Friday, January 21, 2022

Haram wanita Islam sukan bertudung, Kaitan Islamfobia barat & M'sia..

 

Senat Perancis undi haramkan wanita Islam bertudung bersukan

PARIS: Perancis semakin hampir untuk mengharamkan wanita Islam bertudung terbabit dalam sukan yang disifatkan sebagai suatu tamparan hebat terhadap hak asasi manusia di negara ini.

Senat Perancis mengundi untuk mengharamkan simbol agama yang ketara dalam sukan, tindakan yang dilihat sebagai menyasarkan golongan wanita Islam yang walaupun bertudung, turut aktif dalam pelbagai jenis sukan.

Ahli politik sayap kanan yang mengundi pengharaman itu menyasarkan wanita Islam dengan menggunakan alasan demi kepentingan negara, iaitu keneutralan agama.

“Pendekatan ini bermatlamat untuk menekan semua bentuk berkaitan Islam, sama ada kepercayaan dan ibadah, serta ekspresif budaya dan politik,” kata aktivis hak asasi manusia Perancis, Maria De Cartena.

Bagaimanapun dalam tindakan yang jarang berlaku, keputusan kontroversi itu ditentang oleh kerajaan Emmanuel Macron, yang sebelum ini memainkan peranan utama melaksanakan perintah sekatan terhadap umat Islam sejak beberapa tahun lalu.

Disokong dengan 160 undi berbanding 143 undi menentang di Senat (seperti Dewan Negara di Parlimen Malaysia), keputusan itu menunjukkan Islamfobia sudah diinstitusikan,” kata De Cartena.

Aktivis penting kumpulan yang dikenali sebagai Kordinasi Menentang Undang-Undang Pemisahan, De Cartena berkata, kerajaan Perancis mendakwa bahawa undang-undang itu adalah untuk menentang pelampau Islam, tetapi pengkritik menyatakan bahawa kekangan terhadap kebebasan beragama tidak adil itu sebenarnya menyasarkan umat Islam.

Tindakan terbaharu di Senat Perancis, menyusuli pelbagai sekatan secara sistematik sejak beberapa tahun lalu terhadap penduduk Islam.

“Keputusan undi itu adalah tindakan terbaharu dengan Senat menunjukkan dasar Islamfobia yang menentang Islam dan penduduk Islam. Sikap itu kekal dan ada di mana-mana dalam politik, perundangan dan media,” katanya.

Awal bulan ini, kajian di Perancis menunjukkan terdapat kecenderungan kuat dalam media untuk memberi ruang kepada golongan sayap kanan menyuarakan pandangan mereka yang anti Islam.

Tahun lalu, Parlimen Perancis, membuat keputusan mengharamkan wanita Islam memakai tudung dalam lawatan sekolah anak-anak mereka dengan tudung dilihat sebagai ancaman terhadap ciri republik negara itu.

De Cartena berkata, tindakan ini disokong oleh Macron dan membentuk sebahagian naratif kerajaan, iaitu perjuangan menentang pemisahan Islam.

Tindakan Macron yang memberi tumpuan terhadap minoriti Islam seramai 5.4 juta daripada kira-kira 65 juta penduduk, ketika negara itu bergelut untuk menangani pandemik Covid-19, turut memberi kesan dari segi jaminan keselamatan dan kecelaruan identiti di mata dunia.

Ketika pilihan raya Presiden bakal diadakan berbaki beberapa bulan lagi, parti politik sama ada sayap kiri atau kanan, mula mempamerkan pendirian keras terhadap Islam dan amalan penduduk Islam. – TRTWorld

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ringkas mengenai Islamfobia.

(i) Islamofobia juga bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’.  Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan, iaitu teroris.  Islamophobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, 

'Islam adalah sebuah agama yang mempromosikan keganasan dan agresif. Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan tidak bertamadun. Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara. Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai. Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.'

Kajian yang dilakukan keatas 9 buah agama terbesar iaitu Kristian, Yahudi, Islam, Buddha, Evangelikal, Katholik, Mormon, Hindu dan Atheis di Amerika pada 2017, menunjukkan bahawa Islam berada pada kadar melebihi 60 peratus dari segi persepsi negatif oleh Barat.

Council on American-Islamic Relation (CAIR) telah melakukan analisis untuk melihat bagaimana trend Islamofobia di Amerika pada hari ini. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan yang signifikan dalam bentuk serangan keatas umat Islam iaitu daripada 1,342 kes pada 2014 kepada 3,023 kes pada 2018.
Satu kajian yang dilakukan oleh Al-Jazeera terhadap isu pengharaman kemasukan imigran Muslim ke Eropah pada tahun 2016 boleh dirujuk. Ketika kempen secara besar-besaran dilakukan oleh Donald Trump untuk jawatan Presiden Amerika, beliau telah memainkan isu perkauman dan ancaman imigran Muslim di Amerika.
(ii) Mengapa Islamofobia subur di Barat adalah berkaitan dengan kenyataan pemimpin dan dasar negara yang menyokong ideologi anti-imigran dan Ketuanan Kulit Putih. Pemerintahan Trump sebagai Presiden Amerika sejak Januari 2017, memperlihatkan peningkatan kadar kebencian kepada Muslim di Barat.
Manifesto xenophobia atau anti imigran dan dasar Trump untuk menyekat kemasukan imigran dan perjalanan Muslim dari negara-negara seperti Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen dengan jelas diterima oleh sebahagian besar penduduk Amerika. Ini jelas memperlihatkan bagaimana ideologi ‘righ-wing extremismts’ diterima dan dipraktikkan di Barat. Malah kenyataan-kenyataan kebencian yang disebut beliau menular ke nagara-negara Eropah lainnya.
(iii) Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan undang-undang Barat berkaitan pemilikan senjata-api dan lain-lain senjata tajam juga turut menyumbang kepada isu ini. Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas.
Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara seumur hidup tanpa parol. 
Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa. Seperkara lagi, Islamofobia juga ada kaitan dengan hak asasi manusia yang diperjuangan oleh Barat. Siri-siri perhimpunan dan demonstrasi anti imigran, anti Islam, anti LGBT, anti wanita, anti kapitalis, anti kulit hitam, anti demokrasi dan pelbagai gerakan bersifat ekstrem syap-kanan ini dibenarkan di Barat.
Hak mereka untuk berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pandangan, kebebasan menyertai mana-mana kumpulan walaupun bergerak secara radikal, kesemua ini terpelihara di negara Barat. Keadaan ini juga sebenarnya telah menyuburkan sentimen Islamofobia apabila perhimpunan sebegini diberikan publisiti dan dimuatnaik di media-media sosial dan media rasmi negara Barat. 
Malah debat secara terbuka juga dibenarkan walaupun isunya berkaitan kebencian agama dan Ketuanan Kulit Putih.
(iv) Adalah berkaitan dengan ketidak fahaman mejoriti masyarakat Barat tentang Islam. Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya.
Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.
(v) Adalah faktor penarik atau faktor dalaman dan kelemahan Muslim itu sendiri, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawasanya sikap inklusif sebahagian Muslim di Barat menjadi punca pengembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya baik.
(vi) Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza. Kehidupan di dunia Barat mestilah mengambil kira semua perkara kerana mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri. 
(vii) Harus diingat, Barat yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayar cukai dan berkongsi kekayaan negara dengan imigran dan Muslim lainnya adalah merupakan sebuah hakikat yang harus diterima. Walau bagaimanapun, didapati Islam sebenarnya semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia. 
Semakin Islam ditekan, kelihatannya syiar Islam semakin berkembang.  Peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat apabila kejadian keganasan berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat mahupun umat Islam itu sendiri. Ini merupakan impak positif dari Islamofobia. 
Kesimpulan
Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..
Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

Ini lah Pluralisma Agama. Mana otai dan Bang Non takkan bisu... bagi lah sikit komen Bang Non ooiii..!!

Ini kali pertama saya lihat sambutan yang meraikan agama lain yang diabsahkan dengan ayat al-Quran sedemikian rupa. Sangatlah mendukacitakan.

Hari Agama Sedunia atau World Religion Day adalah perayaan orang beragama Baha’i di mana teras agama tersebut adalah menggabungkan aqidah semua agama.

Ini bermakna, hari tersebut adalah perayaan keagamaan dan ianya memang jelas dilarang dalam Islam.

Dosa terbesar dalam Islam adalah syirik kepada Allah. Mempergunakan ayat al-Quran untuk seolah-olah mengabsahkan kesyirikan adalah sesuatu yang terkutuk.

Peergh puak pulralisma murtad siap petik sudah bhaii... Apatah lagi ayat 13 daripada Surah Al-Hujurat adalah mengenai perkara lain.

Jika ingin mengatakan ianya kesilapan yang tidak disengajakan atau berpendapat sebaliknya. Mana mungkin sesuatu yang kamu perlu letakkan ketelitian dan tenaga seperti membuat poster sebegini adalah sesuatu yang tidak sengaja. Lagi-lagi sampai perlu ‘pilih’ dalil.

Pluralisme dan liberalisme agama itu adalah suatu perangkap yang telah menjerat ramai umat Islam yang terlalu terhegeh-hegeh ‘try hard’ dengan toleransi. Orang kafir apatah lagi penganut Baha’i di Malaysia pun tidak begitu.

Pemimpin Islam esp dalam PAS kena pecat apa lgi puak ini bising terkinja kinja... pasal kutuk maki hamun memperolok olok isle puak paling ke depan..AMIN

Tuan depa DAP Keling Mabok Yahudi Mabok minum Todi duk diam garu telo tepok tangan tgk melayu liberal mungkin dah belasah Isle
AMIN

Cukup lah jadi anjing suruhan depa semua...!! Berpa juta kau diupah RM hengget kau dapek..AMIN

Ada imam dah kena pecat hukum donia dia dah dapek selain tu dia taubat dng Allah itu urusan dia dng Allah ...AMIN

Sahabat nabi dulu ada yg mabok, zina dan tanam anak perempuan idup idup.. masuk islam sahabat nabi taubat tinggalkan semua tu... Tak ada pulak sahabat nabi yg lain atau nabi ungkit ungkit perkara yg depa buat dulu dulu tu...

So kalau ada otak kau letak kat lutut jadi anjing Yahudi DAP belasah dan hina agama mak ayah kau dulu kau pun tumpang psling terkinja kinja hina Isle... AMIN

Kalau mana mana yg mualaf masuk Islam tak ada pulak tuan depa dlm DAP MCA dll depa pi maki hamun mualaf yg masuk Isle.. tak pulak tuan depa caci maki anutan agama mak bapak mualaf tersebut..

Musuh dlm selimut dan luar selimut seadang adu domba batu api dan fitnah jijik...AMIN

Melayu liberal pun musuh dlm selimut jugak ... cara bukan adu domba tapi memperolok olok sambil membatu api apa saja isle yg cuba dibuat...AMIN

Malah semua puak ini memperleceh dan memperolok olok kan hukum hakam dan perlekeh alim ulama Islam lebih teruk lagi..AMIN

Tapi melayu liberal ala ala acah acah power Melayu Isle COMANGO , SIS, Pluralist, Syiah(ini lagi tak boleh pakai) ini tidak pula beri idea supaya isle itu diperbaiki dan dikemaskan lagi. AMIN

Malulah ooiii .... komen lah Bang Non, SIS COMANGO, CT Kasim atau Tun Mahathir tak kan diam macam setan bisu semuanya..!!

..musuh tak suka islam bersatu padu

stay united.. ok


khalas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails