Jakarta, CNN Indonesia -- Seorang petani di Thailand berhasil meraup pundi-pundi uang dari lendir siput. Bahkan usaha peternakan siput mampu meraih penghasilan sekitar $314 juta (Rp4,4 triliun).
Padahal sebelumnya, para petani padi di sana membenci kawanan siput yang kerap memakan tunas tanaman dan hasil panen.
Termasuk Phatinisiri Thangkeaw yang dulu menganggap siput adalah hama. Kini petani padi itu lebih fokus ke ternak siput.
"Para petani dulunya membuang mereka (siput) ke jalanan dan ke sungai. Tapi sekarang mereka menjualnya ke saya untuk mendapat uang tambahan," kata Phatinisiri kepada AFP. Dengan memiliki seribu siput ternak, Phatinisiri dapat menghasilkan tambahan uang sebesar $320 hingga $650 (sekitar Rp4,4 juta hingga Rp9,1 juta) tiap bulannya. Phatinisiri mengatakan dua tahun lalu dia merupakan yang pertama melakukan ternak lendir siput di daerahnya. Pada saat itu, para warga dapat dengan mudah memberikan siput dengan cuma-cuma kepada Phatinisiri.
"Sekarang saya membeli siput-siput sekitar 25 baht hingga 30 baht (sekitar Rp14 ribu) per kilo. Tapi sekarang banyak orang yang melakukan ternak siput, sehingga persaingannya tinggi," kata wanita yang juga berprofesi sebagai guru itu. Peternakan milik Phatinisiri sekarang menjadi satu di antara 80 lahan peternakan lain di provinsi Nakhon Nayok, berjarak dua jam dari ibu kota Bangkok, yang ikut menternak siput.
Menurut penelitian Coherent Market Insights, usaha peternakan siput mampu meraih penghasilan sekitar $314 juta (Rp4,4 triliun) dengan menjual lendir siput yang digunakan sebagai bahan kosmetik serta alternatif kecantikan. Lendir siput diketahui kaya akan kadungan kolagen yang menurut beberapa perusahaan kecantikan lebih berharga daripada emas. Lendir tersebut diproduksi dari kelenjar siput yang diperah dengan meneteskan air di atasnya menggunakan sebuah pipa kecil. Lendir hasil perahan tersebut kemudian dijual ke perusahaan kosmetik Thailand, Aden International, yang secara rutin mengekspor produknya ke Korea dan Amerika Serikat. Aden sendiri merupakan satu-satunya produsen lender siput di Thailand yang memulai usahanya sejak tiga tahun lalu. Menurut penuturan sang pendiri, Kitpong Puttarathuvanun, Aden hadir sebagai solusi bisnis yang cerdas guna mengatasi serangan siput di provinsi Nakhon Nayok. Sejauh ini, Kitpong telah menjual serum kecantikan kulit dengan merek Acha serta memasok bedak tabur bagi sejumlah perusahaan kosmetik Korea dan AS. Setiap satu kilogram bedak yang diproduksi, Kitpong mematok harga 1,8 juta baht atau sekitar Rp 815 juta. Harga tersebut lebih tinggi dari emas yang per kilogramnya bernilai $46,300 (Rp649 juta). "Kami menemukan bahwa lendir yang kami produksi sangat berkualitas karena siput-siput itu mengkonsumsi segalanya, termasuk sayuran, biji-bijian dan bahkan jamur ... menghasilkan kualitas lendir yang bagus," ujar Kitpong kepada AFP.
Kata dia, lendir siput juga dapat digunakan untuk menyembuhkan kulit terbakar dan luka. Informasi akan kandungan baik dari lendir siput juga dibenarkan oleh dokter yang bertanggung jawab dalam proses pemurnian, bernama Somkamol Manchun. Ia mengatakan lendir siput mengandung kolagen dan elastin yang "dapat membuat kulit kencang dengan sedikit kerutan."
"Itu (lendir siput) memicu sel-sel kulit dan membantu menyembuhkan kulit," kata Somkamol. Hingga kini, belum ada penelitian ilmiah yang dilakukan terkait kualitas kuratif dari serum dan lendir siput. Namun, peternak siput di lahan Phatinisiri sudah merasakan permintaan pasar yang semakin meningkat. (CNN Indonesia | Rabu, 24/07/2019 11:17 WIB)
Lelaki berdepan denda RM100,000 bunuh siput babi.
HONG KONG – Seorang lelaki di Hong Kong ditahan polis selepas didakwa melakukan perbuatan khianat ke atas haiwan apabila membunuh tiga ekor siput babi menggunakan taburan garam, lapor portal Coconut, semalam.
Menerusi kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah kolam air pancut di Tsim Sha Tsui, suspek dikatakan galak menaburkan garam ke atas siput babi berkenaan.
Apabila perbuatannya dihalang, suspek berkata kewujudan siput babi adalah ancaman pada keseimbangan ekosistem alam semulajadi.
Susulan laporan orang ramai, polis menahan suspek berusia 26 tahun yang merupakan pelajar doktor falsafah jurusan sains komputer dan merampas pakaian yang dipakai ketika melakukan jenayah tersebut.Lelaki itu kini berdepan kemungkinan hukuman denda sehingga HK$200,000 (RM109,012) dan tiga tahun penjara di bawa kesalahan penganiayaan ke atas haiwan. – Agensi
Peluang jadi usahawan ternak siput..
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)
Kelantan sumbang RM100,000 mangsa tragedi Gunung Jerai
YAN: Kerajaan Kelantan menyumbang wang tunai sebanyak RM100,000 dan barangan keperluan harian kepada mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai di Yan dan Merbok.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, pihaknya bersimpati terhadap kejadian yang menimpa penduduk di Yan dan Tupah akibat tragedi tersebut.
“Takziah kepada semua yang terlibat, banyak bersabar dan InsyaAllah kita selesaikannya bersama-sama,” kata beliau kepada Harakahdaily ketika kunjungan ke Bilik Gerakan Operasi Banjir Masjid Wusto, semalam.
Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.
Kerajaan Kelantan turut menyumbang 300 unit periuk nasi elektrik, 300 pasang telekung dan 1,200 botol pencuci tangan (hand sanitizer).
Pada sebelah pagi rombongan dari Kelantan itu mengadakan kunjung hormat ke Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.
Mumtaz juga berkata, penderitaan yang ditanggung mangsa tragedi tersebut turut dirasai rakyat Kelantan.
Justeru itu kata beliau mereka bersama kerajaan Kelantan menghulurkan sumbangan bagi membantu penduduk yang terbabit dengan bencana terbabit.
Beliau juga berharap musibah yang diturunkan Allah SWT itu akan menjadi titian merapatkan hubungan siratulrahim dengan semua pihak. – HARAKAHDAILY 27/8/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan sumbang RM100,000 kepada mangsa tragedi Gunung Jerai. Al-hamdulillah, mungkin atas dasar Islam kerajaan Kelantan dan prihatin rakyat.
Pulau Pinang jiran Kedah yang kononnya negeri kaya, banyak dibantu Kedah, contohnya 'sedekah air bersih', berapa beri sumbangan kepada Kedah? Rakyat juga ingin tahu..
GENTING Highlands yang masyhur terkenal sebagai Pusat Peranginan dan Perjudian seumpama Macau dan Las Vegas sebenarnya ‘cancer’ buat negara ini. Dari puncak tertinggi yang amat nyaman lagi indah ini hakikatnya turun laju ke lembah luas segala lahar teramat panas rantaian maksiat dan jenayah.
Kini adalah masa terbaik untuk kerajaan melakukan ‘reset’ kehidupan rakyat dan menagih keredhaan Allah S.W.T buat negara ini dengan menghenti dan membuang terus aktiviti arak dan judi. Ia mesti bermula dari Genting Highlands kerana selama ini menjadi simbol kemegahan dan sarang pusat kepada maksiat.
Membanteras dari titik penyakitnya adalah dorongan dan political will untuk kerajaan melangkah bagi menghapuskan industri noda dosa ini dari terus beroperasi di seluruh negara. Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan masing-masing mempunyai punca kuasa sendiri.
Sekonyong-konyong peruntukan perundangan yang ada, kerajaan negeri dapat menyekat dengan tidak lagi mengeluarkan lesen premis. Manakala kekuatan kuasa Kerajaan Pusat adalah tidak melanjutkan permit operasi. Dengan itu, menutup kegiatan arak dan judi di Genting Highlands bukan ‘misi mustahil’.
Ya benar, mungkin selama ini dari industri tersebut menjadi sebahagian pendapatan ke akaun kerajaan. Mungkin rambang mata dapat ‘mengutip’ wang tunai dalam jumlah yang banyak dengan sebegitu kerap. Tetapi mengakulah, poket negara ini bocor membiayai akibat buruk dari arak dan judi.
Tidak mungkin dengan kewarasan dikurniakan Allah ini dibiarkan lagi segala kebejatan dan kesengsaraan terus saling bergelumang mengganggu kebahagian hidup yang dicari di dunia ini. Kemusnahan diakibatkan oleh judi dan arak sudah menjadi bicara yang lumat tidak perlu diwacana forumkan lagi.
Jenayah semakin kompleks dan licik yang muncul di era ini hingga terpaksa menggandakan kesiapsiagaan pasukan penguat kuasa dan peruntukan besar menanganinya sering kali ditemui berpunca dari judi dan arak. Hakikatnya, al-Quran telah memperingatkan kita 1,400 tahun yang lampau:
“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi.”
(al-Ma’idah: 91)
“Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(al-Baqarah: 219)
Mari satukan kekuatan iman umat yang pastinya akan menyokong langkah menamatkan arak dan judi dari bumi bertuah bernama Malaysia ini. Merdekakan negara ini sekali lagi dari maksiat dan jenayah diangkara sebabkan dari dua perkara yang sangat dilarang oleh Allah dan Nabi S.A.W ini.
Sebaliknya mari bersihkan dan manfaatkan Genting Highlands dengan memasyhurkannya menjadi pusat peranginan dan pelancongan tempatan seperti Cameron Highlands dan global yang mesra untuk semua. Mari jana pendapatan yang terjamin halal dan lebih banyak melimpah ruah dari hasil kotor dan haram selama ini.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
HAJI MD JUSOH DARUS Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Pahang Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh – HARAKAHDAILY 28/8/2021
Peluang jadi usahawan ternak siput..
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan terima kasih dan menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada parti itu dengan melantik tiga orang Ahli Parlimen PAS sebagai Menteri Persekutuan dan lima orang sebagai Timbalan Menteri dalam pembentukan kabinet baru hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu memberi jaminan akan memastikan wakil-wakilnya sama ada di dalam kerajaan mahupun penyokong kerajaan memberikan komitmen terbaik membantu segala dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri ke arah mencapai matlamat memulihkan negara terutamanya dalam aspek kesihatan, ekonomi, sosial dan perpaduan rakyat.
“PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri yang berkonsepkan ‘Keluarga Malaysia’ merentasi agama, bangsa, suku kaum dan fahaman politik akan mampu menggarap seluruh tenaga di dalam dan di luar kerajaan untuk masing-masing berperanan ke arah mencapai tahap negara aman, sejahtera dan adil untuk semua,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada pengumuman senarai Kabinet oleh Ismail Sabri hari ini, pemimpin PAS yang dilantik menteri ialah Timbalan Presiden, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar), Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad [Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)] dan Takiyuddin (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).
Lima lagi Ahli Parlimen PAS yang dilantik timbalan menteri ialah Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)], Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia). – HARAKAHDAILY 27/8/2021
Peluang jadi usahawan.
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)
Ismail Mohd, 45, bersama isterinya, Suhaili Ahmad, 44, membalut buah anggur jenis Dakon di rumahnya di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson. - Foro NSTP/Mohd Khidir Zakaria
PORT DICKSON: Selepas beberapa lama tidak dapat berniaga berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasangan suami isteri nekad beralih kepada penanaman anggur selepas hilang minat terhadap kedai makan yang diusahakan sejak 12 tahun lalu.
Percubaan Ismail Mohd, 45, dan isterinya, Suhaili Ahmad, 44, membuahkan hasil apabila sejak setahun lalu mereka sudah menanam 80 anak benih daripada 21 jenis anggur.
"Pada mulanya ia hanyalah eksperimen sahaja. Saya belajar cara menanam melalui YouTube dan mendapatkan benih dari pelbagai tempat bagi mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKP.
"Pada mulanya, ramai yang tidak percaya apabila dimaklumkan tanaman anggur mampu hidup dan membuahkan hasil di Port Dickson kerana ia bukan tanah tinggi (cuaca sejuk) seperti di Cameron Highlands," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Baru Si Rusa, hari ini.
Katanya, usaha ini turut dibantu isteri yang turut berminat kerana pokok anggur memerlukan kesabaran yang tinggi.
"Jaga dia (pokok anggur) tidak susah cuma ia sensitif dengan hujan kerana boleh menyebabkan buahnya masam atau kurang manis jika air bertakung. Bagi mengelakkan pokok anggur ini rosak apabila hujan lebat, kami memasang bumbung penahan haba," katanya.
Ismail berkata, ada pihak mencadangkan supaya usahanya itu dijadikan projek komersial dan berharap kebun anggur ini akan turut menjadi tarikan pelancong ke Port Dickson satu hari nanti.
"Saya tanam pelbagai jenis tetapi yang berbuah baru tujuh jenis antaranya IAC, Jupiter, Isabella, Vales, Dakon, Alfonso dan Red Globe. Saya juga ada menjual benih pokok anggur berharga RM50 hingga RM200 mengikut jenis dan saiz pokok.
"Selain itu, jenis anggur yang mahal baka dari Jepun yang mana pokok jenis ini manja dan sedang membesar dinamakan 'Shine Muscat' yang buahnya besar, manis berharga RM300 sekilo dipasaran," katanya. (BH)
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai penuh Jemaah Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan, hari ini.
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah Timbalan Menteri II: Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin Timbalan Menteri I : Senator Datuk Dr Mah Hang Soon Timbalan Menteri II : Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Timbalan Menteri : Datuk Mastura Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri : Datuk Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Menteri : Datuk Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan Timbalan Menteri : Datuk Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun Timbalan Menteri: Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad Timbalan Menteri : Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri II: Datuk Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri: Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba Timbalan Menteri: Datuk Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar Timbalan Menteri: Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng Timbalan Menteri II: Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique Timbalan Menteri: Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
Adun PAS cari dana lain bina rumah penduduk miskin
KOTA BHARU: Dalam tempoh tiga tahun setengah sebanyak 30 rumah di bawah Skim Rumah Duafat dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Salor.
Adunnya Saiful Adli Abu Bakar berkata, setiap tahun sepatutnya hanya tiga rumah dibina melalui peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri.
Bagaimanapun katanya, beliau mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan lebih ramai penduduk miskin dapat tinggal dalam keadaan rumah lebih selesa.
“Antara usaha yang saya lakukan mencari sendiri derma sahabat handai, sumbangan zakat dari individu termasuk agensi kerajaan dan swasta di dalam dan luar Kelantan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
“Sekarang kita sudah bina 27 rumah dan insya-Allah tiga buah lagi dalam proses pembinaan. Ini menjadikan semua 30 rumah semenjak selepas Pilihan Raya Umum lepas.
“Alhamdulillah sepatutnya tiga rumah dhuafat sahaja dibina setahun, tetapi inisiatif yang saya ambil dengan mendapatkan dana jumlah rumah dhuafat dapat ditambah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Dun Salor di perkarangan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek dekat sini semalam.
Menrutnya juga syarat yang ditetapkan kerajaan negeri, penerima bantuan rumah tersebut dikategorikan sebagai keluarga miskin anak ramai termasuk anak yatim dan armalah.
Malah kata beliau Pusat Khidmat Dun (PKD) Salor turut mengadakan kerjasama dengan Pejabat Tanah dana Jajahan Kota Bharu bagi memastikan rakyat miskin yang tiada lot sendiri turut mendapat bantuan rumah. – HARAKAHDAILY 27/8/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam tempoh tiga tahun setengah sebanyak 30 rumah di bawah Skim Rumah Duafat dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Salor. ADUN terpaksa cari dana sendiri untuk membantu golongan duafat.
Bukan seperti di Pulau Pinang ADUN-ADUN yang diperuntukkan wang bantuan untuk rakyat duafat pun beberapa peratusnya dikebas oleh ADUN_ADUNnya sendiri. Apa punya kerajaan negeri macam tuu!
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad merupakan antara muka baharu dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Anak jati Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak, yang berusia 58 tahun itu bukan nama asing dalam arena politik malah banyak berpengalaman selain diberi pelbagai tanggungjawab besar dalam PAS menerusi beberapa lantikan jawatan.
Bekas pensyarah Pendidikan Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula berjinak-jinak dalam politik dengan menyertai PAS dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda PAS.
Pada 1997, beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Changkat Jering (Perak) dan Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) di Parlimen Jerlun (Kedah), namun tewas kedua-duanya.
Pada PRU13 (2013), pendakwah itu bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang (Perak) selepas menewaskan Datuk Ismail Saffian mewakili Barisan Nasional (BN) namun bertahan hanya sepenggal apabila gagal mempertahanankan kerusi itu pada PRU14.
Idris banyak diberi kepercayaan menjawat beberapa jawatan dalam PAS termasuk Naib Ketua Pemuda PAS pada 2001, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat selama beberapa penggal, Ketua Penerangan PAS (penggal 2009/2011) dan kini sebagai naib presiden parti.
Pada 2020, beliau dilantik sebagai Senator bagi penggal bermula 16 Jun hingga 15 Jun 2023.
Biodata Idris Ahmad
Nama: Idris Ahmad Umur: 58 tahun Tempat lahir: Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak
Pendidikan Ijazah Sarjana dan Sarjana Pengajian Islam (Pangajian Dakwah & Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kerjaya Politik 2001: Naib Ketua Pemuda PAS 2007/2009: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) 2009/2011: Ketua Penerangan PAS 2011/2013: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2013/2015: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2019/2021: Naib Presiden PAS – BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri mengetengahkan jemaah menteri yang menggandingkan menteri sebelum ini yang diberi peluang semula bagi memantapkan jemaah Kabinet baru.
Dalam pada itu, Kabinet yang diumumkan sebentar tadi mengekalkan jumlah lapan Ahli Parlimen PAS sebagaimana sebelum ini iaitu tiga menteri dan lima timbalan menteri.
Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang kekal Menteri Alam Sekitar, Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Lima lagi Ahli Parlimen PAS yang dilantik sebagai timbalan menteri ialah Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)], Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia). – HARAKAHDAILY 27/8/2021
PUTRAJAYA, 27 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Bangunan Perdana Putra hari ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.
Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Kanan Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Kanan Pertahanan.
Pada Kabinet lalu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, jumlah menteri dan timbalan menteri ialah 70 orang.
Teks Ucapan Pengumuman Kabinet
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian,
1. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana atas berkat dan rahmat-Nya, dapat saya mengumumkan barisan Kabinet yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
2. Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.
3. Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.
4. Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara.
5. Berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.
6. Dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID-19.
7. Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
8. Saya akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
9. Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat.
10. Barisan Kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.
11. Bagi mendepani cabaran semasa, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu:
a. Peka dengan keperluan semasa
b. Bertanggungjawab dan amanah
c. Mengembalikan semula keyakinan rakyat
12. Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.
13. Selain itu, penularan COVID-19 di peringkat global dan dalam negara turut memberi kesan langsung kepada pertumbuhan dan permintaan ekonomi tempatan. Saya juga akui keadaan ekonomi negara perlu dipulihkan segera.
14. Sehubungan itu, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.
15. Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini.
16. Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
17. Realitinya, kita masih berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Pun begitu, saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana Yang Maha Esa tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan.
18. Oleh itu, marilah kita menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara.
19. Namun, Kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh Keluarga Malaysia.
20. Dengan sukacitanya saya mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato' Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato' Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato' Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar dan Air
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato' Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato' Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri
YB Dato' Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato' Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
21. Ogos yang bermakna ini, marilah kita bangkit bersama untuk kembalikan semula sinar kegemilangan Malaysia di mata dunia.
22. Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri. Pesan saya hanya satu - jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara.
23. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan pandangan, sokongan, dan kerjasama dalam pembentukan barisan Kabinet ini.
24. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda, yang akan diadakan pada Isnin, 30 Ogos 2021, jam 2:30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
25. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada barisan Kabinet untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.