Selingan tambahan
Saturday, December 18, 2021
Maaf, siaran terhenti sementara, Ibnu Hasyim berada di luar kawasan...
Gadis diirogol 400 lelaki. Kembalilah, kepada perundangan Islam
SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa menjadi mangsa rogol 400 orang lelaki. Lebih mengejutkan apabila mengetahui perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan kesemua suspek dalam tempoh enam bulan. Kejam!
Memetik laporan India Today, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Tetapi malangnya, mangsa yang berasal dari India ini mendakwa dirinya sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual oleh salah seorang anggota polis yang bertugas. Difahamkan, mangsa kini sedang hamil dua bulan.
Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak yatim itu telah tinggal bersama si ayah selepas ibunya meninggal dunia dua tahun lalu. Meskipun pada ketika itu dia baru berusia belasan tahun, gadis ini dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin. Namun siapa sangka, dia kemudian terpaksa menanggung derita selepas mendirikan rumah tangga kerana kerap menjadi mangsa pukul si suami dan keluarga mentuanya.
Buat laporan, polis ambil ‘kesempatan’ di India
Setahun kemudian, dia membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan si bapa tapi malangnya lelaki itu enggan untuk menjaganya kembali. Susulan daripada itu, gadis ini telah berpindah ke Stesen Bas Ambajogai, India selama enam bulan. Pada ketika itulah, dia mendakwa menjadi mangsa rogol 400 orang lelaki.
Dakwanya lagi, dia sudah cuba membuat laporan polis berhubung kejadian tetapi tidak dilayan. Namun sebaliknya yang berlaku apabila dia mendakwa ada seorang anggota polis mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Saya telah didera oleh ramai orang. Saya pergi ke balai polis Ambajogai beberapa kali untuk membuat aduan, tetapi polis tidak mengambil tindakan terhadap pesalah. Sebaliknya, saya diganggu oleh seorang anggota polis.
Difahamkan, kes ini telah difailkan di bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-kanak. Bapa dan saudara-mara mangsa kemungkinan akan dikenakan tindakan kerana memaksa mangsa berkahwin ketika di bawah umur. Sehingga kini, seramai tiga orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.
Sumber: India Today
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rogol dan penyelesian di Malaysia.
ISLAM merupakan agama yang cukup menjaga soal nasab, keturunan serta maruah. Malah penjagaan tersebut dikategori sebagai salah satu dari 5 perkara asas darurah yang dikenali sebagai ad-daruriyatul khams (الضروريات الخمس).
Tanpa 5 perkara penjagaan ia iaitu agama, nyawa, akal, nasab keturunan termasuk maruah serta harta akan membawa kebinasaan dan kehancuran dalam kehidupan.
Mengejutkan
Mengejutkan apabila laporan akhbar Astro Awani pada 2 Julai 2019, mengenai kes rogol budak darjah 6 iaitu berusia 12 tahun ke atas budak berusia 4 tahun akibat bahana menonton video di telefon bimbit.
Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Para ulama berselisih pandangan akan hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak.
Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam.
Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul.