Sunday, January 09, 2022

Apabila media menjadi hakim -Presiden PAS

 

MUTAKHIR ini kita menyaksikan bagaimana peranan media dalam menyebarkan berita salah laku seseorang, sebelum ia dibawa kepada penentuan badan kehakiman. Pendekatan yang dilakukan itu berkonsepkan kebebasan media yang diamalkan oleh dunia Barat yang mendukung konsep demokrasi, bahawa suara rakyat adalah suara Tuhan.

Slogan tersebut bertemakan konsep demokrasi purba yang telah diperbaharui semula sepertimana ungkapan berikut:

“Vox populi, vox Dei (the voice of the people is the voice of God).”

Apakah semua ciptaan Barat boleh diikut secara semberono, sehingga membentuk persepsi yang mencelarukan dan mewujudkan naratif yang salah serta sesat lagi menyesatkan?

Islam memuliakan manusia dengan akal dan ilmunya, namun mewajibkan mereka berpandukan hidayah (petunjuk) Allah SWT kerana manusia itu banyak kelemahannya. Hanya segelintir daripada kalangan mereka sahaja yang berilmu, sedangkan majoritinya pula tidak berilmu.

Sehinggakan, Allah SWT memberikan suatu peringatan kepada Rasulullah SAW iaitu manusia yang terpilih dengan firman-Nya:

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ  لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ٤٩ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ٥٠

“Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka, jalankanlah hukum antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah kamu mengikut kehendak hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kalian, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat (aturan) dan jalan agama. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kalian dijadikan satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kalian (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kalian. Oleh itu, berlumba-lumbalah kalian dalam membuat kebaikan. Hanya kepada Allah jualah tempat kembali kalian semuanya, maka diberitahukan-Nya kepada kalian akan apa yang kalian perselisihkan itu. (48); Dan hendaklah kamu menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sebahagian hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian, jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mahu menimpakan musibah ke atas mereka disebabkan sebahagian daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan manusia itu adalah orang-orang yang fasiq. (49); Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang berkeyakinan; tiada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah. (50)” (Surah al-Ma’idah: 48-50)

Islam mewajibkan maruah manusia itu dihormati termasuklah mereka yang sudah nyata melakukan kesalahan kerana adalah berdosa sekiranya seseorang yang bersalah itu tidak dihormati. Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang tidak bersalah, maka lagi besar dosanya.

Namun, masyarakat Barat yang sekular tidak mempunyai sebarang perhitungan soal dosa dan pahala. Adakah kita mahu menjadi rosak di dunia atau dihumban ke neraka di akhirat sepertimana mereka yang sesat fikirannya?

Islam meletakkan neraca keadilan dengan cara yang dipelihara melalui badan kehakiman dan sistemnya yang mengawal keadilan agar terpelihara dengan sebaik-baiknya. Pada masa yang sama, menghalang berlakunya kezaliman oleh kalangan mereka yang meremeh-temehkan proses undang-undang.

Islam menegaskan bahawa seseorang yang dituduh masih dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Maka, peranan media yang mengheret masyarakat awam supaya menghukum seseorang itu bersalah sebelum disabitkan hukuman adalah sangat besar dosanya.  

Allah SWT ialah Tuhan yang Maha Adil dan wajib bagi-Nya bersifat adil, serta mustahil pula bagi-Nya bersifat zalim. Malah, Allah SWT mengharamkan zalim bagi diri-Nya sendiri sebelum diharamkan sifat itu kepada hamba-Nya khususnya yang bernama manusia. Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi:

‌يَا ‌عِبَادِي ‌إِنِّي ‌حَرَّمْتُ ‌الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا.

“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ada pada diri-Ku dan Aku jadikan haram kepada kamu melakukannya, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim.” (Riwayat Muslim 2577)

Maka, Allah yang Maha Adil tidak akan menjatuhkan hukuman ke atas hamba-Nya semata-mata dengan sifat-Nya yang Maha Mengetahui sahaja, tetapi melakukan proses kehakiman-Nya pada Hari Kiamat kelak. 

Allah SWT memberikan tempoh yang panjang kepada hamba-Nya untuk bertaubat ketika berada di alam dunia semasa masih hidup. Peluang itu diberikan hingga nyawa mereka sampai ke kerongkong dan matahari berpusing naik dari arah barat menandakan terlalu hampirnya kiamat besar.

Kelak, di mahkamah Allah SWT di alam akhirat pula akan dibawa catatan para malaikat yang ditugaskan mencatat amalan manusia berserta segala saksi sesama manusia dan makhluk yang lain, termasuk saksi anggota jasad manusia. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ٦٥

“Pada hari ini Kami materikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yasin: 65)

Sekiranya begitu proses keadilan Allah SWT, maka sangatlah malang bagi negara dan masyarakat yang memberikan kebebasan kepada media. Sehingga ia boleh menjatuhkan hukuman mendahului keputusan oleh badan kehakiman yang berwibawa.

Namun, lebih malang lagi jika masyarakat yang tenggelam dalam kejahilan terdedah kepada tindakan menjatuhkan hukuman terhadap seseorang. Hal ini sebagaimana amaran yang telah diberikan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ٦

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kalian seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kalian tidak menimpakan sesuatu kaum dengan musibah akibat kejahilan kalian (mengenainya). Sehingga menyebabkan kalian menyesali apa yang kalian telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: 6)

Rasulullah SAW memberitahu secara mukjizat tentang peristiwa yang tidak berlaku pada zamannya, tetapi akan berlaku pada akhir zaman dan telah berlaku hari ini. Peristiwa tersebut ialah terdapat dalam kalangan manusia, golongan yang diseksa di alam barzakh (alam kubur).

Mereka mendapat seksaan hingga disangkut mata dan hidungnya menembusi leher dengan penyangkut besi. Keadaan itu sangat menyeksakan mereka disebabkan kerjanya sejak awal pagi hanyalah menyebarkan berita yang salah atau palsu ke seluruh pelosok dunia.

Firman Allah SWT:

الم١ ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ  هُدًى لِلْمُتَّقِينَ٢ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ٣ وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ٤ أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ٥

“Alif, Lam, Mim. (1); Kitab al-Quran ini, tiada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (2); Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3); Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelum daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) Hari Akhirat (dengan sepenuhnya). (4); Mereka itulah kalangan yang tetap mendapat petunjuk daripada  Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)” (Surah al-Baqarah: 1-5)

Oleh itu, lebih parah jika manusia itu berperanan membawa pendekatan yang mengheret rakyat kepada melakukan perkara yang salah. Dalam pada itu, turut mengganggu para pemimpin dan penjawat awam yang benar-benar menunaikan amanah Allah SWT kepada seluruh hamba-Nya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Jumada al-Akhirah 1443 / 9 Januari 2022 – HARAKAHDAILY 9/1/2022

9 comments:

Anonymous said...

Musuh Islam termasuklah kaum munafiqun memusuhi Islam, ulama Islam, jemaah Islam dan umat Islam maka kita tidak merasa hairan melihat mereka menggunakan media massa untuk menyerang, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam , ulama Islam, jemaah Islam dan umat yang berjuang untuk menegakkan Islam.

Ingatlah fitnah berleluasa , orang jahat dianggap sebagai orang baik dan orang baik difitnah sebagai orang jahat di akhir zaman. Maka kita perlu berhati-hati dengan puak kafir harbi dan puak munafiqun liberal @ musang berbulu ayam.

Mereka juga berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam termasuklah kaum Melayu supaya umat Islam menjadi lemah dan hilang kuasa politik supaya kuasa politik jatuh ke tangan musuh Islam.

Wahai umat Islam bersatulah dan kembalilah kepada Islam dan tolaklah semua pengkhianat agama dan bangsa supaya hak Islam dan hak umat Islam boleh dibela dan dilindungi dari ancaman musuh Islam.

Cukuplah 22 bulan agama Islam dan umat Islam ditindas.

Anonymous said...

Kalau yahudi atau nasrani hina islam, itu maklum. Jadi tiada beza peranan liberal ngan yahudi dan nasrani. Sehingga ini pas masih kekalkan dgn imej bersih meskipun fitnah bertubi dari liberal.

Anonymous said...

Semoga pas kekal istiqamah.

Anonymous said...

Istiqamah bersama PM..

Anonymous said...

Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah di mahkamah.

Sekarang media massa pembangkang cuba merampas kuasa mahkamah dengan berlagak sebagai pegawai pendakwa dan hakim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas walaupun orang tersebut belum didakwa mahkamah.

Maka media pembangkang sedang sedang melaksanakan character assassination dengan menfitnah dan memburuk-burukkan peribadi mangsa dan menafikan keadilan untuk mangsa @ kambing hitam. Ini bererti media pembangkang tidak bermoral kerana mengamalkan hukum rimba.

Jika puak hukum rimba ini berkuasa, maka sejarah kezaliman Bintang Tiga @ PKM akan berulang.

Jika puak monyet dan kera politik berkuasa,

Anonymous said...

Istiqamah puas hati..

Anonymous said...

Majlis forum dunia WCEF menyaksikan orang Cina sedar siapa yang mentadbir ekonomi negara dengan lebih baik , lalu menjemput Bossku membaca ucaptama persidangan World China Economic Forum.

Ia sekaligus mengenepikan politik persepi DAP dan Mahathir yang kiini semua sedar tidak bawa faedah kepada perniagaan dan ekonomi.

Dalam siri 22 bulan pemerintahan Mahathir dan DAP, apa yang dapat di lihat adalah kegelojohan Mahathir dan DAP untuk merebut kekayaan negara.

Berita negara jiran , Indonesia mendapat ratusan billion pelaburan dari Arab dan China menyakitkan hati golongan perniagaan masyarakat Cina di Malaysia kerana imej Mahathir dan DAP masih di persada politik negara sangat “damaging’ untuk membuat pelabur masuk kedalam negara.

Banyak aset terjual tanpa di ganti dan rakyat tidak dapat apa apa spt dibawah

1. Jual 12 strategic assets worth RM25.6 including pada Singapura Hong Kong dll - PH
2. Jual assets IHH Berhad (RM8.42 billion) pada Singapura - PH
3. Jual Sapura Upstream (RM3.7 bililon) - PH
4. Jual Acibadem Sigort (RM1.25 billion) -PH
104. Jual Telco M1 (RM1.65 billion) - PH
5. Jual TNB shares (RM1.05 bililon) - PH
6. Jual Boustead Plantation (RM1.2 bililon) pada Singapura - PH
7. Jual Axiata Digital (RM0.579 bililon) - PH
8. Jual BDO Unibank (RM0.415 bililon) - PH
9. Jual CIMB (RM0.364 billion) - PH
10. Jual Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) pada Singapura - PH
11. Jual Bangunan Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion) - PH
12. Khazanah’s jual 16% of its stake in IHH Healthcare to Japan’s Mitsui & Co for a meagre RM8.42 billion, leaving Khazanah only 26% equity interests in the company, a share cut worth RM13.13 billion today...!! - PH
13. Yang perkenal Dosa Peribadi - PH
14. Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta - PH

yang gadai Pulau Batu Putih kalau bukan Tun..AMIN

Pulau Batu Putih Tun sedekah pada Singapura.. AMIN

Pulau Batu Putih Bukan Milik Kita Lagi. AMIN

Bank Negara Sarang Penyamun Mencuri Duit AMIN

SPRM skg tempat buat rasuah..rasuah saham jota jota bro..AMIN

Jho Low lesap lagi ketawa lihat Melayu kena bodoh bangang oleh dia bro.. AMIN

Jho Low ketawa lagi Pulis kata dia jadi beruang kah kah kah dia ketawa bro.. AMIN

Kaum Jho Low pun tumpang tepuk tangan Melayu bercakaran sesama Melayu angkara Jho Low bro.. AMIN

Imej Bank Negara macam Sampah Hanyut Banjir.. AMIN

Cengkerik Bernyanyi Cuasa Panas Di Jirat Cina KL, Bangau Cari Rezeki Tangkal Ikan di Kolam Taik.. AMIN

Melayu Bangga Jadi Barua DAP@ LeeKwanYew hingga hadiahkan Pulau Batu Putih.

Guna akaun adik, suami atau anak beranak duit curi, rasuah saham tak ada apa apa tindakan rupanya...AMIN

Kalau tak kena bodoh oleh kaum Jho Low bukan Melayu namanya..

KHALAS... kah kah kah kah..!!

Anonymous said...

Kegagalan KERAjaan P H menyelesaikan kes bunuh Adib yang berlaku di waktu P H memerintah apa cerita ?

Anonymous said...

Kera jaan Pee H hanya pandai kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dalam menipufesto Pee H yang sangat hancingggg. Akhirnya rakyat terpaksa menelan air liur sendiri selepas bersorak kampung tergadai. Tepuk .....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails