Saturday, November 06, 2021

Deepavali &Ramlah 'bergelek'.. Bila patuh syariah?

 

Ramlah diberi penghormatan menyanyikan tiga lagu popularnya, Siapa Yang Bersalah, Di Ambang Pintu Kasih dan Selamat Jalan Romeo di pentas ABPBH 34

HALAMAN HIBURAN

1. Ramlah 'bergelek' atas pentas ABPBH 34


KUALA LUMPUR: Bagaikan satu kehilangan, itulah yang dirasakan penyanyi bersuara lunak merdu, Ramlah Ram, 56, apabila hampir dua tahun tidak menjayakan persembahan pentas secara terbuka ketika seluruh dunia diserang pandemik COVID-19.

Selama 36 tahun bergelar penyanyi, tidak pernah pun kerjaya nyanyiannya terhenti, malah, saban minggu sibuk dengan undangan persembahan. Namun, ia sebaliknya berlaku pada era pandemik.

Undangan penganjur, BH bagaikan bulan jatuh ke riba apabila membuka peluang kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu muncul atas pentas malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bagi menyemarakkan segmen persembahan.

Dibawa oleh penaja utama, Xiaomi, ABPBH 34 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada 13 November depan.

Begitulah hebatnya layanan ke atas artis-artis wanita di Malaysia.

2. Filem web animasi Deepavali 'Akka' sentuh jiwa penonton. 

BAGI mereka yang menyambut perayaan Deepavali, kolam mempunyai kepentingan budaya yang besar. Lihat gambar di atas.

Corak geometri kolam bukan sahaja menampilkan karya seni yang cantik malah melambangkan keberuntungan serta mengundang kebaikan dan kemakmuran sesebuah kediaman.

Selain itu, ia turut dipercayai dapat menghalang roh jahat atau petanda buruk.

Secara lazimnya, kolam menjadi tarikan ketika musim perayaan Deepavali kerana ia merupakan saat keluarga dan sahabat handai merapatkan ikatan perhubungan sekali gus memeriahkan sambutan pesta cahaya.

Bagi menyebarkan mesej kecintaan dan kebersamaan, PETRONAS tampil dengan sebuah filem web animasi berjudul 'Akka' yang menekankan kepentingan kasih sayang dan mencari cahaya di saat sukar ini.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, persembahan Deepavali dan Ramlah 'bergelek'.. untuk tuntunan awam. Tertanya-tanya juga di hati umat Islam Malaysia, bila akan berlaku peraturan 'makruf' dalam hiburan, patuh syariah di negara umat Islam sendiri?

Jangan dilayan sangat puak-puak 'barua' dan 'penjilat juboq tak basuh' kepada keturunan pendatang, baru dapat segenggam beras, dah berlagak 'lebih tuan dari tuan'. Cess!

Terus gempur! Tuan Ibrahim ke UK, Idris Ahmad terjun padang..

 

1. Tuan Ibrahim ketuai delegasi Malaysia ke COP62, UK

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengetuai delegasi Malaysia di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26), di Glasgow, UK.

Beliau akan menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi dan akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Selasa dan Rabu ini.

Perkara itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada Rabu dan dimaklumkan melalui satu kenyataan media Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), hari ini.

“Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global.

“Kedua-dua ikrar dan deklarasi ini telah dilancarkan di UNFCCC COP-26 yang kini sedang berlangsung di Glasgow, Scotland bermula pada 31 Oktober hingga 12 November 2021,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah bertujuan memperkukuhkan komitmen negara-negara terhadap penggunaan tanah, pemuliharaan dan pengurusan hutan serta ekosistem yang lain secara mampan.

Katanya lagi, penyertaan Malaysia bersama 131 negara lain dalam deklarasi ini selaras dengan komitmen negara untuk terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan
pokok.

“Malaysia juga akan menyertai 103 negara lain dalam Ikrar Metana Global. Matlamat ikrar ini adalah bagi mendapatkan komitmen dan persetujuan bersama untuk mengurangkan pelepasan metana global sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding tahapnya pada 2020.

“Negara yang menandatangani ikrar ini akan beralih kepada penggunaan metodologi inventori terbaik untuk mengukur pelepasan metana, dengan memberi tumpuan kepada sumber utama pelepasan metana,” katanya.

Tambahnya, pelepasan gas metana menyumbang sebanyak 17 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah kaca negara, iaitu 316.83 juta tan karbon dioksida setara pada tahun 2016.

Justeru itu, KASA akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan khususnya Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan tindakan yang inklusif dan holistik.

“Malaysia sentiasa komited untuk bersama dengan negara ahli kepada Perjanjian Paris dalam usaha mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah Celcius, meneruskan tindakan mitigasi untuk menghadkan suhu supaya tidak melebihi 1.5 darjah Celcius serta mengurangkan kerentanan terhadap kesan perubahan iklim,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/11/2021

2. Agensi agama agresif turun padang santuni rakyat

KUALA LUMPUR: Lebih 260,000 penduduk menerima sumbangan yang diagih agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, sumbangan itu dalam tempoh dua bulan bermula 1 September hingga 31 Oktober lepas yang berjumlah RM16.71 juta.

Katanya sumbangan terbabit diagihkan melalui lapan agensi Islam iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Tabung Musaadah Covid-19, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan TV Al-Hijrah.

“Pengagihan sumbangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tersebut merangkumi Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani Covid-19 (PIAGAM C-19) yang menjadi hala tuju 100 hari agensi-agensi Islam,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Antara sumbangan yang diberi iaitu wang tunai, bakul makanan, makanan bermasak, peralatan kesihatan, bantuan institusi-institusi pendidikan, peranti elektronik, van dwi-fungsi dan sebagainya.

“Berkat usaha gigih yang dilaksanakan agensi-agensi terbabit, alhamdulillah kita berjaya dan akan terus agresif turun padang melaksanakan tanggungjawab menyantuni Keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/11/2021

Lihat juga..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

Rampas tanah anak Suharto, Id. Kalau di M'sia milik keluarga b/PM?

 

Tommy Suharto. - Foto AFP

Indonesia rampas tanah milik anak Suharto

JAKARTA: Indonesia merampas tanah dikaitkan dengan pembuat kereta dimiliki anak lelaki pemimpin diktator, Allahyarham Suharto dalam usaha baharu untuk mendapatkan balik wang daripada puak berpengaruh itu, kata kerajaan hari ini.

Tentera dan polis di wilayah Jawa Barat hari ini mengambil alih kira-kira 124 hektar tanah yang dikuasai oleh Tommy Suharto dan syarikat PT Timor Putera Nasional miliknya ke atas kira-kira 2.6 trilion rupiah (RM752.98 juta) hutang kepada dana negara.

Kerajaan berkata, usaha untuk merampas empat bidang tanah di Karawang, Jawa Barat, yang digunakan sebagai cagaran ke atas pinjaman berdekad lamanya sebelum ini, telah gagal kerana 'halangan di lapangan'.

Tambahnya, rampasan itu adalah sebahagian daripada bidaan yang lebih luas untuk mendapatkan semula kira-kira AS$7.7 bilion (RM32.03 bilion) pinjaman tidak dibayar yang diberikan sebagai langkah penyelamat bank ketika krisis kewangan 1997-1998.

Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Mahfud MD, berkata puluhan individu dipanggil berhubung dana itu, sambil menambah perubahan berturut-turut dalam pegawai kerajaan dan rundingan tidak konsisten dengan penghutang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam tempoh panjang.

"Ini telah berlaku selama 22 tahun.. tidak akan ada lagi rundingan," katanya pada hari ini.

Pasukan petugas yang mengetuai usaha pemulihan itu berkata, Tommy Suharto dan peguamnya telah diarahkan untuk mematuhi permintaan untuk mereka bertemu.

Tommy Suharto dikenali dengan insiden paling kontroversi kerana mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh seorang hakim yang telah mensabitkannya dengan kes rasuah.

Dia hanya menjalani hukuman penjara 15 tahun selama empat tahun kerana kes pembunuhan pada 2001 dan dibebaskan dari penjara pada 2006.

Tommy Suharto kini berkhidmat sebagai seorang ahli politik dan ketua parti politik Berkarya. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimRampas tanah anak Suharto, di Indonesia sebagai suatu tindakan keadilan. Kalau berlaku pula di Malaysia hal-hal kewangan seperti itu, apakah harta-harta milik keluarga PM-PM akan dirampas atau disita lebih kurang begitu juga?


Lihat juga..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

Friday, November 05, 2021

Polis sebar poster editor Sarawak Report sebagai 'orang dikehendaki'

 


Polis merayu orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya pada September. 

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt Junainah Kasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat kes ASP Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440. 

"Penama dikehendaki bersabit waran tangkap eTA3507737 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret pada 23 September 2021, berikutan kegagalan untuk hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terenggani Nur Zahirah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan. 

Rewcastle Brown didakwa tanpa kehadirannya di mahkamah kerana didakwa memfitnah Sultanah Terengganu dalam bukunya “The Sarawak Report - The inside story of 1MDB”. 

Seksyen 500 berkaitan jenayah fitnah dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.  Waran tangkap dikeluarkan kerana kegagalannya hadir ke mahkamah pada hari berkenaan. Mengulas hal itu, Rewcastle Brown berkata dia akan mengendalikan seminar mengenai "mafia balak", yang akan diadakan pada hari Isnin di Universiti Strathclyde di Glasgow, UK, dan juga boleh diikuti secara dalam talian.  

Katanya, dia juga akan menghadiri majlis kebebasan akhbar di London pada 21 Nov, dan satu lagi acara di parlimen UK pada minggu berikutnya yang mana dia juga akan membincangkan kebebasan akhbar.

Jelasnya, dia akan menyebut mengenai waran tangkap terhadapnya pada acara ini. at 11/05/2021 10:07:00 PTG  (Kerengga)

Labur dalam kripto (6): Fatwa dan Sarjana Islam


Pandangan Badan Fatwa dan Sarjana Islam Berkenaan Bitcoin

Secara umumnya, para cendekiawan Islam telah berbeza kepada 3 pandangan dalam menentukan hukum bagi bitcoin ini sepertimana yang berikut:

1. Pandangan Yang Mengharamkan

Terdapat badan fatwa dan sarjana Islam yang mengharamkan penggunaan bitcoin ini antaranya ialah:

i. Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir) [66]
Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:

(a) Bitcoin tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.
(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.
(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.
(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi sesebuah negara.
(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).
(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian tersebut.

ii. Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Dalam satu temu bual dengan Aljazeera Mubasher Channel yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Aljazeera Mubasher Channel pada 4 Januari 2018, beliau menyatakan bahawa beliau masih belum berbuat sebarang ketetapan akan hukum bitcoin kerana faktor kesamaran yang masih menyelubungi isu ini dan keperluan untuk meneliti lebih lanjut sudut positif dan negatif mata wang digital ini. 

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengharuskan atau mengharamkan Bitcoin secara mutlak, dan beliau menggesa agar para ulama dan pakar ekonomi mengadakan satu pertemuan khas bagi mencapai satu kata sepakat berkenaan isu ini.

Sistem pengeluaran dan transaksi bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’ie, kerana ia amat terdedah kepada kegiatan-kegiatan haram dan salah guna oleh pihak tertentu, seperti penggubahan wang haram serta menggugat integriti sistem kewangan negara.

Tambah beliau lagi, kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak menepati syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang.

a. Medium pertukaran (medium of exchange)
b. Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah  atau store of value
c. Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam
d. Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)

Menurutnya lagi, bitcoin boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya. Antara cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai mata wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada sebarang kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.

Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan bitcoin buat masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah terlibat dengan urusan bitcoin, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan mereka berhak menyimpan nilai modal sewaktu membeli bitcoin dan menyedekahkan hasil keuntungan pelaburan bitcoin tersebut (capital gain) kepada mana-mana pihak yang memerlukan.[67]

iii. Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, bitcoin adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan bitcoin (mining) yang mempunyai unsur perjudian.[68]

iv. Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah[69]

Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan masyarakat awam.[70]

2. Pandangan Yang Mengharuskan.

Sebahagian sarjana lain pula mengharuskan penggunaan mata wang ini antaranya

a. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Dalam satu pembentangan dalam program  ‘Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas. Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat.

Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.

Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Volatility bitcoin pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman bitcoin dan ia tidak memainkan peranan dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana nilainya adalah sangat tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk bitcoin.

Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna. 

Selain itu, beliau juga menulis bahawa mata wang ini sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang percaya kepada nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bitcoin pula, beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang sebelum beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani masalah tersebut. 

Beliau percaya minda manusia akan mampu mengawal selia urusan kewangan berasaskan teknologi ini.[71]

b. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017 lalu, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau mengakui telah mencuba sendiri bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mata wang kripto ini.

Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu  legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

Beliau juga mengharuskan menyimpan Bitcoin sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk pelaburan. 

Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup haul, selain larangan daripada memperdagangkan Bitcoin kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dilarang daripada diperdagangkan dalam Islam.

Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang banyak muncul sejak akhir-akhir ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan bitcoin akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.[72]

c. Mufti Muhammad Abu-Bakar[73]

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk  Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan bitcoin dengan beberapa syarat:

A. Bitcoin hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi bitcoin. Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang daripada sudut syariah.
B. Bitcoin haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.
C. Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim penipuan yang cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda atas nama pelaburan bitcoin, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi memandangkan ketidakstabilan nilainya di pasaran.[74]

3. Tawaqquf (belum memberi pandangan secara rasmi)

Terdapat juga pandangan ulama yang bersifat tawaqquf iaitu masih lagi belum memberikan ketetapan pada permasalahan kerana ingin mendapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh antaranya:

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Marjan Muhammad [75] di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018), dikemukakan beberapa pandangan badan fatwa dan sarjana berkenaan isu bitcoin ini. Namun ISRA tidak melakukan sebarang pentarjihan ke atas mana-mana pendapat.[76]

...bersambung.

Rujukan:

[27] Edward Murphy et al, 2015, Bitcoin; Questions, Answers, and Analysis of Legal Issues, Congressional Research Service, hlm.1 
[28] "What is Bitcoin?" (http://money.cnn.com/infographic/technology/what-is-bitcoin/) Dilawati pada 12 Januari 2018
[29] http://fortune.com/2017/11/25/lost-bitcoins/ “Exclusive: Nearly 4 Million Bitcoins Lost Forever, New Study Says” Dilawati pada 12 Januari 2018
[30] Rujuk Satoshi Nakamoto, t.t, Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash Systemwww.bitcoin.org
[36] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-exchange-southkorea/south-korean-cryptocurrency-exchange-to-file-for-bankruptcy-after-hacking-idUSKBN1ED0NJ “South Korean cryptocurrency exchange to file for bankruptcy after hacking” – 9 Januari 2018
[37] https://www.reuters.com/article/us-cyber-nicehash/hackers-steal-64-million-from-cryptocurrency-firm-nicehash-idUSKBN1E10AQ “Hackers steal $64 million from cryptocurrency firm NiceHash”- 16 Januari 2018
[38] https://www.wsj.com/articles/bitcoin-paypal-used-to-finance-terrorism-indonesian-agency-says-1483964198 “Bitcoin, PayPal Used to Finance Terrorism, Indonesian Agency Says”- 15 Januari 2018
[39] https://www.justice.gov/usao-edny/pr/long-island-woman-indicted-bank-fraud-and-money-laundering-support-terrorists “Long Island Woman Indicted for Bank Fraud and Money Laundering to Support Terrorists”
[40] https://rusi.org/commentary/cryptocurrencies-and-terrorist-financing-risk-hold-panic “Cryptocurrencies and Terrorist Financing: A Risk, But Hold the Panic” 15 Januari 2018
[43] https://themalaysianreserve.com/2018/01/02/no-ban-cryptocurrency-tradings-says-johari/ “No ban on cryptocurrency tradings, says Johari”- 7 Januari 2018
[44] https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/15/bnm-rm75m-cryptocurrencies-transactions-each-month/ “BNM: RM75m cryptocurrencies transactions each month” – 7 Januari 2018
[45] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4629&lang=bm “Bank NegaraMalaysia mengeluarkan dokumen dasar untuk mata wang digital” 18 April 2018
[46]https://www.sc.com.my/my/post_archive/media-statement-on-initial-coin-offerings/ “Media Statement on Initial Coin Offerings”- 9 Januari 2018
[48] https://www.cnbc.com/2017/11/30/bitcoin-investors-beware-the-irs-wants-its-cut-and-you-may-not-know-it.html Bitcoin investors beware: The IRS wants its cut and you may not know it – 18 Januari 2018
[50] http://fortune.com/2017/12/21/bitcoin-tax/ New Tax Law Closes Bitcoin Loophole – 18 Januari 2018
[52] https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-01-17/virtual-currencies-seen-as-evolving-threat-by-u-s-treasury U.S. Treasury Sees Virtual Currencies as ‘Evolving Threat’ – 18 Januari 2018
[56] https://www.investopedia.com/news/japan-finally-recognizes-bitcoin-after-long-battle/ “Japan Finally Recognizes Bitcoin After Long Battle”
[59]https://www.theguardian.com/technology/2018/mar/13/imf-christine-lagarde-calls-bitcoin-crackdown-cryptocurrencies “'Fight fire with fire': IMF's Lagarde calls for bitcoin crackdown” 18 April 2018
[60]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-nowotny/ecbs-nowotny-says-central-banks-considering-cryptocurrency-regulation-idUSKBN1DG2NX ECB's Nowotny says central banks considering cryptocurrency regulation – 11 Januari 2018 dan http://www.dailymail.co.uk/wires/afp/article-5231041/ECB-governor-calls-tax-regulation-bitcoin.html ECB governor calls for tax, regulation on bitcoin – 13 Januari 2018
[63] Ditubuhkan pada 1930, ia adalah sebuah organisasi kewangan antarabangsa yang dimiliki oleh 60 bank pusat, mewakili negara-negara dari seluruh dunia. Antara misi utama BIS ialah membantu bank-bank pusat ini mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari mereka. Rujuk https://www.bis.org/about/index.htm?m=1%7C1
[64] https://themalaysianreserve.com/2017/09/19/central-banks-cant-ignore-bitcoin-boom-bis-says/ “Central banks can’t ignore the bitcoin boom, BIS says” 16 Januari 2018
[65]https://www.theguardian.com/technology/2018/feb/06/bitcoin-price-crackdown-bis-cryptocurrency “Bitcoin price falls below $6,000 as banker signals crackdown”
[66]http://www.dar-alifta.org/ar/Viewstatement.aspx?sec=media&ID=5617 “مفتي الجمهورية يبيِّن حكم التعامل بالعملة الإلكترونية "البتكوين" (12 Januari 2018)
[69] Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Universiti Malaya dan penulis bagi laman sesawang muamalat.my.
[70] Temubual Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah pada 4 Januari 2018 bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
[71] http://coin.my/2018/01/16/bitcoin-matawang-komoditi-sekuriti-identiti-baru-bhgn-ii/ Bitcoin: Mata Wang, Komoditi, Sekuriti atau Identiti Baru? Satu Perbincngan Minda Syariah (Bahagian II)- 18 Januari 2018
[72] Temubual rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O yang disiarkan di TV9 pada 14 Januari 2018.
[73] Penasihat Shari’ah Blossom Finance
[74] Mufti Muhammad Abu Bakar, 2018, Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, & Blockchain, Blossom Labs Inc, hal. 19-20
[75] Ketua, Pejabat Kawalan Mutu Penyelidikan, ISRA
[76] Marjan Muhammad, 2018, Analisis Syariah Terhadap Mata Wang Kripto. Dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails