a Comment On: Ibnu Hasyim


Anonymous Anonymous said...

Enemy at The Gate Part 6. Adu domba Media Indonesia VS Malaysia. Siapa pemenang nya.!?

Nah sebelum baca tonton video ini dolu

https://youtu.be/gaEtbHyrqrQ Warga Tiongkok dataran menguasai Indonesia untuk di jadi Singapura ke 2.

Penyelidik ekonomi dan politik Indonesia Prof Ichanuddin Noorsy Asia Tenggara merungkai peradaban Islam dan Barat.
Lihat video dulu baru truskan baca.

https://youtu.be/AU38uujrYhE (Nah sejarah Singapura.. Indonesia pun bisa..)

Prof Ichanuddin Noorsy menyatakan banyak pengkhianat (warga Tiongkok Kristian.?) dalam pemerintah Indonesia.

Wajib tonton link ini (Prof Ichanuddin bicara pasal Islam vs Barat) sebelum lanjut kan baca nya

https://youtu.be/W4mz30SpEjE
(Prof Inchanuddin ramai pengkhianat di Indonesia isu IMF Menteri Kewangan Sri Muliyani)

https://youtu.be/q5_uMeTxRW8 (Siapa Sri Mulyani dan Anwar Ibrahim masa jadi Menteri Kewangan 1998 yang dulu di sisi apakah kepercayaan IMF dan World Bank terhadap mereka..sejarah tidak bohong tunggu yae siaran akan datang..!?)

https://youtu.be/RCpWmqu5QNs (warga Cina berbondong ke Indonesia)

Indonesia banyak pengkhianat kata Prof Ichanuddin Noorsy siapa pengkhianatnya dan siapa pula pemenangnya..!? Nah Wajib tonton sblom baca seterusnya .

https://youtu.be/U-17GkZ868k (stratrgi Tiongkok usir pribumi Indonesia)

Bayangkan jika diri anda menjadi pemerintah Singapura sambil melihat peta negera anda yang tidak seberapa besar hanya sekangkang kera lebih kurang 580km persegi seluas Pulau Lombok atau Langkawi

Apakah yang dilakukan oleh negara Singapura sebaik sahaja ia di sepak keluar dari Malaysia?

He (Kwan Yew) turned to the Jewish state, through the Israeli ambassador in Thailand, for help. Israel sent a military mission led by Maj. Gen. Rehavam Ze'evi, then deputy head of the military's operations branch. (Ze'evi was assassinated in Jerusalem by Palestinian gunmen in October 2001.).

https://youtu.be/pC30i2tmLWo (Warga Cina Indonesia mahu jadi spt Singapura)

Apa pula kata Professor Imran Hossein mengenai Singapura. Nah ini Link nya The Little Isreal East Asia in danger

https://youtu.be/qHy-JU8mLew (Little Isreal in Asia Tenggara Prof Imran Hossain)

Jika kita berfikiran waras sambil melihat peta tadi kita akan tahu lagi 20 tahun srvival Singapura ada lah dengan pergantungan kepada jiran nya Malaysia.

https://youtu.be/V0JqVlsoojo (Singapura super bergantung pada Malaysia)

Tetapi mengenali cara bertindak negara Israel dan Singapura pula belajar dari nya , kita kena lah juga tahu bahawa rencana sulit masa depan nya juga ada membabitkan Malaysia.

https://youtu.be/RwF2RLApsGg bangsa Cina usir penduduk islam di Indonesia terbongkar wajib tgk

Langkah seterusnya lupa kan Singapura, tinggalkan Singapura jiran yang tidak membantu dan rapatkan hubungan dengan Indonesia dan tingkatkan pelaburan di Indonesia dalam bidang petrolium dimana Petronas sudah memasuki industri migas Indonesia.

#bangaudahpulangsuarasumbang

#bawaotakbukanpisau

July 3, 2021 at 11:33 AM

 
Delete
Anonymous Anonymous said...

JANGAN BIARKAN PISANG BERBUAH DUA KALI.

Cara lee ikan yu dan parti PA-Pigs menipu dan menghapuskan hak kaum Melayu Singapura.

Singapura adalah kepunyaan kaum Melayu dari aspek sejarah. Lee ikan yu berpura-pura menjalinkan persahabatan dan hubungab mesra dengan kaum Melayu dan selalu pergi ke masjid-masjid untuk menyertai aktiviti kaum Melayu. Strategi licik lee ikan yu ini dibantu oleh pengkhianat-pengkhianat Melayu @ puak munafiqun.

Akibatnya kaum Melayu sangat mempercayai lee ikan yu sehinggakan mereka menyokong dan mengundi parti PA-Pigs. Maka kaum Melayu boleh diibaratkan sebagai ikan tergoda dengan umpan dan menelan umpan hingga ke dalam perut

Akibatnya parti PA-Pigs memenangi PRU di Singapura dan berjaya membentuk kera jaan. Maka untuk menghapuskan kuasa politik kaum Melayu, kampung-kampung Melayu dirobohkan dan orang-orang Melayu ditempatkan di kawasan majoriti orang kafir.

Maka terhapuslah kuasa politik Melayu di Singapura dan hak kaum Melayu dinafikan oleh kera jaan kafir harbi
PA-Pigs (tanpa mengubah hak kaum Melayu dalam perlembagaan Singapura) kerana kuasa politik dipegang oleh puak kafir harbi PA-Pigs.

Sekarang puak kafir harbi DA-Pigs sedang meniru strategi penghapusan etnik kaum Melayu dari induk mereka iaitu PA-Pigs.

Sekarang puak kafir harbi DA-Pigs sedang main wayang opera roket untuk menipu kaum Melayu dan menafikan hak kaum Melayu.

Malangnya sebilangan orang Melayu buta sejarah dan buta hati menyokong DA-Pigs secara membabi buta sehingga sanggup mengkhianati kaum Melayu Islam Msia.

Bacaan tambahan:

Tuesday, July 28, 2009

Azan Tidak Berkumandang Lagi, Di Singapura.

http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/azan-tidak-berkumandang-lagi_28.html?m=1

July 3, 2021 at 1:17 PM

 Delete
Anonymous Anonymous said...

Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari melantik orang kafir menjadi pemimpin mereka.

Malangnya sebilangan orang Melayu yang jahil atau berpura-pura jahil tentang Islam sanggup menyokong dan mengundi puak kafir menjadi pemimpin mereka.

Malangnya terdapat segelintir mufti dan ostad liberal sanggup bersekongkol dengan puak liberal Pee H yang dipimpin oleh abang besar kafir harbi roket.

Allah telah berfirman dalam surah An-Nisaa' : 144 :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

July 3, 2021 at 1:28 PM

 Delete
Anonymous Anonymous said...

Masalah nya dengan sorang Jho Low ultra pemimpin melayu bercakaran sesama melayu sendiri berantakan

... lagi pelik pemimpin Melayu species ultra melayu ini suka buat fitnah persepsi dan terkinja kinja riang kena guna dan di bodoh bangangkan oleh bangsa Jho Low...

macam tak serik kena bodoh bangang.dng kaum ini..

selagi 2 orang pemimpin melayu ultra dan sorang pemimpin melayu liberal ini tak mati susah Melayu disatukan

July 3, 2021 at 1:31 PM

 Delete
Anonymous Anonymous said...

Ada pulak yg nyokong sebangsa jho low. Sapa lagi kalau bukan presiden parti liberal dan presiden parti dropout. Dua mereka ni pemecah belah orng melayu yg tersohor.

July 3, 2021 at 2:34 PM

 Delete


Lihat siri s'purakini: 

Mengapa S'pura Dikeluarkan dari M'sia pada 16 September 1963?



ADALAH tidak memeranjatkan bagi yang mengerti perkembangan politik, apabila dengan tiba-tiba sahaja pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Malaya meledakkan satu projek baru yang dikatakan kepada orang Melayu, bahawa ianya adalah ‘Melayu Raya’. 

Tetapi bukanlah ‘Melayu Raya’ seperti yang dimaksudkan oleh Dr Burhanuddin merangkumi Gugusan Kepulauan Melayu. Ia akhirnya dikenal dengan persekutuan Malaysia yang diwujudkan pada 16 September 1963. 

Walaupun ‘Melayu Raya’ menurut Perdana Menteri atau Malaysian itu adalah projek Malaya dengan kerjasama Inggeris untuk menggabungkan Federation of Malaya, Singapura, North Borneo atau Sabah, Sarawak dan juga Brunei, tetapi sebenarnya adalah projek Inggeris. Ini dapat dilihat apabila matawang di semua negeri tanah jajahan Inggeris telah disatukan.


Tulisan ini diangkat dari buku ini 'bab 025 bertajuk 'Masalah Singapura'.
Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim

Juga dalam abad ke 19, Lord Brassey seorang pengarah North Borneo Campany telah mengemukakan kepada kerajaan Inggeris untuk menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, dengan menubuhkan satu jajahan Inggeris yang besar. Tetapi ianya dibantah oleh kebanyakan pemegang-pemegang saham dari syarikat-syarikat Inggeris yang berkepentingan di daerah ini. 

Hasrat yang telah lama dipendamkan oleh Inggeris, tiba-tiba muncul kembali melalui lidah Perdana Menteri Malaya, tentulah ada sebabnya. Pada waktu itu peperangan di Indochina tidak menampakkan kekalahan pihak komunis. Perkembangan dan persiapan PKM (Parti Komunis Malaya) di bawah pimpinan Ching Peng kian bertambah di kawasan Betong, Utara Semenanjung, makin meluas di Malaya dan Singapura.

Dengan ini kedudukan Singapura dari segi politik perlu dikaji kembali oleh Inggeris, selewat-lewatnya pada Jun 1963, yang memberi makna bahawa Inggeris hendaklah memerdekan Singapura dengan segera. Indonesia pula dengan kelengkapan tentera Rusia terus memperhebatkan kempen mendapatkan kembali Irian Barat dari penjajahan Belanda. 

Jika ini berjaya, maka perhatian Indonesia dijangka akan tertumpu pula ke Kalimantan Utara. Filipina juga dikatakan akan mencuba menguasai North Borneo tersebut. Memang politik Inggeris dikatakan bersedia memerdekakan tanah jajahannya, asal saja semua peraturan yang dibuat tetap melindungi kepentingan ekonominya. 

Untuk memerdekakan Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja, dibimbang masuknya pengaruh komunis di kalangan orang-orang Cina Sarawak yang memang sudahpun ada pengaruhnya. Maka kerana inilah pihak Inggeris perlu berkerjasama dengan Federal of Malaya yang ternyata begitu jujur menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi mereka di Malaya, dan memang setia kepada kebudayaan serta perundangan mereka untuk mengambil alih tugas-tugas penjajah atau menjadi talibarut penjajah tersebut, sebelum terjadi sesuatu yang akan merugikan mereka kelak.

Pada mulanya Indonesia tidak menentang kerana ‘Malaysia’ yang dicadangkan itu adalah negeri-negeri jajahan Inggeris sahaja. Indonesia tidak campur tangan, seperti tidak campur-tangannya dalam persoalan di Pulau Timor-timor yang diperintah oleh Portugis waktu itu. Kemudian dengan tiba-tiba sahaja Indonesia menyerang gagasan Malaysia dan menuduh sebagai ‘nekolin’ atau ‘new colonial’ (penjajahan baru), dan berazam ‘mengganyang’ Malaysia.

Ada yang menganalisis, tindakan Presiden Soekarno dari Indonesia itu didorong oleh golongan komunis yang merencanakan rampas-kuasa di Indonesia apabila berlaku pertempuran dengan Malaysia, di samping perjuangannya merebut Irian Barat. Saudara Amaluddin Darus sendiri (penulis dan ahli politik PAS) pada dasarnya adalah menyokong gagasan Malaysia kerana dalam tahun 1957/1958. 

Beliau telah mengusulkan dalam Mesyuarat Agung PAS supaya mendesak Kerajaan Persekutuan mempengaruhi Inggeris menyerahkan negeri-negeri Kalimantan Utara termasuk Singapura digabungkan ke dalam Federation of Malaya. Usul tersebut diterima oleh PAS. Kerajaan PAS Kelantan juga telah mengambil tindakan undang-undang menuntut supaya mahkamah supaya mahkamah mengisytiharkan Malaysia Act tidak sah pada 10 September 1963. 

Kelantan bertindak demikian adalah kerana projek Malaysia dibuat cuma dengan perundingan 5 negara iaitu Malaya, North Borneo, Sarawak, Singapura dan Brunei, tanpa berunding dengan kerajaan negeri Kelantan. Malaya cuma satu unit dari perundingan tersebut, sedangkan sebenarnya terdiri dari 11 unit negeri-negerinya, termasuk Kelantan.

Bagi negeri Kelantan, Malaysia adalah satu bentuk persekutuan yang longgar dibandingkan dengan Federatian of Malaya. Contohnya seperti perjanjian tentang agama, kerakyatan dan lain-lain. Malaysia telah berjaya ditubuhkan tanpa Brunei, yang tidak jadi menyertainya. Tetapi secara mendadak, tiba-tiba Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. Sidang parlimen dijadualkan pada 9 Ogos 1965, pemberitahuan hanya dibuat melalui telegram kepada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pagi itu persidangan Dewan Rakyat dimulakan tanpa ahli-ahli dari Singapura. Tunku Abdul Rahman PM Malaysia waktu itu membentangkan perkara pemisahan Singapura dari Malaysia. Persidangan berlarutan hingga pukul 1.00 pagi 10 Ogos dan disambung oleh Dewan Negara hingga hamper menjelang subuh barulah ditangguhkan. Maka luluslah undang-undang yang memisahkan Singapura dari Malaysia. Saudara Amaluddin Darus dari PAS memberi undi setuju di dalam Dewan Negara.

Beliau menulis dalam bukunya ‘Lintasan Politik Malaysia’, katanya:

Saya sungguh tidak mengerti mengapa Tunku mengambil keputusan mengeluarkan Singapura dan mengapa pula Datuk Mohd Asri sudah menyokong dan mengarahkan ahli-ahli PAS di parlimen supaya menyokong pemisahan yang tersebut tanpa sebarang perbincangan. Kesilapan besar yang telah terjadi adalah mempunyai akibat yang berlanjutan, dan sangat-sangat dikesali.”

Tan Sri Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agung UMNO ketika itu telah meletak jawatan sebagai bantahan. Seorang ahli Dewan Negara dari PERIKATAN, Tuan Haji M.Said dari Kuala Kangsar Perak yang tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Negara itu mengirim telegram tanda tidak setuju dan membantah.

Sedangkan Amaluddin Darus sendiri berpendapat, dari segi sejarah Singapura sendiri adalah milik bangsa Melayu. Dari sudut ilmu alam juga terletak di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Begitu juga dari sudut politik dan ekonomi.

Menurut beliau lagi, memang sejak dari mula lagi, pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahukan Singapura bersama Malaya. Malah sebelum tahun 1960 lagi Lee Kuan Yew, David Marshall dan Tun Lim Yew Hock telah menghendaki supaya Singapura dapat bercantum dengan Malaysia, tetapi Tunku Abdul Rahman tidak pernah mengindahkan. UMNO satu pertubuhan kebangsaan, yang dipimpin oleh orang-orang kebangsaan telah begitu takut dengan Singapura.

Pada hal menurut Amaluddin lagi, yang dikatakan nasionalis itu adalah mereka yang mengenal bangsanya, tanahair serta sejarahnya, di mana mereka memperjuangkan hak-hak mereka dari segi politik, ekonomi dan tetap berpandu kepada ajaran mereka sebelum dijajah. Tetapi UMNO tidak menghendaki sebahagian dari tanahair bangsa Melayu semata-mata kerana takut kepada jumlah penduduk Cina Singapura yang nanti akan menghilangkan perimbangan penduduk dan pengundi menurut kaum.

(Sila lihat statistic penduduk Malaya tanpa Singapura 1947, penduduk Malaysia termasuk Singapura 1963 dan Malaysia tanpa Singapura 1970 menurut kaum, dalam buku ‘Personaliti Perkahwinan’ oleh Ibnu Hasyim, terbitan GG Edar 1992).

Apabila Malaysia terpaksa ditubuhkan untuk mengimbangi keramaian keturunan Cina, maka ditentukan perwakilan dari Singapura di dalam parlimen hanya seramai 17 orang sahaja, iaitu 15 di Dewan Rakyat dan 2 di Dewan Negara. Menurutnya lagi, pemisahan Singapura dari lingkungan politik Malaysia adalah berpunca dari sebab-sebab politik perkauman, perlembagaan, kewangan dan pertentangan tokoh kepimpinan Cina antara Lee Kuan Yew dengan Tun Tan Siew Sin yang mengetuai MCA.

Menurutnya lagi pemisahan Singapura adalah satu langkah yang gopoh, untuk selamat buat sementara. Singapura akan berpisah sebagai negara berdaulat di tengah alam Melayu adalah sama seperti Istael di tengah-tengah alam Arab, malah lebih hebat lagi.

Sebuah pulau kecil yang tidak cukup tanah untuk didiami dan tidak ada bahan mentah, pasti akan bergerak liar menguasai negara-negara sekelilingnya, demi kehidupan ekonominya. Perkembangan penduduknya akan menyebabkan ia terpaksa mencampuri politik negara-negara lain untuk kehidupan politiknya.

Singapura yang berasingan sekarang ini, tidaklah menjamin akan menyenangkan Malaysia khasnya, samada dari segi politik, ekonomi dan social. 

Sebagai penyelesaiannya Saudara Amaluddin menyarankan:

Sebelum Malaysia wujud saya pernah memberi ceramah kepada orang-orang Melayu di Singapura, di mana dalam ceramah saya telah saya nyatakan bahawa PAS di Singapura tidak akan berpeluang memerintah Singapura, sekalipun PAS memasuki 100 kali pilihan raya di Singapura. Justeru kerana itu tugas utama bagi PAS Singapura ialah dakwah mengIslamkan manusia di Singapura.”

Menurut Ibnu Hasyim:

Kini PAS sudah tiada lagi di Singapura. Maka menurut penulis sebuah gerakan Islam perlu diwujudkan atau jika sudah ada perlu digerakkan di Singapura. Hubungan mereka dengan gerakan-gerakan Islam se dunia perlu dieratkan. Barulah tugas-tugas ‘dakwah mengIslamkan manusia di Singapura’ boleh dilaksanakan. Pendekatan dakwahnya hendaklah sesuai dengan suasana penduduk Singapura yang berbagai kaum itu sendiri.

Tidak boleh seperti yang difahamkan oleh sebilangan nasionalis-nasionalis Melayu, ‘peluk Islam’ dikatakan ‘masuk Melayu’, sedangkan dari sudut sejarah orang Cina dan India lebih dulu masuk Islam dari orang Melayu. Apalagi bila dilihat jumlah penduduk Islam di negara China sekarang melebihi dari semua penduduk pelbagai kaum di Malaysia dan Singapura. Apalagi juga, bila seseorang bukan Melayu yang memeluk Islam di Malaysia telah di’bin atau binti’kan kepada ‘Abdullah’, maka terputuslah salsilah keturunan dan asal usul yang sangat-sangat dipertahankan.

Mungkin inilah juga sebabnya, ramai orang-orang Cina yang masuk Islam atau sejak datang dari negara China pun sudah Islam di Malaya, tetapi tidak dapat dikesan, seolah-olah tiada. Yang tinggal hanya ‘baba & nyonya’ Melaka yang mungkin boleh jadi Melayu, tetapi tidak disebut Melayu kerana enggan bertukar agama. Mereka boleh diterima oleh masyarakat Melayu Islam kerana masyarakat Melayu mengamalkan pegangan Islam ‘tiada paksaan dalam beragama.’

Kenapa tidak dapat dikesan bangsa Cina yang masuk Islam ini? Pada saya, adalah kerana sikap me’Melayu’kan orang bukan Melayu yang masuk Islam. Bangsa mereka larut dalam bangsa Melayu, menyebabkan hilang identity asal mereka. Itu, satu kesilapan yang perlu diperbetulkankan, kerana PAS kini, sangat perlu pemimpinnya dari kalangan orang Cina!

Tunku Abdul Rahman 'Bapa Kemerdekaan Malaysia'.

Pertemuan Tuan Guru Nik Abdu Aziz MB Kelantan masa itu dengan Lee Kuan Yew, Singapura.

Tulisan ini disiarkan dalam blog ini pada Februari 21 2009. Ini komen ke atas tulisan itu.

1 comment:

Anonymous said...

Sekadar menyegarkan minda semula...

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.


Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan
Israel. Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya
tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.
Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.

Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.

Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

sumber: ibnuyaacob

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails