Sunday, January 02, 2022

12 lagu ke pentas AJL36. Masih X patuh syariah, perlu belajar?

 

Aina, Haqiem dan Naim mara ke pentas AJL36 menerusi dua lagu nyanyian. - Foto Ihsan TV3

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Komposer generasi baharu terus mengungguli keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang diumumkan menerusi siaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Sebanyak 12 lagu bakal berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.

Penyanyi Aina Abdul yang pernah diangkat pemenang tempat kedua AJL35 menerusi lagu Semalam, tahun lalu, berjaya menempa dua tiket ke peringkat akhir menerusi lagu Sepi.

Lagu Sepi ciptaan Aina, manakala lirik menyaksikan kolaborasi Aina bersama Wan Zakaria. Manakala lagu duetnya bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta ciptaan Aina bersama Khai, manakala lirik gabungan Aina, Khai dan Wan Zakaria turut bolos ke AJL36.

Turut mengekori, Aina dengan dua pencalonan ialah penyanyi dan komposer muda, Naim Daniel menerusi lagu Purnama. Lagu Purnama ciptaan dan lirik Naim bersama Amzar Razqa.

Manakala, lagu kolaborasi Naim bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli berjudul Lara turut berjaya melangkah ke AJL36. Lara ciptaan Hael dan MFMF, manakala lirik oleh Hael, Naim dan Haqiem.

Sementara itu, menepati ramalan, satu lagu lagi nyanyian Haqiem berjudul Mimpi turut memburu gelaran juara lagu. Mimpi ciptaan Haqiem, manakala lirik ditulis oleh Haqiem bersama Datuk A Aida.

Turut bersaing, lagu Boneka nyanyian Ernie Zakri ciptaan dan lirik oleh Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat dan lagu Salahku nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh komposer muda, Yonnyboii.

Lagu Angkara ciptaan Sharon Paul, manakala lirik oleh Fedtri Yahya dan Nana Alias yang didendangkan Siti Nordiana turut mara ke pentas akhir, selain lagu Cinta nyanyian Marsha Milan ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim, manakala lirik Hang Nadim.

Lagu Boneka nyanyian Ernie ciptaan dan lirik oleh Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus turut mara ke pentas AJL36. - Foto Ihsan TV3

Tidak ketinggalan, lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishammuddin dinyanyikan oleh SOG dan Shila Amzah.

Keunikan lagu Intan Payung dendangan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berkolaborasi dengan penyanyi rap, Bunga Isme ciptaan Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa, manakala lirik oleh Bunga dan Siqma.

Lagu Aewo menampilkan kolaborasi Shiha bersama Noki K-Clique ciptaan Ezra Kong dan lirik oleh Ezra dan Noki juga bakal berentap pada malam kemuncak AJL36 yang belum diumumkan tarikh penganjurannya.

Semua lagu dinilai oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail bersama Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Sementara itu, lagu Nafas Cinta dendangan Khai dan Aina dipilih sebagai Lagu Pilihan Noir yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 dan barangan eksklusif Noir.

Pemilihan dibuat menerusi undian penonton yang mengundi lagu kegemaran dalam kedua-dua episod SFMM36 dengan mengimbas Kod QR yang tertera ketika siaran berlangsung.

Dihoskan Alif Satar dan Sissy Imann, SFMM36 menyaksikan 30 lagu bertanding menerusi dua episod yang berlangsung kelmarin dan malam tadi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama bagi Persekutuan, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. 

Hiburan di Malaysia masih tak patuh syariah? Kerajaan Pusat kena belajar dari Kerajaan Kelantan/Terengganu pimpinan PAS? 'Patuh syariah'kan hiburan di Malaysia menurut tuntutan majoriti hak pribumi Islam rakyat Malaysia...

Allahu 'akbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails