Saturday, October 30, 2021

Afghanistan: Bangunkan ekonomi melalui ganja, masih ada harapan?

 

Seorang budak lelaki bekerja di ladang ganja di pinggir bandar Kandahar. - Foto AGENSI

Petani Afghanistan tanam ganja 'besar-besaran'

KANDAHAR: Pihak berkuasa baharu Taliban bersumpah merancang membanteras perdagangan dadah yang sebahagian besarnya mencetuskan kejayaan pemberontakan mereka.

Bagaimanapun, setakat ini tiada apa berubah untuk petani ganja seperti Ghulam Ali, yang tanamannya merentasi tiga hektar di luar Kandahar.

Ladang tumbuhan hijau gelap yang boleh dikenali kerana berbau busuk itu terletak di jalan utama melalui daerah Panjwai.

"Kami mendapat manfaat daripadanya lebih daripada mana-mana tanaman atau buah-buahan lain. Saya mempunyai pilihan untuk tanaman lain, tetapi popi memerlukan lebih banyak pelaburan, lebih banyak bahan kimia bagi melindunginya daripada penyakit," kata Ali kepada AFP.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak negara-negara di dunia sudah mula membenarkan kewujudan industri perubatan berteraskan ganja. Jadi, masih ada harapan untuk membangunkan ekonomi Afghanistan melalui ganja.

Lebih kurang macam 'daun ketum' di Perlis??

Gambar pokok dan daun ketum di Malaysia..

Labur dalam kripto (4): Wang logam, emas &perak.

 

BAYAN LINNAS SIRI KE-153: HUKUM PENGGUNAAN MATA WANG BITCOIN
KONTRAK AL-SARF DALAM ISLAM

Persoalan berkaitan mata wang dan pertukarannya di dalam Islam dibincangkan secara lebih terperinci di bawah tajuk kontrak al-Sarf. Kontrak al-Sarf secara jelasnya menyebut logam yang digunakan sebagai mata wang ialah logam emas dan perak. 

Walau bagaimanapun, ulama telah menjelaskan bahawa ia boleh diperluaskan kepada logam lain yang membawa ‘illah yang sama sebagaimana ‘illah emas dan perak.[17]

Dalam membahaskan perkara tersebut, Mazhab Syafie menggunakan harga atau mata wang terhadap perkataan emas dan perak. Justeru, apa-apa sahaja barang atau benda yang digunakan dan diterima sebagai wang dan harga akan tertakluk kepada peraturan pertukaran emas dan perak. 

Selain daripada itu, perbahasan ini juga menunjukkan keharusan penggunaan benda selain emas dan perak untuk digunakan sebagai harga atau mata wang.[18]

Dari segi definisinya, al-Sarf dari segi syarak bermaksud penjualan mata wang dengan mata wang yang sejenis atau tidak sejenis iaitu menjual emas dengan emas atau perak dengan perak sama ada dalam bentuk emas dan peraknya atau dalam bentuk wang.[19]

Antara syarat-syarat khusus bagi membolehkan tukaran mata wang dijalankan ialah:[20]

1.Wujud persamaan bagi dua barangan yang sama bahagian

Persamaan yang dimaksudkan di sini adalah sama timbangannya walaupun berlainan dari segi kecantikan dan pencanaian. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ مِثْلاً بِمِثْلٍ

Maksudnya“Emas dengan emas hendak sama jenis.”[21]

Maksudnya adalah sama dari segi kadar dan bukan dari segi sifat kerana berdasarkan kaedah syarak: “Yang baik dan buruknya adalah sama.”[22]

2. Penyerahan serta-merta

Kontrak sarf disyaratkan tidak ada penangguhan oleh dua pihak yang berkontrak atau salah seorangnya. Ini kerana penerimaan dua barang tukaran adalah perlu sebelum berpisah.

Hendaklah tidak wujud jarak masa bagi penyerahan kedua-dua atau salah satu barangan. Jika satu pihak berkata: “Tukarkan saya satu dinar dengan sepuluh dirham, cuma saya akan serahkan satu dinar tadi selepas satu jam.” Satu pihak lagi berkata: “Saya tukarkan untuk kamu.” Pihak pertama tadi membalas: “Saya setuju” maka akad ini tidak sah.

3. Penyerahan dalam majlis akad

Tukaran yang dilakukan mestilah diterima semuanya sebelum kedua pihak berpisah. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya riba nasi’ah. Ini menjunjung sabda Rasulullah SAW:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya“(Penjualan/pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara lani (serahan tangan ke tangan).”[23]

Demikian juga dengan sabda Rasulullah SAW:

ولاَ تَبِيعُوا مِنْهَا غَائِبًا بِنَاجِزٍ

Maksudnya: “Jangan kamu menjual barangan yang tidak ada dengan barangan yang ada.[24]

4. Akad tersebut mestilah muktamad (tanpa syarat)

Tidak dibenarkan meletakkan syarat oleh dua pihak yang berkontrak atau salah satu daripadanya. Jika kedua-dua pihak yang bertukar-tukar mata wang menetapkan syarat kedua-dua atau salah satu pihak berhak menuntut khiyar  dalam masa sehari atau dua hari, atau lebih atau kurang daripada itu, tukaran tersebut tidak sah.

Ini kerana sepertimana yang diketahui, syarat sah akad ialah wujudnya proses bertukar-tukar barangan. Ini berlainan dengan khiyar ru’yah dan  khiyar ‘aib. Kedua-duanya tidak menghalang berlakunya penerimaan yang sempurna. Jika dua pihak tersebut berpisah dan dalam kontrak tersebut terdapat khiyar ‘aib atau ru’yah maka kontrak itu adalah harus.

Sebagai kesimpulan, pertukaran mata wang adalah dibenarkan, akan tetapi ia mestilah berlandaskan syarat-syarat al-sarf. Urus niaga yang tidak mematuhi syarat tersebut boleh menyebabkan urus niaga tersebut tidak sah atau batal.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan seperti dalam konteks operasi perbankan masa kini, definisi majlis akad yang tertumpu kepada faktor “tempat yang sama” dilihat kurang relevan kerana kebanyakan pelaksanaan bai’ al-sarf tidak melibatkan pertemuan secara fizikal di tempat yang sama tetapi ia hanya berlaku dalam talian atau melalui platform elektronik. 

Justeru, perkara utama yang menjadi fokus dalam mendefinisikan majlis akad bagi amalan perbankan semasa ialah faktor “masa” berlakunya kontrak pertukaran mata wang.

Oleh itu, Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia ke-179 telah memutuskan bahawa majlis akad bai’ al-sarf adalah merujuk kepada “suatu tempoh masa” berlakunya pemeteraian kontrak pertukaran mata wang yang bermula dengan penawaran (ijab) dan diiringi dengan penerimaan (qabul) serta diakhiri dengan perpisahan (disengagement) pihak-pihak berkontrak secara fizikal atau konstruktif, atau pelepasan hak untuk membatalkan kontrak (takhayur). 

Serah terima mata wang dalam bai’ al-sarf mestilah berlaku ketika majlis akad.[25] Berdasarkan keputusan tersebut, amalan serah terima mata wang dalam bai’ al-sarf, contohnya yang dilaksanakan pada hari kedua selepas tarikh transaksi (T+2) dianggap berlaku selepas majlis akad. 

Walau bagaimanapun, amalan tersebut boleh dibenarkan berdasarkan amalan pasaran (‘urf tijari) ekoran daripada kekangan operasi. Serah terima mata wang selepas majlis akad juga boleh dibenarkan sekiranya berlaku gangguan di luar jangkaan (unexpected disruption).[26]

Rujukan:






[17] Nazim al-Syamri Muhammad Nuri. 1987. al-Nuqud wa al-Masarif. Beirut: Dar al-Kutub li al-Tiba’ah wa al-Nasyr. hlm. 142.

[18] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 43-44.

[19] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jld. 4, hlm. 652.

[20] Mustafa Bugha et. al. 1992. al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. Damsyiq: Dar al-Qalam. Jld. 6. hlm. 94-97.

[21] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1584.

[22] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.) Jld. 4, hlm. 653-654.

[23] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim.. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1587.

[24] Imam al-Bukhari. tt. Sahih al-Bukhari. Dar Tuq al-Najat. Jil. 3, hlm. 74, hadis no. 2177.

[25] Lihat keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia Ke-179 bertarikh 22 Ogos 2017 bertajuk Penentuan Majlis Akad dan Serah Terima Bagi Bai` al-Sarf Dalam Operasi Kewangan Semasa yang dimuat naik di laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my). Akses pada 17 Januari 2018.

 [26] Ibid.

... Bersambung..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

Usrah atas talian Pejabat YBTM KPWKM, dalam perjalanan ke Parlimen..

 

Perintah takwa dalam melayari kehidupan

SEMALAM usrah mingguan diadakan seperti biasa bersama para pegawai Pejabat YBTM KPWKM. Walaupun dalam perjalanan ke Parlimen, saya tetap dapat mengikutinya secara atas talian. Alhamdulillah.

Kali ini kami mendalami Surah At-Talaq, ayat 2-3, yang lebih dikenali dengan Ayat Seribu Dinar yang mengajar kita konsep takwa dalam melayari bahtera kehidupan.

Firman Allah S.W.T:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا ﴿٣﴾

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

(at-Talaq: 2-3)

Antara sebab kita diperintahkan agar bertakwa kepada Allah S.W.T ialah:

1. Merealisasikan konsep kehambaan kepada Allah S.W.T.

Kepatuhan kita kepada Tuhan yang menguasai segalanya amat penting bagi mengukuhkan pegangan kita dalam mentauhidkan Allah. Selain itu, ia juga dapat memantapkan keyakinan bahawa Allah akan membuka jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapi.

2. Mengingatkan kita agar menjauhi laranganNya. 

Takwa penting bagi mengelakkan kita terjerumus melakukan maksiat dan kejahatan. Ia juga mendidik kita supaya tidak menyalahgunakan nikmat yang dikurniakan sebaliknya mensyukuri dan menggunakannya ke jalan kebaikan. 

3. Mengajar manusia supaya sabar berusaha bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Dengan adanya konsep takwa dan tawakal dalam diri manusia, ia mendidik hati kita supaya berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Keyakinan terhadap Allah dan kesabaran yang berterusan menjadikan kita manusia yang kuat dalam menongkah arus kehidupan.

Justeru, bagi menjayakan nilai-nilai Keluarga Malaysia yang sejahtera, marilah kita meningkatkan keyakinan diri serta memberi sokongan kepada orang lain menerusi konsep takwa kepada Allah agar kita menjadi satu komuniti yang berwawasan dan kehadapan. Insya-Allah.

YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 28/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1333302954/posts/10226648969553753/

Rakyat bangga M'sia bina kilang vaksin halal pertama di dunia

 

Afandi Abd Basir

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyambut baik dan menyokong penuh hasrat negara yang bakal membina kilang vaksin halal pertama di dunia tidak lama lagi, dan berharap ia bakal memanfaatkan mereka pada masa hadapan.

Hasil tinjauan HarakahDaily mendapati, rata-rata orang ramai menyokong usaha murni kerajaan yang bakal mencipta sejarah baharu kepada industri vaksin Covid-19 di peringkat global itu. 

Seorang eksekutif  pemasaran, Afandi Abd Basir @ Karnain, 39, berkata, dia menyokong penuh hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal pertama di dunia menjelang tahun 2024. 

“Apabila Malaysia bakal menghasilkan kilang vaksin halal yang pertama di dunia, ia merupakan satu berita gembira yang sangat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Dengan adanya kilang vaksin ini, ia sekaligus dapat memberi kemudahan kepada individu bagi menjamin kesihatan yang lebih baik. 

“Negara juga tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang besar bagi proses penghantaran yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Afandi, proses penghasilan vaksin juga dapat dihasilkan dengan skala lebih besar bagi tujuan penggunaan dalam negara dan luar negara.

Sehubungan itu, dia berharap agar Malaysia  menjadi negara pengeluar vaksin terbesar dan terbaik di dunia.

Sementara itu, eksekutif swasta, Nur Jamilah Zubir pula berasa sangat bangga dengan hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal sendiri kerana rakyat dapat melihat ketelusan  dalam penghasilan vaksin yang mempunyai jaminan halal.

Menurutnya, memandangkan pihak berkuasa akan terlibat untuk memastikan vaksin atau kilang tersebut halal, maka ia menunjukkan ketelusan tentang isu halal berkenaan. 

Nur Jamilah Zubir.

“Sekiranya tidak halal, pastinya ia sukar untuk mendapat kelulusan kerajaan untuk kilang beroperasi dan vaksin pula sukar diluluskan untuk pengeluaran.

“Dari segi kos pula, saya percaya sekiranya Malaysia merancang untuk membuat kilang sendiri, sudah tentu ia juga bertujuan untuk menjimatkan kos,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Katanya lagi, rakyat Malaysia juga tidak perlu lagi menunggu  terlalu lama untuk mendapatkan vaksin memandangkan  kilang pengeluaran vaksin boleh didapati di Malaysia. 

“Jadi, apabila (vaksin) mempunyai permintaan yang tinggi, orang ramai sudah tahu jumlah bekalan yang ada dalam negara,” tegas Nur Jamilah. 

Dalam pada itu, penulis skrip, Mohamad Hanis Ismail, 33, menegaskan, kewujudan vaksin dan kilang vaksin halal tempatan dapat membantu mengurangkan jumlah masyarakat di negara ini yang antivaksin yang risaukan tentang status halal vaksin dari luar negara.

Katanya, sedikit sebanyak kewujudan kilang halal vaksin di Malaysia ini  dapat menghilangkan keraguan orang ramai tentang status halal vaksin. Contohnya, sekiranya terdapat 10,000 orang yang  antivaksin, kemungkinan besar dapat meyakinkan satu pertiga daripada jumlah tersebut.

Mohamad Hanis Ismail.
“Pada pendapat saya, Malaysia sememangnya wajar menghasilkan kilang vaksin halal kerana secara tidak langsung ia bukan sahaja menjana ekonomi negara tetapi juga berjaya memanfaatkan dan mengangkat kepakaran anak tempatan di mata dunia terutama buat negara-negara Islam lain,” jelasnya. 

Terdahulu, Malaysian Vaccine and Pharmaceutical (MVP) bakal menjadi kilang pertama menghasilkan vaksin halal di dunia menjelang tahun 2024.

Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, tempoh jangkaan tersebut lebih awal daripada yang diharapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, vaksin yang dihasilkan akan dikembangkan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi di luar negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – HARAKAHDAILY 27/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

Friday, October 29, 2021

Antara jenayah seks B/Gabenor N/York dengan b/pemimpin DAP M'sia?

 

(Gambar fail) Bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo. - FOTO AFP

Bekas Gabenor New York hadapi pertuduhan jenayah seks

NEW YORK: Bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo, didakwa atas pertuduhan jenayah seks membabitkan salah laku menyentuh secara paksa, semalam.

Ia adalah pertuduhan pertama difailkan selepas beliau terpaksa meletak jawatan, tahun ini, susulan pelbagai dakwaan gangguan seksual.

"Satu aduan salah laku terhadap Cuomo telah difailkan di Mahkamah Bandar Albany," kata jurucakap mahkamah New York, Lucian Chalfen, dengan menyifatkannya sebagai 'jenayah seks.'

Berdasarkan aduan terbabit, Cuomo didakwa meletakkan tangan pada blaus mangsa dan memegang payudara kiri wanita itu pada Disember 2020.

Ia difailkan oleh Pejabat Sherif Albany County bagi pihak New York.Menurut satu kenyataan, Mahkamah Bandar Albany memerintahkan Cuomo untuk hadir ke mahkamah pada jam 2.30 petang, 17 November depan.

Cuomo, 63, meletak jawatan pada Ogos lalu selepas Peguam Negara, Letitia James, mengeluarkan satu laporan tidak bersifat jenayah bahawa beliau didakwa melakukan gangguan seksual terhadap 11 wanita meliputi bekas pekerja.

Bagaimanapun, Cuomo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, serta mendakwa beliau adalah mangsa dendam politik.

Menyentuh secara paksa merupakan salah laku kelas A yang boleh membawa hukuman penjara hingga setahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Letakkan tangan pada blaus mangsa dan memegang payudara kiri wanita itu pun hadapi pertuduhan jenayah seks. Hal itu berlaku di New York.  Apa lagi kalau dituduh merogol amah seperti yang berlaku ke atas pemimpin sebuah parti politik di Malaysia.. 

Memang tiada akhlak langsung, walau dilihat dari sudut apa agama sekalipun. Sepatutnya parti begitu tidak layak menyertai pilihan raya umum dalam negara umat Islam. 


Sila lihat siri PRN Melaka:

Royalti pajakan wajar, KM PP tak perlu campur tangan.

 

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto NSTP

1. Kon Yeow tidak perlu campur tangan urusan tuntutan pajakan.

ALOR SETAR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tidak perlu campur tangan urusan permohonan Kedah untuk mendapatkan royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun berikutan ia dibuat kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tuntutan berkenaan bukan urusan Kon Yeow kerana ia tidak dibuat kepada Kerajaan Pulau Pinang.

"Saya tak perlu komen banyak berkenaan kenyataan Kon Yeow. Permohonan Kedah ini bukan urusan dia.

"Selama ini bayaran royalti RM10,000 dan sumbangan khas berjumlah RM10 juta setahun kepada Kedah sejak 2018 itu pun kerajaan Persekutuan yang bayar," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan selepas mendapati ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Muhammad Sanusi berkata, tuntutan itu menjadi antara permohonan kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2022 yang dibentangkan hari ini.

Berikutan itu, Kon Yeow dalam reaksinya berhubung tuntutan itu, memaklumkan Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pendirian tidak akan membuat sebarang bayaran pajakan kepada Kedah.

Malah, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada. (BH)

2. Isu royalti pajakan P.Pinang: Tuntutan Kedah wajar -Dato’ Ir Iskandar Abdul Samad

KUALA LUMPUR: Tuntutan kerajaan negeri Kedah agar Kerajaan Persekutuan menaikkan bayaran royalti pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai dari RM10 juta setahun kepada RM100 juta adalah sesuatu yang sangat wajar, sesuai dengan peredaran masa.


Bendahari PAS Pusat, Dato’ Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun yang diterima kerajaan Kedah ketika ini sejak tahun 2018 dan royalti pajakan sebanyak RM10,000 setahun adalah tidak masuk akal.

“Ini kerana nilai pajakan yang ditetapkan adalah berdasarkan kadar sejak 1786 dan selepas lebih 200 tahun, sudah tentu nilainya  sudah bertambah berkali-kali ganda,” ujarnya.

Menurut  beliau, Pulau Pinang diserahkan oleh Kedah pada tahun 1786 yang mana ketika itu ia merupakan sebuah pulau yang belum dibangunkan. 

“Sekarang ini Pulau Pinang pesat membangun sebagai sebuah bandar raya, maka sudah tentu nilai pajakannya adalah lebih tinggi  RM10,000 sebulan. Ia sepatutnya berdasarkan nilai hartanah yang sudah tentu jauh lebih tinggi dari RM10 juta setahun.

“Kes Pulau Pinang ini adalah di antara  ‘jenayah-jenayah’ penjajah di negara kita. Selain dari pembayaran pajakan yang lebih adil kepada kerajaan negeri Kedah, satu siasatan perlu dijalankan untuk mendedahkan kelicikan penjajah menipu dan menekan pemimpin-pemimpin anak negeri di dalam usaha untuk menguasai negara ini. Kita perlu mendedahkan sejarah yang sebenar kepada generasi hari ini,” tegasnya ketika dihubungi HarakahDaily.

Katanya, British telah mungkir janji dan mereka gagal melindungi Kedah apabila negeri itu diserang oleh Siam. 

“Itu adalah antara syarat-syarat pemajakan Pulau Pinang. Maka pada  tahun 1791, Kedah telah menyerang Pulau Pinang tetapi telah dikalahkan,” jelas beliau.

Tambah Iskandar, terdapat pakar sejarah yang berpandangan bahawa kerajaan negeri Kedah perlu menuntut semula Pulau Pinang dan Seberang Perai melalui mahkamah. 

“Sudah tentu adalah lebih mudah untuk kerajaan negeri Kedah dibayar RM100 juta kerana sekiranya mahkamah menyebelahi tuntutan kerajaan Kedah, maka kerajaan negeri Pulau Pinang akan lenyap dari muka bumi ini,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, perspektif baharu dalam sejarah ini bukan sesuatu yang asing dalam dunia hari ini.

“Sebagai contohnya di Amerika Syarikat  (AS) sebelum ini, mereka menyanjung Chistopher Columbus dan menyambut Columbus Day (Hari Columbus) menjelang setiap hari Isnin kedua bulan Oktober pada setiap tahun. Columbus ialah individu yang dikatakan menjumpai Dunia Baharu Amerika.

“Tetapi hari ini ramai melihat Columbus sebagai seorang penjenayah yang menyebabkan begitu ramai kematian penduduk pribumi serta merampas tanah mereka. Ada yang menyambut Indigenous Peoples’ Day (Hari Penduduk Pribumi ) dan bukan Columbus Day. Beberapa negeri dan bandar raya di AS telah menjadikan Indigenous Peoples’ Day sebagai hari cuti umum,” tegasnya.

Sehubungan itu kata beliau, Malaysia juga patut melihat sejarah negara ini  dari perspektif baharu dan ‘jenayah-jenayah’ penjajah patut didedah dan dikecam.

Terdahulu, kerajaan negeri Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan selepas mendapati ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tuntutan itu menjadi antara permohonan kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada hari ini.

Menurut beliau, ketika ini kerajaan negeri hanya menerima bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun sejak 2018 dan royalti pajakan sebanyak RM10,000 setahun. – HARAKAHDAILY 29/10/2021

Lelong diri lari dari miskin, bukan 'barua' khianat..

 

Foto Aliyu Idris melelong dirinya untuk lari daripada kemiskinan tular di media sosial.

KANO: Polis agama Islam di utara Nigeria menahan seorang lelaki yang melelong dirinya bagi membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Aliyu Idris, 26, ditahan pada Selasa oleh polis selepas tersiar gambarnya di media sosial memegang plakad menunjukkan tawaran lelong pada harga 20 juta naira (RM202,598).

Kano antara 12 negeri di utara Nigeria yangialah majoritinya penduduk beragama Islam, dengan undang-undang syariah dikuatkuasakan bersama undang-undang sivil.

"Kami menahannya kerana melelong diri sendiri iaitu diharamkan di bawah undang-undang Islam.

"Dia kini berada di bawah jagaan kami," kata Lawal Ibrahim Fagge, jurucakap polis agama Islam (Hisbah) yang menyifatkan tindakan pemuda itu akibat kemiskinan dan kejahilan.

Fagge berkata, Hisbah turut membuat penilaian mental dan mendapati lelaki berkenaan dalam keadaan waras.

Jelasnya, Idris meninggalkan kampung halaman dan berpindah ke Kano untuk mencari pekerjaan tetapi gagal.

Bagaimanapun, menurut Hisbah, Idris tidak didakwa atas kesalahan itu sebaliknya diberikan kaunseling.

Minggu lalu, lelaki berkenaan yang berasal dari Kaduna dan bekerja sebagai tukang jahit mengelilingi bandar raya dan melelong dirinya menggunakan plakad yang tertulis tawaran jualan.

Penduduk tempatan berkongsi gambar pemuda itu secara dalam talian sehingga menimbulkan kekecohan.

Menurut pemuda itu, dia terpaksa melelong diri untuk keluar daripada kemiskinan dan berhasrat untuk memberikan separuh wang itu kepada ibu bapanya, serta dua juta naira (RM20,221) untuk sesiapa yang membantu menjayakan siri lelongan itu.

Dia turut berjanji akan menjadi 'hamba yang setia' kepada pembelinya.

Untuk rekod, Nigeria bergelut dengan kemerosotan ekonomi disebabkan mata wang tempatan yang lemah dan hasil minyak yang semakin berkurangan iaitu menyumbang sebanyak 90 peratus daripada pendapatan pertukaran asingnya.

Kebanyakan rakyatnya hidup melarat dengan berbelanja kurang daripada AS$2 (RM 8.30) sehari. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa yang penting dalam kisah pemuda Islam dari utara Nigeria di atas, ialah beliau terpaksa melelong diri untuk keluar dari kemiskinan... Dan berhasrat untuk memberikan separuh wang itu kepada ibu bapanya. Bahkan turut berjanji akan menjadi 'hamba yang setia' kepada pembelinya

Beliau seorang pemuda yang bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama, berberbanding dengan puak-puak yang mengaku Islam tetapi sanggup menjual agama dengan harga sedikit, menjadi 'barua' dan talibarut kepada musuh-musuh Islam.

Barua Berkhianat.

Barua-barua tersebut terus berkhianat, belot ingkar kepada agamanya sendiri. Khianat ialah perbuatan terkutuk, jahat, bertujuan menganiayai atau mendatangkan kecelakaan dan kekecewaan kepada orang lain.. Dengan melakukan tipu-daya, perbuatan licik, curang, belot atau tidak setia sama ada kepada negara dan seumpamanya.

Khianat juga bererti membantu menguatkan musuh untuk melemahkan jamaah Islam, membocorkan rahsia, merosakkan reputasi jamaah Islam agar sokongan berpihak kepada sebaliknya. Ertinya, mengingkari tanggungjawab yang telah dipercayakan terhadap dirinya, baik datangnya daripada orang lain mahupun daripada Allah dan Rasul-Nya.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails