Gambar terawal Pasukan Pertahanan New Zealand dari udara menunjukkan lapisan debu tebal menyelubungi Nomuka di Tonga selepas letusan gunung berapi yang menggegarkan kepulauan Pasifik itu. - Foto REUTERS
Nelayan berlumba dengan tsunami, dihujani batu
SYDNEY: Branko Sugar dan anaknya teruskan memancing di kawasan terumbu di Tonga Sabtu walaupun menyedari lebih banyak kepulan kepulan abu keluar dari kawah gunung berapi.
Walaupun bau sulfur di kawasan berkenaan sudah menjadi perkara biasa, Sugar, 61, merasakan ada sesuatu yang tidak kena kali ini kerana kepulan abu bertambah tebal dan makin tinggi.
Lalu, beliau memutuskan untuk menyimpan peralatan memancingnya sejurus sebelum letupan pertama daripada siri empat letupan gunung berapi yang kuat menggegarkan Pasifik Selatan menghentam botnya.
"Kami menghentikan bot dan hanya melihat. Kemudian kami melihat gelombang datang ke arah kami. Gelombang terbesar yang pernah saya lihat," katanya kepada Reuters melalui telefon dari Tonga selepas talian itu dipulihkan hari ini.
Selepas itu, Sugar terus memusingkan botnya dan memecut sehingga kelajuan 400 kuasa kuda ke arah perairan berhampiran Pulau Eueiki.
"Itulah yang menyelamatkan kami, kuasa bot. Saya tidak sepatutnya hidup," katanya.
Kongsinya lagi, ketika menyelamatkan diri, Sugar sempat menelefon rumahnya di pulau utama, Tonga Tongatapu, untuk memberi amaran mengenai tsunami yang semakin hampir tetapi tiada siapa yang menjawab.
"Ombak itu melewati kami dan melanda pulau utama lantas kami tahu kami berjaya melarikan diri tetapi kemudian kami ditimpa hujan batu," katanya.
Jelasnya, dalam hanya beberapa minit, langit biru Pasifik bertukar menjadi gelap gelita dan abu menyelubungi segala-galanya serta ribut kelihatan mula melanda manakala angin dan ombak menghempas bot.
Perjalanan pulang sejauh 19 kilometer (km) itu juga mengambil masa tiga jam dalam kegelapan, sebelum mereka tiba di pelabuhan.
"Terdapat bot karam dan terbalik di merata-rata. Kami tidak tahu hendak pergi ke mana.
"Apabila kami akhirnya berhenti, kami tidak dapat menemui kereta kami, semuanya sudah dihanyutkan.
"Apabila kami akhirnya menemui kereta, saya tidak dapat memandu kerana penglihatan terjejas akibat hujan batu ketika berjam-jam memandu bot," katanya.
Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga sebelum ini mencetuskan tsunami yang memusnahkan kampung, pusat peranginan dan banyak bangunan serta memusnahkan komunikasi di negara yang mempunyai kira-kira 105,000 orang.
Ia turut mencetuskan amaran tsunami di seluruh Pasifik dan pihak berkuasa melaporkan tiga orang terbunuh.
Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA berkata, kekuatan letusan dianggarkan bersamaan dengan lima hingga 10 megaton TNT, atau lebih daripada 500 kali ganda bom nuklear yang dijatuhkan Amerika Syarikat di Hiroshima Jepun pada Perang Dunia Kedua. - REUTERS
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, tragedi berlumba dengan tsunami, untuk perhatian nelayan kita. Ingat kebesaran Allah SWT.
2 comments:
Tsunami merosakkan harta benda. Kapal tonggang terbalik di laut. Rumah, kereta, nyawa hanyut dibawa arus tsunami. Ambil masa untuk pulihkan seperti asal.
Pru14 adalah tsunami politik malaysia. Banyak kerosakan yg berlaku kepada penduduk asal. Liberal merobek iman. Legasi komunis bawa abu chin peng. Tabung haji dijual hartanya. Zakat diagih kepada non muslim. Arak, judi, tattoo, lgbt jadi normal dalam sekelip mata.
Maka perlu masa untuk pulih. Yg penting tolak parti perosak negara yg terpalit rasuah dan trowong gelap.
Hari ini Tsunami di Johor.. nantikan pengumuman pada 10 pagi...AMIN
Tsunami PRN Johor...AMIN
Mahiaddin.. Anwar Ibrahim.. Tun Mahathir dan Boboi Tokong dan Apek Tua Tsunami di Johor...AMIN
PejWang sila letak calon kali ini..!AMIN
Tun gentel2 dan garu2 telo serah Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew adalah punca Tsunami PRN Johor akan jadi topik hangat Tsunami Johor..AMIN
Kau tunggu Tun, isu Zety kalau isu Azam Baklu nak dilaukkan....AMIN
PRN tsunami melingkup kan Boboi maka melingkup lah Tun...AMIN
Tun@PejWang akan Melingkup dan kau Tungguuu Boboi Melingkup ...
KHALAS
Kah Kah Kah..
Post a Comment