Saturday, December 04, 2021

PAS hanya bertanding satu kerusi di Sarawak

 

Tuan Ibrahim menyerahkan watikah pelantikan kepada calon PAS bagi PRN Sarawak DUN Beting Maro, Mohammad Arifiriazul Paijo di Kuching, hari ini. - NSTP/Aizuddin Saad

KUCHING: PAS hanya bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dengan mencalonkan seorang usahawan, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan itu dibuat kerana mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 yang mengehadkan kempen pilihan raya.

Katanya, turut mendorong keputusan itu ialah faktor hubungan kerjasama di peringkat kerajaan pusat yang membabitkan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Situasi COVID-19 masih menjadi ancaman besar dan situasi politik tanah air juga memerlukan suasana harmoni dan tenang bagi memberi fokus kepada usaha menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi.

"Kita ambil kira hubungan peringkat pusat yang libatkan pelbagai parti termasuk GPS, maka PAS pusat memutuskan untuk meletakkan satu calon iaitu di DUN Beting Maro," katanya dalam sidang akhbar, di sini malam ini.

PAS mula bertanding di DUN Beting Maro pada PRN Sarawak 2001 dan mencatatkan peningkatan undi dalam setiap pilihan raya.

Pada PRN 2016, parti itu kalah dengan majoriti 1,707 undi selepas meraih 3,051 undi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim, berkata tindakan PAS yang tetap mengambil bahagian dalam PRN Sarawak diyakini tidak akan mengundang masalah dalam aspek kerjasama dengan GPS di peringkat Pusat.

Katanya, sebelum ini situasi yang sama pernah berlaku pada PRN Melaka, baru-baru ini dan ia tidak menyebabkan kerjasama itu terjejas.

"Saya fikir masing-masing saling hormat menghormati, walaupun akan melawan GPS, tiada masalah dari segi kerjasama di peringkat Pusat.

"Kita tak maklumkan (terlebih dahulu) kepada parti lain, kita hormati setiap parti dan PAS buat keputusan dalam konteks parti (sendiri)," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim, berkata penyertaan PAS dalam PRN kali ini tidak boleh disamakan dengan PRN 2016 di mana parti itu bertanding di 11 kerusi kerana keadaan semasa adalah berbeza.

"Kita dapat sokongan agak baik sebelum ini tapi kali ini kita nak fokus, kerana jentera kita tak libatkan jentera luar.

"Kalau ikut prestasi terdahulu, kita ada empat ke lima kerusi yang berpotensi tetapi kita pilih mana yang terbaik dan kita harap kita berjaya," katanya.


Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

Indo sasar atasi L/Terbang Changi & KLIA

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Sumatera Utara terletak berhampiran Tasik Toba yang terkenal dan Indonesia berharap untuk meningkatkannya menjadi lapangan terbang bertaraf dunia. - Foto WIKIPEDIA

JAKARTA: Indonesia berusaha untuk mencabar Lapangan Terbang Changi, Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab serantau melalui kerjasama bernilai AS$6 bilion (RM25.39 bilion) dengan pengendali lapangan terbang India dan Perancis.

Konsortium Lapangan Terbang GMR milik Kumpulan GMR India dan Kumpulan Aeroports de Paris Perancis, minggu lalu memenangi kontrak mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Wilayah Sumatera Utara Indonesia dengan pengendali tempatan, Angkasa Pura II.

Syarikat berkenaan akan membentuk usaha sama, dikenali Angkasa Pura Aviasi dengan majoriti pegangan dimiliki Angkasa Pura II.

Angkasa Pura II dalam kenyataan media berkata, Angkasa Pura Aviasi bakal mengendalikan Kualanamu melalui 'perkongsian strategik' selama 25 tahun bernilai AS$6 bilion (RM25.39 bilion).

Syarikat baharu itu merancang mengembangkan Lapangan Terbang Kualanamu dan meningkatkan trafik penumpang tahunan daripada 10 juta pelawat ketika prapandemik COVID-19 kepada 54 juta, setanding di pintu masuk antarabangsa utama Indonesia, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di luar Jakarta, yang juga dikendalikan Angkasa Pura II.

Ia masih samar jika dibandingkan dengan 68 juta penumpang di Lapangan Terbang Changi dan 62 juta penumpang KLIA pada 2019, tetapi Indonesia berharap hubungan GMR akhirnya akan menarik sejumlah besar penumpang melakukan perjalanan antara Asia Selatan, Asia Utara dan Australia.

Timbalan Menteri Perusahaan Indonesia, Kartika Wirjoatmodjo ketika berucap di Parlimen Khamis lalu, berkata Kualanamu mempunyai kedudukan sangat strategik dan ia mempunyai kapasiti yang besar dan boleh ditingkatkan menjadi lapangan terbang bertaraf dunia.

Katanya, Kualanamu mampu menjadi pangkalan 'bagi mengurangkan penguasaan Changi dan KLIA', selain menjelaskan komitmen Lapangan Terbang GMR bernilai 56 trilion rupiah (RM16.31 bilion) untuk menyokong pengembangan itu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tempoh bagi projek itu siap sepenuhnya. - AGENSI


Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

'Perbanyakkan istighfar', puak DAP/melayu/X Islam mana faham?

 

NABI S.A.W telah memberi contoh kepada umatnya untuk memperbanyakkan istighfar. Ini kerana manusia tidak luput daripada melakukan kesalahan dan dosa, sehingga kita digalakkan untuk menjadikan istighfar sebagai amalan yang tidak lekang daripada mulut kita.

Banyak Hadis yang menyebut kelebihan beristighfar seperti mencegah turunnya azab Allah, mendapat keampunan dosa, penyelesai masalah dan memurahkan rezeki, tetapi pada hari ini saya ingin kongsikan Hadis yang menyebut bilangan istighfar yang dibaca oleh Nabi S.A.W dalam sehari.

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Nabi S.A.W bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar pada Allah dan bertaubat pada-Nya dalam sehari lebih dari 70 kali.”

(Riwayat al-Bukhari (6307))

Daripada al-Aghar al-Muzanni yang merupakan Sahabat Nabi S.A.W, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ

“Ketika hatiku malas, aku beristighfar pada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”

(Riwayat Muslim (2702))

Imam al-Qadhi bin ‘Iyadh mengatakan bahawa makna Hadis di atas iaitu ketika Nabi S.A.W dalam keadaan malas beliau membacanya seperti itu. Ertinya, beliau rutin terus mengamalkan zikir istighfar dalam setiap harinya. [Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, 17/22].

Sebagai umat Baginda S.A.W yang tidak sunyi daripada melakukan dosa dan kesilapan, sewajarnya kita sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah S.W.T pada setiap masa.

Mari kita melazimkan diri beristighfar memohon keampunan kepada Allah. Kalau kita tidak dapat beristighfar banyak, pastikan sekurang-kurangnya kita ada beristighfar walaupun sedikit. Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita dan meluaskan rezeki kita.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 2/12/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/412578727095840/posts/456608766026169

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Perbanyakkan istighfar', saran Menteri JPM (HEA) kepada umat Islam Malaysia. Puak-puak DAP/melayu atau X Islam faham ke erti tafsir 'Perbanyakkan Istighfar' itu di kalangan pimpinan negara umat ini? Bagaimana nak jadi pemimpin negara umat Islam dan menghayati kalimah tersebut?

Tanyalah imam atau pemimpin kamu Lim Guan Eng? Bolehkah terus pimpin umat ini jadi Khalifah hingga ke akhirat?

Afghan: Wanita X boleh dipaksa kahwin. Wanita kerja?

 

Anggota Taliban di pasar menjual burung di Kabul. - Foto AFP

Wanita tak boleh dipaksa berkahwin

AFGHANISTAN: Taliban mengeluarkan fatwa menegah kahwin paksa, manakala wanita tidak wajar dianggap sebagai harta dan persetujuan wanita mesti diperolehi, jika mahu dinikahi.

Namun, Taliban belum menjelaskan hak wanita untuk bekerja dan mendapat pendidikan tinggi, selepas kumpulan itu kembali menguasai Afghanistan pada pertengahan Ogos lalu.

Perintah itu diumumkan baru-baru ini oleh pemimpin mereka, Hibatullah Akhunzad, yang dipercayai berada di Kandahar.

"Kedua-dua (wanita dan lelaki) perlu sama rata. Tiada sesiapa boleh memaksa wanita berkahwin secara paksaan atau di bawah tekanan," kata arahan itu seperti yang dilaporkan dalam portal Al-Jazeera.

Bagaimanapun perintah itu tidak menyebut umur minimun untuk berkahwin, yang sebelum ini ditetapkan pada usia 16 tahun.

Taliban juga menyebut, seorang balu dibolehkan berkahwin selepas 17 minggu apabila kematian suaminya, dan diberi pilihan untuk memilih suami baharu.

Tradisi lama negara itu ialah seorang balu mengahwini seorang daripada saudara lelaki atau saudara mara bekas suaminya, sekiranya lelaki itu meninggal dunia.

Kepimpinan Taliban juga mengarahkan mahkmah Afghanistan untuk melayan wanita dengan adil, khusus apabila balu memohon pemilikan harta pusaka.

Agensi kerajaan juga menyebarkan kesedaran mengenai hak wanita dalam kalangan rakyat mereka.

Perkembangan baharu itu dilihat sebagai saat penting yang diperjuang oleh dua wanita terkemuka Afghanistan, namun timbul persoalan sama ada Taliban akan memperluas hak wanita dalam sektor pekerjaaan pendidikan.

"Ini langkah besar, terbesar. Jika ia dilakukan seperti yang sepatutnya, ini kali pertama mereka mengeluarkan perintah seperti sedemikian," kata Mahbouba Seraj, Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Skil Wanita Afghanistan.

Masyarakat antrabangsa membekukan dana berbilion dolar untuk Afghanistan menyatakan, hak wanita dan kemanusian perkara penting sebelum memberi kerjasama kepada negara itu.

Seraj turut berkata, sebelum Taliban menguasai negara itu pada 15 Ogos lalu, ahli politik negara berkenaan bergelut untuk membentuk dasar jelas mengenai hak wanita dalam perkahwinan. - Agensi

Kanak-kanak berdiri di rumah kelahiran Ketua Taliban, Hibatullah Akhundzada di Kampung Sperwan, Kandahar. - Foto AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada asasnya ajaran Islam di seluruh dunia sama saja. Pokoknya sama, kecuali ranting dan cabang mengikut keadaan keliling, suasana atau tempat. Contohnya mengenai hukum wanita berkerja dalam Islam. Kalau berbeda pun hanya soal ranting, tak perlu bising-bising.

Di Malaysia bagaimana hukum wanita berkerja dalam Islam?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-304: 

HUKUM WANITA BERKERJAYA

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum wanita bekerja menurut Syarak?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam melayari bahtera kehidupan, sebagai manusia yang bersifat sebagai masyarakat madani, maka perjalanan adalah sentiasa menuju ke arah ketamadunan dan kemodenan di samping susun atur kehidupan bermasyarakat. Maka kerjaya adalah salah satu perkara sebagai manusia yang melaksanakan pelbagai bentuk pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bahkan bagi menambahkan keselesaan. Pada zaman dahulu, pekerjaan adalah melalui pertanian, penternakan dan juga perniagaan. Ketiga-tiga bidang ini kemudian dikembangkan lagi dengan lebih khusus mengikut keperluan semasa.

Tugas pekerjaan bagi sesebuah keluarga pada awalnya dipikul oleh suami atau bapa. Ini sudah menjadi uruf dan adat. Begitu juga tradisi kebanyakan kaum serta bangsa. Akan tetapi setelah arus kemajuan serta kehidupan mula berubah, wanita dan lelaki seolah-olah seiring bahkan berlumba-lumba sepertimana dalam bidang pendidikan serta mencari peluang pekerjaan.

Justeru, kami bahaskan secara khusus pada kali ini berkaitan dengan isu wanita yang bekerja. Secara umumnya wanita juga bekerja pada peringkat awal sebagai membantu kepada suaminya dalam menyelesaikan isu keteraturan rumahtangga. Dengan sebab itu, perempuan digelar rabbatul bait. Kerjanya adalah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, mengasuh anak-anak bahkan sebahagiannya pula bercucuk tanam di hadapan rumah, menjalankan ternakan ayam, itik dan sebagainya yang menjadi penghasilan kepada masyarakat sekitar. Ini biasa dilakukan oleh wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kemudian wanita mula menceburi dalam bidang perguruan serta kerjaya yang bersesuaian. Sebahagian mereka melaksanakan perniagaan dengan mengambil kira apa yang dilakukan oleh Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah R.Anha sebagai salah seorang tokoh korporat yang berjaya. Begitu juga, melihat peranan oleh al-Syifa’ R.Anha yang menjadi penyelia kepada pasar. Ada juga dalam kalangan sahabat yang membantu merawat tentera yang terluka dan cedera dalam peperangan. Begitu juga menjadi bidan kepada wanita yang bersalin seperti Ummu ‘Atiyyah.

Justeru, kerjaya bagi wanita tidaklah pelik dan bukanlah asing. Kami catatkan di sini kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya (Fatawa Mu’asirah (terj.), 2/202-205) yang menyebut: Walau bagaimanapun kerjaya pertama dan terbesar wanita yang tidak dapat disangkal dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pesaing adalah mendidik seluruh generasi. Tugas ini disediakan oleh Allah SWT untuk wanita secara fizikal dan mental. Wanita perlu untuk tidak disibukkan daripada mesej agung ini dengan kesibukan isu kebendaan ataupun moral walau apa cara sekalipun. Ini kerana, tiada sesiapa yang mampu mengambil alih tempat wanita dalam tugas besar ini. Pada tugas ini juga terletaknya masa hadapan umat Islam. Melalui tugas ini juga terbentuknya kekayaan-kekayaan terbesar, iaitu kekayaan umat manusia.

Semoga Allah SWT merahmati penyair Mesir, Hafiz Ibrahim ketika beliau bermadah:

Ibu itu adalah sekolah jikalau dia menyediakannya

Menyediakan sebuah masyarakat yang baik asasnya

Tugas wanita juga adalah menguruskan rumah tangga dengan membahagiakan suami. Selain itu, membentuk sebuah keluarga bahagia yang berasaskan ketenangan, kemesraan, dan kasih sayang. Dicatatkan, wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.

Ini tidak bermakna pekerjaan wanita di luar rumah adalah haram menurut syarak, kerana tiada sesiapa pun boleh mengharamkan sesuatu tanpa ketetapan syarak yang betul dan pembuktian yang jelas. Sedangkan asas untuk semua perkara dan perbuatan biasa adalah harus. Ini seperti mana yang sudah kita ketahui.

Dengan asas inilah kita katakan, sebenarnya pekerjaan wanita itu sendiri asalnya dibolehkan. Iaitu ia boleh jadi tuntutan sunat ataupun wajib sekiranya wanita itu memerlukannya. Contohnya, balu ataupun janda yang tiada sumber pendapatan dan orang yang menanggung, sedangkan dia berkemampuan bagi meraih pendapatan yang dapat mencukupkan tuntutan keperluan ataupun kebajikannya.

Selain itu, boleh jadi keadaan keluarga wanita itu memerlukan dia bekerja seperti membantu suami, mendidik anak-anak ataupun adik beradiknya yang masih kecil, ataupun membantu bapanya yang sudah tua. Contohnya, kisah dua orang anak perempuan seorang lelaki tua yang dinyatakan Al-Quran dalam surah Al-Qasas. Kedua-dua anak perempuan itu mengambil alih tugas bapa mereka dengan menggembala kambing:

قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Maksudnya: Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga para penggembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

Surah Al-Qasas (23)

Begitu juga dengan kisah Asma' binti Abu Bakar, pemilik dua tali pinggang (gelaran untuk Asma') yang membantu suaminya, Zubair bin Al-Awwam menguruskan kuda dan memahat batu bagi meleraikannya. Ini sehingga beliau sanggup memikul batu di atas kepala bagi membina dinding kebun yang sejauh jarak dari Madinah.

Boleh jadi juga keadaan masyarakat itu sendiri yang memerlukan tugas wanita seperti mengubati dan merawat golongan wanita, mengajar anak-anak perempuan, dan segala tugas yang seumpama dengannya, yang mengkhususkan kepada golongan wanita. Namun apa yang paling utama, wanita bekerja sesama wanita, bukan bersama lelaki.

Manakala penglibatan lelaki dalam beberapa situasi tertentu adalah antara bab terdesak yang perlu ditetapkan had batasan, dan bukan menjadi satu kaedah tetap.

Apabila kita membolehkan wanita bekerja, maka ia perlu dibatasi dengan beberapa syarat:

-Pekerjaan itu sendiri adalah pekerjaan yang mengikut syarak. Pekerjaan itu sendiri tidak haram ataupun cenderung ke arah melakukan yang haram. Contohnya, wanita yang bekerja sebagai orang gaji kepada lelaki bujang, setiausaha khas kepada seorang pengarah yang memerlukan mereka berdua-duaan. Selain itu, penari yang merangsang segala nafsu dan keinginan dunia, pekerja kelab-kelab yang menghidangkan arak yang dilaknat oleh Rasulullah SAW. Sama ada pemberi minum, pembawa, dan penjualnya. Juga, pramugari kapal terbang yang tugasnya memerlukan dia menghidang benda-benda memabukkan dan bermusafir jauh tanpa mahram yang menyebabkan dia perlu bermalam seorang diri di negara-negara Barat. Ataupun segala jenis pekerjaan selain daripada itu yang diharamkan oleh Islam kepada wanita, terutamanya ataupun kepada semua golongan lelaki dan wanita.

-Sentiasa menjaga adab wanita Muslimah apabila keluar dari rumah. Sama ada dari segi penampilan, gaya berjalan, pertuturan, dan pergerakan. Firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;

Surah al-Nur (31)

Firman Allah SWT:

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ

Maksudnya: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

Surah al-Nur (31)

Firman Allah SWT juga:

فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Maksudnya: Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Surah al-Ahzab (32)

-Jangan pula pekerjaan itu menyebabkan mereka mengabaikan pekerjaan-pekerjaan lain. Contohnya seperti kewajipan mereka kepada suami dan anak-anaknya, iaitu kewajipan pertama mereka yang menjadi pekerjaan asas wanita. (Lihat Fatawa Mu’asirah –terj., 2/202-205)

Walaupun begitu, suka kami tegaskan, wanita yang berkerjaya mestilah memahami tugas hakiki sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya yang inginkan dambaan kasih sayang serta bantuannya ketika berada di rumah. Ini akan melahirkan perasaan kasih sayang, rahmah dan sakinah di alam rumahtangga yang akan menatijahkan Baiti Jannati. Memahami tanggungjawab dan hak sebagai ibu atau isteri serta dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin sudah tentu ia akan lebih dihormati dan perjalanan kehidupan kekeluargaan dalam keadaan harmoni.

Akhir kalam, kami menutup perbincangan ini dengan berdoa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah al-Furqan: 74)

Sekian.

Hapuskan 'barua DAP@LeeKwanYew'?

 

PM Lee Hsien Loong on Mr Lee Kuan Yew: 'When you needed him, he was there.', Singapore News & Top Stories - The Straits Times (atas)

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

Musuh Islam seperti puak kafir harbi dan puak munafiqun liberal adalah kepala bapak hipokrit @ pendusta lidah biawak kerana mereka berpura-pura meminati atau mengasihi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malangnya strategi kotor mereka menggunakan nama Nik Abdul Aziz untuk menyerang, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam telah gagal kerana musuh Islam ini selalu menyerang, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam , menafikan hak umat Islam dan menyokong dan membela pelbagai bentuk kemungkaran (termasuklah industri dosa besar) dan kesesatan.

Sebaliknya, tuan guru Nik Aziz adalah pejuang Islam yang berusaha menegakkan agama Islam , membela hak umar Islam, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran.

Oleh sebab itu umat Islam perlu bersikap bijaksana dan berhati-hati dengan pelbagai bentuk tipu daya yang dicipta oleh puak musuh Islam untuk mendapatkan kuasa untuk menindas Islam dan umat Islam.

Cukuplah rakyat dikencing hancing selama 22 bulan. Bau hancing masih lagi belum hilang dan ditambah pula dengan kencing baharu.

Anonymous said...

Kalau Lee Kwan Yew tidak percaya pada kaum Melayu di Singapura kenapa kita di Malaysia terhegeh hegeh memberi kepercayaan pada kaum Lee Kwan Yew warga Malaysia disini.!?

Ini lah musibah bila urusan Kerajaan diberi kepercayaan pada kaum LeeKwanYew@Jho Low. Fakta dalam Kes 1 MDB cukup cukup lah orang Melayu dan pemimpin Melayu beri muka pada kaum Cina@LeeKwanYew ini..!!

Kisah Yang Tidak Terungkai Tentang Gabnor Bank Negara Malaysia Zetigate, Tommy Tomas dan Tun Mahathir dengan 'Rules of Law Pha Chu Cheng' cap ayam Kerala..!!

Pada 19 November 2021, SPRM mendedahkan senarai lebih 300 individu dan entiti Cina (saya ulang bukan 3 ekor bukan 30 ekor Cina yer tapi 300 ekor orang Cina..!! Nak ker lagi percayakan kaum Cina Jho Low ni..!? Sudah sudah lah tuhh percayakan kaum Jho Low ini bila berurusan dengan mereka.!! )

(Tak serik serik lagi kena main dng kaum Jho Low nih wooii..!!) 300 individu itu terutama nya dari Pulau Pinang, yang banyak menerima kira-kira RM800 juta wang 1MDB afalah kaum Jho Low ini, tetapi tiada satu tindakan diambil terhadap kaum Jho Low ini untuk mendapatkan semula wang itu.

Cukup cukup lah, sudah sudah lah, enough lah wahai pemimpin2 Melayu kat Malaysia ini apa sial kau orang masih percayakan pada kaum Cina Jho Low di negara ini..?

Kau orang tak serik serik lagi ker kena main dengan kaum Jho Low ini..!?

Kaum Jho Low sedang tepuk tangan saksikan kebodoh bangangan pemimpin Melayu barua belaan mereka dipermainkan dan bercakaran sesama Melayu..!!

Skg Jho Low tengah ketawa terbahak guling guling tengok betapa lemah nya pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri..

Sebelum PRU 14 berguling guling pemimpin walaun dan barua bangsa Jho Low terpekik terlolong tangkat Jho Low, Nif Faisal dll.

Nampak tak sekarang betapa bodoh bangangnya dalam tempoh 22 bulan pemimpin ultra lusui dan lusuh bila PH berkuasa dan Jho Low lesap sambil tepuk tangan melihat kebodoh bangangan pemimpin2 Melayu berantakan sesama ssndiri...

Kau orang tak serik serik lagi ke kena main dengan kaum Cina LeeKwanYew@DAPJho Low ni..!?

PRU 15 masa kita hapuskan barua barua DAP@LeeKwanYew

Friday, December 03, 2021

Vietnam tumpas kripto AS$3.8 bilion, M'sia makin diyakini.

 

Gambar hiasan Bitcoin di pusat pertukaran matawang kripto di Istanbul, Turki. - Foto AGENSI

1. Polis Vietnam tumpas sindiket matawang kripto AS$3.8 bilion

HO CHI MINH: Polis Vietnam menumpaskan sindiket matawang kripto paling besar bernilai sekitar AS$3.8 bilion (RM16.1 bilion), lapor media tempatan hari ini.

Dalam operasi pihak berkuasa bagi membanteras perjudian haram yang berleluasa di negara itu, 59 orang ditahan dekat hab perniagaan selatan di bandar Ho Chi Minh, atas dakwaan merekrut orang untuk membuat pertaruhan melalui media sosial.

Menurut akhbar rasmi polis bandar berkenaan, sindiket perjudian itu dilaporkan sebagai yang terbesar pernah dibongkar oleh polis Vietnam.

Media tempatan melaporkan mereka yang terbabit diarah membeli dompet matawang kripto sebelum membuat pertaruhan.

Mereka kemudian diminta menukar wang kepada satu daripada dua matawang digital, Ethereum atau USDT, juga dikenali sebagai Tether, sebelum bertaruh secara dalam talian menerusi Swiftonline.live atau Nagaclubs.com.

Untuk menarik minat pemain baharu, dalang sindiket menyiarkan gambar kereta, rumah dan pesta mewah menerusi rangkaian media sosial.

Bagi meyakinkan pemain baharu, dalang perjudian itu turut menawarkan pakej insurans dengan janji akan membayar balik wang sekiranya mereka tidak menang selepas enam permainan.

Sewaktu ramai pemain leka bertaruh, ketua sindiket itu bertindak meranapkan sistem laman sesawang untuk mencuri wang daripada dompet digital dan mengelak dikesan polis.

Anggota polis bertindak menyita 55 komputer riba dan komputer, 39 telefon bimbit dan tujuh kereta mewah milik kumpulan itu di bandar Ho Chi Minh.

Memetik laporan media tempatan, kumpulan sama juga mempunyai rangkaian perjudian berskala besar di banyak wilayah lain serta bandar di seluruh negara itu.

Kerajaan komunis Vietnam mula melonggarkan peraturan bagi kegiatan perjudian tempatan dengan membenarkan rakyat negara itu berjudi di kasino dan membuka beberapa premis perjudian.

Bagaimanapun, negara itu cuma mengharamkan judi dalam talian dan judi kad persendirian.

Walaupun tindakan keras kerap diambil bagi membanteras perjudian haram, sindiket didalangi warga tempatan mahupun asing terus berkembang.

Tahun lalu, polis menumpaskan sindiket judi kad berskala besar yang bernilai AS$2.6 bilion (RM11 bilion). - AFP

2. Pasaran kripto semakin diyakini pelabur Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelabur di negara ini, khususnya golongan muda semakin yakin melabur dalam aset digital seperti mata wang kripto.

Ia susulan pelaburan dalam mata wang berkenaan meskipun memiliki kadar naik-turun yang tinggi, namun ia mempunyai beberapa ciri menarik yang menjadikannya sebagai aset pelaburan alternatif selain daripada pelaburan tradisi seperti saham dan komoditi.

Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Aaron Tang, berkata pihaknya mendapati pelabur Malaysia semakin yakin dengan idea menggunakan mata wang kripto sebagai kaedah yang sesuai untuk mencapai dan mengekalkan kekayaan dalam jangka panjang.

Katanya, 62 peratus daripada pelabur semasa menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk melabur dalam aset alternatif seperti mata wang kripto sebagai salah satu cara untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

"Selanjutnya, 37 peratus responden tertarik kepada keupayaan mata wang kripto sebagai pelaburan jangka panjang dan 40 peratus menyatakan bahawa penggunaan mata wang kripto sebagai simpanan nilai alternatif adalah antara ciri menarik yang turut dimiliki oleh aset digital itu.

"Tambahan lagi, rakyat Malaysia mempunyai kesedaran mengenai pengurusan risiko apabila melabur di dalam mata wang kripto. Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa hari di mana beribu-ribu rakyat Malaysia mendaftar akaun Luno setiap hari.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat berminat dengan mata wang kripto sebagai kelas aset pelaburan," katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Aaron berkata, pihaknya percaya penyertaan dalam pelaburan mata wang kripto akan terus meningkat jika pihak kerajaan dan industri meningkatkan usaha menggalakkan inisiatif pendidikan kewangan bagi mendidik masyarakat dengan lebih baik mengenai aset alternatif.

Katanya, menurut tinjauan, 34 peratus daripada mereka yang tidak melabur pada ketika ini menyatakan bahawa mereka akan mula melabur dalam mata wang kripto jika ada pendidikan kewangan yang lebih baik mengenai bagaimana untuk berdagang aset digital dengan betul.

"Sementara itu, 46 peratus daripada kumpulan yang sama berharap bahawa bursa aset digital yang dikawal selia tempatan akan turut menampilkan lebih banyak lagi sumber pendidikan kewangan yang mudah difahami.

"Ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak pengawal selia dan industri, bagi mempersiapkan para pelabur runcit dengan lebih baik untuk pasaran mata wang kripto.

"Walaupun ianya adalah satu petanda yang baik bahawa kebanyakan pelabur runcit memahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan mata wang kripto dan cuba untuk menanganinya sebaik mungkin, kami merasakan bahawa jumlah pelabur yang benar-benar menjalani langkah penting ini adalah masih rendah," katanya.

Tambahnya, memandangkan semakin ramai pelabur runcit mula menunjukkan minat dalam aset digital, kami yakin bahawa ianya adalah sangat penting pada ketika ini untuk meningkatkan usaha dalam menggalakkan inisiatif celik kewangan bagi mendidik masyarakat mengenai potensi kegunaan kriptowang dengan lebih baik, serta strategi yang boleh digunakan untuk mengurangkan pendedahan risiko.

Luno Malaysia menjadi penyedia perkhidmatan kripto pertama di Malaysia yang memperoleh kelulusan penuh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada akhir 2019.

Menerusi platform Luno, ia menawarkan akses kepada pengguna di Malaysia melakukan tukaran ringgit kepada mata wang digital iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple serta Litecoin dan menguruskan dagangan aset mata wang kripto itu menerusi platformnya.


Lihat juga..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.