Saturday, August 21, 2021

Dron berkesan bantu PDRM. Pentingnya di M'sia..

 

Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan.

KUALA LUMPUR: Penggunaan dron berkesan dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan dan kawalan sempadan serta merakam pelbagai gambar dan video bagi mengumpul bukti untuk membawa pertuduhan ke mahkamah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata oleh sebab itu, PDRM memerlukan lebih banyak dron  berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.

Beliau berkata dron yang berkualiti mampu terbang hingga dua atau tiga jam di udara dan boleh menelan belanja kira-kira setengah juta ringgit seunit.

“Banyak kejayaan dan rampasan dilakukan dengan penggunaan dron ini. Selain itu, setiap dron adalah berbeza mengikut kawasan misalnya penggunaan dron di Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak sama dengan dron di Gua Musang dan Sungai Golok, Kelantan berdasarkan kegiatan yang berbeza.

“Di Zon A (iaitu kawasan pantai yang panjangnya 900 hingga 1,000 kilometer), penggunaan dron amat relevan. Kalau hendak ditempatkan anggota penguat kuasa, ia tidak praktikal memandangkan jumlah yang diperlukan cukup ramai,” katanya dalam wawancara khas kepada Bernama di Bukit Aman, baru-baru ini.

Zainal Abidin berkata dron mampu membuat kawalan di satu-satu kawasan bagi tempoh tertentu ketika penguat kuasa melakukan tangkapan dan membawa balik penjenayah serta menulis laporan.

“Sekiranya ada tangkapan dibuat ketika rondaan dilakukan, ia akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk polis buat laporan dan membawa penjenayah balik ke balai.

“(Jadi) akan berlaku kelompongan (tiada kawalan di kawasan itu). Kami perlu naikkan dron untuk mengawal kawasan itu dan apabila dibuat pemerhatian dari atas (udara oleh dron) kawasan yang diperhatikan akan lebih luas dalam dua jam,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga tidak mahu sesuatu tangkapan itu hanya dijadikan ‘decoy’ yang mana penyeludup sengaja membiarkan satu bot yang kurang barang seludup ditahan bagi memberi ruang dan peluang bot-bot yang lebih besar dengan barangan atau migran menceroboh masuk kawasan sempadan.

“Jadi dron berkuasa tinggi inilah yang diperlukan untuk kawasan Zon A dan untuk kawasan sempadan di Sarawak (misalnya) yang kita tahu, sempadan negeri tersebut kawasannya berbukit bukau dan bergunung-ganang,” katanya.

Zainal Abidin berkata pihaknya mempunyai pos kawalan yang jaraknya terlalu jauh antara satu dengan yang lain dan tidak dapat memenuhi keperluan keselamatan sepenuhnya.

“Bagi menggerakkan pasukan untuk menghalang (kegiatan penyeludupan) pun menjadi cukup sukar dan memakan masa cukup panjang. Oleh sebab itulah, kami hendak gunakan dron ini dalam membendung kemasukan pendatang tanpa izin atau kemasukan barang-barang kontraban ini,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya tekonologi sebegini, ia mampu menutupi lorong-lorong tikus dan gajah yang banyak di Sarawak.

“Sekiranya ia tidak dilakukan sekarang iaitu menggunakan dron berkapasiti tinggi kemungkinan PDRM menghadapi kesukaran pada masa akan datang dari segi keselamatan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya ada menerima empat kenderaan jenis All Terrain Vehicles (ATV) pemberian kerajaan Sarawak bagi membantu menjaga kawasan sempadan terutamanya apabila Kalimantan bakal menjadi ibu negara baharu Indonesia.

“ATV tersebut diterima kira-kira dua hari lepas oleh Batalion 11 di Miri, Sarawak selain generator (penjana) memandangkan pos kawalan polis berada di dalam hutan yang tidak mempunyai apa-apa misalnya air dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa menariknya kalau di Malaysia?

Dron adalah suatu perkara penting untuk kegunaan pihak kerajaan, syarikat atau membuka peluang bisnes, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. 

Dron boleh membantu negara dari sudut bisnes, kewangan, pertanian, perikanan, persenjataan dan membina kekuatan pertahanan negara, termasuk jabatan polis dan tentera. Lihat perkembangan drastiknya seperti yang berlaku di negara Turki, Iran dan lain-lain.  

Menariknya Perkembangan Dron Dunia. Penulis Sains China Memuji Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar

Penulis sains popular China Song Yi Chang menggambarkan Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar, sebagai "Genius dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata." 

Dalam program yang disiarkan dengan tajuk "War Technologies" di China Central Television (CCTV), Song Yi Chang menyamakan Bayraktar dengan Steve Jobs, pengasas syarikat Apple.

"Seorang genius muncul di bidang ini di Turki mengenai persenjataan. Dia adalah Selçuk Bayraktar. Bapa dron di Turki. Kedudukan Bayraktar dalam perang dron adalah seperti kedudukan Steve Jobs dalam teknologi telefon pintar." Katanya.

Penulis China juga memberikan maklumat mengenai latar belakang Bayraktar dalam program ini, dan mengingatkan bahawa dia mengkhususkan diri dalam perisian dan elektronik Dron Bersenjata semasa pendidikannya di AS, dan kemudian kembali ke negaranya.

UAV Buatan Turki Bayraktar SİHA Digunakan Dalam Latihan Tentera Azerbaijan

Dalam latihan tentera Azerbaijan, Bayraktar SİHA (Kenderaan Udara Tanpa Senjata Bersenjata) buatan Turki, juga digunakan.

Dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Bayraktar SİHA yang dikeluarkan dari hangar dan ketika lepas landas ditampilkan.

SİHA melakukan tugas mengesan sasaran musuh yang disimulasikan dan memindahkannya ke pusat pemeriksaan.

Latihan yang dimulakan semalam oleh tentera Azerbaijan dengan penyertaan 15 ribu tentera akan berterusan sehingga 20 Mei.


17 bulan di KPWKM: Inisiatif dan Pencapaian YB Kak Lah

 

Foto daripada Facebook Siti Zailah Mohd Yusoff.

DI SEBALIK kesedihan yang dirasai bersama majoriti rakyat Malaysia dengan bubarnya kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), digagahkan juga untuk menyertai Konvensyen Pemimpin Muda 2021 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang berakhir 18 Ogos lalu.

Konvensyen berkenaan membawakan tema yang begitu menarik iaitu ‘Merealisasikan Pemerkasaan Wanita’. Namun sejak pembubaran kabinet pada 16 Ogos, pada hemat kami masih belum banyak penulisan berkenaan kejayaan-kejayaan ahli kabinet wanita dalam kerajaan PN.

Oleh itu, wujudnya penulisan ini bertujuan menunjukkan sejauh mana pemerkasaan wanita ini benar-benar direalisasikan oleh ahli kabinet wanita dari PN.

YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff atau lebih mesra dipanggil YB Kak Lah adalah sosok pemimpin wanita yang pada pemerhatian kami, paling tepat untuk diketengahkan sebagai ikon pemerkasaan wanita dalam kabinet kerajaan PN.

Siapa sangka ibu kepada 12 orang anak ini berjaya melakar begitu banyak kejayaan sepanjang memimpin KPWKM walau hanya dalam 17 bulan sahaja.

Ini hanyalah sekadar kemampuan kami menyenaraikan kejayaan beliau sepanjang menjawat jawatan Timbalan Menteri di KPWKM:

  1. Penyediaan Talian Kasih 15999 dan Talian Khas Kaunseling – Talian ini telah diperkenalkan sebagai Talian Prihatin Masyarakat yang memberikan perkhidmatan psikologi dan aduan penderaan, kaunseling, kebajikan dan pelbagai lagi skop aduan yang beroperasi selama 24 jam setiap hari.

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/full&id=NGtVYXZIMjRqM3diWmV2K005Mm9Hdz09

  1. Program Khidmat Bantu di Rumah – Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) merupakan perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di rumah. Program ini juga bertujuan menyemarakkan perkembangan kesukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat.

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VWJOWjd0c0NKZnhPU1BYVXJnZUdXdz09

  1. Bantuan PRIHATIN bagi warga emas – Program Bantuan PRIHATIN ini telah diberikan kepada 131 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan telah memberi manfaat kepada hampir 44,000 warga emas berdaftar.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760643/covid-19-kpwkm-sedia-pelbagai-perlindungan-bantuan-kepada-warga-emas

  1. Pewujudan Garis Panduan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Covid-19 – Garis Panduan ini telah diperkenalkan sebagai rujukan buat semua Pusat Jagaan Warga Emas Kerajaan, Swasta, mahupun NGO sebagai rujukan dan panduan pusat-pusat tersebut dalam menghadapi situasi pandemik ini.

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/full&id=Q01Sb294TjAwT0RlTmc0YWRNTVgyZz09

  1. Program Disinfeksi Institusi Warga Emas dan Penyediaan Peralatan di Institusi JKM – Proses sanitasi di institusi warga emas JKM telah dilaksanakan dan penyediaan peralatan serta keperluan menangani penularan pandemik Covid-19 turut dilakukan di institusi JKM.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760643/covid-19-kpwkm-sedia-pelbagai-perlindungan-bantuan-kepada-warga-emas

  1. Saringan Covid-19 di 17 buah institusi kebajikan – Saringan Covid-19 dilaksanakan dengan kerjasama KKM kepada semua penghuni dan kakitangan di 17 institut kebajikan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) bertujuan mencegah penularan di institusi warga emas.

https://www.sinarharian.com.my/article/82138/KHAS/Covid-19/Covid-19-JKM-buat-saringan-di-pusat-jagaan-warga-emas

  1. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2020 – Sambutan ini tetap diteruskan dalam suasana pandemik membabitkan forum berkaitan kesediaan warga emas terhadap norma baharu semasa pandemik Covid-19, impak dan penjagaan kesihatan dari segi fizikal, emosi dan mental serta dialog ‘Peranan KPWKM dalam Menghadapi Isu Pandemik Covid-19’.

https://www.facebook.com/1237185799722880/posts/3380828882025217/?sfnsn=mo

  1. Bantuan khas TASKA sebanyak RM35 juta di bawah pelan PENJANA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM35 juta kepada hampir 4,000 pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Bantuan sebanyak RM5,000.00 dan RM1,000.00 telah diperuntukkan bagi setiap taska sama ada di mana-mana Institusi mahupun Tempat Kerja Sektor Awam dan juga taska yang beroperasi di rumah di bawah Bantuan Khas Pelan Penjana ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708274/pengusaha-tadika-swasta-terima-geran-rm5000

https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/KENYATAAN%20MEDIA%20PELAN%20PEMULIHAN%20EKONOMI%20JANGKA%20PENDEK%202020,%2012_06_2020_edt(1).pdf

  1. Peruntukan RM 5,000 untuk penyediaan TASKA di bangunan kerajaan khususnya hospital di bawah Belanjawan 2021 – Kerajaan telah memberi peruntukan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan kerajaan, terutamanya di hospital bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat petugas barisan hadapan dan golongan ibu berkerjaya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/750794/belanjawan-2021-rm50j-sedia-taska-mudahkan-petugas-barisan-hadapan

Sesungguhnya ruang penulisan ini begitu terhad untuk menyenaraikan semua usaha yang telah YB Kak Lah lakukan. Yang pasti, beliau telah memainkan peranannya dengan sangat cemerlang khususnya melindungi golongan sasar di bawah KPWKM dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Walaupun ini kali pertama beliau bersama dalam kabinet kerajaan, kejayaan seumpama ini semestinya dapat dicapai dengan 18 tahun pengalaman beliau sebagai ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Semoga ketokohan seperti YB Kak Lah ini dapat ditonjolkan oleh pemimpin wanita yang lain juga khususnya yang akan menerajui KPWKM pada masa akan datang.

Tahniah dan terima kasih YB Kak Lah!

Penulisan bersama:
WAN SYAHIRAH
TIA RAZALI
DHIYA’ MUTMAINNAH
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh: 20 Ogos 2021 – HARAKAHDAILY 21/8/2021

PARALIMPIK: Tokyo mungkin penampilan terakhir Dik Wan

 

Gambar fail - Jaguh pecut para negara, Mohd Ridzuan Puzi meraikan kejayaan ketika memenangi emas acara 100 meter T36 di Rio de Janeiro lima tahun lalu.

SUKAN

KUALA LUMPUR: Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo mungkin menjadi penampilan terakhir buat jaguh pecut para negara yang juga juara bertahan bagi acara 100 meter (m) T36, Mohd Ridzuan Puzi.

Justeru, ketua jurulatih olahraga para negara, R Jeganathan mengharapkan anak buahnya itu dapat menutup kempen di Tokyo dengan senyuman sekalipun sedar bakal berdepan cabaran sengit dalam mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio itu.

"Dik Wan adalah antara atlet paling senior pada temasya kali ini dan pencabar utamanya lebih muda seperti atlet dari Australia, James Turner dan atlet dari China, Yang Yifei. Dik Wan pun sekarang berada pada ranking keempat dunia.

"Tetapi saya yakin dia tidak akan pulang tangan kosong dan sekurang-kurangnya akan membawa pulang pingat juga, cuma tidak tahu apa warnanya nanti," katanya.

Sebagai rekod, Ridzuan muncul atlet para pertama negara yang merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik selepas melakukancatatan 12.07 saat pada temasya di Rio 2016.

Dalam perkembangan sama, Jeganathan mengakui persiapan untuk ke temasya kali ini perlu dilakukan dengan cara berbeza selepas mengambil kira faktor usia Ridzuan yang tidak memungkinkan untuk mengharungi latihan seperti ke Rio, lima tahun lalu.

"Sesi latihan pun tidak lagi boleh (dibuat) seperti dahulu kerana dia sudah berusia, ototnya sudah mengeras dan tegang. Tetapi saya tahu dia akan tetap memberikan yang terbaik untuk negara.

"Tekanan itu memang ada kerana kita memiliki reputasi tinggi dalam melahirkan juara dunia. Kita akan menjadi tumpuan dan ini antara cabaran yang perlu kita lalui di Tokyo," katanya.

INFO
Nama: Mohd Ridzuan Puzi
Tarikh lahir: 27 September 1987 (33)
Tempat lahir: Padang Besar, Perlis
Tinggi: 1.68m
Sukan: Trek dan padang
Kategori: T36 (celebral palsy)
Acara: Pecut
Pencapaian:
Sukan Paralimpik -
Rio 2016 - Emas 100m

Kejohanan Olahraga Para Dunia -
Doha 2015 - Emas 100m
London 2017 - Perak 100m

Sukan Para Asia
Incheon 2014 - Emas lompat jauh, perak 100m dan 200m
Jakarta 2018 - Emas 100m, 400m dan lompat jauh

AS kalah perang.. Penduduk Afghanistan kibar bendera negaranya!

 

Penduduk dilihat mengibarkan bendera Afghanistan sempena ulang tahun kemerdekaan ke 102 negara itu di daerah Wazi Akbar Khan, Kabul. - Foto AFP

KABUL: Beberapa rakyat Afghanistan turun ke jalanan sambil mengibarkan bendera negara semalam bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 102 negara itu,

Tindakan berani itu dilakukan beberapa hari selepas pejuang Taliban merampas kuasa dan mengibarkan bendera pergerakan mereka di bangunan kerajaan.

Seorang kakitangan AFP melihat sekumpulan lelaki dan wanita ,mengibarkan bendera berwarna hitam, merah dan hijau berhampiran Wazir Akbar Khan tanpa menghiraukan sebuah trak membawa pejuang Taliban yang melintasi mereka.

Trak itu bergerak perlahan dan pejuang Taliban hanya memerhatikan kumpulan rakyat Afghanistan itu, namun kemudian meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan mereka.

Bekas pemimpin Afghanistan, Amanullah Khan, mengisytiharkan kemerdekaan pada 1919 selepas perang Anglo-Afghan ketiga dan sejak itu, Afghanistan memiliki beberapa bendera.

Bendera terkini adalah pada 2013 yang menggunakan tiga garis melintang berwarna hitam, merah dan hijau, dengan tertera lambang negara berwarna putih.

Rabu lalu, pejuang Taliban melepaskan tembakan untuk menyuraikan puluhan warga Afghanistan di Jalalabad yang mengibarkan bendera itu menjelang hari kemerdekaan.

Malah, terdapat laporan tidak rasmi mengenai tembakan dilepaskan di Kunar semalam dan Twitter menunjukkan sejumlah kereta dan motosikal bergerak di Asadabad sambil mengibarkan bendera Afghanistan.

Media sosial turut memaparkan orang ramai bersorak kepada seorang lelaki yang memanjat tiang bendera di Medan Abdul Haq, sebelum mengikat bendera itu pada tiang berkenaan.

Hantaran Twitter lain menunjukkan puluhan penunjuk perasaan membawa bendera berkenaan dan berarak di jalanan di ibu negara itu.

Bendera Taliban berwarna putih yang tertulis kalimah syahadah dinaikkan di kebanyakan lokasi di Afghanistan selepas mereka kembali berkuasa dengan pantas iaitu hanya 11 hari.

Semalam, Taliban mengeluarkan satu kenyataan yang mengiktiraf hari kemerdekaan Afghanistan dan kekalahan empayar British serta pendudukan Russia yang berakhir pada 1989.

Kini, Taliban menyifatkan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara itu selepas 20 tahun sebagai kebanggaan besar bagi Afghanistan. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimAS nampaknya bakal dicop sekali lagi sebagai gagal dan kalah dalam peperangan. Selama dua dekad 1955 hingga 1975, sekurang-kurangnya 50,000 korban di pihak AS terjadi dalam perang Vietnam.

Ketika era tersebut, teknologi persenjataan masih belum secanggih kini. Akan tetapi era milenium ini menyebabkan angka kematian menjadi rendah, walaupun kemusnahan adalah sangat besar.

Malah kematian di pihak musuh juga adalah besar terutamanya apabila senjata kimia dan biologi digunakan dalam peperangan sebagaimana yang berlaku di Iraq dan Syria.

Perubahan kepimpinan AS menyebabkan dasar luar mereka juga berubah. Biden melalui kenyataan media bertarikh 10 Ogos menyatakan Afghanistan bukan lagi masalah Amerika.


Ia perlu diselesaikan oleh warga Afghanistan sendiri. Keadaan yang sama juga apabila AS di bawah Presiden Trump mengambil keputusan keluar daripada Iraq dan Syria. Jelas AS bertindak sedemikian selepas terbukti mereka gagal dalam peperangan yang dicetuskan oleh mereka sendiri.

Pemimpin AS bersikap lepas tangan meninggalkan negara tersebut setelah terbukti mereka tidak mampu memenangi peperangan tersebut. Jelas sekali, Taliban gagal dimusnahkan oleh AS walaupun bertapak selama 20 tahun di negara tersebut.

Bukan sahaja AS, Nato juga menerima tempias, dimalukan dengan kegagalan mengawal sebuah negara kecil yang miskin dan tidak mempunyai teknologi secanggih mereka.

Malah kelihatannya AS dan Nato mempunyai agenda peribadi apabila keluar dari Afghanistan dan membiarkan Taliban menguasai negara tersebut. 

Keupayaan luar biasa yang dimiliki Taliban juga menunjukkan bahawa AS dan sekutunya dengan sengaja membiarkan Taliban berkembang, mendanai malah menyediakan strategi berkaitan agar kerosakkan di Afghanistan akan berterusan.

Natijahnya nanti, AS dan sekutunya mempunyai alasan untuk menyerang semula negara ini atau menjadikan Afghanistan sebagai hub untuk menjatuhkan Iran dan lain-lain ‘musuh’ yang dikenal pasti berdasarkan kepentingan geopolitik mereka. 

Begitu jahatnya mereka!

Legasi Dr Zulkifli tingkatkan syiar Islam

 

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

PELANTIKAN 
Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kerajaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menarik perhatian ramai kerana buat kali pertama dalam sejarah negara, seorang mufti dilantik menganggotai Kabinet.

Status anak kelahiran Kemaman, Terengganu, sebagai bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang mesra media sosial apabila sering menjawab pelbagai persoalan agama juga mendapat maklum balas positif bukan sahaja daripada kalangan rakyat, malah pemimpin parti pembangkang.

Jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam amat penting, malah boleh dikatakan setara dengan jawatan kanan lain dalam Kabinet seperti Menteri Kewangan, Dalam Negeri dan Pendidikan. Ini kerana antara peranan dan tanggungjawab yang dipikul adalah untuk memastikan dasar kerajaan mematuhi syariat Islam.


Sesuai dengan latar belakang Dr Zulkifli sebagai mantan mufti yang mengeluarkan fatwa berhubung pelbagai isu berkaitan agama, kepakaran dan kelimuan beliau digunakan oleh kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat supaya tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam serta mematuhi segala peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Malah atas dasar mengatasi kemudaratan yang lebih besar, Dr Zulkifli yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, mengumumkan penutupan sementara masjid dan surau yang diterima dengan baik oleh majoriti masyarakat Islam kerana latar belakang beliau sebagai pemimpin berilmu, berwibawa dan berintegriti.

Dr Zulkifli juga memberi saranan kepada semua agensi dan pusat zakat negeri agar dapat memainkan peranan untuk membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat, terutama yang beragama Islam.

Jika sebelum ini, pengagihan zakat hanya untuk golongan asnaf, tetapi dalam tempoh PKP, ramai orang yang memerlukan bantuan saraan hidup, terutama mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Sesuatu yang menarik ialah kepimpinan Dr Zulkifli walaupun sebenarnya terhad kepada Wilayah Persekutuan, idea dan pemikirannya diterima dan dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau juga bukan hanya memberikan idea, malah sanggup menyingsing lengan turun padang menghulurkan bantuan di seluruh negara. Ketika pimpinannya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) memperkenalkan bantuan melalui inisiatif #Musaadah yang sejak Mac lalu membelanjakan sebanyak RM591.9 juta kepada pelbagai golongan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Sebagai mantan mufti yang sentiasa berhati-hati apabila bertutur, Dr Zulkifli juga mahu isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ditangani secara berhemah.

“Walaupun LGBT bertentangan dengan norma agama Islam, pendekatan yang hendak diambil juga mestilah dengan cara mendidik untuk membetulkan perkara berkenaan.

Begitu juga dengan isu Tabung Haji (TH) yang sentiasa mendapat perhatian umat Islam dan pemimpin politik. Beliau memberi jaminan bahawa kuasa menteri agama terhadap TH akan terus kekal selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995 terutama dari segi operasi dan penyelarasan jemaah haji.

Zulkifli menegaskan beliau bertanggungjawab kepada TH bagi memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihara. Pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas TH sama sekali tidak akan menghakis hak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan umat Islam ke atas TH.

“Ini kerana setiap institusi kewangan yang dikawal selia BNM mempunyai model pengurusan berbeza dan boleh terus mengekalkan punca kuasa sedia ada,” katanya.

Menurutnya, cadangan penambahbaikan pengurusan dan Operasi TH bertujuan mewujudkan penambahbaikan dalam pengoperasian TH, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjunjung nilai integriti dan tadbir urus yang baik berasaskan lapan prinsip utama yang digariskan United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP).

Kehadiran Dr Zulkifl dalam Kabinet bukan sahaja membolehkannya memberi nasihat dan pandangan daripada perspektif agama, malah boleh melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang inklusif dan bersepadu demi mensejahterakan kehidupan rakyat. Kesepaduan kepimpinan politik mampu memajukan negara dalam pelbagai bidang.

Walaupun bukan lagi bergelar menteri, jasanya membolehkan kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih besar bagi memacu pembangunan negara yang bertunjangkan kepentingan agama dan kesejahteraan rakyat. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri ke-9

 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

"Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9," katanya dalam kenyataan hari ini

BIODATA PERDANA MENTERI KE-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Tempat lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Keluarga

• Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
• Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:
- Nina Sabrina
- Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
- Nashriq
- Iqbal

Kerjaya/Perkhidmatan

• 1985 - Peguam
• 1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
• 2008-2009 - Menteri Belia dan Sukan
• 9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
• 2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• 12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
• 7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah

1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik

1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 - Timbalan Ketua Bahagian
2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

..

Friday, August 20, 2021

Erdogen, Taliban, AS gagal, pelajar perempuan & jatuh pesawat.

 


1. Erdoğan, Taliban &Airport Hamid Karzai.

Presiden Recep Tayyip Erdoğan, mengatakan bahawa kehadiran tentera Turki di Afghanistan akan memperkuat tangan pentadbiran baru di arena antarabangsa dan mempermudah pentadbiran baru.

Presiden Erdoğan membuat penilaian dalam agenda dalam siaran langsung beberapa saluran swasta.

Mengingat bahawa dia sebelumnya telah menyatakan bahawa dia boleh menerima pemimpin Taliban,

Erdoğan

"Kami bersedia untuk melakukan sebarang kerjasama untuk keamanan rakyat Afghanistan, kesejahteraan rakan-rakan Turki kami yang tinggal di negara ini, dan perlindungan kepentingan negara kami.'' menggunakan ungkapan tersebut.

Edoğan menekankan bahawa tentera Turki di Afghanistan tidak pernah berperanan sebagai pasukan pertempuran.

"Kami tidak pernah melihat atau menggunakan tentera kita sebagai kekuatan asing di sana. Kehadiran tentera Turki di Afghanistan juga akan memperkuat tangan pentadbiran baru di arena antarabangsa dan memudahkan kerjanya. (Keselamatan Lapangan Terbang Hamid Karzai) Sekarang kita membuat merancang sesuai dengan realiti baru yang muncul di lapangan, dan kami membuat perbincangan kami dengannya. Kami meneruskannya dengan sewajarnya. " katanya.

Presiden Erdoğan

"Tidak kira siapa yang berada dalam pemerintahan, mendukung Afghanistan dalam masa baik dan buruknya adalah syarat untuk setia kepada kata-kata seseorang dan persaudaraan kita." tambahnya.

Taliban, yang mengepung ibu kota Kabul pada hari Ahad, merebut kota itu di bawah kawalan sepenuhnya setelah Presiden Ashraf Ghani meninggalkan negara itu dan pasukan pemerintah meninggalkan negara itu.


2. Campur Tangan AS di Afghanistan, adalah 'Kegagalan'


Campur Tangan AS di Afghanistan Digambarkan Sebagai 'Kegagalan'


3. 
Taliban bukan macam dulu, pelajar perempuan boleh bersekolah

Taliban membenarkan pelajar perempuan menuntut ilmu hingga ke universiti

HERAT: Gadis memakai hijab putih dan pakaian seragam hitam, melangkah masuk ke kelas di sebuah sekolah di bandar ini yang terletak di barat Afghanistan, beberapa hari selepas Taliban mengambil alih negara.

Di suatu sudut lain, beberapa pelajar perempuan berkumpul di koridor sekolah dan berbual, pemandangan yang sekali gus melupakan kekacauan melanda negara itu sejak dua minggu lalu.

Pemandangan yang sebelum ini dikhuatiri diharamkan oleh Taliban, dirakamkan oleh jurugambar AFP minggu ini, beberapa hari selepas Taliban menguasai bandar ini dan bandar lain dengan tentangan yang terlalu sedikit berikutan keruntuhan kerajaan di bawah pentadbiran Presiden Ashraf Ghani.

“Kami mahu kemajuan seperti negara lain dan kami juga harap Taliban akan mengekalkan keamanan. Kami tidak mahu peperangan, kami mahu keamanan di negara ini,” kata pelajar yang dikenali sebagai Roqia.

Kedudukan berhampiran sempadan negara itu dan Iran, Herat yang terletak di laluan sutera, sekian lama dikenali sebagai bandar kosmopolitan, puisi dan seni dengan wanita berjalan bebas di jalan, menghadiri sekolah dan kolej dalam jumlah yang besar.

Bagaimanapun, kehadiran Taliban menyebabkan pemandangan itu menjadi ketidaktentuan. Ini berikutan ketika di bawah pentadbiran Taliban yang menguasai Afghanistan pada 1990-an, kebanyakan wanita dinafikan hak mereka mendapat pendidikan dan pekerjaan.

Memakai hijab yang menutup muka menjadi wajib di tempat awam dan wanita tidak boleh meninggalkan rumah tanpa ditemani ahli keluarga lelaki.

Ini yang menyebabkan kepulanganTaliban menguasai negara itu menimbulkan banyak tanda tanya.

Bagaimanapun, semua kesamaran itu hilang apabila Taliban memaparkan imej sederhana dengan jurucakap kumpulan itu ketika sidang media pertama di Kabul, mengumumkan pengampunan rasmi terhadap setiap orang yang terlibat dalam peperangan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata bahawa kumpulan itu komited untuk membenarkan wanita bekerja mengikut prinsip Islam.

Pelajar perempuan di Afghanistan boleh bersekolah seperti biasa

Ditanya perbezaan antara kumpulan itu sekarang dan Taliban yang disingkirkan dari Kabul 20 tahun lalu, katanya “Jika soalan ditanya berdasarkan kepercayaan dan ideologi, tidak ada perbezaan…tetapi jika dikira berdasarkan pengalaman, kematangan dan pemahaman, tidak ragu-ragu ada banyak perbezaan.”

Beliau berkata, langkah hari ini adalah positif berbanding langkah sebelum ini.

Sebaik kehadiran semula Taliban, orang ramai memasuki tempat awam dengan berhati-hati, dengan kehilangan wanita dari jalan di Kabul dan peniaga yang menjual pakaian Barat bertukar meletakkan pakaian tradisional Afghan.

Dunia pula memandang Taliban dengan rekod hak asasi manusia buruk. Selepas beberapa hari menguasai negara, masih tidak jelas dengan dasar pendidikan, namun dalam temu bual antara agensi berita Sky News dari Britain, seorang lagi jurucakap kumpulan itu, Suhail Shaheen, menberi jaminan.

“Wanita boleh mendapat pendidikan dari sekolah rendah hingga pendidikan tinggi, iaitu universiti,” katanya yang turut memberitahu bahawa ribuan sekolah di kawasan dikuasai Taliban masih beroperasi seperti biasa.

Di bandar ini, pengetua sekolah, Basira Basiratkha, melahirkan keyakinan dengan mengucapkan kesyukuran kerana sekolah dibenarkan dibuka.

Katanya, ramai pelajar sekolahnya datang dengan memakai hijab, manakala peperiksaan berlangsung seperti biasa. – ALJAZEERA

4. Jatuh Pesawat AS, Pemain Bola Sepak Afghanistan Maut

Pemain pasukan bola sepak kebangsaan Afghanistan, Zaki Anwari termasuk salah seorang yang meninggal dunia setelah jatuh dari pesawat Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Kabul, Afghanistan.

Menurut berita agensi Afghanistan Ariana, Zaki Anwari, yang bermain dalam pasukan bola sepak negara, meninggal dunia sebab jatuh dari pesawat jenis Boeing C17 milik Tentera Udara AS.

Ekoran Taliban menguasai Kabul, berlaku kebuntuan di lapangan terbang di ibu negara kerana mereka yang ingin meninggalkan negara itu.

Sebilangan warga Afghanistan, sebaliknya, cuba melarikan diri dengan berpegang pada sayap dan alat pendaratan pesawat Amerika yang berlepas dari lapangan terbang.

Momen ketika orang-orang itu jatuh dari pesawat terpantul dalam kamera.

Taliban, yang mengepung ibu negara Kabul pada hari Ahad, menguasai bandar itu tanpa konflik ketika Presiden Ashraf Ghani meninggalkan negara itu dan pasukan kerajaan meninggalkan ibu kota.

(IH)