Thursday, January 20, 2022

Gusti Unta, sukan tradiional di Turki. Tidak zalim?

 


SUKAN
GUSTI unta merupakan satu sukan tradisional yang sangat popular di bahagian pantai barat Turki, di mana unta-unta jantan dari perkampungan tempatan akan berlaga sesama sendiri di dalam stadium khas yang disediakan. 

Beberapa hari sebelum pertandingan berlangsung, ianya merupakan tempoh yang sangat mengujakan bagi orang-orang di sana. Unta-unta akan dihiaskan dengan perhiasan yang berwarna-warni dan diikatkan loceng, serta diarak di jalanan dengan alunan muzik dan tarian. 

Begitu juga halnya dengan pemilik-pemilik unta tersebut yang akan menghias diri mereka dengan pakaian tradisional. Malam sebelum pertandingan pula mereka akan berpesta sambil berjumpa dengan rakan-rakan lama dan baru, serta menikmati jamuan makan.



Tapi masalahnya dalam gusti unta ini ialah unta bukanlah sejenis haiwan yang gemar bergaduh. Untuk memaksa mereka berlawan, pertandingan ini dianjurkan pada musim mengawan, di mana unta jantan kebiasaannya bersemangat lebih untuk menawan unta betina. 

Dan seekor unta betina yang dihias cantik pula akan diarak di depan unta-unta jantan yang bertanding. Kiranya untuk menaikkan nafsu berlawan. Kebiasan setiap pertandingan berlangsung tidak lebih daripada 10 minit. Kalah menang ditentukan melalui pungutan mata daripada teknik yang ditunjukkan setiap unta. Kadang-kala ada juga unta yang lari meninggalkan stadium dan pihak lawan akan dikira sebagai pemenang. 

Walaupun gusti unta ini masih popular di sebahagian kawasan di Turki, namun ianya semakin kurang mendapat sambutan kerana kos yang mahal untuk membela dan melatih setiap unta untuk pertandingan.

Dan menariknya, tidak nampak ke arah sukan yang menzalimi binatang, seperti laga kerbau, laga ayam, hatta laga semut sekalipun, yang boleh berakibat haiwan pertandingan itu cedera dan membawa maut. Zalim lagi pertandingan sesama manusia seperti gusti, tinju dan lain-lain yang boleh mencederakn.




Namun begitu, Sebuah festival gusti unta di Turki diselar oleh aktivis-aktivis hak asasi haiwan yang menyifatkan acara itu sebagai satu jenayah besar, lapor akhbar Daily Star kelmarin. Dalam acara tahunan yang berlangsung pada Ahad lepas, beribu-ribu orang berkumpul di bandar Selcuk, bagi menyaksikan unta ‘bergusti’ di dalam kandang yang besar.

Beberapa gambar menunjukkan kira-kira 152 ekor unta dihias dengan kain sulaman bercorak warna-warni sambil berlaga di sebuah arena berpasir.
Seorang wakil bandar Izmir daripada Persekutuan Hak Asasi Haiwan, Gulgun Hamamcioglu berkata, aktiviti mendorong haiwan untuk bergaduh sesama sendiri merupakan satu jenayah besar.

“Kita semua perlu menghentikan aktiviti memalukan ini kerana ia memalukan kemanusiaan,” tegasnya.

Sementara itu, bekas ketua pelancongan Turki, Mehmet Falakali sebaliknya berkata, unta-unta itu tidak akan mencederakan sesama sendiri.  Menurutnya, beberapa petugas ditempatkan di festival tersebut bagi bersiap sedia menghentikan perlawanan sekiranya ia menjadi lebih serius.

“Petugas akan memisahkan unta-unta tersebut sekiranya pertarungan menjadi serius. Tiada kejadian seperti mematahkan tapak kaki atau menggigit,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peminat acara gusti tersebut mempertahankan penganjuran festival itu dengan berkata bahawa ia dilakukan dengan penuh kasih sayang. “Ia bukan pertarungan, namun hanyalah acara gusti, sama seperti manusia bergusti,” kata Necip Cotura.

Menurut laporan akhbar tempatan Turki, Daily Sabah, acara bergusti itu memberi peluang kepada unta untuk meluahkan sifat semula jadi haiwan dan mengerahkan tenaga mengikut apa yang perlu ia lakukan, semuanya dilakukan di bawah pengawasan pemilik. 

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Kat Turki, hal hal traditional tiada mendapat bantahan kerana di sana tiada pendatang. Tapi kat malaysia, hal traditonal kuat tentangan dari pendatang. Tulisan jawi, iaitu tulisan awal penduduk melayu, ditentang oleh pendatang legasi komunis. Alasan mereka kerana tempat itu majoriti cina. Sebenarnya apa saja yg penduduk asal nak buat, mereka tentang. Parti liberal dan parti kuali sokong mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails