Saturday, November 20, 2021

Keputusan rasmi PRN Melaka

 

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) di Melaka. - Foto BERNAMA

AYER KEROH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh. - NSTP/Syafeeq Ahmad

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi lima kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang dua.

"Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan calon Bebas pula tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Statistik SPR menunjukkan BN menang di DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

PH pula menang di Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala PN menang di Sungai Udang dan Bemban.

Sementara itu, Abdul Ghani memaklumkan, jumlah individu keluar mengundi antara jam 8 pagi hingga 5.30 petang adalah 326,068 atau 65.85 peratus daripada keseluruhan 495,195 pengundi berdaftar di Melaka.

Katanya, jumlah itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang sudah menjalankan tanggungjawab dalam PRN hari ini.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi itu merosot berbanding 84.7 peratus yang dicatatkan di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), selain tidak menepati sasaran asal SPR iaitu 70 peratus.

"Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian dan pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

"Selain itu, urusan perjalanan pilihan raya PRN Melaka Ke-15 telah dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang telah ditetapkan," katanya.


KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

PKR 0: Terima tamparan hebat tewas semua kerusi ditandingi


Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari ketika melancarkan Manifesto PH bagi PRN Melaka 2021 pada 10 November lalu. - BERNAMA

MELAKA: PKR menerima tamparan hebat apabila tewas semua kerusi ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

PKR bertanding 11 kerusi, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

Sembilan lagi kerusi ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala DAP diberikan kerusi paling sedikit iaitu lapan, sama dengan jumlah diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) 2018.

Empat tahun lalu, PH membahagikan 28 kerusi dalam kalangan empat parti komponennya ketika itu, iaitu PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.

Ketika itu, PKR dan DAP bertanding lapan kerusi, manakala AMANAH dan BERSATU di enam kerusi. DAP muncul pemenang terbesar apabila menang semua kerusi ditandinginya, PKR menang tiga, manakala BERSATU dan AMANAH pula masing-masing menang dua kerusi.

BERSATU kemudian keluar daripada PH dan membentuk kerajaan negeri melalui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selain sokongan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kemudian menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerjasama BN dan BERSATU.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan DAP kekal pemenang terbesar dalam kalangan parti komponen BH apabila mengekalkan kerusi Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Kesidang, namun tewas empat lagi kerusi disandangnya, iaitu Duyong, Gadek, Pengkalan Batu dan Bemban.

AMANAH juga gagal mengekalkan momentum PRU-14 apabila hanya berjaya menang kerusi Bukit Katil melalui calonnya, Adly Zahari, iaitu Pengerusi AMANAH Melaka dan bekas Ketua Menteri ketika PH mentadbir negeri ini selepas PRU-14.

Paling mengejutkan adalah prestasi PKR, daripada tiga kerusi dimenangnya pada PRU-14, kali ini tewas semua termasuk terlepas DUN Machap Jaya kepada BN yang diwakili MCA.

Nyata, telahan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik yang sebelum ini yakin parti itu mampu menawan sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 kerusi, termasuk merampas kerusi disandang Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Lendu, jauh tersasar.

Tujuh kerusi sasaran itu termasuk tiga DUN dimenanginya pada 2018, iaitu Machap Jaya, Rembia dan Kelebang, selain menawan Paya Rumput, Asahan, Rim dan Lendu. PKR turut bertanding di Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai. (BH)

PH dominasi sebahagian besar kerusi DUN disandang

 

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) melalui DAP mendominasi sebahagian besar kerusi yang disandang berdasarkan jumlah kiraan undi awal tidak rasmi setakat ini.

Setakat jam 6.55 petang tadi, PH mendahului kiraan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selepas memperoleh 3433 undi, jauh mengatasi pencabar terdekat daripada BN yang memperoleh 1,173 undi, manakala PN pula 765 undi.

Di DUN Kota Laksamana, PH jauh meninggalkan BN dan PN dengan 1,167 undi, manakala BN dan PN, masing-masing memperoleh 111 dan 54 undi.

PH juga mendahului di kerusi DUN Bukit Katil yang disandang bekas Ketua Menteri, Adly Zahari daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), selain DUN Duyung dan Gadek yang disandang DAP. (BH)

PRU Melaka: Aduan, Wanita ini dilarang mengundi.

Individu buat aduan lepas dilarang mengundi di Ayer Keroh 

Low Choon Chyuan 

PRN MELAKA: Penyandang kerusi DUN Ayer Keroh Kerk Chee Yee membangkitkan aduan seorang pengundi yang tidak dapat berbuat demikian setelah diberitahu yang namanya ditanda sebagai telah mengundi. 

Ia walaupun jarinya masih belum dicalit dengan dakwat kekal. Wanita itu memberitahu Kerk yang ketika dia tiba di pusat mengundi di Dewan Bukit Beruang Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, dia diberitahu yang undi telah dibuat menggunakan namanya. 

Kerk menggesa pihak berkuasa agar menyiasat perkara itu secepat mungkin. "Wanita ini mengadu kepada kami yang dia belum mengundi dan dicalit dakwat, tetapi namanya telah dipotong. Maka dia tak boleh mengundi kali ini. 

"Saya harap perkara ini akan disiasat dan dia akan membuat laporan polis," katanya kepada Malaysiakini. Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab di pusat mengundi itu enggan mengulas perkara tersebut. 

Kerk berdepan dengan calon BN dari MCA, Yong Fun Juan dan calon PN dari Gerakan, Michael Gan Peng Lam di kerusi DUN itu. Sementara itu, PH dalam sidang media di kawasan DUN Ayer Molek mendakwa seorang wakil parti komponennya diarah keluar dari pusat mengundi. 

Mohd Bazain Yusof, 66, yang mewakili calon DUN Ayer Molek Mohd Rafee Ibrahim, berkata dia telah membuat laporan polis berkenaan perkara itu di Balai Polis Kandang. Dalam laporan yang dilihat Malaysiakini, dia mendakwa insiden itu berlaku pada pukul 10.30 pagi, di mana dia diminta oleh seorang pegawai pilihan raya yang dia perlu beredar selepas dua jam di SK Bendarhara Seri Maharaja Kandang. 

DUN Ayer Keroh menyaksikan pertembungan empat penjuru ntara Mohd Rafee, calon BN dari Umno Mohd Rahmad Mariman, calon PN dari Bersatu Mohd Fadly Samin dan calon bebas Ahmad Muaz Idris. (Kerengga)

Londeh Topik Zeti Aziz. Bagaimana Tun M, B/PM, tiada londeh-londeh?

 PRU Melaka, baca ini sebelum mengundi!

1. S'pura pulangkan AS$15.4 juta berkait 1MDB didakwa pindah ke syarikat suami Zeti

Diterbitkan:  Nov 19, 2021 11:24 PM

Singapura telah memulangkan ke Malaysia sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman - suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

SPRM mendedahkan dalam satu kenyataan hari ini kerajaan telah berjaya mendapatkan dana berkenaan tetapi tidak mendedahkan tarikh dana itu dipulangkan.

Menurut suruhanjaya pencegahan rasuah itu, dana AS$15.4 juta tersebut telah dikaitkan dengan akaun Cutting Edge Industries Ltd, yang dikatakan milik bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh.

Zeti, yang merupakan saksi dalam perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak, sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya dan keluarganya adalah palsu dan berniat jahat dan mereka tidak pernah menerima dana 1MDB.

Sebelum ini, dilaporkan Singapura telah memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai transaksi mencurigakan daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low kepada sebuah syarikat milik Tawfiq ketika Zeti masih mengetuai bank pusat itu.

Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan telah laporkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.

Dana itu dilaporkan diterima oleh Iron Rhapsody Ltd sebuah syarikat yang didakwa pemilik sebenarnya (beneficial owner) ialah Tawfiq dan salah seorang anak lelakinya.

Iron Rhapsody kemudiannya didakwa telah memindahkan dana berkaitan 1MDB kepada Cutting Edge Industries - yang juga dimiliki oleh Tawfiq dan anak lelakinya Abdul Aziz dan Aliff Ayman.

Akuan berkanun yang bocorditandatangani oleh ketiga-tiga mereka pada 2019 menyatakan mereka setuju dengan pihak berkuasa Singapura meminta perintah untuk memindahkan dana daripada Cutting Edge Industries ke akaun seperti yang ditentukan oleh 1MDB - yang pada masa itu cuba memulihkan dana yang diseleweng itu.

The Edge juga mendakwa Tawfiq dipercayai salah seorang rakan kongsi Low dalam Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC) ketika ia diasaskan pada 2007.

ADKMIC telah digunakan oleh Low antara 2011 dan 2013 untuk mengubah dana 1MDB yang diselewengkan semasa fasa Good Star.

2. Artikel Mengenai Topik Zeti Akhtar Aziz

November 13, 2021

Artikel Mengenai Topik Zeti Akhtar Aziz

COP26 | Campur tangan kerajaan penting dalam isu iklim

Penglibatan kerajaan dilihat memainkan peranan penting dalam menangani isu perubahan iklim yang sedang dihadapi dunia ketika ini. Pandangan itu disuarakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang menyokong terminologi dinyatakan oleh ahli ekonomi terkenal, Adam Smith dalam buku terbitannya 'The Wealth Of Nations' yang menjelaskan tentang cabaran kotemporari dihadapi dunia serta perubahan iklim.
November 13, 2021

COP26: Campur tangan kerajaan penting tangani isu perubahan iklim - Zeti

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyokong terminologi 'nvisible hand' diutarakan Adam Smith.
November 12, 2021

High Court dismisses Najib's bid to get documents linked to Zeti's family, Jho Low

The application was premature because Zeti was not the person on trial and she had yet to be called as a witness in the 1MDB case.
Julai 12, 2021

Najib, not ZETI, is on 1MDB trial, says prosecution in objecting to Najib's bid for documents

The prosecution in Najib's case told the High Court today that the former prime minister was the one on trial in the 1MDB corruption case, not Dr Zeti Akhtar.
Mei 31, 2021

1MDB: Permohonan dokumen Najib tiada kaitan dengan perbicaraan - Gopal Sri Ram

Dokumen yang dipohon Najib tidak relevan untuk beliau membela diri daripada pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan dana RM2.28 bilion.
Mei 31, 2021

1MDB | Pembelaan Najib pohon dokumen berkaitan 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ni mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB melibatkan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Perincian lanjut bersama wartawan terkenal Astro AWANI, Firdaus Azil di lokasi.
Mei 31, 2021

Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property

Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.
Mei 06, 2021

Zeti to retire from PNB at the end of three-year term

Zeti has officially written to the Prime Minister and chairman of YPB to express her intention not to renew her tenure upon the completion of her three-year term on April 30, 2021.
April 29, 2021

'Saya tak tahu, saya tak tahu' - Reaksi Dr Mahathir tentang tuduhan 1MDB terhadap keluarga Zeti

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa yang beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1MDB.
April 16, 2021

Najib's bid to acquire documents relating to his 1MDB case to be heard on May 31

In the affidavit affirmed by Najib relating to the second application, the Pekan MP claimed the disclosure of the Goldman Sachs settlement is crucial to his defence and his right to a fair trial.
April 16, 2021

1MDB: Polis sahkan ambil keterangan Datuk Tawfiq Ayman

Datuk Tawfiq Ayman dan seorang anaknya merakamkan percakapan di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.
April 15, 2021

1MDB: Najib's bid to seek bank documents to be heard May 20

The documents were vital and relevant to his 1MDB trial as it was not made available to his defence team before his case began.
Mac 26, 2021

Siasatan terhadap suami Zeti masih berjalan - PDRM

Siasatan terhadap Datuk Tawfiq Ayman ketika ini masih diteruskan PDRM.
Mac 03, 2021

Usaha kerajaan pinda Akta 535 hanya hilangkan keistimewaan Tabung Haji - Asyraf Wajidi

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menentang sekeras kerasnya usaha kerajaan menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuk pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Januari 15, 2021

Court issues stern warning to Najib not to attack Zeti on social media

Najib must not make statements relating to the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) trial as if the trial is in the public domain.
Januari 07, 2021

3. Terima kasih kepada Komen Rakyat dalam Blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Akhirnya SPRM sahkan Singapura pulangkan wang dari syarikat suami Zeti

Saturday, November 20, 2021

Singapura telah memulangkan kepada Malaysia sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman - suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

Menurut laporan Malaysiakini, SPRM mendedahkan dalam satu kenyataan semalam kerajaan telah berjaya mendapatkan dana berkenaan tetapi tidak mendedahkan tarikh dana itu dipulangkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga menyatakan dana AS$15.4 juta tersebut telah dikaitkan dengan akaun Cutting Edge Industries Ltd, yang dikatakan milik bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh.

Zeti, yang merupakan saksi dalam perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak, sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya dan keluarganya adalah palsu dan berniat jahat dan mereka tidak pernah menerima dana 1MDB.

Tengok camner Singapork membatu api kan barua barua nya di sini kikikiki.. Nampak gaya barua nya pakai pampers la lagi... kencing tak lawas... kikikiki

Dolu kau yang kata " When you make friend with Singapore you no needs enemy"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails