Saturday, September 11, 2021

Kisah keramat Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai.

 

Foto daripada Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim.

Henti segera aktiviti khurafat di Gunung Jerai

YAN: Segala aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai perlu dihentikan segera memandangkan ia satu perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Senator Idris Ahmad berkata kegiatan itu juga boleh mengundang ‘bala’ kepada masyarakat kerana bukan sahaja pelaku akan menerima kesan malah akan melibatkan keseluruhan penduduk di sekitar kawasan itu.

“Sebab itu ada sahabat tanya kepada Nabi (Muhammad) SAW, adakah kami orang baik akan kena juga kalau datang bala dan Nabi kata ya, termasuk juga kamu…cuma esok bila dibangkitkan, mereka akan dibangkitkan berdasarkan kepada niat mereka.

“Iaitu maksudnya orang baik akan dibangkitkan dalam keadaan baik manakala orang yang buat benda tidak baik, mereka akan terima hukuman,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kesan banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di sini hari ini.

Idris turut menyampaikan sumbangan akibat bencana itu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)/ Yayasan Taqwa bernilai RM516,600.

Pada 22 Ogos lepas, akhbar tempatan melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai mengharapkan segala aktiviti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan.

Malah, sebilangan penduduk dilaporkan menganggap bencana yang melanda daerah Yan dan Kuala Muda itu merupakan ‘amaran’ kepada mereka yang terlibat supaya menghentikan perbuatan berkenaan.

Aktiviti seperti bertapa dan memuja nombor ekor selain mandi bunga dikatakan banyak dilakukan mereka tidak bertanggungjawab terutama di kawasan Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai.

Ditanya mengenai tindakan penguatkuasaan, Idris percaya bahawa pihak Jabatan Agama Islam Negeri akan bertindak sebaik mungkin untuk menghalang perbuatan itu daripada terus berleluasa. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah keramat telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai. Pada tahun-tahun 1980an, saya (Ibnu Hasyim) sering pergi ke negeri Kedah mengikuti program-program PAS, yang baru mengambil alih dari kepimpinan Dr Dato' Asri Hj Muda, selaku presiden PAS ke 3. PAS lepas itu dipimpin oleh Hj Yusuf Rawa selaku presiden ke 4, Fadzil Mohd Nor dan Abdul Hadi Awang.

Waktu itulah saya sering ke puncak Gunung Jerai, terutama di musim kemarau, cuaca panas, kerana tumpang mandi. Tempat saya mandi itulah kini disebut 'telaga keramat Tok Sheikh'. Dulu hanya perigi biasa, tiada apa-apa binaan tambahan untuk perlancongan dan  istiadat khurafat. 

Beberapa tahun selepas itu, saya pergi beberapa kali, tapi tak boleh mandi lagi, kerana sudah jadi tempat larangan, yang penuh pemujaan, pantang larang dan tempat khurafat. Maka saya setuju sangat, segala aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai itu perlu dihentikan segera memandangkan ia satu perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam.

Serta boleh merosakkan akidah, kerana ada yang percaya, kalau mandi juga akan sakit perut. Syabas, dengan kepedulian Menteri Agama JPM yang baru dilantik!

Pemegang visa pelancong boleh buat umrah

 

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa warga asing yang mengunjungi negara itu melalui visa pelancongan boleh melakukan ibadah umrah, selepas mendapatkan permit melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Kementerian itu menyatakan pemegang visa lawatan juga boleh mendapatkan permit umrah dengan melakukan proses pendaftaran menerusi aplikasi Eatmarna, lapor Saudi Gazette.

"Pembukaan akaun di Eatmarna hanya boleh dilakukan selepas individu itu mengemas kini status kesihatan vaksinasi mereka pada aplikasi Tawakkalna.

"Hanya mereka yang sudah lengkap vaksin COVID-19 atau selesai 14 hari selepas mengambil dos pertama vaksin atau pulih daripada jangkitan layak untuk mendapatkan visa Umrah," menurut kementerian itu.

Sebanyak 500 syarikat dan lebih 6,000 ejen asing umrah sudah mula menerima jemaah warga asing yang sudah lengkap vaksin sejak 9 Ogos lalu.

Mereka yang berminat boleh menempah pakej umrah dan membuat bayaran tempahan menerusi 30 platform elektronik yang disediakan di seluruh dunia.

Kementerian Haji dan Umrah baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk melancarkan satu mekanisme baru untuk mengeluarkan visa umrah sekali sahaja secara atas talian.

Kementerian itu juga mengesahkan kesediaannya untuk menerima seramai mungkin jemaah umrah mengikut kuota yang dipersetujui dengan beberapa negara Islam sebelum penularan pandemik COVID-19. - AGENSI

Rosmah, berlian merah jambu. Jho Low jadi beruang atau ber..wang.

 

Jho Low lesap dan IGP lantikan Tin dakwa Jho Low bertukar jadi beruang..Nnpk lagi teruk atok nyanyuk dan bingai..!!


1 comment:

Anonymous said...

Rosmah tak pernah beli berlian merah jambu: Peguam

Peguam Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan isteri bekas Perdana Menteri itu tidak pernah membeli berlian merah jambu walaupun polis mengesahkan terdapat bukti transaksi pembelian menggunakan wang 1MDB.

Melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K Kumaraendran, mereka berkata, Rosmah juga tidak pernah menerima berlian merah jambu berkenaan.

Jualan Equanimity Balik sini dan dakwa saya, kata Tun M kepada Jho Low
Dr Mahathir. Macam mana nak balik bila ex IGP lantikan Tun kata Jho Low dah lesap dan Jho Low jadi beruang. Nnpk ni Atok Nyanyuk Bingai.

Jho Low lesap dan IGP lantikan Tin dakwa Jho Low bertukar jadi beruang..Nnpk lagi teruk atok nyanyuk dan bingai..!!

Lagi Pelik bila Tun Mahathir cabar Jho Low balik dakwa Tun pasal jual kapal mewah dengan harga murah. Sedangkan masa 22 bulan Tun berkuasa Tun lansung tidak buat apa apa supaya Jho Low dibawa balik ke Malaysia..!! Tak ke bodoh bangang punya kenyataan..!!

Link PM ke 7 cabar Jho Low dakwa Tun kat bawah ni siall..!!

https://www-astroawani-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/jualan-equanimity-balik-sini-dan-dakwa-saya-kata-tun-m-kepada-jho-low-203182?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&amp=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16313384449714&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fjualan-equanimity-balik-sini-dan-dakwa-saya-kata-tun-m-kepada-jho-low-203182

Kami merujuk kepada satu kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikeluarkan pagi ini (semalam) sejurus sebelum tempoh mengundi PRK Rantau bermula yang membuat rujukan kepada anak guam kami, Rosmah.

Berlian merah jambu Ramai minta maaf selepas sah fitnah. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan ramai yang meminta maaf kepadanya selepas kerajaan mengesahkan tiada sebarang pembelian berlian merah jambu oleh isteri VVIP di negara ini.

Menurut Najib, perkara itu membuktikan ramai lebih percaya kepada fitnah dimainkan pembangkang sebelum PRU14.

https://www-sinarharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/22724?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16313386036244&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F22724%2FPilihan-Raya%2FPRK-Rantau%2FBerlian-merah-jambu-Ramai-minta-maaf-selepas-sah-fitnah

Sebab bila cerita itu keluar dalam Facebook, saya tengok berderet-deret orang minta maaf pada saya. (Kami) jadi mangsa fitnah dahsyat, katanya dalam ceramah di program Bossku Bersama Rakyat di Kampung Kanchong di sini, malam tadi.

Najib berkata, sebelum ini isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memberikan bukti tiada sebarang pembelian dilakukan.

Tapi rakyat percaya Rafizi (Ramli), Tony Pua. Kata isteri saya beli berlian berjuta-juta padahal dia tak tahu.

Selagi hidup pemimpin ini selagi itu lah fitnah jijik subur dalam politik Malaysia.

'Latheefa Koya wajar disiasat, mahathir...' Meloya...

 

Komen Rakyat dalam blog ini...

1 comment:

Anonymous said...

Latheefa Koya wajar disiasat, mahathir, najib, terlalu banyak kes penganiayaan politik, Tommy Thomas

Rakyat Malaysia malu terhadap kredibiliti Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM telah terjawab. Memang beliau dilihat sangat tidak layak memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM namun rakyat tidak mampu berkata apa-apa berkenaan perkara tersebut memandangkan beliau adalah lantikan politik era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Dr Mahathir Mohamad.

Kekusutan yang dicetuskan oleh Latheefa Koya kini membebankan SPRM. Perlu kita ingat bahawa tindakan Latheefa Koya tersebut atas arahan mereka yang berkepentingan politik atau lebih tepat yang melantik beliau. Kertas siasatan Zety yang hampir selesai pun masih belum selesai ini kan kertas siasat lafian Latipa Koya lagi lah tekak rakyat Malaysia naik menyampah dan meloyakan

Seks dalam kereta, youTuber Aceh ditangkap.

 

Gambar hiasan..

Langsa - Seorang pemuda yang disebut sebagai YouTuber dari Kota Langsa, Aceh, ditangkap kerana didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja. Kedua-duanya ditangkap ketika berada di dalam kereta.

Dilaporkan dari Antara, Jumat (10/9/2021), Ketua Perkhidmatan Syariah Islam Kota Langsa, Aji Asmanuddin, mengesahkan bahawa pihaknya telah menangkap dua pasangan sesat yang bukan muhrim.

"Pemuda itu memiliki inisial MJ (20). Sementara pasangannya masih berusia 16 tahun. Kedua-duanya adalah penduduk Kota Langsa," kata Aji Asmanuddin.

Kedua-duanya ditangkap oleh anggota Polis Langsa, Khamis (9/9), jam 23.00 WIB yang melakukan serbuan rutin di sekitar Taman Buluh Tajam Kota Langsa. Pada masa itu, pegawai yang melintas di sekitar Dataran Merdeka curiga dengan kereta yang diparkir dan bergoyang.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Pejabat Perkhidmatan Syariat Islam. Aji Asmanuddin mengatakan, berdasarkan hasil siasatan mereka, pada malam itu MJ memanggil pasangan wanitanya untuk bertemu di Bambu Runcing. Setelah bertemu, kedua-duanya pergi membeli makanan dan pergi lagi ke Bambu Tajam.

"Dan ketika itulah dia disyaki, dia akan melakukan maksiat di dalam kereta tetapi itu tidak berlaku kerana ditangkap oleh anggota polis Langsa yang sedang melakukan rondaan," kata Aji Asmanuddin.

Aji As, hubungan suami-isteri di sebuah kereta yang terletak di sekitar, Kamanuddin mengatakan bahawa mereka berdua juga mengakui bahawa mereka telah melakukan puss di kawasan itu. Di samping itu, mereka mengaku telah melakukan maksiat, tetapi tidak berzina di dalam kereta di sekitar rumah MJ.

"Kedua-dua proses tersebut sesuai dengan Syariah Islam Qanun kerana unsur-unsurnya telah dipenuhi. Namun, pasangan wanita itu masih di bawah umur, jadi pertama-tama kita akan berkoordinasi dengan Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Polis Langsa," kata Aji Asmanuddin.

Aji Asmanuddin berkata, kedua-duanya juga mengaku pernah melakukan hubungan seksual sekali di sebuah kereta dengan lokasi di sekitar kampus di kawasan itu. Di samping itu, mereka mengaku telah melakukan maksiat, tetapi tidak berzina di dalam kereta di sekitar rumah MJ.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara sahaja. Jslam adalah mendunia..

Rentas Mendunia.

Najib Razak bakal dilantik penasihat ekonomi kepada PM?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

Keputusan sangat bijak Bossku dilantik Penisehat Ekonomi Negara.

Kembalikan GST maka kroni Tun dan anak anak tun tidak menipu dan mengelak dari membayar cukai.

Bekas perdana menteri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata sumber-sumber.

Keputusan itu dikatakan dibuat selepas pertemuan kedua-dua pihak Selasa lalu

Sumber-sumber berkata portfolio untuk Najib itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Najib tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi itu.

Bagaimanapun, di media sosialnya semalam, dia menggariskan beberapa cadangan untuk membendung Covid-19, menaikkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara serta menangani kebajikan rakyat.

Katanya, sesetengah idea itu telah pun dibincangkan dengan Ismail.

Tahniah Bossku..!!

Anonymous said...

Kalau GST masih dikekalkan maka negara akan mendapat lebih perolehan. GST sudah diamalkan oleh 122 negara termasuk Nepal, Indonesia Singapura (naikkan GST) dll. Malah Afganistan pun memgamalkam cukai GST..

Tanpa GST semua tokey judi penyangak penyammun judi online anak cucu dan kroni semua menipu istihat berapa kena bayar cukai...

Link bawah bila si bangang Tun@PH berkata kata pasal GST

https://www.mindarakyat.net/2018/06/dulu-kata-harga-barang-naik-kerana-gst.html?m=1

Sebab jika kerajaan BN masih memerintah, BN tak mansuh GST dan tak bagi 3 bulan tax holiday sebagaimana PH dah buat.

Link bawah bila si tua bangang berkata kata

https://mediaterjah.com/2019/03/tun-m-hairan-harga-barang-tak-turun-walaupun-gst-sudah-dimansuhkan/

BN tak naikkan nisbah hutang negara (yang semakin menurun sebelum PRU14) dari 48.7% kepada 54.4% dalam tempoh 22 bulan kjaan gagalkrasi PH.

https://ttkm.com.my/2018/08/08/sst-harga-barang-lebih-murah-tony-pua-penasihat-khas-menteri-kewangan/amp/

Apa yang rakyat dan negara dapat selain harga barang naik sekali lagi bila sistem cukai ditukar dan jawapan si bangang Guan Eng dalam parlimen bahawa dia tak pernah kata SST ganti GST akan turunkan harga barang?

Bila si bangang dilantik jadi pemimpin maka ini lah jadinya..Fakta link GST harga barang naik..

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/fitnah-gst-punca-kenaikan-harga-barang.html?m=1

PM ke 7 dan PH nak letak muka kat mana skg ini..!?

Friday, September 10, 2021

Tak lah hebat mana Israel, 6 bolos dari penjara walau dikawal rapi..

 

(Gambar fail) Pihak berkuasa Israel melakukan siasatan di luar Penjara Gilboa selepas enam warga Palestin berjaya melarikan diri dari penjara itu. - FOTO AFP

Israel tubuh suruhanjaya siasatan kes 6 warga Palestin bolos penjara

BAITULMAQDIS: Israel semalam mengumumkan siasatan rasmi dilancarkan berikutan insiden enam warga Palestin bolos dari sebuah penjara dilengkapi keselamatan tinggi, sementara pihak berkuasa rejim itu meneruskan usaha memburu mereka.

Menteri Keselamatan Awam, Omer Bar Lev, dalam satu kenyataan memaklumkan beliau dan Perdana Menteri, Naftali Bennett, bersetuju menubuhkan suruhanjaya siasatan yang diterajui seorang bekas hakim bagi menyiasat kejadian di Penjara Gilboa itu.

Terdahulu ketika melawat penjara lain, semalam, Bar Lev berikrar untuk melakukan siasatan habis-habisan dalam usaha mengenal pasti punca insiden berkenaan.

Bagaimanapun, penubuhan suruhanjaya itu masih perlu diluluskan oleh Kabinet Bennett.

Ketika ini, pihak berkuasa rejim giat memburu enam warga Palestin berkenaan yang dituduh mempunyai kaitan dengan serangan terhadap Israel.

Anggota tentera dikerahkan ke Tebing Barat dengan fokus utama terhadap Jenin yang merupakan kampung halaman kepada seorang individu utama terbabit.

Rakyat Palestin pula menzahirkan sokongan kepada kumpulan terbabit dengan mengadakan perarakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Malah, warga Palestin yang lain menyalakan api di beberapa penjara dalam beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan Perkhidmatan Penjara Israel menggantung hak lawatan dari 12 hingga 14 Septembr ini.

Satu injunksi Israel dikuatkuasakan bagi melarang penerbitan maklumat terperinci mengenai siasatan terhadap kes bolos berkenaan.

Kumpulan warga Palestin itu dilapor melarikan diri dari Penjara Gilboa, Isnin lalu, melalui sebuah terowong dikorek di bawah singki dalam sebuah sel. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang yang beriman makin bertambah yakin, bahawa Allah lebih berkuasa dari Israel bangsat itu. Allahu akbar!!

Doktor pun buat kerja macam ni, rakam wanita di tandas..

 

Memalukan..Remaja Kantoi Intai Dan Rakam Wanita Dalam Tandas Awam Untuk ini lain, hambar hiasan sahaja.

Doktor rakam pembantu wanita dalam tandas ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang doktor lelaki kerana disyaki merakam seorang pembantunya ketika wanita itu berada di dalam tandas sebuah klinik swasta di Petaling Jaya, kelmarin.

Perbuatan itu disedari mangsa kira-kira jam 2 petang selepas ternampak satu telefon bimbit berada dalam kedudukan tinggi dalam keadaan aplikasi kamera terpasang ketika dia masuk ke tandas berkenaan.

Mangsa kemudian mengambil telefon bimbit berkenaan dan terus keluar daripada klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 30 tahun bertindak demikian kerana terkejut dengan perbuatan suspek selain berasa malu dan terganggu.

"Bagaimanapun, tindakan mangsa yang mahu keluar daripada klinik secara tergesa-gesa itu disedari oleh suspek dan lelaki itu bertindak menghalangnya.

"Suspek kemudian meminta mangsa memulangkan semula telefon itu dan berjanji akan menghapuskan rakaman berkenaan di hadapannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, mangsa bersetuju menyerahkan kembali telefon bimbit berkenaan kepada suspek dan lelaki itu juga menunjukkan yang dia memadam rakaman berkenaan di hadapan mangsa.

"Bagaimanapun, wanita itu tidak nampak apakah kandungan rakaman yang dipadamkan oleh suspek.

"Justeru, mangsa membuat satu laporan polis pada jam 2.30 petang, semalam," katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, ekoran aduan yang diterima daripada mangsa itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan suspek berusia 46 tahun di sebuah lokasi di Petaling Jaya kira-kira jam 7.30 malam tadi.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.n (BH)


Jangan papar 'Mat lembut' dalam talian. -Arah kerajaan China.

 

China ketatkan kawalan terhadap permainan dalam talian. - Foto AFP

China arah permainan dalam talian tak papar 'lelaki lembut'

BEIJING: Pihak berkuasa China mengarahkan syarikat gergasi permainan dalam talian, Tencent dan NetEase untuk mengenepikan keuntungan semata-mata dan menyekat imej watak lelaki yang dianggap sebagai 'lembut'.

Langkah baharu oleh pihak berkuasa itu adalah untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap sektor teknologi.

Pihak berkuasa semalam memanggil syarikat permainan termasuk dua gergasi permainan dalam talian, Tencent dan NetEase, untuk membincangkan mengenai kawalan industri, yang telah dihadkan masa untuk bermain kepada tiga jam seminggu.

Malah, larangan terhadap idola semasa yang terdiri daripada lelaki juga dikatakan menggusarkan generasi tua Parti Komunis.

Oleh itu, beberapa hari lalu, pihak pentadbir mengarahkan syarikat penyiaran untuk mengekang kehadiran lelaki abnormal seperti 'lelaki lembut' dengan meminta penampilan yang lebih maskulin.

Xinhua melaporkan, semalam pihak berkuasa mengeluarkan pula arahan terhadap permainan internet.

"Kandungan bersifat pencabulan, keganasan serta cenderung kepada aktiviti tidak sihat seperti pemujaan wang serta khayalan, perlu dibuang," katanya.

Malah pihak berkuasa memberi amaran, syarikat yang melanggar peraturan akan dihukum.

Seorang profesor Universiti Hong Kong, Geng Song, berkata langkah itu dilaksanakan berdasar persepsi kelas politik yang beranggapan, lelaki yang feminin mempunyai fizikal yang lemah serta rapuh dalam emosi. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim

Pendekatan Rasulullah SAW tangani isu transgender

'Mat lembut' pondan, mak nyah atau transgender bukanlah golongan yang wujud kesan daripada persekitaran moden, demokrasi dan kebebasan hak asasi sebaliknya sudah lahir sejak zaman Nabi Lut AS.

Transgender boleh dipecahkan kepada tiga kategori dengan setiap satu daripadanya harus didekati dengan pendekatan yang berbeza. Di dalam Islam, transgender diasingkan mengikut beberapa istilah seperti yang disebut dalam beberapa hadis Rasulullah SAW. 

Istilah pertama yang digunakan ialah ‘al-Mutashabbih’. Dari Ibnu Abbas, dia berkata; Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

Perkataan al-Mutashabbih berasal daripada perkataan tashabbuh yang bermaksud menyerupai sesuatu. Justeru istilah al-Mutashabbih digunakan bagi kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, yang menyerupai jantina lawan dengannya.

Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini ditujukan kepada lelaki yang sengaja menyerupai perempuan dan dia memilih dengan sifatnya itu (al-Mutashabbihin), dan juga perempuan yang sengaja menyerupai lelaki (al-Mutashabbihat).

Istilah kedua adalah al-Mukhannath, dari Ibnu Abbas; Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dari kalangan lelaki, dan melaknat orang yang menyerupai lelaki dari kalangan perempuan, lalu Nabi SAW mengatakan; keluarkan (usir) mereka dari rumah kamu, maka Rasulullah SAW mengeluarkan Fulan, dan Umar mengeluarkan Fulan. (HR Bukhari)

Imam al-Nawawi menyatakan, “mukhannath adalah lelaki yang dalam pergerakan, penampilan dan bahasanya membawa perwatakan wanita. Mereka ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu pertama, seseorang yang mempunyai ciri kewanitaan secara semula jadi. Iaitu tidak mengada-adakan, sifat itu jadi dengan sendirinya.

Bagi kelompok ini, tiada ada kesalahan, dosa dan jangan malu dengan apa yang dijadikan ke atasnya selagi tidak melakukan perbuatan haram, misalnya terbabit dengan pelacuran.

Kelompok kedua adalah berperwatakan seperti wanita dengan tujuan tidak bermoral, dan dia dikira melakukan dosa dan patut dipersalahkan. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, mukhannath yang dimaksudkan dalam hadis itu adalah golongan lelaki yang meniru perwatakan, pakaian, perbuatan dan gaya percakapan wanita dengan sengaja dan berkecenderungan pada perlakuan erotik juga seksual. Golongan inilah yang dikutuk oleh Rasulullah SAW dan termasuk dalam golongan yang dilaknat.

Istilah ketiga disebut sebagai al-Mutarajjilat yang merujuk kepada kaum wanita yang menyerupai lelaki dari segi pakaian, percakapan dan perbuatan, berlawanan dengan sikap al-Mukhannath (lelaki menyerupai wanita).

Layan dengan pendekatan berbeza

Rasulullah SAW menggunakan dua pendekatan berbeza dalam menghadapi golongan transgender ini. Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa; “seorang mukhannath masuk menemui isteri-isteri Rasulullah SAW dan mereka menganggapnya sebagai Ghairu Ulil Irbah (orang yang tidak punya nafsu kepada wanita). Suatu ketika Rasulullah SAW masuk menemui isteri-isteri Baginda dan mukhannath itu ada bersama mereka.

Mukhannath itu sedang menceritakan mengenai sifat wanita (Taif) dengan berkata; ‘Wanita (Taif, anak-anak perempuan Ghaylan) itu jika menghadap ke depan maka ia menghadap dengan empat (lipatan), dan jika menghadap ke belakang maka ia menghadap dengan lapan (lipatan)’.

Mendengar perbualan itu Rasulullah SAW bersabda; ‘ketahuilah, aku melihat orang ini mengetahui apa yang ada pada wanita, maka jangan benarkan dia masuk bersama kalian.’ Mereka pun (isteri-isteri Nabi) akhirnya memakai hijab.” (HR Muslim dan Ahmad)

Menurut riwayat Abu Daud, mukhannath ini datang kepada isteri Rasulullah SAW untuk meminta makanan dan permintaan mereka itu dipenuhi. Malah mereka dilayan secara baik kerana ada hak untuk ditunaikan dalam membantu sesama manusia.

Ini diriwayatkan oleh al-Auza’i yang menyebutkan: “Wahai Rasululah SAW, sekiranya engkau usir dia sesungguhnya dia akan mati kelaparan. Maka Rasulullah SAW membenarkan mukhannath ini datang setiap jumaat dua kali, dia hanya datang meminta (makanan) dan kemudian pulang.” (HR Riwayat Abu Daud)

Kisah ini menunjukkan pendekatan pertama yang digunakan Rasulullah SAW terhadap golongan ini adalah dengan penuh hikmah dan rasional. Makanan adalah hak asas dalam kehidupan. Golongan mukhannath berhak mendapatkan hak itu justeru Rasulullah SAW memberi kebenaran untuk mereka datang pada hari yang ditetapkan.

Bagaimanapun di dalam hadis yang sama juga, Rasulullah SAW mengusir mukhannath. Cara ini boleh difahami sebagai bentuk kekerasan namun ada sebab dan alasan yang munasabah atas tindakan yang diambil. Menurut al-Imam al-Syawkani, Rasulullah SAW mengambil tindakan yang keras untuk mengusir mukhannath daripada rumah isteri baginda kerana tiga sebab utama.

Ada nafsu terhadap wanita

Pertama, sangkaan bahawa mukhannath tidak mempunyai nafsu terhadap wanita adalah salah. Ini boleh dilihat melalui perbualan mereka yang menceritakan mengenai anak Ghaylan (wanita Taif) seperti dinyatakan dalam hadis di atas.

Kedua, penceritaan mukhannath yang mengandungi sifat dan deskripsi mengenai wanita mendedahkan perkara yang tidak wajar kepada golongan berlawanan jantina. Walaupun mukhannath berperwatakan wanita, tetapi mereka adalah lelaki yang masih perlu menjaga batasan pergaulan. Oleh itu, Rasulullah SAW mengusir mereka daripada rumah isteri-isteri baginda.

Ketiga, mukhannath mempunyai ruang yang terbuka untuk melihat tubuh dan aurat wanita sekiranya mereka diberi peluang untuk duduk bersama-sama wanita. Bagi mengelakkan perkara yang meragui, tindakan yang diambil oleh Rasulullah SAW adalah dengan mengusir mereka.

Ini menunjukkan bahawa mukhannath juga mempunyai nafsu dan syahwat yang sama seperti lelaki biarpun mereka menyerupai wanita dalam pelbagai cara. Arahan dan tindakan mengusir mukhannath bukan atas dasar kebencian, tetapi untuk memelihara kehormatan wanita terutama isteri-isteri baginda yang berhadapan dengan golongan mukhannath.

Hadis itu tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk mukhannath bergaul bebas dengan kaum wanita, kerana masih ada batas yang perlu dijaga di antara mukhannath dan wanita. Walaupun tindakan yang diambil oleh Rasulullah SAW untuk mengusir mereka dianggap keras, baginda dalam masa yang sama melarang untuk berlaku kejam terhadap mereka ataupun membunuh golongan ini.

Tiada hukuman khusus yang dilaksanakan buat golongan ini pada zaman Rasulullah SAW, tetapi pendekatan baginda wajar dijadikan contoh dan panduan terutama kepada mereka yang mempunyai ruang dan peluang untuk berubah ke arah kebaikan.

Sekian.

Konsert hiburan Buika di Istanbul.. &kebangkitan Islam?

 

Penyanyi, komposer dan pelakon Sepanyol Buika akan memberikan konsert di Turki pada 17 September.

Penyanyi, komposer dan pelakon Sepanyol Buika akan memberikan konsert di Turki pada 17 September.

Artis, yang memenangi anugerah "Best Production" dan "Album Sepanyol Terbaik" di Spanish Music Awards dengan album keduanya "Mi Nina Lola", dan Grammy Award dalam kategori "Album Tropika Terbaik" dengan albumnya "El Ultimo Trago ", akan bertemu dengan peminat muzik di Istanbul Zorlu PSM. (TRT)


0:33


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak dapat dinafikan, walaupun Turki masakini sebuah kerajaan yang besar, kuat, bekas kepimpinan Khalifah Uthmaniah yang sedang bangkit semula, namun banyak perkara-perkara yang perlu diambil kira. 

Bagaimana kepimpinannya berbanding kerajaan Islam di Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana menghadapi isu-isu Islam masakini, seperti dalam sektor hiburan, sukan, pelancongan, teknologi pertahanan, menghadapi kuasa besar yang anti Islam, kuasa Saudi Arabia, membina kekuatan ekonomi Islam dan dengan kaedah penyelesaian menurut Islam. 

Apakah perlu diambil kira kegiatan parti-parti kerajaan Islam yang dianggap kecil seperti PAS di Malaysia, Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syiah di Iran dan lain-lain? Apakah wajar dianggap sepi, kegiatan membangun bersama Islam oleh PAS, kepimpinan ulamak, hiburan/sukan/pelancongan/ekonomi dan anti rasuah menurut syariat? Sehingga wujud sebuah gabungan kekuatan?!! 

Insya Allah.

Strategi Naikkan Mukhriz Ganti Anwar. Ini...

 

Komen Rakyat Dalam Blog Ini..

4 comments:

Anonymous said...

Jalan terakhir Tun Mahathir menguasai parti parti pembangkang mengenakan Anwar sekali lagi dan menguasai blok ke tiga.

Manakala Mukhriz dicadang ganti Anwar sebagai ketua pembangkang. Kalau Tak Ada Saya, Anwar Bukan Siapa Pun" - Tun Mahathir

Ismail Sabri dapat jadi perdana menteri kerana ahli Parlimen Umno ‘kluster mahkamah’ memberi sokongan kepadanya, kata Dr Mahathir Mohamad. Link bawah

https://youtu.be/ytX-urk71LQ

Di dalam Parlimen skrg terdapat 3 blok iaitu Kerajaan, PH dan Bebas. Seperti yang kita sedia maklum, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen kini disandang oleh DS Anwar Ibrahim dari PH.

Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim terhutang budi kepadanya kerana naik dalam politik, menolak kecaman berterusan penyokong pemimpin PKR itu beliau menjadi halangan kepada usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.

Waima begitu, jawatan Ketua Pembangkang sebenarnya juga boleh dilantik dari kalangan Ahli Parlimen pembangkang dari blok Bebas. Ia bukan jawatan hakiki untuk blok PH. Antara nama yang ada ialah DS Shafie Apdal & DSU Mukhriz Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar yang tidak mahu menerimanya selepas kerajaan PH tumbang tahun lepas.

“Saya tak tolak dia. Sebenarnya, Anwar jadi Anwar kerana saya. Kalau tak ada saya, Anwar bukan siapa pun.

Saya yang bawa naik dia sampai jadi timbalan perdana menteri,” kata Mahathir dalam wawancara bersama Bernama malam tadi, merujuk kepada tahun 1990-an ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Parti Pejuang Tanahair Johor Bahru ingin mencadangkan agar Mukhriz Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai Ketua Pembangkang

Anonymous said...

Bila atok sudah takut dengan bayang- bayang sendiri... Bayang penyapu disangka hantu raya, bayang kucing disangka harimau kikiki..!!

“Saya dikhianati,” isytihar Mahathir pada sidang media di Yayasan Albukhary pagi tadi. Dan tanpa bersembunyi, beliau berkata Muhyiddin telah menghianatinya berulang kali - Kadir Jasin

PH adalah satu2nya kerajaan dalam dunia yg digulingkan oleh Perdana Menterinya sendiri. PM nyanyuk dan bodoh atau terlampau takut bayang sendiri.

Jgn salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri.

Yg keluar dari gabungan Bersatu - Mahathir
Yg letak jawatan Pengerusi PH - Mahathir
Yg letak jawatan Pengerusi Bersatu - Mahathir
Yg letak jawatan Perdana Menteri - Mahathir

BN tak suruh dan PAS tak minta Tun letak jawatan jadi kenapa salahkan Pakatan Nasional?

Yg serah kepada YDP Agong utk buat keputusan - PH
Yg akan sokong keputusan YDP Agong - PH

Bila YDP Agong buat keputusan tak lantik Tun jadi PM semula, Tun tak boleh terima sebab pilih TSMY jadi PM dari Presiden Bersatu - PH

Cerita gila politik semua berpunca dari PH..
Bila kalah,disalahkan semua org..salah makan ubat puak2 ni..suruh telan panadol,ditelannya ubat gegat. Terus mcm mabuk ubi gadung.

Puak DAP senyap sunyi..barangkali sdg gelak tengok ultra Melayu kena bodoh bangang dan bergaduh bercakaran sesama sendiri.

Dr M ditendang keluar PPBM
Dr Mahathir Mohamad berkata..JAWATAN AKU DIROMPAK !!!

Yang MEROMPAK jawatan atok kau tu Mahathir....Mahathir....dari dulu kini dan selamanya Mahathir...

Yang peliknya KAU jerit kata KAU yang DIROMPAK....tapi PEROMPAK duk depan mata kau dan kau RAIKAN dan SOKONG pula..

Bukankah betapa BANGANGnya sikap orang yang di rompak dan orang yang merompaknya..boleh pulak duduk semeja...?.

Ke dua dua orang yg di ROMPAK sangat waraq dan yang MEROMPAK orang yang sangat Tawaduk pula....Patutlah dua2 terlebih ngam dan terlebih bangang... akai ada..!?

Anonymous said...

Nazri On Najib Appointment As Economic Adviser To The PM With A Ministerial Rank – “It Is What Is Best For The Country & It’s A Real Waste If We Don’t”

Muhyiddin pushed for my resignation over YTL contract It would be a real waste if Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob does not utilise the expertise of Datuk Seri Najib Razak and appoint the former prime minister as his economic adviser, said an Umno leader.

Padang Rengas MP Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said it would be a wise move considering Najib’s past experience as prime minister himself from April 2009 to May 2018, a period the former said had seen the country reach new heights.

To boost our economic then Make GST great again...!!!

Anonymous said...

Kuasa ke tiga kenyataan Tun ego dan angkuh. “Saya bukan nak jadi perdana menteri saya cuma nak jadi ketua Mageran (Majlis Gerakan Nasional) atau Majlis Pemulihan Negara - Tun Mahathir

Tun berkata dengan bongkak dan angkuh "Parti yang ditubuhkan nya Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau PN".

Anwar juga hampir pasti menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 namun tidak berjaya juga apabila berlaku pergolakan politik dan pertembungan beliau sekali lagi dengan Mahathir dalam Pakatan Harapane.

Mengikut rekod ini adalah kegagalan ke-5 Anwar Ibrahim dalam cubaan mendapatkan tempat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa di dalam UMNO satu ketika dahulu.

Bila dah Tun tak berkuasa lagi Anwar dan otai reformasi dibakul sampah kan pula. Tindakan ini jelas menunjukkan Tun lebih pentingkan diri sendiri setelah Pakatan Harapan tidak memberikan apa apa keuntungan pada Tun lagi.

Parti Pejuang juga kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan dan memilih menjadi kuasa ketiga.

"Oleh itu Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN)", kata Tun Mahathir

“Kita dapati kedua-dua pasukan gabungan yang ada, PN dan PH tidak menarik dan tiada tarikan langsung maka sebab itu Parti Pejuang asingkan diri selesa jadi blok ke tiga", kata Tun.

Pada PH silalah menilai kenyataan Tun ini selepas kehilangan kuasa. "Kalau Anwar nak jadi perdana menteri dia kena dapatkan sokongan majoriti Dewan Rakyat, tapi dia kerap kali tak dapat sokongan, pasal apa pun saya tak tahulah,” kata Dr Mahathir.

“Kita dalam Pejuang adalah kuasa ketiga. Kita boleh pilih mana satu yang kami suka samada hendak memihak kepada mereka tapi kita ingin tahu apa pendirian ditawarkan mereka." hujah Tun lagi

Pada otai otai reformasi kau orang nilai lah sendiri kenyataan Tun. Bongkak dan mulut celupar. Bila Tun nak kuasa jadi PM kali ke 2 dengan muka tebal tidak tahu malu terhegeh hegeh minta sokongan puak Reformasi.

Selepas perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri PM ke-9 semalam tiba - tiba Tun mohon Pejuang sertai PN sekiranya ada jemputan dari PN. Seperti biasa Tun dengan ayat penuh berlapik sekiranya Pejuang dijemput menyertai PN. Perlukah PN buat jemputan..!?

Perlu kah dilayan permintaan Tun dengan kedudukan Parti Pejuang yang tiada cawangan tiada bahagian dan ahli parti yang kecil.

Kalau nak buat blok ke tiga sila lah Tun M usahakan sendiri. Silakan Tun bentuk kuasa ketiga. Tun tidak perlu terhegeh hegeh hendak menempelkan Parti Pejuang pada PN atau PH.

Malah Parti Pejuang tidak meninggalkan apa apa impak yang signifikan lansung buat masa ini pada PN mahupun PH..! Tiada cawangan, tiada ahli ahli dan tiada bahagian Pejuang di negara ini.

Pada PH dan PN eloklah tinggalkan Pejuang parti anak beranak ini Tun dan Mukhriz serta lain lain. Biar kan Pejuang membawa hala tujunya sendiri sebagai blok ke tiga. Pedulikan sahaja Parti Pejuang ini.

"Pinggan tak retak nasi tak dingin. Pejuang tak hendak PH dan PN lagi tak ingin."


#SelamatTinggalPejuangSlamatJalanTun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails