Saturday, August 07, 2021

MP DAP dapat tawaran jawatan menteri, 'durian RM30'

 

Beberapa hari selepas menteri dari Umno meletak jawatan - sekali gus memberi kesan kepada keberadaan Perikatan Nasional (PN) - beberapa ahli parlimen pembangkang mendedahkan mereka menerima tawaran lumayan untuk berpaling tadah. 

Ia berlaku ketika PN terus dibayangi krisis sokongan majoriti dalam kalangan ahli parlimen. Antara yang mendapat tawaran itu ialah Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Kelvin Yii (Kuching). 

Berkongsi mesej WhatsApp yang diterimanya, Khoo berkata terdapat nombor yang tidak dikenali menghubunginya dan memberitahu mengenai dua kekosongan jawatan menteri sekarang. 

“Keluarlah dari bayang-bayang keluarga Lim... kita perlu lebih ramai wakil bukan Melayu dalam kerajaan ini,” menurut mesej tersebut yang merujuk kepada dua pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. 

Khoo merupakan wakil rakyat dari DAP. Individu tersebut turut menawarkan "Durian RM30" dan jawatan menteri. Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "Durian RM30". namun menjanjikan "durian" berkenaan akan dibayar segera secara tunai. 

Khoo bagaimanapun tidak membalas terhadap tawaran itu. Bukan untuk dijual 

Semalam Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai menteri pendidikan tinggi sehari selepas Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah ula melakukan perkara yang sama. Kedua-dua mereka bertindak begitu sebagai mematuhi keputusan Majlis Tertinggi Umno yang mengarahkan semua ahli parlimen parti itu agar menarik diri daripada kerajaan PN. 

Bagaimanapun Umno berdepan detik sukar kerana tidak semua ahli parlimen mereka mentaati arahan berkenaan. 

Antara mereka yang masih kekal bersama kerajaan ialah naib presiden parti itu sendiri, Ismail Sabri Yaakon. 

Berkongsi mesej tersebut ke Facebooknya, Khoo menulis: “Kota Melaka bukan untuk dijual.” Dia juga secara bergurau mencadangkan jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi menteri mereka boleh menghubungi individu tersebut. 

Sementara itu, Yii yang turut menerima mesej yang sama berkongsinya di Twitter. “Nampaknya, nilai kami dikira dengan durian sekarang,” ciapnya. 

Pada 8 Julai, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik kembali sokongan yang diberi terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

Namun, Ismail Sabri tetap berpihak kepada Muhyiddin dan mengetuai sekumpulan ahli parlimen Umno serta BN dengan membuat kenyataan terbuka menentang MT Umno. 

Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu Umno menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan jumlah ahli parlimen parti itu yang tidak lagi menyokong Muhyiddin.  at 8/07/2021 05:30:00 PTG (Kerengga/Mkini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh dengar percaya jangan..

31 AP Umno/BN sokong PN. Grand design DAP?

 

31 Ahli Parlimen Umno, BN sokong Kerajaan PN

KUALA LUMPUR: Seramai 31 Ahli Parlimen daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan pendirian untuk terus bersama serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan pentadbirannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua Ahli Parlimen terbabit berpendirian supaya keabsahan kerajaan hari ini, di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan oleh wakil rakyat menerusi usul undi percaya yang dijadual dibentangkan di Parlimen September nanti.

“Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) telah beri perkenan supaya satu usul undi percaya dibentangkan di dalam Parlimen dan Ahli Parlimen boleh tentukan pendirian sokong atau tidak usul tersebut.

“Jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong mahu supaya Parlimen diadakan, sidang diadakan dan penentuan sama ada kerajaan hari ini masih terus boleh berfungsi selepas September yang akan ditentukan oleh Ahli-ahli  Parlimen,” katanya dalam sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen Umno dan BN di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Seramai 10 lagi Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan hari ini untuk meneruskan pentabdiran tidak hadir kerana urusan tugas. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benakah ini grand design DAP yang merbahaya?

Lihat komen rakyat di blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

LIM GUAN ENG BUAT LANTIKAN KHAS 30 ORANG CINA DALAM MoF semasa PH BERKUASA

Makin lama makin byk cerita dahsyat psl DAP mula terbongkar lepas diaorang dah takda dlm kerajaan. Ini didedahkan oleh pegawai2 PTD MOF.

Baru2 ni pendedahan pasal Lim Guan Eng masa dia jadi Menteri MOF dulu. Benda pertama yg Lim Guan Eng buat bila jejak kaki dlm MOF adalah menubuhkan pasukan “Pegawai Khas” seramai 30 org yg dilantik oleh dia sendiri.

Kesemua 30 org tu terdiri dari korporat dan bankers org CINA berumur antara 20an hingga paling tua 30an dan diketuai oleh SetPol Lim Guan Eng iaitu TONY PUA. Pasukan “Pegawai2 Khas” ni dibayar dgn gaji setaraf dgn Gred Gaji JUSA. Tahu ke berapa gaji JUSA? RM8,000 sampai RM15,000 sebulan!

Tujuannya utk korek dan dedahkan kes2 melibatkan org UMNO, menguruskan segala aset yg diletakkan bawah MOF dan ‘tolong’ Lim Guan Eng dlm sediakan Laporan Belanjawan negara yg berat sebelah kepada kaum dia.

Lim Guan Eng sanggup sewa sebuah kondo mewah yg diubahsuai menjadi pejabat utk team Tony Pua ni bekerja siang malam dan lokasi dirahsiakan utk elak org ramai tahu. Nampak betapa dahsyatnya grand design DAP bila diaorang dah pegang kerajaan.

Lim Guan Eng tidak mempercayai Pegawai2 PTD kaum Melayu dalam MoF dan dia buat pelantikan khas dari kaum dia utk buat kerja2 belakang tabir demi kepentingan diaorang.

Segala penjualan aset negara pun sebenarnya dirancang team ni. Byk aset negara kita dijual kepada syarikat2 pelaburan Cina yg berpengkalan di Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

Jadi tak terkejut la bila byk aset2 Khazanah, GLC2 dgn Tabung Haji yg berkepentingan dekat org Melayu kena jual oleh Tokong Lim Guan Eng.

Sbb di belakang dia ada satu ‘team khas’ yg dibayar ratusan ribu ringgit sebulan dgn menggunakan MOF sebagai fasiliti utk jalankan agenda anti nasional DAP dan kerja jahat mereka demi kepentingan kroni dan kaum kerabat komunis mereka.

DAP tak sedaq, juboq dia itam..

 


Kata periuk belanga hitam, DAP tak sedaq juboq dia itam..

MAKA berkatalah Roketkini.. 

Konon DAP 'Mempersiapkan Malaysia ke arah ‘hidup di samping Covid-19’. 
"Malaysia mengalami krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang berpanjangan. Pandemik Covid-19 dan kesannya tidak hanya mencetuskan banyak cabaran kepada rakyat Malaysia, perniagaan dan penduduk, tetapi juga mendedahkan keretakan yang mendalam dalam sistem penjagaan kesihatan awam dan sosial ekonomi kita.

Menghadapi cabaran besar ini, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tidak hanya gagal memahami spektrum luas bidang yang perlu ditangani sebagai kerajaan hari ini, tetapi telah menunjukkan ia terlalu bergantung kepada strategi tunggal ‘sekatan pergerakan dan vaksinasi’."


Begitulah, gaya tindak dan carafikir di bawah serkup tempurung kolot DAP yang anti Islam. DAP tak buat apa, hanya campak soalan dan cakap berdegar-degar saja.. 

Selangor bawah PH jadi negeri gagal tangani Covic-19. Pemimpin DAP di Selangor lari masuk hutan Pahang bantu durian haram? 

Pulau Pinang bawah PH DAP, jadi negeri busuk tahi babi, dan terowong bawah laut yang gagal berfungsi.  Air bersih pun minta sedekah dengan negeri jiran. 

Bahkan bekas KMnya dan keluarga, terpalit rasuah? Jadi apa ke jadahnya?


Siapa DAP sebenarnya? Rakyat Malaysia wajib tahu.. 

Ini 15 perkara ini.. 

1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh, cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.

15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini. 

(IH)

Kerana Israel yang ganas.. &kemanusiaan Islam..

 

Penduduk Palestin mengusung jenazah Imad Ali Mohammad Dweikat, 38, yang mati ditembak tentera Israel di Beita, Tebing Barat. - Foto AFP

1. Serangan belon cetus kebakaran hutan di Israel

BAITULMAQDIS: Belon membawa bahan bakar yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza semalam mengakibatkan kebakaran empat kebakaran di wilayah Eshkol, selatan Israel.

Menurut pasukan bomba, belon berkenaan diapungkan melepasi wilayah Palestin yang dikepung Israel dengan tujuan memulakan kebakaran di kawasan ladang di sekelilingnya.

Kali terakhir serangan seumpamanya dilancarkan ialah pada 25 Julai lalu di kawasan yang sama dan dibalas Israel dengan serangan udara terhadap lokasi pejuang Hamas yang menguasai wilayah Palestin itu.

Jabatan bomba Israel tidak memberi butiran lanjut mengenai kebakaran yang berlaku semalam selain kenyataan bahawa mereka sedang berusaha memadamkannya.

Media Israel melaporkan bahawa kebakaran berlaku di kawasan hutan di wilayah the Eshkol.

Pelepasan belon itu menyusuli serangan sekutu Hamas di Lubnan, Hezbollah, melancarkan serangan roket terhadap Israel, yang menyerang balas.

Konflik antara Israel dan Lubnan juga memuncak selepas serangan itu, dengan regim Yahudi itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu meningkatkan ketegangan tetapi bersedia menghadapi apa saja.

Perkembangan terbaru itu terus menjejaskan perjanjian damai yang sememangnya rapuh antara Israel dan Hamas sejak pertempuran 11 hari pada Mei lalu.

Dalam perkembangan lain di Ramallah, seorang lelaki Palestin yang dilaporkan ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat, maut semalam akibat kecederaan yang dialaminya.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata Imad Ali Mohammad Dweikat, 38, tiba di hospital di bandar of Nablus 'dalam keadaan kritikal' dengan kesan tembakan di dada di pekan Beita yang berhampiran.

Beita adalah antara tompok panas yang kerap menyaksikan protes menentang pencerobohan Israel untuk memperluaskan wilayah mereka, sekali gus mencetuskan beberapa pertembungan ganas. - AFP


2. Lubnan, 'Israel yang Melakukan Serangan Udara Meningkatkan Ketegangan'

Presiden Lubnan Michel Aoun menyatakan bahawa serangan udara Israel, yang pertama sejak 2006, di selatan negaranya, bertujuan meningkatkan ketegangan di wilayah itu.

Menurut pernyataan tertulis dari Presiden Lubnan, Aoun menyatakan bahawa "Israel telah mensasarkan kampung-kampung di selatan Lubnan untuk pertama kalinya sejak 2006 dengan serangan udara."

Menyatakan bahawa ini "menandakan niat bermusuhan untuk meningkatkan ketegangan" sejalan dengan ancaman terus berlanjutan terhadap Lubnan dan kedaulatannya, Aoun menekankan bahawa langkah mengajukan aduan kepada PBB tidak dapat dihindari untuk mencegah Israel dan menghentikan serangannya ke atas Lubnan.

Dengan menunjukkan bahawa serangan tersebut secara langsung mengancam kepercayaan dan kestabilan di selatan Lubnan, Presiden Aoun menyatakan bahawa peristiwa tersebut juga merupakan pelanggaran jelas terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

Tentera Israel mengumumkan pada 4 Ogos bahawa 3 roket ditembakkan dari Lubnan ke utara negara itu, dua di antaranya jatuh di kawasan terbuka di Israel dan yang lain di wilayah Lubnan.

Sebagai tindak balas, tentera Israel, yang menembak artileri di sisi Lubnan, melakukan serangan udara di kawasan luar bandar di selatan Lubnan pada waktu malam.

Setelah roket ditembakkan dari utara negara itu, tentera Lubnan mengumumkan bahawa Israel telah mensasarkan 6 wilayah di selatan Lubnan dengan 92 tembakan artileri, dan melancarkan penyelidikan terhadap sumber roket tersebut.

Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab memerintahkan untuk segera mengadukan Israel kepada Majlis Keselamatan PBB atas serangannya di selatan negaranya.


3. Sifat kemanusiaan dituntut Islam.

(i) Rama-rama Terselamat dari Api Kebakaran Minum Air dari Tangan Pekerja Bantuan

Rama-rama yang terjejas kebakaran minum air dari tangan pekerja bantuan: Semasa kebakaran di bandar Antalya di Turki, seekor rama-rama yang terselamat dari api kebakaran minum air dari tangan pekerja bantuan.


(ii) Anggota Bomba Turki Menyelamatkan Kura-kura dari Api

Loaded: 0%
Progress: 0%
Remaining Time -0:00

Anggota Bomba Turki Menyelamatkan Kura-kura dari Api

(IH)

Harga timun 30 sen kg, tolong cari jalan bantu petani..,

 

Mohd Azizol tidak dapat menjual timun yang diusahakannya di FELDA Kumai kerana harga pasaran sayuran itu terlalu rendah mencecah 30 sen sekilogram. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

Sanggup lupus pokok, harga timun jatuh

BERA: "Disebabkan harga sayur timun yang terlalu rendah memaksa saya nekad memusnahkan 2,000 pokok di kebun terletak di FELDA Kumai yang sedang banyak mengeluarkan hasil.

"Dengan harga jualan di peringkat ladang cuma 30 sen sekilogram (kg) bagi gred A, tidak mungkin saya dapat meneruskan projek fertigasi itu yang memerlukan perbelanjaan besar, terutama bagi menyediakan baja setiap hari.

"Saya lebih rela musnahkan pokok daripada terus menanggung kerugian yang kini mencecah RM20,000," kata pekebun, Mohd Azizol Warman, 37.

Katanya, cabaran dalam sektor pertanian terutama tanaman sayuran ialah kejatuhan harga yang terlalu rendah disebabkan permintaan pengguna terlalu berkurangan.

"Perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan kerajaan ternyata memburukkan lagi keadaan apabila banyak pasar borong utama dan premis menjual sayur tidak dapat beroperasi bagi tempoh yang panjang," katanya.

Mohd Azizol berkata, sepanjang tempoh perintah kawalan PPN dua kali harga timun jatuh sehingga 30 sen kg menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian lebih RM40,000.

"Bagi mengelak pembaziran, saya mengambil keputusan sedekah lebih dua tan timun yang dipetik kepada penduduk setempat.

"Ramai juga penduduk datang ke kebun untuk mengambil timun yang dipetik, sebelum tindakan melupuskan pokok dilakukan hari ini," katanya yang lebih lapan tahun mengusahakan tanaman sayuran menggunakan kaedah fertigasi.

Beliau berkata, tanaman timun menggunakan kaedah fertigasi memerlukan modal yang agak besar, terutama membabitkan penggunaan baja dan racun serangga.

"Apabila harga pasaran rendah bermakna pekebun akan menanggung kerugian. Hampir semua jenis sayuran berhadapan cabaran kejatuhan harga, namun tidak seteruk berlaku pada timun hingga mencecah 30 sen kg.

"Saya hanya mampu berdoa harga timun dapat naik dalam tempoh terdekat kerana dua lagi kebun di FELDA Sebertak dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tebing Tinggi, akan mengeluarkan tidak lama lagi.

"Sebanyak 6,000 pokok timun di dua projek itu, saya kini hanya bergantung kepada hasil jualan petola, peria dan terung dengan harga pasaran antara RM3 hingga RM4.50kg," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimHarga timun 30 sen kg, tolong cari jalan bantu petani, takde kah pemimpin yang cerdik-cerdik berkreatif membantu rakyat?

Politik Melayu Islam, Apa Kata Tuan Ibrahim &Dr Mohd Zuhdi.

 


1. Pertahan kesatuan politik Melayu Islam

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa dukacita dengan langkah Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen Umno menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional. Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid-19, serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini.

Walau bagaimanapun, PAS kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Bertarikh: 26 Zulhijjah 1442 | 5 Ogos 2021 – HARAKAHDAILY 5/8/2021

2. Perpecahan Melayu buka ruang PH ke Putrajaya

JIKA ditanya kepada saya apakah kesudahan kemelut politik yang sedang berlaku sekarang, jawapan paling ringkas yang saya boleh berikan ialah PH boleh menguasai semula Putrajaya selepas PRU ke-15. Kebarangkalian untuk PH menang pada PRU ke-15 besar, disebabkan parti-parti yang mewakili kaum Melayu dan Bumiputera berpecah. Meskipun PH juga dilihat tidak solid, tapi saya meyakini ia hanyalah strategi ‘smoke and mirrors‘ yang hakikatnya bertujuan untuk memecahkan kesatuan parti-parti tersebut.

PH dilihat begitu cekap menangguk di air keruh, bila timbul bibit-bibit keretakan dalam kerajaan khususnya antara Umno dan BERSATU. Dalam situasi kekeruhan ini, apabila timbul kemelut politik di Perak akhir tahun lalu, PH telah mengambil kesempatan untuk bersama-sama Umno tidak menyokong undi percaya kepada MB Perak ketika itu. Kemudian PH cuba untuk mendekati pimpinan Umno kemungkinan untuk bentuk kerajaan bersama di Perak. Kesemua tindakan ini matlamat utamanya untuk ‘pecah dan perintah’ menjelang PRU ke-15 akan datang.

Baru-baru ini, DAP dengan ‘tulusnya’ mengumumkan cadangan mereka supaya diadakan moratorium politik atau gencatan senjata politik, dengan alasan supaya ada kerajaan yang stabil dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan Pandemik COVID-19. Saya menjangkakan DAP akan menggunakan pendekatan CSA atau Confidence and Supply Agreement iaitu menyokong mana-mana pihak yang tiada majoriti di Parlimen agar pihak itu kekal menjadi kerajaan sehingga Pandemik COVID-19 dapat diatasi.

CSA ini memang ada kebaikan dari segi kestabilan politik. Saya yakin sekiranya Kerajaan Negeri Perak gagal dibentuk semasa kemelut politik di Perak tempoh hari, DAP atau PH akan menawarkan pendekatan CSA ini untuk menyokong MB daripada Umno, sekali gus matlamat pecah dan perintah mereka tercapai lebih awal. Mujurlah ketika itu, BERSATU tidak bertindak balas secara keras dan PAS juga segera memberi sokongan kepada MB yang dicadangkan oleh Umno, menyebabkan langkah DAP dan PH terhenti.

Ketika kemelut politik yang berlaku sekarang, PH sekali lagi cuba mengambil kesempatan dengan tawaran memberi sokongan kepada pihak-pihak tertentu sekiranya mereka tidak mempunyai majoriti. Mereka mendekati kedua-kedua pihak dari kalangan parti-parti Melayu yang berseteru untuk memberi sokongan sekiranya mereka tidak mempunyai sokongan mencukupi untuk memperolehi majoriti. Yang jelas, jarum yang ditusuk oleh PH bukan sahaja memecahkan PN dan BN, malah di dalam BN sendiri sudah berlaku perpecahan.

Yang terkini, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua, menyebut tindakan menggulingkan Kerajaan PN hari ini akan memberi manfaat kepada golongan ‘kleptokrat’ dalam Umno untuk kembali berkuasa. Kenyataan ini adalah kesinambungan daripada cadangan moratorium politik oleh Lim Kit Siang dan Ong Kian Ming, seolah-olah menggambarkan mereka bersedia menawarkan CSA kepada kerajaan yang didirikan oleh PN, BN, GPS dan lain-lain supaya politik kekal stabil semasa musim Pandemik COVID-19.

Saya tidak melihat kenyataan-kenyataan pemimpin DAP ini untuk tujuan yang mereka sebutkan, tetapi dilihat berusaha memecahkan kesatuan Ummah yang terbentuk semasa dimeterai Piagam Muafakat Nasional dan bertujuan mengungkaikan integrasi nasional yang terbentuk semasa pengwujudan kerajaan baru di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tawaran DAP menyokong satu pihak yang penuh muslihat ini datang ketika Presiden PKR pula menawarkan tawaran tertentu kepada satu pihak yang lain. Bukankah ini hanya tipu muslihat?

Kemelut politik dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik Melayu yang berlaku sekarang telah benar-benar diambil peluang oleh DAP dan PH. Semakin hari pertembungan sesama pemimpin politik Melayu semakin meruncing apatah lagi wujud pula desakan oleh NGOs yang mesra PH seperti IKRAM dan ABIM supaya pengundian usul undi percaya kepada Tan Sri Muhyiddin dilakukan seberapa segera. Desakan ini dilihat seolah-oleh bertujuan untuk mengganggu usaha mendamaikan pemimpin-pemimpin politik Melayu yang bertembung dalam tempoh menunggu Parlimen bersidang bulan September ini.

Saya melihat penyelesaian kepada kemelut politik sekarang khususnya dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik Melayu, hanyalah dengan kembali ke meja rundingan. Masa yang lebih kurang sebulan ini, sementara menunggu Sidang Parlimen akan datang perlu digunakan untuk berunding sesama parti-parti yang menganggotai kerajaan sekarang secara menang-menang. Sekiranya mana-mana pihak dalam kerajaan sekarang berunding dengan pihak luar khususnya DAP dan PH, kemelut akan bertambah buruk.

Malah lebih daripada itu, sekiranya pihak DAP dan PH dirundingi oleh mana-mana pihak, kesatuan Ummah yang dimeterai sebelum ini akan mula terungkai. Demikian juga integrasi nasional yang wujud dalam kerajaan hari ini melibatkan parti-parti bumiputera dari Sabah dan Sarawak, berkemungkinan juga akan tergugat dengan campur tangan DAP dan PH. Sekiranya ini berlaku, PRU ke-15 nanti, PH mempunyai kebarangkalian besar untuk menang bergaya menguasai Putrajaya.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
6 Ogos 2021 | 27 Zulhijjah 1442 – HARAKAHDAILY 6/8/2021

Friday, August 06, 2021

Alkohol Penyebab 700,000 Barah, Pemuzik Wanita Terkaya, M'sia Baik P'cis.

 

1. Guna Alkohol Penyebab Lebih 700,000 Kes Barah Tahun Lepas. Minum walau sedikit.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mendapati bahawa penggunaan alkohol menyebabkan barah pada lebih daripada 568,000 lelaki.

Dalam kajian itu, yang menyatakan bahawa pengambilan alkohol menyebabkan lebih daripada 700 ribu kes barah tahun lalu, dilaporkan bahawa kebanyakan kes tersebut dijumpai di kerongkongan, usus besar, hati dan payudara.

Dalam kajian tersebut, dinyatakan bahawa minum alkohol walaupun sedikit dapat meningkatkan risiko barah.

Dalam kajian itu, diperhatikan bahawa orang yang menghidap barah akibat alkohol kebanyakan tinggal di Asia Timur, Eropah Tengah dan Timur, dan ditekankan bahawa kadar ini berada pada tahap terendah di Afrika Utara dan Asia Barat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah hebatnya Islam, apa yang ditegah dan disuruh oleh agama, semuanya adalah untuk manfaat diri manusia itu sendiri, yang kadang-kadang tak sempat kepala otak manusia berfikir ke arah itu.


2. Rihanna, Pemuzik Wanita Terkaya di Dunia

Penyanyi Barbadian terkenal Rihanna telah diumumkan sebagai pemuzik wanita terkaya di dunia.

Majalah Forbes mengumumkan bahawa Rihanna memasuki kelab jutawan dengan kekayaan 1.7 bilion dolar dan menjadi pemuzik wanita terkaya.

Menurut Forbes, jenama kosmetik Fenty Beauty, yang dimiliki oleh Rihanna yang lahir pada tahun 1988, telah mencapai nilai wang $ 270 juta.

Rihanna, yang sebagian besar telah menarik diri dari industri muzik, telah lima tahun sejak album terakhirnya dan sebagian besar fokus pada industri bukan muzik, walaupun ada panggilan dari peminatnya untuk membuat lagu baru.


3. Bomba Perancis Mogok Protes Perlu Vaksinasi, Malaysia Lebih Baik.

Anggota bomba, yang merupakan salah satu kumpulan pekerjaan yang harus diberi vaksin dalam ruang lingkup memerangi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) di Perancis, memutuskan untuk mogok.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh FA SPP-PATS, salah satu kesatuan terkemuka di mana pasukan bomba diatur, telah dilaporkan bahawa anggota bomba anggota kesatuan akan melakukan mogok tanpa batas mulai hari Isnin, 9 Ogos, untuk memprotes perlunya vaksinasi.

"Undang-undang mengenai pengurusan krisis kesihatan yang menghendaki pemadam kebakaran diberi vaksin melanggar Perlembagaan," kata pernyataan itu. Dinyatakan bahawa diharapkan Majlis Perlembagaan menghapus undang-undang ini.

Sebaliknya, jumlah kes Covid-19 harian di Perancis menghampiri 30 ribu.

Kadar ujian Covid-19 positif dalam 7 hari terakhir di negara ini adalah 4.1%.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, dalam hal ini Malaysia lebih baik dari Perancis.

(IH)

DAP Tak buat apa, hanya campak soalan saja..



MAKA berkatalah Roketkini..

ISU SEMASAKENYATAAN AKHBAR Vaksinasi: Operasi Lonjakan Kapasiti perlu dilakukan di P.Pinang

"Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melakukan Operasi Lonjakan Kapasiti (OSC) di Pulau Pinang sepertimana yang telah dilakukan di Lembah Klang. 

Menurut Guan Eng, OSC untuk meningkatkan koordinasi dan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor di Lembah Klang telah berjaya mencapai hampir 100% penduduk dewasa menerima dos pertama. 

“Mengapa tidak melakukan perkara yang sama untuk Pulau Pinang dan tidak menunggu sehingga September?..." dan seterusnya.

Begitulah, gaya tindak dan carafikir di bawah serkup tempurung kolot DAP yang anti Islam. DAP Tak buat apa, hanya campak soalan saja.. 


DAP Tak buat apa, hanya campak soalan saja.. 

Selangor jadi negeri gagal tangani Covic-19. Pemimpin DAP di Selangor lari masuk hutan Pahang bantu durian haram? Pulau Pinang jadi negeri busuk tahi babi, dan terowong bawah laut yang gagal berfungsi. 

Air bersih pun minta sedekah dengan negeri jiran. Bahkan bekas KMnya dan keluarga, terpalit rasuah? Jadi apa ke jadahnya?


Itulah PH dan DAP, selepas 22 bulan ghuyup.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails