Saturday, January 29, 2022

Imam muda masjid London dibunuh kerana Islamfobia?

 

Pelajar Tahun Dua Universiti Greenwich yang juga imam, Mohammed Aqil Mahdi maut selepas ditikam di timur London, 6 November lalu. - Foto Google

LONDON: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang didakwa membunuh seorang imam warga British-Bangladesh di timur London, mengakui tidak bersalah.

Muzahid Ali, seorang antara tiga lelaki yang didakwa membunuh Mohammed Aqil Mahdi, 22, hadir di Mahkamah Southwark Crown semalam.

Dua lagi tertuduh iaitu Majid Ahmed, 18 dan Abul Kashem, 28, tidak hadir dalam perbicaraan pengakuan mereka.

Majid dipindahkan ke penjara Belmarsh dan 'dokumennya hilang semasa peralihan itu', kata Hakim Deborah Taylor.

Pendakwa raya, Gareth Patterson QC, berkata Abul disenaraikan sebagai tidak hadir apabila diberitahu peguam, Gordon Benjamin, bahawa anak guamnya tidak sihat dan mengadu sakit perut.

Sebaliknya, Hakim Taylor berkata, Abul sihat untuk hadir di mahkamah dan tiada justifikasi berbuat demikian.

Majid dan Abul diperintahkan untuk menghadiri perbicaraan yang ditetapkan pada 6 Mei ini.

Ketiga-tiga tertuduh sebelum ini enggan diikat jamin dan berada dalam tahanan reman sejak mereka didakwa pada 10 November lalu.

Muzahid hanya bercakap dua kali di mahkamah iaitu ketika menjawab 'ya' apabila ditanya hakim sama ada dia ada bercakap kepada kaunselor dan satu lagi apabila dia mengaku 'tidak bersalah'.

Petugas paramedik menemui Mohammed Aqil , 22, yang tinggal di utara London dengan luka tikaman pada 6 November lalu dan disahkan mati di tempat kejadian.

Mangsa ketika itu berada di tahun kedua pengajian di Universiti Greenwich dalam jurusan perakaunan dan kewangan.

Pada masa lapang, dia juga belajar al-Quran dan memimpin solat tarawih ketika bulan Ramadan di pelbagai masjid sekitar London sejak sembilan tahun lalu.

"Dia mahu mendedikasikan masanya untuk melakukan perbezaan dan memberi impak terhadap kehidupan anak muda serta remaja dengan mengajar al-Quran semasa pengajiannya," kata ibu Mahdi, Shamam Chowdhury kepada Arab News.

Dana dikumpul secara talian juga ditubuhkan sebagai ingatan kepada Mahdi untuk disedekahkan kepada masjid di Mesir, tempat dia belajar pada 2019 untuk menerima ijazahnya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat latar belakang mangsa, dengan rekodnya yang baik, seorang pendakwah, pelajar di Universiti Greenwich, belajar juga al-Quran dan memimpin solat tarawih ketika Ramadan di pelbagai masjid sekitar London sejak 9 tahun lalu.

Bahkan sedang mengumpul dana secara talian  untuk disedekahkan kepada masjid di Mesir, tempat dia belajar pada 2019 untuk menerima ijazahnya. Melihat kegiatan Islamnya, ada kemungkinankah  beliau 'as-syahid Mohammed Aqil' dibunuh kerana Islamfobia yang sedang melanda barat kini?

2 comments:

Anonymous said...

Tiga tertuduh tu namanya mirip Islam. Mungkin mereka juga kelompok liberal. Radikal hingga sanggup membunuh. Kat msia, liberal baru takat fitnah ulamak bertubi tubi. Ini pun cobaan membunuh. Membunuh kredibiliti ulamak supaya liberal kelihatan holy.

Anonymous said...

Bicara kan Lim Guan Eng dan penjarakan anak tokong DAP ini.

Maka leceh untuk DAP pergunakan lagi. National Embarrassment ikut kehendak DAP dan kuncu kuncu walaun Tun Mahathir. Pulau Batu Putih yang disedekahkan Tun bbrrtindak secara solo pada anak Lee Kwan Yew paling memalukan negara.

Seperti kes 1MDB siap dengan storyboard dan skrip skrip nya, kini isu Azam Baki tiba tiba telah di istihar sebagai kes nombor satu negara.

Begitu lah DAP dengan sikap sikap hipokrit mereka. Semua umat islamohobia Melaysia diheret berdemo ke jalan raya. Sambutan paling haprak setelah PH dan barua DAP@ LeeKwamYew di stesrn LRT Bangsar lagi ramai polis dari islamophobia pendemo jalanan mereka.

SPRM ada lah kawan baik DAP mengenakan sesiapa sahaja musuh politik DAP terutama orang UMNO, namun sebaik sahaja DAP gagal kawal SPRM selepas Lateefa Koya, SPRM ada lah musuh DAP.

Semenjak kes terowong di buka semula , DAP dan LKS sudah naik angin menjadikan SPRM terutamanya Azam Baki sebagai musuh.

Walaupun bala sudah di turunkan Allah terhadap kedua dua SPRM dan DAP akibat menganayai Datuk Seri Najib Razak.

Demi Nak Tutup Kes Zeti Dan Terowong ,Tiba tiba Lim kit Siang Istihar Kes Azam Baki Kes No Satu Negara pada sidang Prlimen lapor sebuah akhbar dan para demonstrasi islamohobia Melayu diheret ke jalan raya.

Kes Najib dan 1MDB sudah bukan National Embbarrasment lagi.

Namun DAP malu hendak sebut National Embarrassment kepada kes KP SPRM , kerana terma itu sudah di peruntukan kepada skrip hakim kes niayakan Najib.

Apa yang memualkan , isu besar seperti kes Penyamun anak beranak Zety di Bank Negara Malaysia melepaskan wang kepada syarikat “fake” dan masuk ke dalam akaun suami bekas Gabenor sebanyak RM700 juta bukan kes besar kepada DAP.

Integriti SPRM di persoal DAP sedangkan integriti BNM dengan skandal bekas Gabenor dan Suami serta integriti LHDN yang menipu kiraan cukai ikut kehendak badut DAP, bukan isu untuk DAP.

Ini kerana DAP terbabit menutupinya.

Apa pun pasaran untuk isu fake tetap ada peminatnya.

Kita tunggu sahaja nanti respon respon dari badut dan walaun yang akan menyahut isu “fake’ dari DAP dan PH ini.

PRN Johor dah panas, mari kita lingkupkan boboi, PejWang Tun dan barua Melayu DAP bertuankan Lee Kwan Yew di Singapura.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails