BUKIT MERTAJAM, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada DAP ditahan selepas disyaki positif dadah.
Difahamkan, ahli politik itu ditahan dalam operasi polis di sebuah kelab malam yang beroperasi menggunakan lesen restoran, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan ADUN Perak itu ditahan ketika serbuan bersama 35 lagi individu lain berusia antara 21 hingga 70 tahun.
Dia dalam lingkungan usia 50-an dibawa ke mahkamah Bukit Mertajam untuk reman pada pagi tadi. (14 Januari).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ADUN itu akan dibebaskan sementara menunggu laporan patologi siap.
“Ujian awal akan diserahkan kepada pakar patologi untuk pengesahan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. ADUN DAP itu menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum 2018.
2. Kakitangan kerajaan didakwa lakukan seks oral ke atas budak lelaki dalam tandas. KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didakwa dibicarakan atas pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang budak lelaki berusia 15 tahun di dalam tandas sebuah bangunan kerajaan di sini.
Sharif Hardi Roman Sh Miasin mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim mahkamah seksyen Azreena Aziz melalui Zoom hari ini. Lelaki berusia 34 tahun itu didakwa melakukan seks oral terhadap budak lelaki itu di tandas VVIP di bangunan Jabatan Pendaftaran Negara di sini pada 4.40 petang, 4 Jan lepas.
Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Azreena menetapkan pengurusan kes pada 17 Feb. Mahkamah turut membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.Sharif, yang tidak diwakili peguam, akan ditahan reman sekiranya gagal menjelaskan jumlah tersebut.
Tertuduh diarah melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan tidak mengganggu saksi. Dia juga dikehendaki menyerahkan pasportnya sehingga kes itu dilupuskan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan.
3. Jihad Caprice dengan tayang wanita joget?
“Apa Hukum Tayang Wanita Joget Ye?” – Lancar Muzik Video Baru, Netizen Perli ‘Jihad’ Caprice Malam semalam, muzik video single terbaru Caprice berjudul ‘Ayah’ telah pun dilancarkan.
Lagu tersebut adalah kolaborasi Caprice bersama beberapa penyanyi lain iaitu SonaOne, Zynakal dan Tujuloca. Melalui Instagram, pemilik nama Ariz Ramli itu telah menerangkan tujuannya menerbitkan lagu berkenaan adalah untuk berjihad dan pada masa yang sama, mahu memberi pengajaran kepada orang ramai.
Katanya lagi, meskipun sering diperli atau dikecam tentang ‘jihadnya’ itu dia sama sekali tidak akan berhenti kerana sejak dulu sememangnya Caprice suka berjihad menerusi karyanya.
Menurut Caprice lagi, dia tidak akan berhenti berbuat sedemikian kerana niatnya berjihad itu bukanlah demi manusia. Entri tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di mana ada yang menyokong namun sesetengah individu dilihat memerlinya di ruangan komen.
Yang tak habis habis perli jihad kita, I will never stop “jihad in education” since kita bukan buat tu demi manusia.” Kebanyakan daripada mereka dilihat menyindir Caprice serta ada yang merasakan apa dilakukan olehnya itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka turut berkata penari wanita di dalam muzik video tersebut yang tidak menutup aurat dan dikatakan seksi, tidak sesuai konteks ‘jihad’.
Ada yang dilihat menegurnya dan berkata teguran dari seseorang individu itu bukanlah kerana mereka sempurna mahupun ahli syurga. Apa pendapat anda tentang isu ini? (mykmu.net/)
5 comments:
Ada sorang presiden tu, dia pun buat kerja terkutuk tu. Anak buah ikut jadikan teladan. Kalau presiden nak nasehat anak buah jangan buat kerja terkutuk itu, nanti anak buah smash balik. CERMIN MUKA DULU.
KESALAHAN :
1. ISAP DADAH
2. LANGGAR SOP COBIT MKN
3. PEMILIK RESTORAN JADI CLUB
4. PENGARUH ALKOHOL
TUNGGU TOKONG BAGI UCAPAN ALU ALUAN SPT DLM KES AZAM BAKI ATAU DIAM BISU SEPERTI DLM KES AMLA ZETI DAN KETERUNAN PENYAMUN NYA
Exco agama selangor dari pakatan hancing suruh imam letak jawatan sebab imam itu mandikan anak muda yg curi duit tabung masjid dan positif dadah. Bukankah imam telah dilantik bukan sahaja untuk mengimamkan solat, tapi juga sebagai delegation untuk menjaga keharmonian masyarakat. Bukankah ibu remaja sudah berterima kasih kepada imam tersebut kerana telah memberi pengajaran kepada anaknya yg juga seorang penagih.
Nampaknya exco pakatan mempertahankan pelaku kesalahan dan bertindak aggresive terhadap orang agama. Sukar untuk team ph membawa tamadun berakhlaq kerana presiden ph adalah individu yg bermasalah. Budaya pertahan pesalah adalah budaya legasi komunis. Rakyat selangor kena tolak kerajaan yg memupuk kesalahan jenayah masyarakat yg menormalisasikan kejahatan dah rendah etika.
Mengapa puak kencing rakyat selama 22 bulan belum CERMIN MUKA DULU ? Belum insaf atau bodoh sombong atau memang kaki kencing dari waktu kanak-kanak hingga dewasa ?
Abang besar roket, abang besar liberal mata satu dan abang besar syiah mahzab kuali dan barua-barua mereka perlu CERMIN MUKA DULU sebelum menfitnah dan memburuk-burukkan orang lain kerana mereka pernah kencing rakyat selama 22 bulan. Jari mereka sibuk menunjukkan tahi hidung orang lain tetapi punggung mereka sendiri penuh tahi yang mengeluarkan bau busuk yang sangat meloyakan rakyat.
Post a Comment